About Me
Hai.. salam perkenalan daripada saya. Sudah kenal siapa saya? Ok, kalau belum kenal, di atas adalah gambar saya bersama kawan baik saya. Gambar ni diambil semasa kitorang pergi ke Putrajaya selepas habis final exam semasa semester 1 di Universiti Malaya (tahun 2005).
Ok, nama saya adalah Mohd Zainuddin Che Ismail. Nama gelaran pulak banyak..sentiasa berubah apabila setiap kali bertukar sekolah. hehe… Masa sekolah rendah, saya dipanggil oleh kawan-kawan sebagai IPK (Ikan Pelata Kering ), mungkin kerana saya kurus jer pada masa tu.. Masuk sekolah menengah, saya dipanggil Mongeh…sebab selalu senyum. (senyum kambing…hehe). Setiap kali jumpa orang, kenal atau tak, saya akan senyum.. pelik tak? itulah saya.
Bukankah senyum itu sedekah. Ada juga yang panggil saya sebagai Din Beramboi..saya pun tak tahu kenapa…dan nama tu dijadikan nick name saya dalam bidang ebiz ni. Bukan saja2 yer nak tumpang populariti org lain dan sebagainya. Masa kat MRSM, saya terkenal dengan panggilan syeikh…bukan jer kawan-kawan, tapi cikgu-cikgu jugak panggil macam tu. Mungkin nampak alim kot… Tapi tak alim pun..hehe.
Panjang pulak citer ni…ok la, saya skip. Sekarang ni saya masih seorang pelajar di Universiti Malaya, major Geologi, Fakulti Sains. Bermulanya episod hidup saya dalam bidang perniagaan Internet apabila saya pada suatu hari terbuka suatu laman web perniagaan menjual buku di Internet, iaitu Adikku Sayang.. suatu program affiliate. Pada masa tu, saya di tahun 2 pengajian di UM (2006). Agent Affiliate itu mengesyorkan saya menyertai affiliate tersebut dan sejak itu, saya mula berkenalan dengannya. Siapa dia? kejap yer…belum habis citer lagi ni..hehe. Dia memang dah otai bab2 internet marketing pada masa tu… So, saya belajar daripada dialah semua ni. Saya banyak menyertai program affiliate dan program yang diperkenalkan oleh dia seperti Mastereload, Petrol Saver(program MLM) , Google Adsense dan sebagainya.. Nama dia adalah Sukeri… En.Sukeri. ![]()
Bermula sebagai hanya untuk mendapatkan pendapatan sampingan semasa belajar, ia berubah menjadi minat. Banyak program di internet yang menjanjikan pendapatan lumayan, saya join. Ada yang berjaya dan ada yang sekerat jalan… Contohnya apabila Petrol Saver ditutup operasinya di Malaysia kerana tiada leader di Malaysia yang sanggup “bermain” dengan jujur. Semuanya mengajar saya untuk lebih memahami perniagaan internet.
Pendapatan internet saya pada hari ini adalah lebih dalam bidang Google Adsense dan jualan produk serta Affiliate .
Dalam blog ini, saya akan menulis tentang pelbagai tips-tips perniagaan internet, peribadi dan sebagainya. Harap-harap, sudilah kiranya anda semua melawat blog saya yang tak seberapa ni…dan meriahkanlah dengan komen-komen bernas dari anda..
. Jika anda mempunyai persoalan atau apa-apa sahaja tentang perniagaan internet, boleh hubungi saya di Contact Admin.
Azam saya, saya mahu menjadi seorang usahawan internet yang berjaya suatu hari nanti. Harap-harap macam tu lah… sama-sama doa ya..
Jumpa anda semua di puncak kejayaan…
Ikhlas,
Mohd Zainuddin Che Ismail a.k.a Din Beramboi
P/s - Add saya sebagai sahabat anda di Friendster,
Klik Di Sini




