Buat Duit Online: Perjumpaan Sesama Blogger

Posted by Din Beramboi 12 June, 2008

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saper antara pembaca blog ni @ para blogger dan sahawan internet yang tinggal kat Kuala Lumpur yea? Kalau korang duk KL tu, mengaku ajer lah…Aku takkan mengapa-apakan korang mahupun adik perempuan korang. Jangan risau ok..

Aku ada satu cadangan..kalaulah korang setuju. Apa kata kita buat Perjumpaan Sesama Blogger @ Usahawan Internet? Macam reunion lah…Aku rasa bestkan..boleh kenal batang hidung dan bertukar-tukar pendapat secara informal dengan otai-otai kita. Yup, tak payah informal macam seminar atau sewaktu dengannya. Cukup saja lepak-lepak di restoren cikai2..saper setuju sila angkat dua kaki. hoho..

Tak payah susah-susah kuar duit, korang bawak badan dan laptop saja kalau ada. Lagi baik kalau setiap bulan kita pilih sorang otai untuk ada bersama. Boleh la mengorek segala rahsia dia..hehe. Kalau nak charge pun takpe..kita kumpul sket sorang, lepas untuk makan minum sudah..hehe.

Benda macam ni dah pun di buat kat Kelantan. Aku tau pun sebab melawat forum JomBincang…Kelantan apa-apa pun memang selalu advance..wahaha. Negeri gue tu. :D Kalau korang setuju, boleh la tulis komen kat bawah dan bagi cadangan macam mana benda ni nak buat. Nak buat kat mana dan sebagainya. Aku ni taktau sangat tempat-tempat kat KL ni.

p/s – Aku serius ni, bukan main2..harapnya menjadi. :D

==================================================
Kalau korang nak Jersey EURO 2008, jangan segan untuk menempahnya dengan aku..hehe. Musim EURO dah masuk pertengahan dah ni. Nanti abis rugi lak… Nak beli online boleh dan nak aku hantar COD pun boleh (KL yang dekat2 ngan aku jer..).

Semalam, pos ke Penang untuk Majistret Mahkamah Munisipal.

jersey euro 2008

Hari ni hantar COD kat KL Sentral sebelum jumaat nanti. :D Ada sorang mamat nih, nak suruh aku aku hantar COD sebab kalau pos, memang tak sampai esok sebab cuti sabtu ahad.

Kalau nak dapat jersey EURO 2008 secara percuma, Klik Sini

Related Posts

Categories : Peraduan Percuma, Produk Blogger, Sembang-sembang Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
June 13, 2008

Aku angkat dua kaki.. Aku kat seremban pon boleh datang KL..

Nak join the club..

Posted by nasrun
June 13, 2008

mmg bagus idea nih…hehehehe….cam satu persatuan utk newbie…ekekeke

Posted by taukey
June 13, 2008

Saya memang sangat-sangat bersetuju dengan cadangan tue.Mungkin kita boleh jadikannya sebagai satu acara bulanan..Nak lebih menarik,tukar-tukar tempat..Supaya lebih ramai orang boleh join.Insyaallah,kalo berkesempatan,saya sanggup datang ke KL dari Seremban.

Posted by paan
June 13, 2008

Good nasrun…Seremban dekat jer…2 jam sampai la..hehe. Taukey cane, nak join ker? Boleh booking MAS or AirAsia yer dari bumi kenyalang…wahaha..

Bila nak buat? Saper nak join lagi?

Posted by Din Beramboi
June 13, 2008

wakakakakakaka………kalau dekat aku nak jer join….nih wahduh wahduh…hehehe. Bertuah la badan nasrun. Kalau otai takder pun sesama kita pun blh mana tau dapat JV dan ….. :P

Posted by taukey
June 13, 2008

Luper lak nak promosi thread ni kat blog aku.. Nanti aku promosi.

Terbang la taukey.. Nak gak jumper ko.. hehe..

Posted by nasrun
June 13, 2008

hahahaha…..terbang? Superman tak bagi baju dia. ekekeke….takper nanti ada masa kita akan jumpa jugak. ehehehe,…. cuma tatau bila jer

Posted by taukey
June 13, 2008

banting dekat ke dengan KL tu?? KO dok KL la skrg nih??

Posted by titan
June 14, 2008

nak gak join tapi ada ke pompuan lain nak join? segan lah pulok. saya drive 2.5jam dari utara.

Posted by murni
June 14, 2008

Hmmm…ok gak. Menarik je bunyinya. Tapi nak aturkan bila ye Din? Takut masa tu ada hal lain pula klu tak setup awal2. Kat mane….? Seksyen 14 buleh, Amjal ke, depan Balai Bomba ke…ke kat UM…? Budak UM senang la nak dtg camnih..hoho…

Posted by kakeru
June 14, 2008

aku ok jer..:D

Posted by TheReds
June 14, 2008

… wah, ada ‘bunga’ lagi berseri perjumpaan tuh…. :P

…buat kat port mamak yang tak ramai orang la best… (kat Muar nih ada satu port chanteek , tapi takde WiFi.. dan kalo korang sanggup ler turun Muar)

..kalau nak rasa ‘eksekutip’… buat kat starbuck,

…..kalau nak rasa ikan air masin / air tawar…. kita buat kat medan ikan bakar umbai, melaka… (kalau income aku banyak dlm bulan penganjuran, tanpa segan silu, Insyaallah aku bole sponsor )….

….. buat kat KL, takde aral melintang , aku akan sampai… (bole kata setiap minggu aku turun KL amik barang)

Posted by samdaddycool
June 14, 2008

Ramai juga yang berminat.. Kita buat kat KL dulu la samdaddycool. If ok, boleh la teruskan di negeri2 lain pulak..

Rase mee bandung Muar sedap jugak..

Posted by nasrun
June 14, 2008

… sedappp woooo mee bandung muar kalu sapa2 layan… aku tau port yg sedap2…

Posted by samdaddycool
June 15, 2008

hehehehe…..wah pekena mee bandung sambil dapat ilmu dari otai. meliur dah aku

Posted by taukey
June 15, 2008

takut2 tak sempat korek ilmu… pasal syok sangat ‘bersantap’…. :)

Posted by samdaddycool
June 17, 2008

haha..wat kat banting la din..

Posted by titan
June 28, 2008

huhu.. banting ke kl… klu de duit n mase aku nk join gak hehe… tp aku newbist lg ok ke? not exp yet…. hehe

Posted by Rafhz
June 28, 2008

banting.. ada ikan bakar power??? atau makanan apa paling power??? (buat kat tepi pantai… syokkkkkk) … layan blues beb!

Posted by samdaddycool
Leave a comment

(required)

(required)