Archive for May, 2008
Ebook Jana Wang Adsense Di Lancarkan

Hoho…akhirnya penantian bagi sesiapa yang ingin belajar dan menjana pendapatan dengan adsense dah berakhir. Ya, panduan menjana adsense terhebat dan terbaik telah dilancarkan. Mari kita lihat apa kata otai- otai yang lain pasal ebook JanaWang-Adsense ini.
Assalamualaikum Munawar
Saya mempunyai banyak ebook berkaitan Adsense dalam BM dan BI dan saya akui ebook tuan adalah yang terbaik bagi saya. Saya ada rekomen pada kengkawan tapi nampaknya tuan belum buka untuk jualan lagi.
Kalau tuan membuka affiliate untuk pembeli ebook tuan, saya sangat menyokongnya. Saya juga ingin mencadangkan tuan membuka ruangan forum untuk pembeli ebook tuan.
Dengan cara ini, kami dapat berkenalan dan berkongsi ilmu untuk memantapkan lagi bisnes adsense ini. Sekadar cadangan jika tidak mengganggu tuan.
Terima kasih,
Sukeri
En.Sukeri adalah sifu saya di dalam perniagaan internet. Lagi testimoni dari mereka yang telah mencuba ebook JanaWang-Adsense.Com
Assalamualaikum Nawar,
Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesemua panduan saudara dalam Adsense. Saya mula berjinak dengan adsense ini sejak 4 bulan yang lalu, setelah meghantar anak saya mengkuti bengkel adsense anjuran saudara di Shah Alam.
Saya menceduk ilmu dan berkongsi pengalaman dengan anak saya itu yang sedang belajar di UITM Shah Alam. Setelah mengikuti formula-formula yang saudara bengkelkan itu dan juga melalui ebook percuma 6 Module Adsense, akhirnya saya telah bejaya menjana pendapatan dari adsense. Saya telah mendapat cek pertama dari google berjumlah USD 250.14 pada awal Disember 2007 yang lalu dan cek kedua pula bakal menyusul ialah berjumlah USD129.59.
Beberapa hari lalu saya telah membeli ebook terbaru saudara ‘Pakej 30 Hari Jana Wang Adsense’, untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam adsense ini.
Saya dapati banyak lagi formula-baru dalam ebook tersebut yang perlu saya ikuti. Saya berharap pada tahun 2008 ini akan menjanjikan pendapatan yang lebih tingi dan berlipat ganda.
Email ke #2
Saya masih mendapat income dari Adsense. Walaupun saya tidak mempunyai kebolehan dalam bahasa inggeris, cuma setakat memahami apa yang dibaca dan tidak boleh menulis, tapi saya masih boleh menjana pendapatan sehingga USD11 sehari hasil dari tunjuk ajar ebook saudara.
Satu daripada website adsense saya sudah berada pada page 1,2 atau 3 di google walaupun belum siap sepenuhnya. Saya harap banyak mendapat sokongan dari info terbaru daripada saudara.
Wan Hussein
Apa kata otai pula? Korang mesti kena Amirol bukan? Yang telah menerbitkan ebook yang tak kurang hebatnya iaitu Pakej Web Jualan Evolusi. Boleh lihat testimoni daripada Amirol di bawah:
Assalamualaikum Munawar
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada en Munawwar kerana telah menghasilkan satu panduan yang CUKUP lengkap berkaitan dengan Program Google Adsense.
Saya sebenarnya sebelum ini telahpun memiliki pelbagai macam ebook yang mengajar cara menjalankan Google Adsense. Namun, setelah meneliti dan membaca segala isikandungan yang disediakan oleh en Munawwar ini, saya merasakan ebook Jana Wang Adsense ini boleh dikatakan sebagai MANUAL LENGKAP yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan program Google Adsense.
Buat pengguna internet yang berminat untuk menjalankan program Google Adsense, saya amat menyarankan anda untuk memiliki ebook ini kerana saya jamin anda pasti tidak akan menyesal.
En Munawwar telah menghasilkan satu panduan yang begitu unik dan tidak terdapat di dalam mana - mana ebook Google Adsense yang lain… Anda diajar langkah demi langkah tentang perkara yang perlu anda lakukan bermula daripada membuat kajian keyword, menyiapkan laman dan seterusnya sehingga ke langkah - langkah memasarkan laman web. Semuanya diterangkan dengan jelas dan padat.
Saya amat yakin, jika anda mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberikan oleh en Munawwar ini, anda pasti mampu menjana wang yang lumayan menerusi Program Google Adsense.
Ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.PeluangInternet.com
Aku taknak cerita lebih-lebih lagi. Kalau korang nak dapatkan ebook nih, boleh klik link ini: www.janawang-adsense.com
Apa yang specialnya jika korang dapatkan ebook JanaWang-Adsense melalui blog aku ni? Ok, aku akan berikan beberapa bonus yang berharga secara PERCUMA.
1. Banner Buddy - Membolehkan anda membina Banner semudah 1,2,3 dan tanpa perlu mengetahui Flash dan HTML
Harga Normal = USD65.99 / RM237.56
2. E-Writer Pro - Dengan memiliki software ini, ebook yang korang hasilkan akan nampak lebih professional. Kelebihannya, korang boleh menulis terus content di dalam software ini dan compile. Boleh memasukkan aktif hyperlink seperti link ke website atau email, boleh memasukkan password untuk keselamatan ebook anda, boleh disablekan copy/paste function dan sebagainya… sangat menarik.
Jika korang berminat dan ingin menjana pendapatan melalui google adsense, panduan terbaik telah ada..cuma korang saja yang menentukannya.
Dapatkan Ebook Jana Wang Adsense sekarang !
=============
Update ! (27 May 2008 - 10.50pm)
Lagi bonus kepada pembeli ebook Jana Wang Adsense jika membeli melalui link : www.janawang-adsense.com boleh lihat di sini :
Cari Duit Online: Plugin Viper’s Video Quicktags
Assalamulaikum dan salam sejahtera…
Hurmm..dah lama aku tak share ngan korang info dan panduan blogging. Nama jer blog panduan buat duit online, tapi info kurang takde maknanya jugakkan…Ok, hari ni info pendek saja, aku nak share nak korang satu plugin untuk embedded kod seperti Youtube, Metacafe, Myspace dan sewaktu dengannya di dalam blog korang.
Aku dah jumpe satu plugin namanya Viper’s Video Quicktags. Kalau korang upload plugin nih ke dalam hosting korang, korang tak perlu lagi copy and paste embedded code seperti yang korang buat dahulu kala tu. Korang cuma perlu masukkan url video sahaja seperti screen shot di bawah.

Kalau korang leh tengok kat screen shot tu pun dah tau…plugin ni bukan untuk embedded code Youtube jer, malah boleh gunakan untuk embedded code Google Video (GVideo), Metacafe, ……FLV. Aku malas nak tulis, korang baca sendiri aaa.
Antara format yang plugin ni sokong adalah:
Selamat mencuba…
Download Plugin di sini
Panduan Buat Duit Online: Sembang Hari Minggu
Aloha..ape korang tengah buat aaa? Hari minggu macam ni sonot gak kalau pegi jenjalan kan. Aku dah lama tak pegi tengok wayang…tapi kalau pegi, nak pegi ngan saper plak aaa? Hurmm..
Hari ni aku taknak cerita info pasal buat duit online, tapi nak review cerita beberapa hari yang lepas. Pada 19 hbln yang lepas, aku kembali ke KL setelah seminggu kat kampung sebab balik tengok adik aku yg eksiden. Masa tu jugak aku bwk beberapa barang untuk di niagakan di KL seperti baju jersey EURO 2008, tudung, Jersey brand Singapore dan Boxer. Keseluruhan modal hampir RM3000.
Aku bajet nak berniaga bersama member aku. Tapi 6 hari yang lepas dia buat hal…dia menghilangkan diri bersama barang2 aku selama 4 hari tanpa khabar berita. Memang hangat aku di buatnya…2 hari lepas dia balik dan bagitau aku, dia berniaga seorang diri berdekatan rumah sedara dia di Kepong. Dia cakap, kebetulan dia pergi menziarahi sedara dia di situ. Ceh, aku takleh terima…kot yer pun, bagitau aku dulu. Ini tidak…handset di tutup, langsung tak boleh call dan mesej.
Bila aku bukak barang2 aku, ada yang sedikit kotor. Dia tak bukak dengan berhati-hati dan letak ikut suka hati. Di sebabkan itu, aku terpaksa memulangkan duit klien aku yang dah buat tempahan, antaranya adalah kepada kawan aku sendiri iaitu Taukey. Aku kena jaga kredibiliti aku..lagi2 kepada kawan baik. Aku mengambil keputusan menamatkan JV dengan dia…aku tak suka dia buat macam ni. Tak amanah dan suka menangguh-nangguh kerja. Sebelum ini pun, memang selalu tak menepati waktu. Janji nak bergerak ke kedai pukul 4 petang, pukul 5 petang baru bangun tido. Pegi sana, pegi sini pukul 8 baru gerak ke kedai..huhu.
Sekarang ni aku bergerak seorang diri dan ditemani kawan baik aku yang lain. Rasa lebih tenang…baru dua hari aku berniaga offline seorang diri. Dua hari lepas aku dapat RM210, semalam aku dapat hampir RM300. Biasalah baru-baru belajar berniaga offline, takde la banyak sangat. Esok insya-Allah aku akan dapat RM240 sebab mendapat tempahan dari Indonesia. Yang tak confirm lagi, kawan aku di Cheras ingin menempah 1000 helai baju dengan aku, harapnya akan menjadi kenyataan.
Perniagaan online macam mana? hehe..ok ajer buat masa ni. Sekarang ni tengah menyiapkan beberapa tempahan daripada klien aku. Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada aku. Kepada sesiapa yang ingin menempah service daripada aku seperti buat blog wordpress, set up affiliate, minisite, setup autoresponder grafik, banner dan sebagainya masih boleh mendapatkan khidmat aku. Aku kerja offline hanya pada waktu malam. Siang2 macam ni aku mengadap komputer..hehe.
=================================================
Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura
Dah abis cerita best, skang ni cerita tak best pulak…aku cukup sedih bila dapat tau Pulau Batu Putih dapat kat Singapura. Memang sedih siut…hampir setengah jam aku dengar Shawkat membebel membacakan penggulungan hujah dan keputusan mahkamah ICJ. Bila dapat tau yang Pulau Batu Putih dapat kat Sinapura, aku terus tutup tv. Angan-angan aku hari tu, aku nak berbulan madu kat situ satu hari nanti nampaknya tak kesampaian lah..huhu.
Kepada orang Johor, aku tau korang rasa sedih…mana tidaknya, aku orang Kelantan + Siam pun rasa sedih, lagi2 la korang kan.. Sabar ajer lah. Klu aku ada kuasa ajaib, aku dah amik Pulau Batu Putih tu letak kat perairan Kelantan..padan muka Singapura. hehe..
p/s- kalau ada sesiapa yang berminat untuk menempah jersey EURO 2008 secara bundle, boleh contact aku. Aku beri harga jauh lagi rendah berbanding di website Jeysey Online aku.




