Archive for March, 2008
Blog aku sudah nyawa-nyawa ikan…
Rupa-rupanya peristiwa 6 bulan lepas berlaku lagi ke atas blog aku. “Peristiwa apa tu Din?” - tanya seorang pelawat blog ni.
Hehe..Peristiwa yang ditunjukkan oleh gambar kat bawah tu :
Hampir 10 jam blog aku tak boleh di access tadi bermula dari jam 4 petang sehingga pukul 1 pagi. Benda ni membuatkan aku berasa gembira dan sedih. Apasal plak gembira? palotak hang rasa gembira, blog xleh access pun rasa gembira ker? hehe..aku gembira kerana itu tandanya blog aku makin bertambah pengunjungnya sehingga Exceed Bandwith. Hari ni aku taknak menulis banyak, cuma nak postkan gambar shot screen jer.
Ini adalah traffik ke blog aku pada tahun 2008.
Mencapap tak? hehe..Ini pula perbandingan traffik dan penggunaan bandwidth antara bulan Feb 2008 dan Mac 2008 :
Pada bulan Feb 2008, penggunaan bandwidth untuk blog www.dinberamboi.com hanyalah 14.52 Gb tetapi pada bulan Mac 2008, penggunaan bandwidth adalah 27.7 Gb iaitu meningkat melebihi 2 kali ganda. Begitu juga dengan blog ini, pada bulan Feb hanyalah 167.03 Mb tetapi meningkat kepada 618.24Mb pada bulan Mac.
Blog lain (ditutup untuk melindungi klik fraud pada adsense - blog adsense) tidaklah sehebat blog www.dinberamboi.com … Alangkah bagusnya kalau blog2 adsense tu pun macam www.dinberamboi.com . Peeerggh, mesti gempak lagi income adsense aku.
Beberapa hari lepas, ini adalah statistik pelawat unik dan page load kat salah satu blog aku.
Hurmmm, itulah sebab aku rasa gembira. Ranking blog maikn naik dan pelawat makin bertambah sehingga ‘jalan’ nak pergi ‘rumah’ aku jadi sesak dan exceed. Yang aku sedih plak, hari ni income kurang sebab banyak blog adsense aku pakai subdomain. Produk aku juga tidak dapat di jual untuk sementara waktu itu. Huhu…tapi takpe, keadaan dah kembali ok.
Kalau 6 bulan lepas perkara ni berlaku sebab bandwidth aku kecik jer 3Gb..kemudian aku tukar kepada 30Gb , masalah tetap menjadi lagi. Ini membuatkan aku berfikir utk menambah bandwidth lagi..huhu. Harapnya pelawat tetap akan meningkat lagi seperti graf linear kat atas.
4 software berguna dan FREE untuk anda…
Hari ni aku nak share ngan korang semua 4 tool atau software yang biasa aku gunakan dalam kehidupan sehari-hari dalam bisness internet ni. Software ni pun baru aku jumpa jer sebenarnya..aku rasa bagus ! So, aku nak share la.
1. PDF Creator
Kalau korang nak hasilkan ebook sendiri, nak jual atau nak bagi free tak kisahlah..Tapi tak cukup bajet nak beli Adobe PDF Writer yang mahal macam gaban tu, ini adalah alternatifnya.
Sebuah software yang dah lama aku gunakan, even nak hantar assigment untuk lecturer pun aku kadang2 buat dalam bentuk PDF, aku gunakan CutePDF. Install dan print dokumen korang dan set sebagai PDF file, memang cute habis seperti namanya CutePDF.
2. Screen Shot Software
Gunakan screen shot komputer amat bagus kalau korang mahu menambahkan grafik ke dalam ebook atau web jualan.
Aku dah gunakan banyak screen shot software, tapi memang takleh challenge software FREE ni, Screen Shot 1.0 yang memberikan apa yang aku nak. Sangat senang untuk digunakan dan pantas…yang lebih penting, ianya FREE !
3. MP3 / Audio Editor
Sekarang ni penggunaan mp3 / audio dalam perniagaan internet dah menjadi satu trend. Produk2 macam interview dengan IM pun dah banyak yang terjual macam pisang goreng. Boleh juga gunakan audio utk merekod suara anda sendiri dan simpannya untuk kegunaan pada masa depan.
Tapi masalahnya, tak banyak software yang boleh mengedit audio. Kalau ada pun, sangatlah mahal.. Aku guna free audio editor jer dan senang untuk digunakan. Lagipun, kualiti suara selepas edit memang clear.
Cubalah Audacity !
Kebanyakkan format audio boleh diedit menggunakan Audacity. Tapi kalau korang nak edit file dalam format mp3, korang kena install extra plug in. Aku cadangkan kalau nak gunakan Audacity, install jugak mp3 plug in sebab walaupun tak guna hari ni, suatu hari nanti akan guna jugak kan… Maklumat lebih lanjut nak install plug in ni boleh dapat kat sini :
4. Kamus English
Heheh..aper kelas budak Universiti pakai kamus kan? Haha, korang gelak kat aku yer? Takpe2…
Bahasa English ni bukan bahasa ibunda aku, so kalau tersalah tu memang perkara biasa la. Sebab tu kena pakai kamus..kalau korang masa MUET dulu dapat ban 6, aku tak kisah la..aku dapat ban 4 jer.
Ok, penggunaan kamus penting bila korang nak translate ayat-ayat yang susah. Berguna jugak kalau nak translate newsletter ke dalam bahasa english. Aku sedang translate newsletter Minyak Jaguh Kanda sekarang nimenggunakan kamus WordWeb.
Kamus Wordweb ni memang bagus…dia ada dua version iaitu yang berbayar dan free. Kalau kurang bajet, dapatkan yang FREE sebab yang free pun power beb ! Dalam PC aku ada 4 buah kamus semuanya…yang ni jugak paling best !
Ok, ini sahaja 4 software yang bagus dan FREE yang aku nak citer tu. Kalau nak cuba, dipersilakan dan kalau taknak pun takpe. Takde paksaan untuk korang..aku bukan mak bapak korang atau sedara mara korang nak paksa2 ni kan. hehe.. Kalau dah download dan gunakan, harapnya korang boleh share pendapat korang kat bahagian komen kat bawah ni yea..
Thanks..
Cubaan membunuh aku gagal…
Huh..siapa yang tak puas hati ngan aku ni? Ada ker patut pergi rosakkan break motor aku. Cilakak tul..baru beberapa hari lepas aku tulis cerita pasal motor aku yang selalu problem, skang problem datang balik. Hurmm..
Semalam masa aku nak gi kelas, aku macam biasa la merempit dalam UM yang menjadi kebanggaan ni. Hehe..Tiba-tiba aku rasa cam xleh break. Mak aaii, mati aku. Nasib baik la tak langgar sorang perempuan cun tu nak melintas jalan. Kalau langgar pun ok jugak, boleh la buat alasan untuk mengorat..hehe. Tapi peristiwa tu memang menggerunkan dan mengemutkan segala ruang yang terbuka…
Selepas selamat mendarat dengan selamat di bahu jalan, aku tengok break motor aku rosak. Memang tak fungsi langsung. Break sebelah depan memang dah lama tak fungsi sebab tangki minyak break dah bocor. Skang ni tali break belakang pulak hampir putus..
Aku tak tahu siapa punya kerja. Semalam ok jer motor tu.. tapi aku tak mahu salahkan sesiapa. Mungkin juga tali break tu jadi macam tu sebab aku ganas sangat. Selalu break mengejut..hehe.
Petang tadi aku dengan selamba badak naik lagi motor yang takde break tu untuk ke kelas. Sebelah petangnya pulak aku keluar ke Bangsar untuk repair. Dengan selamba jugak aku melalui jalan raya kat Bangsar tu yang sesak sebab time tu orang balik kerja. lebih kurang pukul 5.30 petang tadi..Nasib baik tak langgar bontot perempuan kereta orang lain..hehe.
Aku nasihat kat korang, jangan buat kerja bodoh macam aku naik motor takde break tengah jalan raya yang sana sini jem tu. Nak maut?? Heheh..cuba la. Tapi nasib aku baik sebab dipanjangkan lagi umur utk aku terus buat online bisness..
Kalau jadi apa-apa kat aku tadi, mungkin blog ni dah tak dapat di update untuk sementara waktu atau selamanya..Maknanya jugak, aku tak sempat la nak bagi hadiah untuk pemenang peraduan “Siapa Paling Hensem” yang sedang berlangsung sekarang.
Tapi aku masih ada..dan hadiah tu tetap akan di bagi. Kalau ada sesiapa yang berminat nak join pertandingan “Siapa Paling Hensem” ni, amat-amatlah dialukan..
p/s - Sesiapa yang nak menjadi penaja pun dialukan jugak..harapnya akan menjadi lebih meriah.
p/ss - Post ni takde kena mengena dengan sesiapa pun..takde pun cubaan nak bunuh aku tu..hehe.
Boleh percaya ker ni haa? | ContactThem.Com Affiliate
Tadi masa aku tengah mengusyar-ngusar apa email yang baru masuk, sebelum pc aku di off sebab dah nak tido (pukul 3 am), ada pulak perempuan email yang menarik perhatian aku. Korang tengok la sendiri kat bawah ni, aku paste kat sini.
Aku dah daftar dah pun. Link pun dah masukkan ke dalam blog MP3 Music aku. Macam boleh dipercayai…Siap ada forum lagi. Masa aku masuk forum dia, ada berpuluh-puluh orang jugak yang sedang online kat forum tu.Daripada pembacaan aku yang BI tak berapa lancar ni, paham la jugak sikit2..hehe. Program ni sebenarnya sejenis affiliate jugak la. Korang akan dapat sehingga 10 level. Macam MLM pun ada jugak.. Nak join jugak, klik kat sini :
Apa-apapun, korang baca dan lawatilah website ni. Aku dah ngantuk ni. Dah 18 kali dah menguap. Esok ada kelas kul 11…Nasib baik pukul 11..hehe. Apa-apa yang korang baca tu, pendapat korang pasal program ni sila tulis kat komen bawah ni erk. ![]()
Update 9.54 PM (25/03/08)
Aku rasa program ni lebih kurang macam Shaadi la (program affiliate). Dia memang tengok website tu berdasarkan ranking dan jumlah pelawat. Kalau Shaadi,dia akan membayar kepada kita sebagai webmaster berdasarkan berapa orang join.
Ooh, lupa nak citer ape itu Shaadi. Ok, sebenarnya dia base kepada untuk mencari pasangan hidup kepada sape2 yang single. Macam aku lerr..hehe. Dia bayar kita INR 25 bagi pelawat yang join percuma, dan kita akan dapat USD44 apabila pelawat yang join tu upgred kepada gold membership.
Ni contoh email yang aku dapat jemputan oleh Shaadi untuk menyertai mereka.

Nak join Shaadi ? Klik kat sini
Benda ni dalam case study lagi..hehe. Macam style Titan plak. ![]()
Minyak Jaguh Kanda tembusi pasaran Singapore…

Haha..tajuk macam gempak. Tapi xde la gempak sangat pun.. Semalam buat pertama kalinya sejak aku cari duit secara bisness online ni, aku mendapat tempahan daripada luar Malaysia. Biasanya produk ni (Minyak Jaguh Kanda) sejak aku lancarkan sebulan yang lepas, mendapat permintaan kat Malaysia jer…Skang ada jugak permintaan dari luar yea…
Di mana ada lelaki, di situlah produk ini akan laku. Ini pendapat aku lerr..
Pening jugak kalau first time dapat tempahan macam ni. Maklumlah xde experience lagi.. Kalut aku menanya En. Sukeri macam mana nak hantar produk ni dan nak guna courier mana yang bagus. Di sebabkan Sukeri lambat mereply, mungkin ada kerja atau tak online kot, aku try call Shahraduan plak…kot2 dia tau. Maklumlah dia otai kat Ebay, mungkin dia boleh citer kat aku macam mana. Tapi Shahraduan tak angkat phone…Aduih, keje kot. Aku jugak email Noorizam Shah mintak tunjuk ajar. Korang tau tak saper ni? haaa..ni pun otai Ebay gak. Inilah orangnya yang keluarkan ebook luar biasa Kuasa Lelong tu. Kalau belum dapat, dapatkan kat sini.
Tadi bila aku semak email, dua-dua email aku dapat. Daripada Sukeri dan Noorizam Shah. Hari ini plak, aku baru melawat blog Noorizam Shah tadi dan beliau menyiarkan ’soalan rasmi’ aku tu kat blog dia..terharu plak aku. Hehe..Nak tengok soalan apa yang aku tanya tu, klik di sini untuk ke blog Noorizam Shah.
Ok, aku nak share ngan korang la apa yang diorang share ngan aku ni. Kot2 korang pun akan menghadapi perkara sama macam aku nanti. Walaupun benda ni kacang jer bagi yang dah tahu, yang tak tahu tetap suatu masalah.
==================================================
Kalau nak hantar barang (produk fizikal) ke luar negara, gunakan courier atau Pos Malaysia. Bergantung kepada kos yang anda inginkan. Harga anda perlu semak di pos malaysia atau agen penghantaran di kawasan berhampiran anda.
Utk kos penghantaran, sila maklumkan harga kos penghantaran kepada pelanggan dan kos ini perlu dibayar oleh pelanggan anda.
Untuk harga pertukaran wang asing. anda boleh semak nilai matawang semasa menggunakan tool ini
Di syorkan juga, sila guna kaedah pembayaran paypal. Singapura boleh buka akaun paypal. Elakkan bayaran secara wire master, western union atau cek.
===================================================
Ok, Itulah info ringkas dari Noorizam Shah. Sukeri pun lebih kurang la tips yang dia bagi. Terima kasih kepada mereka berdua..
Korang berminat nak dapatkan produk ni tak? Barang baik ni..hehe. Aku rasa ia akan meletup gak suatu hari nanti. Lagipun produk ni boleh buat niche market sebab tak ramai pun agen yang ada setakat ni. Beberapa orang jer..Kat KL, aku rasa aku jer yang jual..yang secara online plak, setakat ni dua orang jer termasuk aku. Kalau Minyak Lintah Tapa mungkin dah ramai..
Untuk memantapkan perniagaan Minyak Jaguh Kanda ni, sehari dua lagi aku akan buatkan sistem affiliate. Harapnya korang boleh join la nanti yea..
p/s - Semalam mendapat tempahan dari Batang Kali, Selangor dan esok kena pos lagi.










