Cara Buat Duit: Menjana Pendapatan Melalui Affiliate

Posted by Din Beramboi 17 June, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar korang semua? harap sihat semua hendaknya…Masa aku menulis ni, aku baru jer balik dari membayar maxis broadband kat maxis center. Berita gembira jugak buat aku, bukan untuk korang yer..hehe. Aku baru jer upgred maxis broadband daripada package biasa kepada package power. Kalau sebelum ni, peak speed hanya 384kbps, sekarang adalah 3.6Mbps iaitu lebih kurang 9 kali ganda lebih laju daripada sebelum ini. Hehe..sonotnya.

Kenapa aku upgred? Suka hati aku la sebab aku punya..hehe. Tak2..bukan macam tu. Aku tak suka membuang masa untuk menunggu loading lembap macam kura2. Speed 384kbps sebelum ni memang dah laju, takde la low..tapi aku nak lagi laju. Aku rasa dah sampai masanya aku menggunakan online bisness untuk menjana pendapatan secara optimum.

Tutup cerita peribadi aku yang tak berapa best untuk korang tu, kita cerita lagi pasal buat duit di internet. Korang tau atau tak, untuk menjana pendapatan melalui internet sebenarnya ada 3 cara. Artikel hari ni mungkin sesuai untuk newbie. Kita kembali kepada basic ok. Apa yg 3 tu?

1. Perniagaan Internet

2. Program Buat Duit di Internet

3. Pelaburan di Internet

Aku takkan terang satu persatu, nak lebih lanjut cari sendiri atau tunggu saja artikel yang aku tulis pada post2 yang akan datang. Hari ni mari kita bincang pasal affiliate marketing. Affiliate marketing ni boleh di kategorikan sebagai program buat duit di internet iaitu di nombor dua.

Apa tu Affiliate Marketing? Bagi yang dah lama berkecimpung dalam perniagaan internet kalau tak tahu apa itu affiliate marketing, memang teruk sangat dah ni. Kena masuk kelas pemulihan.. :D

Affiliate Marketing: Program yang mempromosikan produk orang lain untuk mendapatkan komisyen.

Menjadi Affiliate: Orang yang mempromosikan produk orang lain untuk mendapatkan komisyen.

Banyak program2 affiliate yang kita boleh sertai samada FREE atau berbayar. Ya, jangan ingat semua program affiliate adalah percuma. Ada juga yang berbayar… Dalam banyak2 program affiliate, 95% adalah percuma untuk menyertai dan 5% lagi adalah berbayar.

Untuk permulaan bagi newbie, join saja affiliate yang free. Walaupun kebiasaannya program affiliate berbayar lebih besar komisyennya iaitu 50% sehingga 70% nilai sesuatu produk, affiliate free juga ada yang menawarkan komisyen yang tinggi. So, jangan pening2 kepala nak cari yang berbayar.

Apakah perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam mempromosikan sesuatu program affiliate?

Yang pertama sekali adalah mengkaji samada produk tersebut mempunyai demand yang tinggi atau tidak di pasaran. Kalau takde permintaan, buat apa kita promosi…promosi macam gaban, habuk pun tak dapat. huhu.. yang kedua perlu di utamakan adalah nilai komisyen yang diberikan kepada ahli affiliate. Pilih saja program2 affiliate yang menawarkan komisyen tinggi antara 40% sehingga 50% dari nilai produk. Kalau ada yang menawarkan komisyen sehingga 70%, itu lagi la bagus..hehe.

Kepada mereka-meraka yang dah hampir berputus asa dalam mempromosikan produk affiliate, jangan putus asa. Promosi dan terus promosi..lambat laun korang akan tau apakah cara-cara yang terbaik dalam mempromosikan produk affiliate.

Di bawah adalah sedikit komisyen affiliate dari suatu program affiliate yang aku dapat semalam.

Related Posts

Categories : Affiliate Marketing, Masalah Newbie, Tips Perniagaan Internet Tags : ,

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
June 17, 2008

aku tau komisen aper. ekekeke. byk nyer……hehehehe. tahniah bro.

Posted by taukey
June 17, 2008

Hehe…diam2 sudah….keke. Tq sebab bagitau ada problem tadi.. :D

Posted by Din Beramboi
June 17, 2008

wahhh.. syok nye tgk RM dpt tanpa pening kepala… just promoting.. aku so far belum berjaya dgn affililiate program… mungkin akan dtg…?? sekarang try nak start from scratch… fokus one by one…

Posted by samdaddycool
June 17, 2008

wa~~ bagusnye bg info kat sini. lenkali leh terus rujuk sini. x yah susah2 tanye. at least sblm tanya da tau basic. Terima kasih

Posted by bidadari besi
June 17, 2008

hehehe…..aku akan diamkan diri. hehehe. no problem bagitau. hehehe

Posted by taukey
June 17, 2008

Ummm, bagus Samdaddycool….buat one by one. Yang penting fokus..jgn ikut rentak org, dia nak buat, kita pun nak buat…Bila dah berjaya satu program, baru fokus yg kedua, ketiga dan seterusnya…good lark. :D

Yup Bidadari Besi, kalau tengok balik yg previous post , byk gak info yang berguna… ur welcome :D

Posted by Din Beramboi
June 17, 2008

hehe. macam aku tau je komisen yang mana ko dapat nih. Hehe..

Posted by titan
June 18, 2008

Banyaknya ko dapat ni komisen, **** **** adsense kan? :)

Posted by emme
June 18, 2008

Hehe…tau2 jer ko Emme. Rezeki aku la nih…Ni tanpa list tau. Klu aku ada list…huhu, lagi gempak siut.. :D

Posted by Din Beramboi
June 18, 2008

tahniah la cam gitu. Banyak tuh. Aii..siap bagi star lagi tu kat emme. Hehe..

Posted by titan
June 18, 2008

Tahniah.. Banyak tu.. Mesti betambah lagi kan.. hehe..

Posted by nasrun
June 19, 2008

aku nak tnye ni..mcm mn nak ceburkan diri dlm program ni??tak brp paham la..trangkan sikit leh tak…dia byr guna paypal gak ke??cek ada tak??

Posted by farahaznil
June 19, 2008

hmm..mcm mn nak seratai program ni…br2 ni aku br je daftar dkt si mawardi tu…tp tak brp reti lg la..mcm mn nak mskan baner2 dlm blog kita??leh ajar ke??cpanel ada kena mengena tak dgn nak mskan benda ni suma??

Posted by farahaznil
June 19, 2008

384kbps brp kena byr sbulan?? 3.6Mbps lak brp??yg br ni leh bwk mn2 ea??pastu klu ko punya yg lama tu sama ke mcm streamyx..aku dgr yg rm78 tu mcm streamyx punya kan..yg ko punya ni..yg baru punya mcm mn lak…mahal tak byr sbulan??

Posted by farahaznil
June 19, 2008

Umm…takde la mahal sgt cik farah, RM98 sebulan …sblm ni yg 384kbps tu RM68 sebulan..

Nak letak banner tak perlu cpanel la..huhu. Klu dah ada blog, masukkan ajer pada bahagian admin…ok la, kang aku wat tutorial..hu. Sian farah..maklumlah bdak skolah. hehe..

Benda affiliate ni byk cara boleh byr..tadi aku dpt lg bayaran utk 1 program affiliate. Klu ko join affiliate yg overseanyer…mmg la ngan paypal. Tp mcm yg tempatan, diorg byk byr guna bank tempatan jer…ko tau x bank tempatan tu bank ape? Ko cari seluruh malaysia pun, mmg x jumpe..huhu. Yg ada cuma Maybank, CIMB …hehe. :D

Posted by Din Beramboi
June 19, 2008

oh..rm98 je..klu msk yuran skali brp aaa??aku pun pki line gak..sbulan fee je bkn rm60 ke?tak silap la..nnt aku tgk balik bil tu..abis tu secara keseluruhan bil ko line + internet tu brp??xmsk skali dgn sms atau ko call la…sbb klu pki 1 je line line 1 bil..tak silap aku fee dia turun jd rm30..betol ke??

aku dgr paypal je..aku dah lemah dah..hahaha…tak ckp umur lg…contoh affilate tempatan apa aaa???bg le tau…ebook2 ftp tu pun affilate gak ke?ke adsense??

Posted by farahaznil
June 19, 2008

itu yuran utk broadband jer…tapi aku guna gak telefon yg dia bagi, so dalam RM100 ++ setiap bulan…ini bkn streamix aaa..

Ok, kalau nak join affiliate program, boleh tengok kat sini : http://www.wangcyber.com/forum/affiliate.php

Banyak tu…pilih yg sesuai jer…kriteria mcm yg aku ckp kat atas tu. :D

Posted by Din Beramboi
June 20, 2008

farah.. nak join affiliate kalau pakai paypal senang je nak selesaikan masalah, aku baru jumpa…..

….nanti aku bagi akaun paypal aku… setiap kali dpt payment, aku buat2 senyap dah ler….
muahahahahhaaa

Posted by samdaddycool
June 21, 2008

ada tak affiliate lain selain dari nuffnang & advertlets?
boleh kongsi dengan aku tak?
yang free je tau.

Posted by junaidi92
June 21, 2008

Junaidi, kalau u rajin. U korek post2 lama kat blog din ni. Banyak gak affiliate program yang selain 2 program u sebut tu..mostly free aje..

Posted by titan
June 21, 2008

titan aku dah dapat da…
baru tadi aku jumpa kat wangcyber.com[forum]
tapi thanks sbb bagi respon..

Posted by junaidi92
June 21, 2008

setiap org wajib ada brp id afilate ha??

Posted by farahaznil
June 22, 2008

nak bukak banyak id affiliate pun boleh namun hanya satu aje laaa kalo nak kena kira. berapa banyak id nak bukak? nanti kacau bilau jadinya… lagi elok ada satu aje dah laaa… bukannya boleh dapat banyak pun….

untung banyak ke kalo bukak banyak id affiliate nih?

Posted by abdfatah
June 23, 2008

oh..mn la aku tau..tu sbb aku tanye..weyh..lg 1..katakanlah aku dah daftar id affilate kat mawarde tu kan..adakah id tu leh guna utk program2 affilate yg lain selain dr dia??hahaha

Posted by farahaznil
Leave a comment

(required)

(required)