Archive for July, 2008
Cari Duit Dengan Affiliate: SEO kan Blog
Hoho..aku telah berjaya SEOkan blog ini dengan keyword cari duit dengan affiliate. Walaupun baru ada dalam 3 post berkenaan cari duit dengan affiliate, aku telah menduduki tangga ke empat untuk keyword cari duit dengan affiliate.

Untuk pengetahuan korang, aku jarang sangat SEOkan blog ni. Yang aku SEOkan selalu hanyalah blog-blog adsense. Dua tiga hari lepas, menggatal lak nak SEO…
Yup, bila bercakap tentang SEO..terus terbayang adsense. Itu aku la. Kalau korang aku tak tahu. Sebenarnya, teknik SEO bukan sahaja sesuai untuk adsense…tapi semua benda. Dan setiap medium berlainan pula cara SEO nya. Blog lain caranya..web jualan lain caranya..website statik lain caranya, affiliate lain caranya..tetapi KONSEP tetap sama !
Untuk keyword cari duit dengan affiliate, ranking blog ni berada di nombor 4 daripada 64,200 pages. keyword cari duit dengan program affiliate pula ranking ke-9 dan ke-10 daripada 42,400 pages..
Keyword cari duit pula masih di pegang oleh NorHafidz yang menerbitkan ebook teknik seo. Boleh ke aku conquer keyword cari duit untuk blog ni? Ebook Teknik SEO tu aku tak beli pun, tapi aku ada cara tersendiri..hehe.
Ok, selamat cari duit dengan perniagaan internet kepada semua. Jangan lupa juga cari duit dengan affiliate, kerana dah ramai otai-otai berjaya mendapat 6 angka sebulan dengan affiliate. Kalau otai luar negara dah ramai…tapi yang aku tahu, otai buat duit dengan affiliate di kalangan orang melayu yang mendapat 6 angka sebulan baru sorang..iaitu Yusri Jom Bincang. Hoho..dasyat !
Cari Duit Dengan Affiliate Minyak Jaguh Kanda
Hoho…tak abis-abis cari duit, cari duit, dan cari duit..maafkan aku kalau post aku sedikit mengelirukan. Banyak sangat perkataan cari duit..hehe.
Ok, post pada kali ini aku nak ajak korang semua cari duit dengan program affiliate minyak jaguh kanda. Aku dah lama jual minyak jaguh kanda, tapi baru 3 hari lepas aku melancarkan program affiliate untuk produk ni. Sebelum aku lancarkan program affiliate, memang permintaan amat menggalakkan. Dan setelah aku melancarkan program affiliate, permintaan lagi-lagi menggalakkan..hehe.
Untuk pengetahuan semua, produk ni mendapat permintaan hangat di Malaysia dan aku pernah jual sampai ke Indonesia dan Singapura jugak. Sekarang, orang Timor Leste pun turut berminat..:D

Pertanyaan pelanggan dari Bangi

Pertanyaan pelanggan dari Medan

Pertanyaan pelanggan dari Timor Leste
Baru sahaja 3 hari dilancarkan program affiliate, masalah yang menakutkan dah pun hampir berlaku.

Tapi nasib baik arini dah 30 haribulan. Aku harap sempat bandwidth ni bertahan sampai malam ni. Esok dah bulan baru dan bandwidth di kira dari ‘zero’ balik. Lagipun, hosting ni kecik ajer bandwidthnya..500MB sahaja. hehe..
Ok, kalau korang berminat cari duit dengan program affiliate minyak jaguh kanda, boleh mendaftar sebagai affiliate di sini: www.minyakjaguh.com/register
Ok, aku chow dulu..nak pos minyak jaguh kanda ke Sabah..
Cari Duit Dan Buat Duit Dengan Program Affiliate
Cari duit kembali lagi..kali ini kita bercakap tentang cari duit dengan program affiliate. Apa kebenda cari duit dengan program affiliate ni? Masyuk ke cari duit dengan affiliate? apa kelebihan cari duit dengan program affiliate ni? hoho…banyak punya soalan. Mari kita tanya pendapat kawan kita tentang cari duit dengan program affiliate.
Bob : Saya rasa program affiliate memang banyak membantu, saya hanya iklankan banner di blog dan promosi dengan bersungguh-sungguh, rezeki masuk tanpa di sangka-sangka..hehe. Rezeki dengan affiliate ni tak tetap. Hari ni tengok dalam panel affiliate baru dapat RM40, esoknya tengok RM120. Kita rajin, kita dapat banyak.. kita malas, kita dapat sikit.
Din Beramboi: Apa pula kata Mat Jambul? Setuju ke dengan Bob tu?
Mat Jambul: Hoho..sangat-sangat bersetuju. Semua Bob kata betul. Lagi saya nak tambah, dari aspek saya sebagai admin produk, program affiliate adalah satu cara marketing yang murah..sebabnya, kita hanya membayar kepada agent affiliate yang hanya berjaya membuat jualan. Berpuluuh-puluh orang mempromosikan produk kita, dan beratus-ratus pelawat klik banner kita, tetapi kita tak perlu bayar apa-apa pun kepada para agent affiliate. Ini tak sama dengan Adword di mana ‘advertiser’ perlu membayar kepada ‘publisher’ berdasarkan klik pada iklan di blog masing-masing.
Din Beramboi: Kento, ada nak tambah apa-apa tak?
Kento: Ni ada sedikit point lagi bahawa cari duit dengan affiliate menguntungkan kedua-dua belah pihak. Apabila agen affiliate review produk di blog mereka, free-free ajer admin produk affiliate tersebut dapat backlink dari laman web agen affiliate. Walaupun pelawat tak beli produk yang diiklankan, sekurang-kurangnya ia membantu menambah trafik ke blog owner affiliate tersebut.
Sebenarnya apa yang diorang cakap tu semuanya betul. Cari duit dengan affiliate banyak manfaatnya kepada kedua-dua belah pihak. Di samping memperolehi keuntungan, ia mengajar kita bekerjasama untuk sama-sama berjaya.
So, jangan lupa cari duit dengan program affiliate…
p/s - Program pay per lead Rahsia Pro Affiliate masih berjalan sehingga 13 Ogos 2008. So, ada 14 hari lagi sebelum tamat. Bagi saper2 yang belum promosi, cepat-cepat promosi..anda akan dapat komisyen RM0.25 untuk setiap pelawat subscribe melaui link anda.
Cari Duit Dengan Pendapatan Pasif
“Cari duit dengan pendapatan pasif? ada ke…? ” Tanya sorang mamat tu dalam sebuah forum. Nampaknya dia masih tak yakin dan tak faham bagaimana cari duit dengan pendapatan pasif.
Apa yang aku faham, cari duit pendapatan pasif adalah pendapatan yang kita perolehi secara berterusan dengan usaha yang sedikit atau lebih tepat lagi, usaha sekali. Cari duit dengan cara ini banyak caranya samada melalui perniagaan internet atau perniagaan konvensional.
Semalam, kawan aku dari Johor datang KL mempelawa aku cari duit dengan pendapatan pasif ni. Korang tau tak apa idea diorang? Diorang dalam proses ingin membuka beberapa cawangan mesin basuh secara layan diri. Wahaha..bagi aku cari duit dengan cara ini adalah satu idea yang bagus. Ini juga adalah salah satu cara cari duit dengan pendapatan pasif. Customer masuk saja duit RM3, tinggalkan selama 30 minit dan kemudian datang ambil pakaian yang dah kering. Kita pula hanya datang kutip duit pada setiap hari !
Cari duit dengan cara ni banyak digunakan biasanya di asrama universiti, kolej dan sekolah berasmara berasrama. Trend sekarang ni, ada pula mesin jual top up layan diri. Benda yang dah lama sket adalah air tin dalam peti yang masuk syiling tu..hehe. Dah lama tak guna. Sebenarnya, itu semua adalah jenis pendapatan pasif. Letak jer kat mana-mana, kita hanya datang ambil duit tiap-tiap hari..haha. Tak perlu upah pekerja untuk menjual, tak perlu sewa kedai yang besar, tak perlu habiskan masa 8 jam sehari bekerja seperti di pejabat dan masa itu kita boleh gunakan untuk cari duit dengan cara lain pula.
Aku masih berfikir-fikir untuk mencuba perniagaan offline macam ni. Mungkin bulan depan aku akan mula dengan sebuah mesin basuh di appartment tempat aku tinggal ni..hehe. Insya-Allah..lagipun modal tak besar. Sewa mesin basuh termasuk mengupah wirering dan semuanya hanya berjumlah RM230 sebulan.
====
Bagaimana pula dengan cari duit dengan pendapatan pasif di internet? Hoho..banyak juga yang kita boleh buat. Yang jelasnya adalah Google Adsense. Pada masa kita ada banyak masa, luangkan lebih masa untuk membuat Google Adsense. Bila pendapatan sehari dah mencecah USD30, boleh berehat dan bercuti. Yang best buat adsense, kita tidur pun duit masuk..wahaha.
Bagi aku cari duit dengan affiliate juga salah satu cara mendapat pendapatan pasif. Kita tak perlu buat produk, tak perlu upah design. tak perlu menghantar produk dan sebagainya. Hanya promosi, promosi dan promosi…duit masyuk, masyuk dan masyuk..kalau kena caranya.

Apa lagi ya pendapatan pasif? Sebenarnya banyak..apa sahaja perniagaan yang di’automasi’kan, ianya adalah pendapatan pasif. Korang ada cadangan boleh tulis di bahagian komen…:D Aku harap, aku akan berjaya suatu hari nanti menjana pendapatan secara pasif dengan jayanya.
Cari duit dan bisnes kesukaan aku adalah affiliate dan Google Adsense. Aku kurang suka cari duit di forum walau aku tahu caranya. Aku kurang suka design, aku kurang suka produk fizikal, aku kurang suka service…tapi setakat hari ini, semuanya aku tibai..haha.
1 Juta Kawan atau 1 Juta Dolar?
Hoho…persoalan yang bagus untuk usahawan internet. Anda mahu 1 juta kawan atau 1 juta dolar?
Boleh bagi pendapat dan reason kenapa pilih macam tu..





