Cari Duit Dengan Pendapatan Pasif
“Cari duit dengan pendapatan pasif? ada ke…? ” Tanya sorang mamat tu dalam sebuah forum. Nampaknya dia masih tak yakin dan tak faham bagaimana cari duit dengan pendapatan pasif.
Apa yang aku faham, cari duit pendapatan pasif adalah pendapatan yang kita perolehi secara berterusan dengan usaha yang sedikit atau lebih tepat lagi, usaha sekali. Cari duit dengan cara ini banyak caranya samada melalui perniagaan internet atau perniagaan konvensional.
Semalam, kawan aku dari Johor datang KL mempelawa aku cari duit dengan pendapatan pasif ni. Korang tau tak apa idea diorang? Diorang dalam proses ingin membuka beberapa cawangan mesin basuh secara layan diri. Wahaha..bagi aku cari duit dengan cara ini adalah satu idea yang bagus. Ini juga adalah salah satu cara cari duit dengan pendapatan pasif. Customer masuk saja duit RM3, tinggalkan selama 30 minit dan kemudian datang ambil pakaian yang dah kering. Kita pula hanya datang kutip duit pada setiap hari !
Cari duit dengan cara ni banyak digunakan biasanya di asrama universiti, kolej dan sekolah berasmara berasrama. Trend sekarang ni, ada pula mesin jual top up layan diri. Benda yang dah lama sket adalah air tin dalam peti yang masuk syiling tu..hehe. Dah lama tak guna. Sebenarnya, itu semua adalah jenis pendapatan pasif. Letak jer kat mana-mana, kita hanya datang ambil duit tiap-tiap hari..haha. Tak perlu upah pekerja untuk menjual, tak perlu sewa kedai yang besar, tak perlu habiskan masa 8 jam sehari bekerja seperti di pejabat dan masa itu kita boleh gunakan untuk cari duit dengan cara lain pula.
Aku masih berfikir-fikir untuk mencuba perniagaan offline macam ni. Mungkin bulan depan aku akan mula dengan sebuah mesin basuh di appartment tempat aku tinggal ni..hehe. Insya-Allah..lagipun modal tak besar. Sewa mesin basuh termasuk mengupah wirering dan semuanya hanya berjumlah RM230 sebulan.
====
Bagaimana pula dengan cari duit dengan pendapatan pasif di internet? Hoho..banyak juga yang kita boleh buat. Yang jelasnya adalah Google Adsense. Pada masa kita ada banyak masa, luangkan lebih masa untuk membuat Google Adsense. Bila pendapatan sehari dah mencecah USD30, boleh berehat dan bercuti. Yang best buat adsense, kita tidur pun duit masuk..wahaha.
Bagi aku cari duit dengan affiliate juga salah satu cara mendapat pendapatan pasif. Kita tak perlu buat produk, tak perlu upah design. tak perlu menghantar produk dan sebagainya. Hanya promosi, promosi dan promosi…duit masyuk, masyuk dan masyuk..kalau kena caranya.

Apa lagi ya pendapatan pasif? Sebenarnya banyak..apa sahaja perniagaan yang di’automasi’kan, ianya adalah pendapatan pasif. Korang ada cadangan boleh tulis di bahagian komen…:D Aku harap, aku akan berjaya suatu hari nanti menjana pendapatan secara pasif dengan jayanya.
Cari duit dan bisnes kesukaan aku adalah affiliate dan Google Adsense. Aku kurang suka cari duit di forum walau aku tahu caranya. Aku kurang suka design, aku kurang suka produk fizikal, aku kurang suka service…tapi setakat hari ini, semuanya aku tibai..haha.






DIn beramboi ko memang bakal jutawan la bro..
Tapi pendapatan pasif nie kebiasaannya memerlukan modal yangh besar dan pengalaman dari otai jgak kan bro??
aik…pendapatan pasif???
Kalau nak cepat join skim cpat kaya tetapi ini dilarang..kalau nak slow..offline nye join mlm tapi online ada jugak..
Adsense pasif jugak apa
Hoho Dauz, awal datang rumah aku arini. Maklum lah cuti skolah ea? hehe..
Insya-Allah bro, kita usaha kita yg dapat. Aku dah amik contoh KKD ngan kwn aku tu semalam. Hajatnya nak buat lesen perniagaan. RM70 jer kwn aku ckp..
MLM aku dah serik…hoho.
tapi klu nak bukak dobi top up tu..byk dia punya modal kan din..mesin basuh sebijik dah brp ratus..takkan ko nak beli sebijik je..pastu ko kena beli yg berkualiti sikit..sbb bila hari2 org pki..tak smpi 2 3 bulan..jahanam..repair pun mkn duit..huhuuhu..pastu mesin tu yg pki nyer brp rmi..mcm2 ragam..manusia ni..klu barang org takkan dia pikir nak jaga n guna elok2..pki hantam je smpi rosak…hohoho..jap2..ke aku sorang je duk pikir smpi mcm ni??huhuhuuhuhu….tapi kan.buka kedai dobi ni mmg untung klu rmi pelanggan..tu mmg tak boleh nak dipertikaikan..hehehehe
hoho. memang minat nak bukak lesen perniagaan. ko wat dulu. nanti kitaorang follow.
Tak Farah..yg ni aku akan sewa. Hanya bayar RM230 setiap bulan. Kalau ada kerosakan, company akan repair. Hanya RM230 tu dah termasuk semua sekali termasuk wirering dan juga sambungan paip.
Kalau nak beli boleh, harganya lebih kurang RM1500. Tapi kalau ada kerosakan, kita tanggung sendiri..
Sebab tu aku prefer sewa ajer..
Farah… kalau tak untung, tak wujud kedai dobi layan diri dalam dunia ni…
setiap perniagaan online / offline ada risiko… sesiapa yang berani mengambil risiko adalah orang yang akan berjaya.
Cuma timbang tolak jenis-jenis risiko (munasabah atau tidak)..
Perniagaan pasif offline lain (orang dh buat), filtered water machine,mesin foto (biasanya dekat playstation), alat penimbang, dll.
..lagi satu, kebanyakan jenis perniagaan produk adalah pasif bila anda dah jadi ‘big boss’. Masa mula-mula nak setup, nak naik dan maju , memang kita kena ada… tapi bila kita dah dapat kontrol sistem, dah boleh buat ‘management yang cekap.. baru kita boleh tinggal pada pekerja…
so.. aku nak jadi bos!
Syoknyer masyuk..:)
Hurmmm..memang sgt best klu dapat jana duit dr pendapatan pasif. Din, nak join gak! hoho..
oh..maknanya sebijik sewa rm230 la..huhhuu..ok gak tu..weh klu la beli sndr..naya tu nak tanggung..hahahaha..sakit wooo..ko nak bukak kat mn ni din??sam..ko xnak bukak dobi ke??ko ada buat bisnes pendapatan pasif ni x??selain dr jual tudung tu..weh..hahaha..minat bisnes aaa korang ni….
he he he memang Din ini saya sangat “suka” dengan cara hidup awak ni..semua yang anda berfikir ,saya juga rasa enjoy
farah.. kedai dobi? taknaklah.. aku bagi line pada din.. aku taknak sapu semua… lagipun, aku tgh mantapkan biz tudung, jubah aku… utk jadikan diri aku ‘big boss’…
p/s - kalau minat pada biz, lepas spm, amik course business… jangan jadi macam aku, belajar akitek, tapi macam2 aku cebur… (tu yang teraba sana sini..)
Aku pun nak join lah kalau macam nih.
hehehe! (macamla ada duit beribu)
Jom pakat modal beli mesin basuh…
Takkan nak buka mesin basuh kot..bila bagi idea..dok nampak yg tu ja..cuba cari yg lain tgk..
Berniaga goreng pisang ke…jual kuih muih ka…jual buah-buahan potong ker…
Modal kecik jerk…sewa itu ini tak payah bayar..hohohoho lagi jimat ?
Silap basuh baju…hancur..nak kena ganti plak…
***teringkat aku kat sorang cina kat negara org putih..kena saman sampai berjuta-juta dolar kes basuh baju ni.
Haha..ni mesin atumatik la Shah..takkan kat Kedah takde kot. Ni mesin basuh yang masuk syiling tu. Takde la aku kena jaga, masuk serbuk pencuci dan sebagainya. Aku parking jer kat mana2, customer yg handle semuanya..
Berniaga goreng pisang, kuih muih mmg modal kecik..tapi ada ke yg auto? Paling tidak kena upah org jual..duit gak tu..hehe.
Sebulan RM115 sorang bro…hehe.
Kalau kita dpt cari sekolah asrama or kolej, avarage boleh dapat RM30 sehari.
RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900
Ko dpt RM450, aku dpt RM450…tolak RM115 sorang, bersih boleh RM335 seorang..ok la tuh bro..
Itu baru 1 mesin basuh..kalau ada 3 bijik? hoho..dapat bersih RM3015 total. bahagi 2 orang dapat RM1005..byk bagus..
risiko kecurian tu beb…hahahha motor dlm tu mahal tu..taik pit suka tu…kabel elektrik pun depa sanggup panjat ini kat dok kat tempat lapang…hohohoh
shah… kalau nak kira kena curi, berlambak mesin air, public phone dah kena angkut.. pastu takde sapa yg nak buat servis mcm tu!
p/s - setiap biz mesti ada risiko beb!!
sekarang aku nak lebihkan program affiliate tapi dlm masa yang sama masih nak tgkatkan usaha cari pendapatan melalui google adsense..
boleh jalan gak bisnes mesin basuh ni..boleh join ke?
Betul tu Sam, takde benda yang takde risiko..semua ada risiko. Yg kita boleh buat, KURANGKAN risiko. Kalau takde langsung, tipu namanya..
Kunci 18 bijik mangga, insya-Allah selamat..hehe. Dah usaha kurangkan risiko, berserah la pada tuhan..
Good mohdhafifi, teruskan usaha..hope berjaya dgn cemerlang. Ermm, nak join buat mesin basuh eh? boleh jer. Mohdhafifi skang belajar kan? So, ushar2 kat kolej mana yg belum ada lagi benda ni, kita bincang..
belajar lagi skrg ni..nak letak mesin basuh dalam kolej ke?
.. shah… din ni pon belajar lagi.. tapi semua biz dia sebat.. nasib baik dia ada 2 tangan sahaja… belajar bukan alasn untuk buat biz…
di mana ada kemahuan, disitu ada jalan….
p/s- tapi pastikan belajar jgn sangkut… 1st priority
Bukan Shah..muhdhafifi la Sam..haha. Ermmm, tadi aku call taukey minyak jaguh kanda sebab ada order baru. Dia tanya aku, still study ker? Hoho..dia ckp mcm ko la Sam. Belajar 1st priority..jgn sangkut sudah..
ye ke… dah cakap dlm ni taj nampak muka.. nampak nama je… dah campoq adoq noooo.
pening kepala…
betul belajar 1st priority (abis tu takbole ngorat laa.?? )
p/s - aku dah anto sms kat ko… dpt kan din?
ko lain ko sam. ko 1st priority mmg belajar tapi dalam masa sama ko selitkan ngorat mengorat ko. hehehehe. So lain orang lain cara. Carila cara yang sesuai utk diri anda yg tak membebankan pelajaran dan bisnes anda.
Anda pasti berjaya
mana ada taukey.. aku dah abis belajar.. tapi masa belajar, aku nak niaga benda lain.. jual minyak jer.. ahaks
Haha..dapat2..
“testing..testing..
Samdaddycool”
Haha..
testing.. testing.. roger and out… nanti aku ada masa free kalau gi kl , aku call din!
hahaha..ni mst kecoh psl si sam duk dtng kl ni..hehehe..tp psl yg dobi tu kan..mmg boleh bwk untung..aku ada sorang pak sedara..keje bgs la..tak boleh bg tau dia keja apa..hahaha..bahaya…gaji bln2 mau gak 10ribu keatas..tah2 nak dekat 20 ribu..mcm tu la..masa dia duk borak hr tu..dia ckp..masa dia dah nak pencen nnt..dia nak bukak dobi..sbb dobi byk untung..huhhuu..mula2 aku pelik..apa barang mau bukak dobi???hehehe..pastu aku dah paham knp slps diterangkan..tp dia mungkin bukak modal lg bsr sikit kot..aku dgr dia ckp modal utk dia nak buat bisnes tu nnt mngkin dlm 50k..huhhuu..byk tuh..lantak le dia..jnji masa dia nak meniaga tu..untung mst ada..hahaha..
Wokeh…
kawan aku adabuat sendiri dobi layan diri kat universiti2 .kalu ko orang nak tahu contect dia laaa. dia dah buat dobi ni dah 12 tahun. masa dia belajar kat utm lag dah buat. dengar nya income sebulan dah cecah 43k.
zul 0137784888 ktc laundrette
salam,,
macam mana nak dapatkan mesin yang dapat masukan syilling dalam box tu ?
tahniah bro…satu perspektif pendapatan pasif yang menarik… tapi bagi aku jika pendapatan pasif tue kita dapat secara linear amat lambat utk kita pencen awal. so apa yg aku nak adalah pendapatan pasif dan pendapatan penggandaan yg mana ia jalan seiring…. aku puas mencari 2 ciri tersebut. aku rasa lebih dr 5 tahun dan akhirnya aku jumpa setelah aku buat research dan alhamdulillah ianya berkesan! anda boleh sms kan email anda ke 0196957675 utk keterangan lanjut….
Banyak cara rupanya nak buat bisnes internet ni….