Buat Duit Dengan Advertlets
Nuffnang Glitterati : Baguskah?

Hurmm, aku sebenarnya baru sahaja cash out daripada Nuffnang dan Advertlets masing-masing sebanyak RM100++ . Sekarang ini masih berfikir samada mahu menyertai Nuffnang Glitterati atau tidak..konfius2.
Ada saper2 yang pernah join Nuffnang Glitterati tak? Kalau ada boleh la share pandangan korang kat bahagian bawah nun..hehe.
Kalau ada sesiapa yang tak tahu, meh sini aku terangkan. Nak join Nuffnang Glitterati tak susah pun, tak perlu register apa2. Tapi dengan syarat korang dah ada akaun Nuffnang lah. Syarat dia apa dia untuk upgred daripada ahli biasa Nuffnang kepada ahli luar biasa (Nuffnang Glitteri) ialah buang semua ads lain kat blog korang. Tinggal yang Nuffnang jer. Kalau ada ads adsense takpe, yang dia suruh buang adalah iklan daripada syarikat-syarikat lain dari Asia Tenggara. Aku rasa korang tau kan iklan apa itu..
So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri. Yang bagusnya apa dia bila jadi ahli Nuffnang Glitteri?
Kelebihan Nuffnang Glitterati:
1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.
2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli nuffnang biasa.
3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.
4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa
5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.
6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak eklusif kepada ahli biasa
Hurmm, itulah antara kelebihan bila jadi ahli Nuffnang Glitterati. Nak cuba boleh jugakkan..

Ini merupakan salah satu klik unik pada suatu blog aku. Hari Ahad (13/04) memang kurang sket sebab hari minggu..orang tengah tido atau keluar jenjalan..hehe.


Kalu nak join Glitterati, ini bermakna aku harus membuang ads company lain yang juga memberikan aku sedikit wang sampingan. Advertlets juga hampir (maknanya tak setiap bulan) setiap bulan aku boleh cash out, tapi cek belum pernah sampai. Ini buat aku lebih bersemangat untuk membuang ads advertlets.
Ada pendapat? Bolehlah lontarkan di bahagian komen.. TQ.
Mintak Maaf Advertlets…
Haha…rupa-rupanya aku yang silap. Ingatkan Advertlets yang sesajer buat hal. Disebabkan merajuk kononnya income aku dah lebur sia-sia, dah dua bulan aku tinggalkan advertlets. Ruginya…Mungkin korang tak faham maksud cerita aku ni kan? Hurmmm, ok aku ceritakan. Ini kisah benar tau, bukan main2 atau sengaja nak reka cerita atau nak mengampu Advertlets.
Sebelum aku cerita, aku nak tanya korang dulu. Korang tau tak apa itu advertlets? Aku rasa ramai yang dah tahu. Tapi kalau ada lagi yang tak tahu meh sini aku cerita. Haa, ni lah lagi satu cara buat duit kat internet hanya dengan cara pamerkan iklan kat blog korang. Dia ni adik-beradik Nuffnang la…tapi lain bapak. Hehe. Ni adalah program PPC (Pay Per Click) di mana para blogger akan dibayar berdasarkan klik yang diterima daripada pelawat2 blog. Lagi ramai pelawat mengunjungi blog korang, lagi tinggi kebarangkalian untuk korang dapat klik pada iklan advertlets. Lagi byk klik yg korang dapat, lagi masyuk lah korang dapat..
Kisahnya macam ni. Dulu masa mula2 advertlets dilancarkan aku adalah antara orang yang excited untuk menjana pendapatan melalui advertlets ni sampaikan aku daftar 3 akaun. Patutnya satu dah cukup. Walaupun tak berapa byk yang dapat, tapi oklah buat tambah2 income. Lagipun blog aku tu pada masa tu xde banyak sangat yang datang melawat.
Lebih kurang 2 bulan lepas, advertlets ada masalah dengan servernya dan berlaku maintainance selama beberapa hari. Blog aku langsung takleh di access sebab ia di direct kepada domain advertlets yang expired. Sakit hati jugak la. Sebagai penyelesaiannya, aku terus buang iklan advertlets daripada blog aku dan blog aku kembali berfungsi dengan jayanya..
Bila advertlets dah ok balik, aku cuba log in untuk mendapatkan code untuk memasukkan kembali ke dalam blog. Tapi aku tengok baki akaun adalah RM0.00 . Apasal ni? Terkejut aku. Sebelum ni aku tengok ada RM69.++ . Aisehmen…memang dah fikir advertlets yang buat hal. Lagipun dah byk cerita pasal advertlets ni kat forum wang cyber yang lambat bayar payment para blogger. Ada yang dah cecah RM800 tapi belum bayar. Mungkin aku adalah mangsa yang seterusnya? Oleh sebab tu, aku terus lupakan advertlets dan kemudinnya bahagia bersama pasangan baru iaitu Nuffnang..hehe.
Dua hari lepas aku melawat blog Titan macam biasa yang aku buat selalu. Kebetulan hari tu Titan tulis post berkenaan Advertlets. So, aku kutuk habis la…nyampah siot kat advertlets masa tu. Hehe..Kebetulan jugak Josh Lim (CEO of Advertlets)mengunjungi blog Titan dan meminta aku memberinya email untuk semakan kembali.
Malam tu jugak aku dapat respons daripada Josh Lim yang memberitahu aku bahawa, aku silap log in. Perrgh, patut la. Memang aku akui aku ada 3 akaun dengan advertlets dan mungkin masa aku log in pada hari tu, aku log in akaun lain yang sememangnya RM0.00. Mintak maaf advertlets..aku dah salah anggap.
So,semalam jugak aku letakkan kembali kod advertlets ke dalam blog aku. Sehari saja aku letakkan iklan tu, akaun aku dah RM72 yang asalnya hanya RM69.++ . Ok lah tu walaupun sikit dapatlah tambah2 income yang lain jugak..Hehe.
Harapnya tiadalah masalah untuk mendapatkan payment nanti. So, kepada anda yang mahu menambah income mungkin advertlets adalah suatu cara alternatifnya. Good lark advertlets .






