Bye-bye….Balik Kampung Untuk Kawin. =)

Posted by Din Beramboi 10 March, 2008

Sebelum aku bertolak balik kampung pada pukul 12 tengah malam nanti, sesajer nak menggatal untuk maklumkan kat korang semua..Hehe.

Aku akan balik kampung pada pukul 12 tengah malam memandangkan waktu tu xde la busy sangat jalan raya. Bersama aku adalah 2 orang awek kawan akan ikut sama. tak pernah aku balikpagi-pagi mcm ni…sesajer nak tukar selera memandangkan kawan aku tu baru beli kereta baru, hajatnya nak merempit la malam ni…keh3.. :)

Lagi satu sebab kitorang nak balik pada pukul 12 malam, sebab kitorang bajet akan sampai Kelantan pada Subuh nanti dan sempat solat berjemaah bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz kesayangan.. :)

Aku nak kawin? Biar betul? Xde la…sebenarnya adik aku yang nak kawin. Ish, langkah bendul lak dia. Geram betul aku..nak buat macam mana dah kalau jodoh kan? Aku ni awek pun belum ada…huhu. So, kalau ada sesaper yang berminat tu ada chance lagi la..hee.

Aku terpaksa kena balik sebab apa? Bukan ker skang ni tengah belajar? Bukannya ada cuti semester ker aper ker…Aku terpaksa bai, sebab nya aku kena jadi wali untuk nikahkan adik aku tu. Kalau aku takde, alamatnya tak kawin la dia. Kira aku ni orang penting jugak la…hehe. Maklumlah sebab Abah dah ‘xde…’, terpaksa la aku memikul tanggungjawab tu.

Ok, aku dah nak chow ni. Sebelum tu aku nak jemput la korang semua datang kenduri kat rumah aku pada hari Khamis ni. Kalau free, dipersilakan datang yea… :) Ni alamat rumah aku :

No.5, Jalan Panglima Bayu,

Kg Lubuk Setol

17200, Rantau Panjang, Kelantan.

Kalau dah sampai, tapi tak jumpa mana satu rumah aku, sila call no aku ni : 013-6298024.

p/s- aku akan kembali ke KL pada hari Ahad nanti. Nanti jumpa korang lagi ye..Aslkm.

Random Posts

Categories : Sembang-sembang Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
March 12, 2008

ehm..aku ingat ekau yg nak kawin tadi. Elok la tu. KO tu bila nak kawin lagi aa..

Posted by titan
March 13, 2008

din, kim salam kawe kat tok guru yang disayangi…

Posted by beduz
March 14, 2008

Aku lambat lg la Titan..Calon pun xde lagi..huhu. Kalau ada awek cun, ngayat la utk aku sorang..hee.

Sorry la Beduz..aku dah kembali la. Hari tu x bukak blog ni plak..xtau ko nak kim salam. Huu.

Posted by Din Beramboi
March 16, 2008

Salam..

Belajar sampai habis dulu Din, baru fikir pasal nak kawin…hehe

Posted by zain
March 17, 2008

Salam Din, ko ada adik pompuan lagi ke? hehe :D

Posted by emet
March 17, 2008

Ada emet…kalau nak jd adik ipar aku, kena blanjer KFC la esok..hehe. pastu, kena jadi top komentar jgk kat blog aku ni..kih3.

Posted by Din Beramboi
March 19, 2008

Boleh gak tu! :) Tapi ko pon join gak ke top komentator dalam blog ko sendiri? :P

Musykil gak aku… hehehe

InyaAllah aku selalu singgah sini :D

Posted by emet
March 28, 2008

Hehehe..Ko ada adik pompuan ke bro??tak cakap sama aku pun..hehe nak gak berkenalan ni.. :P tak da la bro..main2 je tu :)

Posted by dauz
June 24, 2008

ahahahaa… lain kali kalau hang kawen boleh laa tumpang pergi jenguk nanti… calonnya nanti dari kelantan ke atau orang luaran?

Posted by abdfatah
Leave a comment

(required)

(required)