Cari Duit Dengan Affiliate dan WC Gathering…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Aku harap korang sihat selalu dan semoga cari duit online semakin memberansangkan… Aku sihat ajer.
Malam ni aku tak ada idea nak menulis..tapi sebelum aku mulakan tugas untuk menyiapkan ebook Rahsia Pro Affiliate full edition yang akan diterbitkan pada pertengahan bulan ini, aku nak bercakap sikit tentang etika dalam cari duit online.
Etika yang aku maksudkan di sini adalah jangan menjadi seperti burung bangau. Korang pernah dengar lagu Bangau Oh Bangau tak? haha..masa kecik2 dulu, aku suka menyanyi lagu ni.
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus..
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul..
Ikan oh ikan, kenapa kau tak nak timbul?
Macam mana aku nak timbul, hujan tidak turun..
Hujan oh hujan, kenapa kau tak turun..
Macam mana aku nak turun, katak tak panggil aku..
Korang habiskan lagu tu sendiri..malas aku nak tulis. Aku rasa korang tau kan lagu tu. Siap ada dalam buku teks sekolah lagi tu..hehe.
Kenapa nak kaitkan dengan bangau lak? Kerana bangau suka menyalahkan orang lain. Last-last, semua orang pun terkena. Dalam kaitan cari duit online atau cari duit offline, jangan suka salahkan sesiapa.
“kenapa aku tak berjaya nih…dia la tak nak ajar aku..cis!”
“Ebook ni kurang membantu la..hampeh betul..”
itu antara luahan yang biasa kita dengar. Aku tak mahu memberi komen apa-apa kerana ianya bermula dengan diri kita sendiri. Adakah kita bertindak berdasarkan apa yang kita tahu? Adakah kita mempraktikkan apa yang diajar? Sekali lagi aku nak mention…semuanya datang dari diri kita.
Allah berfirman: “Aku tak akan mengubah nasib setuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya..”
Nasihat aku kepada diri aku dan semua..bermulalah..bertindaklah. Tanpa bertindak dan mencuba, kita tak tahu potensi diri kita di mana.
=====
Hari ni aku berjaya mendapat komisyen affiliate Rahsia Zango sebanyak RM120. Aku menduduki tempat kedua terbanyak selepas Amirul Faisyal. Ini yang aku copy paste dari blog Alang, tuan punya ebook Rahsia Zango.
Jumlah peserta program affiliate - 35 orang
Jumlah jualan melalui affiliate - 19
Jualan tertinggi oleh Amirul Faisyal - 12
Peserta affiliate paling agresif ialah Din Beramboi kerana beliau daftar satu domain khusus iaitu rahsia-zango.com untuk promosi ebook ini. Beliau juga paling banyak menghantar pelawat ke laman web www.rahsiazango.com.
Aku copy and paste bukan untuk menunjuk-nunjuk..tapi aku harap ia memberi sedikit motivasi dan semangat untuk aku..walaupun dapat takde la dapat ribu riban..
Ini aku promosi hanya dalam masa 7 hari.
======
Lagi satu, ada saper2 yang pergi WC gathering tak pada esok hari? hoho..kalau pergi, nanti kita jumpa di sana..
Ramai otai yang akan hadir termasuklah Jutawan Internet Irfan Khairi, Shuth, Yusri, Syed Ikhwan, Bitol, Team Flarebiz, Alang dan ramai lagi.
Jumpa di sana..
Related Posts
Trackbacks & Pingbacks
- Pingback by Sweet Dream? | Life as Nomad Blogger on August 2, 2008 @ 12:53 pm






Din, tahniah ooo… Siap ada domain khusus lagi, dasat nih… Utk esok, huhu..tak dapat pergi maa…xifu sudah panggil, kena masuk kelas…oh! Masihkah ada peluang utk pi WC Gath sekali lagi…? huhu…
Insya-allah..
jumpa di sana esok..
Tahniah Din, RM120 boleh wat makan lebih kurang 12 hari..itu klu aku…hoho
kalau tak agreasif, camana nak wat duit kan? Hehe..
lagi agresif, lagi byk bley wat duit kan titan..
Tahniah Din. Banyak tu.
aku tak dapat pergilah…adoi..terlepas lagi hehe..cian aku..hoho…cari duit din beramboi..adoi..kaya la ko din kini yeakkk…tahniah broo..akan ku ingat jasamu
Jasa apa ni bro?
Apa2 pun, berbaloi la dengan usaha yg agresif tu..hehe. Domain baru RM29, tapi dpt RM120..ok la kan.
Terima kasih Cikgu..
wow..din nampaknya bertambah semangat ye..$120 tu boleh datang sabah sudah tu…
owh..yer ke? Murahnya…dulu saya pergi sabah kena bayar RM600 utk 5 hari mendaki gunung kinabalu..hehe. Nanti saya pergi Sabah, boleh tumpang di rumah Pakar Clickbank ke?
mahalnya Din..bakal bini orang sabah ni..skit aku..hehe
Hoho..bakal bini org Sabah eh? Apesal la jauh sgt ko cari..Kat puncak Gunung Kinabalu ke? hehe. Takpe, dah kalau jodoh nak buat cane kan..
Tahniah din! omedetou!
Ingt nk pegi jgk gathering tu tapi seganla…heheheh ^_^
mintak2 jadilah Din..mungkin rezeki lebih kat sana, kita mane tau kan..:-)
bukan agresif dah nih… tahap gerila antarabangsa nih…
ko pg kan gathering tu din??amacam ok x??best??aku tgk nama ko ada kat sana hr tu..hahaha
berbaloi la kalau dah lebih modal. Mana ada orang nak rugi kan?