Archive for August, 2008

WebLicious Directory dan BlogHero Directory

Posted by Din Beramboi 25 August, 2008 (18) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah…jualan Rahsia Pro CMD.EXE agak menggalakkan walaupun tanpa penyertaan otai-otai yang mempunyai list besar. Untuk pengetahuan anda, harga ebook dan video Rahsia Pro CMD.EXE akan dinaikkan bermula 27 Ogos ini. Sape2 yang belum dapatkan, boleh dapatkan sementara harga masih murah.. :D

Agak lama tak menulis di sini, hari ini aku ingin memberitahu semua bahawa aku baru sahaja menyiapkan sebuah blogger directory. Namanya adalah WebLicious dengan jenamanya : The most delicious directory on the web right now !

Hoho..directory pun boleh rasa sedap jugak ker? haha..itu hanyalah bermaksud, the most popular and good directory to submit your link. Harapnya ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. Script untuk directory ini di sumbangkan oleh Sifu Fuad Latip, salah seorang sifu yang paling aku kagumi dalam perniagaan internet.

Ok, add blog atau website anda di sini : WebLicious Directory

Dengan submit link ke directory, ia akan membantu menaikkan SERP dan ranking blog anda di search engin.

Ok, directory yang kedua pulak adalah kepunyaan partner aku si Kento. Dia ni dah seminggu menyiapkan sebuah directory yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Nama directorynya adalah BlogHero. Hoho..moga2 directory ini akan menjadi hero antara directory-directory yang ada kat atas muka bumi ini pada suatu hari nanti. :D

Ok, add blog atau website anda di sini: BlogHero Directory

Selepas ini kami akan mempromosikan dan meng-SEO kan directory-directory ini. Jangan lupa submit blog anda sekarang kerana apabila kami SEOkan directory tersebut, blog-blog yang di listkan di situ juga akan turut ter-SEO.

Sumbit sekarang kerana mungkin di masa hadapan kami akan mengenakan bayaran untuk sumbit. So, masa tengah FREE ni, submit sebanyak mungkin blog anda dan kalau boleh, bookmarklah directory-directory ini supaya pada masa depan, memudahkan anda sumbit blog lain pulak.

p/s - Masih ada satu lagi directory kepunyaan aku sendiri yang juga disetup menggunakan domain dan hosting sendiri. Masih dalam construction. Bila dah siap aku akan umumkan kat sini. Kalau sesiapa yang nak mempunyai directory juga, kami ada menawarkan servis setup directory dengan bayaran yang minima. Contact aku atau Kento melalui email atau YM.

Email: admin@zyzyx.info atau admin@dinberamboi.com

YM: kenshisuke atau syeikh_myfren

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan directory? Melalui pengiklanan dan menjual link. :D

Categories : Uncategorized Tags : , ,

Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE dilancarkan secara rasmi…

Posted by Din Beramboi 22 August, 2008 (15) Comment

Hoho…hari ni dah pun 22 Ogos 2008, jualan untuk Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE telah di buka secara rasmi.

Untuk mengetahui kelebihan anda menggunakan dan mempraktikkan CMD.EXE, boleh baca di post di bawah ini.

Jika anda berminat, boleh lawati laman web rasmi di sini sementara harga promosi masih ditawarkan: Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE

Harga promosi hanya sehingga 26 Ogos 2008.


Update:
Jika anda ingin melihat salah satu video yang anda akan dapat nanti, sila klik di sini. Video Review

Categories : Affiliate Marketing Tags :

Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE dilancarkan pada…

Posted by Din Beramboi 20 August, 2008 (3) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu… :D Terima kasih kerana terus melawat blog ini.

Info pada hari ini cuma ingin mengumumkan tarikh pelancaran Ebook dan Video Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE. Setelah banyak kali tertangguh…pada mulanya kami ingin melancarkannya pada 14 Ogos 2008, kemudiannya 16 Ogos 2008, tak jadi lagi…pindah pada 20 Ogos 2008, last-last kami mengambil keputusan untuk menerbitkannya pada 22 Ogos 2008. Lusa !

Projek ini sedikit tergendala apabila emak Dr.CMD dimasukkan ke hospital dan tenat. Beliau terpaksa balik kampung. Kami tak mahu membelakngkan rakan JV, dan kami menunggu khabar Dr.CMD terlebih dahulu. Sekarang, emaknya dah pun sihat.

Ok, mungkin sesetengah orang ini berita yang ditunggu-tunggunya..hoho.

Apakah kelebihan dan kegunaan CMD.EXE? Sebenarnya banyak kegunaannya..kami hanya listkan 10% sahaja di sini dan anda boleh melihat sendiri kegunaanya di CMD.EXE nanti.

# Membina blog dengan pantas yang mengandungi beratus-ratus halaman menggunakan CMD.EXE.

# Menghantar mesej kepada rakan walaupun tiada sambungan internet.

# Membuat salinan file yang penting dalam sekelip mata.

# Menamakan semula file yang banyak dengan cepat.

# Mempercepatkan kerja menyusun file dan membuat backup.

# Mempercepatkan format komputer dan membuang virus.

# Membina database MySQL dan PhP.

# Membina ‘virus ciplak’

# Mengubah registry window

# Kegunaan hacker

Kami akan menerbitkan dalam dua bentuk iaitu ebook dan Video. Ebook akan menceritakan panduan asas CMD.EXE manakala video akan menceritakan langkah demi langkah membina blog dengan pantas menggunakan aplikasi CMD.EXE dan Notepad.

Selain daripada itu, anda juga akan di berikan script CMD.EXE yang sudah siap kami bina. Apa lagi yang anda dapat? Anda juga akan diberikan video mengikut permintaan anda. Ya, pembeli Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE boleh membuat permintaan untuk kami membuat video apa yang diinginkan tanpa charge tambahan.

Diterbitkan pada 22 Ogos 2008

Categories : Uncategorized Tags :

Ada apa dengan sumpah ?

Posted by Din Beramboi 19 August, 2008 (19) Comment

Hoho..ini tak ada kena mengena dengan politik ya… Ini cuma cerita peribadi yang aku alami sendiri beberapa tahun yang lalu. Bukan cerita rekaan, tetapi benar. Ada dua cerita pasal sumpah yang membabitkan diri aku sendiri.

Cerita pertama:

Pertama kali aku datang ke Kuala Lumpur adalah selepas SPM, iaitu tahun 2003. Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, aku bercadang untuk bekerja kilang selama 3 bulan. Aku tak risau datang ke KL seorang diri walaupun tak pernah datang kerana ramai saudara yang bekerja di sini.Aku tinggal di Shah Alam.

Selepas seminggu mencari kerja, akhirnya dapat juga…hehe. Aku kerja bagai nak rak..sebab aku tahu aku hanya boleh kerja 3 bulan. Jadi nak kumpul duit banyak2.. selalu OT dan adakalanya tidur tak cukup.

Selepas sebulan bekerja, aku berjaya mendapat gaji yang pertama..hoho, seronok juga rasanya. Hari itu hari minggu, aku keluar ke Pudu untuk menukar handset lama kepada baru. Duit bawak cukup-cukup jer untuk beli handset baru. Selepas membeli handset, baki masih ada lebih kurang RM60 di dalam dompet.

Aku terus ke stesen bas dan menunggu bas untuk balik ke Shah Alam. Tengah menunggu bas, tiba-tiba datang sorang pak cik menyapa aku. “Adik nak pegi mana pakai kopiah ni? ” Hoho..dia panggil aku adik. Aku pun memberitahu tujuan aku datang untuk membeli handset. Pastu dia cakap, ” Adik boleh tolong pak cik tak? Bini pak cik bersalin dalam bas dalam perjalanan ke Langkawi malam tadi. Pak cik tak sangka dapat anak kembar..comel. Kami turun di tepi jalan dan dibawa ambulans ke hospital Seremban. Bini pak cik dengan anak-anak masih di situ.”

“Masalahnya, dompet pakcik kena curi.. Sekarang ni pak cik nak balik Langkawi sebab nak ambil kereta. Nak datang balik ambik isteri dan anak-anak tu balik Langkawi. Tapi pak cik takde duit, boleh ke adik bagi pinjam RM100?” Aku tengok muka pak cik tu nampak mcm kesian… ” Tapi pak cik, saya ada RM60 jer sekarang… pak cik ambik la RM50, saya ambik RM10 untuk tambang bas nak balik Shah Alam.”

“RM50 tak cukup dik..pak cik nak pegi jauh ni. Adik ada bank tak? Boleh cucuk duit dulu..pak cik janji pak cik akan bayar bila sampai jer Langkawi. Pak cik masih ada simpanan bank tapi buku akaun kat rumah.” Aku pun cakap,” Duit dalam bank memang ada pak cik..tapi mak saya cakap, jangan percaya sangat orang di KL ni..penipu jer ramai, yang baik sikit jer.”

Pak cik tu masih cuba meyakinkan aku..”adik, pak cik betul2 tak tipu..takde gunanya pak cik tipu, kita kan orang Islam, tak baik menipu… Ok macam ni, esok pak cik sampai Langkawi, pak cik terus bank in. Kalau pak cik tak bank in esok..pak cik rela bersumpah jadi kafir.”

Masya-Allah…beraninya dia cakap mcm tu. Aku pun yakin dengan dia dan terus pergi bank cucuk duit. Bagi kat pak cik tu lagi RM50 dan no akaun bank supaya mudah dia bank in kembali, dan dia pula bagi no phone.

Esoknya aku tak check kat bank..aku yakin pak cik tu akan masukkan. Selang 3 hari lepas tu, kebetulan aku pegi bank, aku semak akaun takde pun masuk. “Mungkin pak cik tu belum ada duit, takpe la..esok lusa masuk la tu”. Selepas 4 5 hari duit belum masuk, aku cuba call dia..tak dapat. Lepas seminggu call lagi, still tak dapat..dan sampai hari ni belum masuk dan tak dapat call. Aku pun lupakan dia dan delete no handset dia dari handset aku.

=====================

Cerita dua:

Masa tu cuti pertengahan semester Matrikulasi. Aku balik kampung. Lama tak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan lama, kitorang pun keluar shopping kat Rantau Panjang.

Dah penat berjalan dan shopping..kitorang pun ke masjid untuk solat Asar. Lepas solat Asar, baring2 kejap untuk menghilangkan kepenatan yang masih bersisa..hehe. Masa baring-baring tu, datang sorang abang yang lebih dewasa dari kitorang.

“Adik, adik nak beli handset tak? Abang nak jual murah-murah jer…Handset ni harganya RM1000 lebih, tapi abang nak jual RM50 jer. Abang terdesak ni takde duit nak bayar hutang kat kawan abang. Kalau adik nak, adik bagi RM50 dulu…abang akan ambikkan handset tu. Sekarang kawan abang pegang.”

Hoho..peluang baik ni. Dia nak jual RM50 jer handset yang bernilai RM1000 lebih? Aku bincang ngan member aku dan kitorang bersetuju. Dua sebab kitorang bersetuju, pertama kerana nak handset tu…kedua nak tolong abang tu. Sebelum bagi duit aku ada cakap, “abang tak boleh ker ambik dulu handset tu, pastu datang balik sini. Kami ada kat sini jer.. ” Abang tu cakap,” adik jangan tak percaya kat abang..kita bercakap dalam surau ni. Kalau abang larikan duit adik tu, abang berdosa besar…abang kena laknat“.

Selepas kami bagi duit, dia pun keluar… agak lama menunggu, abang tu belum datang. Kami mengambil keputusan untuk mencari abang tu. Aku ditugaskan menjaga barang2 yang baru di beli tadi, kawan aku keluar mencari. Tak lama kemudian, dia balik dengan hampa. Aku pulak yang mencari dan kawan aku jaga barang di surau…juga tak jumpa.

Aku tanya taukey2 kedai kat situ kot2 ada nampak lelaki misteri tu. Hoho..misteri ! ” pak cik ada nampak tak seorang lelaki rambut panjang, pakai spek hitam..bla bla bla…”. “Owh..orang tu ker..dia dah masuk Siam la adik. Dia tu penipu..”

Ya Allah..baru aku tau macam tu rupanya…lesap lagi RM50..huhu.

==========================

Dua cerita kat atas tu bukan cerita rekaan..tapi berlaku pada diri aku sendiri. Cerita tu bukan nak menceritakan yang aku sudah hilang RM100 + RM50 = RM150, tetapi jahat dan celakanya mereka-mereka yang bersumpah demi kerana sedikit duit yang kecil nilainya. Tak tahukah mereka azab Allah itu sangat pedih !

Seorang bersumpah rela menjadi kafir..hanya kerana RM100. Seorang lagi bersumpah di dalam surau hanya kerana RM50. Kalau di beri RM1 juta, tak mustahil orang-orang munafik ini sanggup bersumpah di dalam masjid dan menjunjung Al-Quran. Manusia pada hari ini sudah tidak takut lagi kepada Allah..Masya-Allah.

Categories : Sembang-sembang Tags :

Update: Pembayaran Komisyen Pay Per Lead

Posted by Din Beramboi 17 August, 2008 (10) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ok, ini info ringkas sahaja untuk update pembayaran kepada agent affiliate pay per lead Rahsia Pro Affiliate. Kepada mereka yang mendapat nilai minimum RM5, komisyen anda sudahpun di bayar. Untuk mereka yang agak rapat dengan kami dan kami mempunyai no akaun CIMB mereka, pembayaran telah dilakukan sejak semalam.

Untuk mereka yang menggunakan akaun Maybank, pembayaran di lakukan pada hari ini. Petang tadi pembayaran di buat dan sebentar tadi ada lagi 6 pembayaran lagi yang di buat. Ini antara mereka yang baru  dibayar 5 minit tadi sebelum post ini ditulis:

Masih ada yang tidak menerima bayaran disebabkan akaun yang tidak lengkap terutamanya akaun bank.  Ada juga yang nilai minimumnya berada di atas pagar dan apabila ditolak komisyen berulang, pembayaran tidak dapat dilakukan. So, kepada mereka yang belum mendapat bayaran, bayaran akan dilakukan lagi pada bulan depan.Kumpul banyak2 dulu ya.. :D

Harap anda terus mempromosikan Pay Per Lead kami dan menjana RM0.25 bagi setiap pelawat yang subscribe.

Terima kasih

Categories : Affiliate Marketing, Cari Duit Dengan Affiliate, Pay Per lead, Sembang-sembang Tags :