Ian del Carmen’s Success Story : From McDonald’s To Internet Riches
Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua sebuah cerita kejayaan. Moga-moga ia menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Ya, nak berjaya kenalah ikut cara orang berjaya, nak gagal ikutlah cara orang yang gagal. Semuanya ada di depan mata.
Mungkin tiada siapa yang menyangka dan imagine bahawa mamat ni yang baru berusia 29 tahun (sekarang ) akan menjadi seorang CEO sebuah syarikat perniagaan internet yang berjaya di Filipina. Sebelum beliau bergiat dalam bidang perniagaan internet dan memiliki syarikat sendiri iaitu Fireball Planet Corporation (www.FireballPlanet.com) , beliau adalah seorang pelajar kolej yang yang tak tahu apa-apa berkenaan komputer dan marketing.
Beliau masih ingat pada masa zaman sekolah menengahnya dan selalu berfikir macam mana printer print kertas dari komputer. Bagaimana sebuah kertas yang tak bergerak di microsoff office boleh di pegang setelah di print. Macam bodoh…hahaha. Beliau menulis di dalam blognya, kalau ingat balik benda tu confirm akan gelak sorang2. Huhu.
Jalannya sangat panjang. Tapi berkat minat dan kesungguhan akhirnya sekarang ini beliau berjaya memiliki sebuah syarikat sendiri dan hanya bekerja dari bilik tidur dengan mempunyai 40,000 pelanggan di seluruh dunia.
Kejayaannya hari ini kerana mempunyai perasaan ingin merubah kehidupan !
Pada masa kecilnya, mak dan ayah bercerai dan berpisah. Beliau hanya bersekolah di sekolah biasa dan semasa di sekolah menengah beliau bersekolah di sekolah persendirian..itupun kerana belas pakciknya yang membayar segala yuran pengajian.
Pada usianya 15 tahun, Ian Del Carmen bekerja di restoran McDonald sebagai pekerja biasa untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Setelah dua bulan bekerja, dia berhenti kerja kerana memikirkan sampai mati pun tak akan jadi bos kalau bekerja dengan orang.
Semasa di tahun dua pengajian di sebuah kolej, beliau menjual design baju kerana kebolehannya mendesign. Pada masa tu, terdapat banyak permintaan dan hidupnya sedikit mewah. Beliau pernah bercadang untuk membuka perniagaan sendiri pada waktu itu tetapi memandangkan masih belum mahir dalam pengurusan perniagaan, beliau batalkan hasrat itu.
Beliau kemudiannya dibuang kolej…apa masalah tak ceritakan. Kemudiannya, Ian Del Carmen bekerja sebagai penulis script untuk TV iaitu Channel 4 dan kemudiannya ABS-CBN station, juga menjadi penulis script untuk program realiti TV iaitu Pinoy Big Brother.
Pada masa inilah Ian Del Carmen mula berminat kepada komputer dan perniagaan internet kerana ditugaskan untuk memeriksa email peminat realiti TV. Beliau telah menemui maklumat perniagaan produk di internet lalu mula mengkaji dan membaca di masa lapangnya.
Pada permulaannya, beliau menjumpai info tentang perniagaan Resell Right dan Private Label Right (PLR). Korang tau tak apa itu Resell Right? apa itu PLR? Ok, aku bagitau bagi sesiapa yang belum tahu. produk Resell Right bermaksud produk yang kita boleh jual kembali setelah membeli produk tersebut tetapi tidak boleh mengubah nama penulis (authority). Kita boleh menyimpan keuntungan 100% dari hasil penjualan produk tersebut.
Produk PLR pulak adalah produk yang mana kita boleh menjual kembali setelah membeli daripada pengeluar dan kita juga boleh rebrand (mengubah authority) untuk menjadikan produk itu kita punya. Seolah-olah kita yang menulis dan mengeluarkan produk itu. Kita boleh mengubah kandungan ebook dan juga minisite.
Jadi, jenis perniagaan inilah yang Ian Del Carmen mula-mula buat. Setelah menguasai model perniagaan ini, beliau mula mengumpul produk2 Resell Right dan PLR dalam bentuk digital dan mula menjual di market oversea. Beliau berjaya membuat jualan ebook pertama berjumlah USD27…sungguh happy katanya pada waktu itu. Yup, aku jugak rasa happy giler masa mula2 dapat duit dari perniagaan internet dulu. Cam tak percaya..hehe.
Pada masa itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai script writer untuk TV show dan melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa. Beliau kemudiannya meluaskan empayar perniagaan internet dengan menjual produk digital seperti software, menjual video dan mp3, dan perniagaannya terus berkembang.
Not bad…dalam masa beberapa bulan sahaja pendapatannya berjaya mencecah USD1000 sehingga USD2000 sebulan.
Pada awal tahun lepas, beliau berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang jutawan sebelum berusia 28 tahun. Ya, jutawan muda…Bagaimana beliau menjadi jutawan? Sebenarnya beliau menjadi jutawan dalam masa seminggu sahaja iaitu dengan menjual membership site dan mendapat 1 juta Pesos dalam masa seminggu. Hebatkan? Membership itu berharga dari USD197 sehingga USD397 dan beliau mempromosikan ke seluruh dunia.
Pada May 2007, beliau menyedari bahawa beliau tidak mampu menguruskan perniagaannya seorang diri lagi lalu menubuhkan sebuah syarikat iaitu Fireball Planet Corporation dan mengandungi beberapa orang pemegang saham dan pelaburan.
Betul seperti kata Ian Del Carmen di dalam blognya, untuk mendapatkan ribu riban dalam bentuk dolar sebenarnya tak perlu meninggalkan Filipina pun. Kita mampu menghasilkannya dari dalam negara hanya melalui internet..
Apa respon korang dengan cerita ni? Ada teruja? haha…bagaimana plak korang dapat 1USD yang pertama? leh citer kat dalam bahagian komen. Hope boleh memberi inspiration kepada semua..
p/s - Untuk lebih teruja, sila tonton video kat bawah ni. Hayati, ambil iktibar dan enjoy !..




Kisah yg bagus Din! Lagipun langkah yg besar bermula dgn yg kecil, even dari USD1 sahaja. Saya pun ada kisah sendiri, boleh tengok kat laman “tag” kat readercircle.com la….hehe…
Eh…lupa nak tambah. Insya-Allah jika tiada halangan akan saya bukukan bagaimana saya melakukannya di internet dgn Amazon.com. Agak2 ada org nak tak klu diberi secara percuma?
very good artikel… membakar semangat aku yang semakin membara…..
..pengalaman aku mendapat duit pertama dari internet.. (seingat aku)…
aku beli buku - how to plant strawberry dari car boot sales di UK berharga GBP1.00. Aku tanpa ilmu yang cukup, aku start auction GBP 0.01, dengan harapan dapat up sampai beberapa pound…. at last, ada seller yang memang jual buku, bid dgn harga 0.01 tu, dan aku terpaksa tanpa posting cost kerana rate aku amat rendah….
…since then, aku mula mendalami ebay (thru try and error)…. dan alhamdulillah, sekarang ilmu makin hari makin bertambah…
sekarang, almost everyday, aku pos barang …
betul cakap mamat tu, tak perlu keluar dari Filipina utk jadi milionaire, boleh buat melalui internet… even aku pon dah nampak prospek, tanpa keluar dari muar, tanpa menetap di KL, aku still boleh buat lebih dari esekutif, engineer kat KL….
Yup…kalau dah nampak prospek, tak payah nak pergi ke mana pun dah menjadi
satu cerita motivasi yang baik.. teringat satu kata2 xtau lak kuar dr mulut sape ” piramid tidak dibina dari atas, tetapi dari bawah”. boleh dianologikan dgn kejayaan mamat ni
Kakeru, kalau nak bg percuma..rasanya takde org tolak…hehe. Bagus gak tu, tp kalau berbayar pun rasanya still org beli sebab ebook pasal amazon x byk dan boleh dikatakan xde dalam pasaran internet skang ni…wah, dpt 10k la pasni Kakaeu..hehe.
Wah Sam, ko pun otai ebay yea..gempak aaa…jual susu kambing ke bro melalui ebay? atau jual kambing rxz ko? hehehe…
Umm..bidadari besi, semuanya bermula di bawah…kutip dulu sisa-sisa kegagalan dan susah payah di bahagian bwh, tentu manis apabila berada di atas..
jual minyak… j
… yang ni aku maksudkan, walaupun buat OFFLINe …..apatah lagi kalu online!! kat gua Mulu pun bole buat biz utk worldwide….
..mana ada otai din, tahun lepas (2007) - online / offline biz , dua2 bungkus… thn ni ada belajar byk ilmu baru pasal eBay + Lelong…..
Cerita nii memang betul2 beri semangat untuk aku terus berusaha dalam bidang Internet marketing.. eemm nak kena kumpul list lagi nih…
Duit/rezeki dibumi Allah ni sentiasa ada utk hambanya yg berusaha…. .kalau dah berusaha tapi masih gagal tentu ada slack kat mana2, cuba check balik amalan kita, makanan kita etc…
Terima kasih din, kisah dalam cerita ni ada sikit macam aku la…
serius ni, aku dulu kecik2 suka tanya benda pelik2… Sampai la sekarang…
Contohnya macam mana kita boleh bercakap dengan orang lain dengan menggunakan “wayar”? hehe
Kisah ni memang betul2 membakar semangat aku, lagi satu kalau nak berjaya di pasaran oversea kena mahir bahasa inggeris itu pengajaran yang aku dapat.
Betul tu Faza…rezeki Allah itu ada di mana2..cuma kita saja yg perlu mencarinya. “Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya..”
Emme, aku pun sama mcm ko dulu…selalu tanya pelik2. Haha..Bagus tu aku rasa, semangat inquiry itu ada. Emme, aku dah hantar jersey ko, mgkin hari ni atau esok akan sampai..
tp yg sadat nyer tu..sminggu je leh jd jutawan..hebatlah..ni kisah betol ke??ada tak gmbr dia??hehehe
Ni cerita btul farah..aku translate dari blog dia…nanti aku dapatkan link tu, aku paste kat sini..hoho..
wah..aku nak gi filipina cr dia lah…hehehe..cpt le bg link tu..xsabau2 nak tgk org dia punya blog nih..hahaha
Ok Farah…kalau nak baca cerita sebenar, boleh baca kat sini : http://imnewswatch.com/archives/2008/05/ian_del_carmens_1.html
Jika kita membaca tentang kejayaan orang, motivasi kita akan bertambah. Jika orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak..Fikir-fikirkanlah…ARB Dagang
hohhoho..kita tak berjaya kerana takut mencuba dan malas nak mencuba..itu je…tu sbb takkan berjaya..lg satu…sifat dengki duk tanam kat dlm diri tu..tu yg jd mcm tu…betol x??hahahaha…dengki klu bwk kebaikan xpe..ni dengki lg bwk ke arah keburakn pada diri sndr..