Archive for April, 2008
Blog MP3 Terpaksa Di Tutup Sementara Waktu…
Huhu..dengan rasa sedihnya blog MP3 terpaksa ditutup buat sementara waktu ini. Untuk beberapa hari atau mungkin bulan depan baru akan dibuka kembali. Ini kerana sekali lagi bandwidth blog aku hampir habis dan tak mampu menampung jumlah trafik lagi. Peristiwa seperti bulan lepas berlaku lagi pada bulan ni. Pada bulan lepas, hanya sehari blog tu tak dapat di akses, nampaknya kali ini selama 4 hari pula.
Aku terpaksa menutupnya buat sementara waktu ini untuk menyelamatkan blog-blog yang lain. Bukan sengaja dan aku harap korang yang loyal dan selalu mengunjungi blog itu setiap hari dapat memaafkan aku. Kalau mengikut statcounter, hampir 400 pelawat berulang melawat blog itu setiap hari, 3000++ pelawat unik dan sekarang ni melebihi 9000 page impression setiap hari. Sebelum ni hanya 7000 - 8000 page impression sahaja.

Pada minggu lepas pelawat berkurang kerana expired domain. Aku telah memperbaharuinya dalam tempoh 24 jam tetapi masalah DNS tak stabil menyebabkan kadang2 tak boleh akses. Ini bukan saja berlaku kepada blog mp3, tetapi juga blog ini dan blog-blog yang menggunakan domain dinberamboi.com
Ok, ini hanyalah info ringkas untuk makluman korang semua khasnya yang selalu menyedut di blog tu.
Harap maaf.
Din Beramboi
Tips Kejayaan : Jangan Abaikan Perkara Yang Mudah…
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hoho..lama tak update blog ni. So, sebab gap untuk exam ada 5 hari lagi takde masalah untuk aku kembali mengupdate blog kesayangan ni. heheh..
Semalam aku ada exam Apply Geophysic (Geofizik Gunaan) dan best menjawab sebab soalan yang ditanya sebijik macam past year. Nasib baik aku study past year..huhu. Antara soalannya adalah :
==========
“Derive the equation and relationship between reflection arrival time from a horizontal multiple layer to layer depth and layer velocity. What…….. (panjang lagi soalan ni)”
Jawapan yang aku tulis:
EA = AG
Time = (EA + AG)/V
EA = ?[(x/2)² + h²]
Time = (?(x² + 4h²)/V @ (2h)/Vcos? ic
==========
Equation ni sebenarnya untuk mengkaji alat sulit dan besi tertanam di dalam bumi dengan menggunakan konsep pantulan. Boleh juga digunakan untuk mengesan simpanan gas dan petroleum di dasar lautan. Aku tak kisah samada korang paham atau tak equation yang aku tulis tu. Cuma nak bagitau, aku boleh buat silap sebab tak berhati-hati dan menganggap itu mudah. Pada equation last sekali, aku tulis macam ni :
Time = (?(2x² + 4h²)/V
Aku rasa dah hilang satu markah. Huhu..Takpe lah. Apa kaitannya dengan perniagaan internet? Suka hati aku jer nak buat kaitan yer? Ok jugak sebab nama blog ni pun Panduan Buat Duit Online Untuk Mahasiswa. Kalau ada kaitan sket2 tu maaf jer la.
Dalam perniagaan internet, perkara yang simple selalu membuatkan kita rugi. Contohnya, blog atau web jualan kita sangatlah cantik. Banyak grafik dan dimasukkan dan resolusi pula tinggi. Memanglah cantik, tapi bila grafik yang terlalu tinggi menyebabkan proses untuk loading menjadi lambat. Kalaulah ada pelanggan yang ingin membeli produk anda, tapi kerana proses load gambar yang lambat mungkin menyebabkan mereka menutup terus web jualan anda. Bukankah itu satu kerugian?
Contoh yang lain adalah penggunaan theme blog. Gadis Theme yang cantik sudah tentu menjadi kegilaan remaja lelaki blogger. Tapi mereka main upload jer dan tak cuba memeriksanya samada compatible atau tidak dengan semua browser. Mozilla mungkin ok…tapi IE? adakah juga ok? Kalau pelanggan anda mempunyai 5% yang menggunakan IE daripada 50 orang , anda telah kerugian RM125 !
Antara kesilapan kecil yang biasa dilakukan oleh usahawan internet juga adalah tiadanya contact form atau sesuatu yang boleh menghubungkan anda dengan customer. Bila aku ushar blog-blog perniagaan internet, rupanya masih ada yang tidak memasukkan “cara hubungi”. Kalau pelawat blog anda berminat dengan produk anda, tetapi tiada cara untuk mereka mendapat penjelasan lanjut daripada anda, mungkin mereka akan mencari produk alternatif di blog orang lain. Bukankah merugikan anda? hehe…hak mereka untuk bertanya. Sama juga perniagaan di luar sana, mereka lebih suka bertanya kalau ragu2. Inikan pula perniagaan internet…
Perkara yang harus di beri perhatian jugak adalah cara pembayaran. Pelbagaikan cara pembayaran. Gunakan alternatif-alternatif lain cara pembayaran seperti automasikan dengan paypal adalah langkah yang bijak. Dengan mempelbagaikan cara pembayaran, mereka mempunyai lebih banyak choice untuk membuat pembayaran. Anda jangan terkejut kalau ada di kalangan pelanggan anda yang sedikit kedekut..hehe. ” alaaa..kena bayar guna Maybank jer. Aku ada CIMB jer…kalau bayar kena charge RM2 plak oleh Maybank”. So, mereka mengambil keputusan untuk tidak membeli. Saper yang rugi?
Ok, sebenarnya banyak lagi perkara kecil yang perlu di beri perhatian..jangan syok buat web lawa-lawa, tapi perkara kecil tidak di beri perhatian. Anda yang rugi…huhu. Betul tak?
p/s - Buku Menjejaki Jutawan Senyap baru jer aku terima tadi..best baca buku ni. Aku beli kat ebay, hanya USD8.50 dan kalau bayar ngan RM, cuma RM21 termasuk bayaran pos laju. Belum habis baca. Baru bab 2..hehe.
Tekanan Exam | Rumetku Perokok Tegar
Hoho..hari ni kita lari topik sikit. Asyik2 cerita pasal buat duit jer.. hari ni aku nak cerita topik lain plak. Maaflah kalau korang tak suka..hehe.
Antara tekanan terbesar bagi aku pada semester ni adalah rumetku si perokok tegar. huhu..aku geram jugak ngan dia. Masa aku 2nd year dulu (tahun lepas), rumet aku jugak seorang perokok, tapi dia memahami aku. Time nak hisap rokok, dia akan ke tandas. Takpun dia akan ke bilik member dia yang sekepala penghisap rokok.
Tapi sekarang, rumet aku ni lain sket. Dah la junior, berani pulak hisap rokok dalam bilik. Nak kena pelengkung rasanya… Sedikit sebanyak menghilangkan fokus aku masa buat ebiz. Tengah study pun kadang-kadang terganggu. Maaflah kalau korang yang baca ni jugak seorang perokok. Aku tak suka…tak sukaaaa…toloooonnggggg..
Baru jer dia hisap rokok ni. Tu pun sebab member aku sendiri yang datang melawat aku baru-baru ni mengisap rokok dalam bilik. Nak halau tak tergamak sebabnya dah lama tak jumpe. Sesekali dia datang, apa salahnya bagi chance. So, bila rumet aku tengok yang aku tak tegur pun member aku tu, dia pun mula buat hal jugak..adoiii..
Walaupun dia junior, dia 2 tahun lebih tua daripada aku. Hurmm..dia kamceng ngan aku, cuma ini jer masalah dia. Makan sesame, jenjalan sesame…tapi mandi dan tido tak sesame..hehe.
Time dia hisap rokok, aku akan bukak luas-luas tingkap kat tempat aku. Takleh, bahaya dan aku perlu selamatkan jantung dan paru-paru aku. Aku sangat sayangkan awekku paru-paru aku.
Korang rasa macam mana cara terbaik nak suruh dia berenti merokok aa? kalau tak berenti pun, merokok lah kat tempat lain. Tension aku.

Inilah kehidupan aku sekarang ni. Dah jarang masuk forum. Dah jarang update blog adsense..tapi jualan produk terus on. hehe..petang nanti akan ke pejabat pos untuk pos barang lagi. Lepas aku habis exam nanti, cuti semester ni aku akan pecut sket..mungkin guna formula kuasa dua. heheh.
Umm, sebelum aku mengundurkan diri, nak minta maaf banyak2 kat korang kalau ada salah dan silap, terguris hati ker, ape ke.. Maafkan aku…nak exam ni rasa macam tak berkat plak kalau ada orang tak puas hati. Maaf la yea..aku ni manusia biasa jugak. Memang tak lari dari kesilapan. Huhu..sedey la plak. Mungkin dua tiga hari akan datang takde post baru sebab aku exam direct maa. Tapi apapun, kalau ada info terbaru aku akan tetap menulis..
Tunggu sahaja sesuatu yang menarik daripada aku selepas habis exam nanti. Bye2..
p/s - Jangan lupa doakan kejayaan aku.
Bagaimana Mencipta Produk Dan Menarik Traffik
Bila aku takde idea nak menulis..email daripada para pembaca pun ok lah sebagai idea untuk update blog ni. Update blog dengan soalan dari pembaca bagus jugak aku rasa…sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi dengan lebih ramai pembaca.

Aku rasa soalan ni lebih kurang sama jer dengan soalan daripada Sayang Hasnah tu kan. Aku akan cuba jawab satu-satu bagi setiap persoalan ni. Kalau ada saper2 nak tambah boleh juga tambahnya di bahagian komen.
====================
“Sy inginkan sebuah blog yg boleh menjana pendapatan tp sy tak tau bagaimana nak melakukannya”
Ok, untuk menjawab soalan ni, simple jer jawapan dia. Aku ni memang selalu cakap simple jer..haha. Jangan tertekan sudahlah. Jawapannya adalah banyakkan lagi membaca dan belajar tentang bagaimana untuk menhasilkan blog yang boleh menjana pendapatan.
Pertama sekali, anda harus tahu untuk apa blog itu di buat. Kalau untuk suka-suka nak dapat member baru..korang akan dapat suka-suka dan member baru la. Kalau nak dapat populariti, korang akan dapat populariti lah. Kalau nak buat duit, korang akan dapat duit lah..simple kan. Ini boleh jugak di katakan Niche Blog.
Tapi pelaksanaannya tak la sesimple yang aku cakap tu. heheh..pencarian niche adalah perkara yang paling sukar dalam buat bisness..tak kiralah bisness apa pun. Konvensional atau online bisness. Dan kalau anda benar-benar ingin buat duit online, pencarian niche adalah 80% yang menyumbang kepada kejayaan.
Untuk pencarian niche, aku menggunakan keyword Elite yang berharga USD197. Tapi banyak software yang percuma ada di internet. Kena rajin cari lah..
=====================
“Bagaimana untuk membina produk untuk blog?”
Untuk permulaan bagi seorang newbie, produk sendiri tidak digalakkan…tapi jika nak cuba juga, takde masalah. Pendapat aku yang tak berapa ni, mulakan dengan affiliate program. Kita hanya jadi promoter dan bila ada jualan melalui link kita, kita akan dapat komisyen. tak perlu susah2 nak kena balas email, hantar produk, semak transaksi di bank dan sebagainya.
Bila dah faham macam mana sistem itu berjalan. Bolehlah buat produk sendiri. Beli autoresponder, automasi dengan pembayaran paypal dan sebagainya. Cara paling mudah untuk promosi produk kita pula, masukkan sistem affiliate.
====================
“…cara untuk mendapatkan traffik yang tinggi”
Nasihat aku, pelbagaikan cara promosi. Ya, promosi amat-amat-amat penting dalam perniagaan internet. Kalau perniagaan konvensional, mungkin faktor lokasi paling penting, tapi bagi perniagaan internet, promosi adalah paling penting.
Kalau produk kita bagus, tapi orang tak jumpe website kita takde maknanya jugak…
Aku tak mahu menulis lebih panjang, sebab aku nak study ni. Maaflah sangat-sangat yer. Lepas 5/05 /08 ni korang nak tanya aku macam-macam pun boleh. nak YM ngan aku 24 jam pun boleh..tapi skang masa terlalu limit. huhu..Bajet study jer aku. Padahal sket2 jer..Hehe.
Untuk lebih paham, download saja ebook percuma yang aku tulis suatu masa dulu. Dalam tu aku rasa lengkap untuk permulaan bagi newbie. Dalam ebook tu jugak ada di nyatakan tentang niche, mcm mana nak cari niche, cara promosi dan sebagainya.
Download Ebook Percuma : 5 Perkara Wajib Untuk Memulakan Perniagaan Internet
Ziddu March 2008 Earnings have been sent
Hoho…sekarang jam dah menunjukkan jam 2 pagi. Aku baru jer bangun tido..maklumlah semalam tido awal. Memang dah bajet nak bangun pukul 2 pagi untuk buat jawapan past year. Exam dah dekat dowh..1st paper pada 24/04/08 ni. Memang betul2 terjaga walaupun aku tak kunci jam, tak suruh rumet kejut atau tak suruh awek kejut. Hehe..Biasanya aku tengok member aku, kalau nak bangun pagi mesti suruh awek misscall banyak2 sampai terjaga. Tapi aku xde awek, so takleh la buat mcm tu.
Ok, sebelum aku study ni, aku nak bagitau korang satu lubang buat duit cara mudah. Walaupun beberapa cent dolar jer yang dapat, tapi kalau trafik tinggi memang kejap jer nak cecah USD10 untuk bayaran minimum melalui paypal.
Aku rasa ramai yang dah tau, tapi buat-buat tak tau jer kan.. Program ni namanya Ziddu. Dah tau?

Cara nak buat duit mudah jer. Hanya 3 langkah mudah di bawah :

Sebenarnya banyak lagi perempuan hosting yang menawarkan urutan batin hosting secara percuma untuk simpan file seperti Rapidshare, Savefile, Mediafire, Mega Upload dan sebagainya. Tapi kenapa tidak menggunakan sesuatu yang boleh buat duit? So, untuk kebaikan umat sejagat dan keharmonian Malaysia yang berbilang kaum, gunalah Ziddu. hoho…
Sekali lagi aku nak cakap, program ni bagus jika blog korang menyediakan download percuma macam mp3, video dan sebagainya.
Ok, aku nak buat nescafe jap…nak continue study plak. Jumpe lagi pada post buat duit seterusnya..hehe.
P/s - nak join Ziddu, daftar di sini




