Buat Duit Dengan Clickbank
Happy Birthday To Me… :)

Happy birthday to me…
Happy brithday to me…
Happy birthday to Din…
Happy birthday to me…
Hehe..hari ni genap la umo aku yang ke 86 22. Nampaknya dah tua aku ni kan..umm, dah boleh kawin ni aku rasa. Korang rasa macam mana? hehe..
Harap-harap dengan peningkatan usia ni, akan menyedarkan aku erti hidup. Untuk apa kita hidup? Buat apa kita hidup? dan ke mana kita akan kembali selepas ini. Semakin hari semakin meningkat usia, bak kata orang tua-tua, dunia kata “pergi lah..”, kubur kata “marilah..”. Moga aku sedar apa tujuan aku hidup dan meningkatkan amalan untuk kembali.
Umo baru jugak mengingatkan aku kepada tanggungjawab yang lebih besar semakin hampir. Tugas aku untuk mencapai kejayaan memerlukan aku berusaha lebih gigih lagi dan muhasabah diri. Jadikan kayu ukur kejayaan hari ini untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di hari depan.
Ummm, sebenarnya sejak 4 5 hari lepas aku dah fikir apa yang boleh aku berikan pada korang sebagai hadiah bufday aku nih. So, aku mengambil keputusan untuk memberikan diskaun 50% kepada semua produk MRR yang aku ada. Contohnya Panduan Mudah FTP, Panduan Clickbank Step by Step, Web Audio Plus dan harga bagi semua perkhidmatan yang aku buat seperti bina blog, setup shopping site, personal coaching dan sebagainya. Korang boleh melihat service yang aku buat di sini.
Semalam aku baru sahaja melancarkan web Design Studio, dan aku menerima tempahan PERCUMA sahaja daripada korang pada hari ini sempena bufday aku. Ya, percuma sahaja tetapi terhad kepada 5 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat yer.. Korang boleh request samada design banner atau header, seal dan grafik web jualan. Ebook cover tidak termasuk. Sedikit masa lagi perkhidmatan ebook cover juga akan di masukkan. Tunggu ajer..hehe.Sekali lagi, hanya 5 orang dan seorang boleh request satu sahaja. Semua permohonan boleh menggunakan Sistem Support Din Beramboi.
Ok, ini sahaja untuk hari ini..siang nanti plan nak pergi mandi kat Ulu Yam. hehe..dah lama tak pergi situ. Best wooo..saper nak ikut?
Di hari yang special ini, doakan lah aku semoga aku akan sentiasa success selalu. Bila kita doa orang lain, kebaikannya akan diperoleh oleh kita sendiri. Sekali kita memberi, 10 kali Allah gandakan ganjarannya.
p/s - Terima kasih kepada Taukey kerana memaklumkan aku berlaku 404 page Error tadi. Rupa-rupanya disebabkan perubahan setting oleh provider hosting aku. Aku pun sebenarnya tak tahu nak buat macam mana, tapi bila tanya sifu aku En.Sukeri, kejap jer dia buat dan alhamdulillah..kembali ok. Terima kasih En.Sukeri. Satu lagi ilmu aku belajar daripada dia. Thanks
Isu Hangat : Clickbank Dibuka Untuk Malaysian
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dah lama tak menulis dan update blog ni, aku busy sket skang..patutnya dah abis exam, makin lega kan. Aku ni terbalik pulak..huhu. Disebabkan kelembapan ekonomi line internet yg sampai tahap gaban ni, lagi lah malas aku nak menulis. Huhu..rasa mahu berasmara dana saja malam ini melepaskan tensen yang membelenggu. Berasmara dana ngan saper? Ntah la..
Isu hangat, isu hangat..hehe. Aku rasa korang semua dah tau pun benda ni. Dah bising-bising satu Malaysia dah..cuma aku jer lambat update sebab masalah kelembapan dan lagi satu, kebusyan. Apa yang hangat tu aaa? Hoho..Clickbank dah pun di buka untuk rakyat Malaysia. Dulu, Clickbank merupakan salah satu lubuk buat duit untuk rakyat Malaysia, tapi sejak 4 tahun lepas kena ban pulak. Alhamdulillah…sekarang dah bukak balik.
Ape benda Clickbank ni? Aku dah lama tau benda ni, tak la lama sangat. Lebih kurang setahun yang lepas. Aku pernah buat guna alamat di Singapura sebab sorang abang aku ada tinggal di sana. Tapi tak jalan pun..tak yakin sebab takut tak boleh kuar duit. Skang dah yakin 100% dan aku akan explore lebih dalam lagi pasal benda nih. Korang macam mana? berminat tak?
Clickbank sama saja dengan affiliate marketing yang lain, cuma komisyen yang kita dapat sebagai affiliate lebih besar. Lagipun, clickbank merupakan lubuk bahan-bahan digital. memang banyak benda-benda bagus boleh kita promosikan dan memang menguntungkan aku rasa.
Sejak beberapa hari lepas aku mula explore Clickbank dengan lebih serius. Aku dah beli ebook Clickbank Step by Step versi bahasa Melayu dan bahasa English. Memang detail ebook ni. Kalau korang berminat, aku recommendkan korang dapatkan ebook ni. Ebook ni dicipta oleh Gobala Krishnan yang merupakan seorang otai Clickbank. Yang bestnya, ada dua versi macam aku cakap tadi, BM dan BI. Kalau korang tak paham BM, boleh la baca version BI.
Best jugak pasal ebook ni, korang akan diberikan MRR untuk jual kembali dan korang akan dapat keuntungan 100%. Baik korang beli sekarang kerana sedikit masa lagi, aku percaya akan ramai orang menceburi Clickbank ni. So, korang boleh jual produk ni dan simpan 100% keuntungan ke dalam poket.
p/s - Aku sudah membaca hampir separuh buku Menjejaki Jutawan Senyap by Chef Lie. Aku pun berazam sama untuk jadi jutawan senyap macam diorg la.huhu.. Kalau apa2 yang aku dapat melalui Internet ni, aku takkan dedahkan dah melalui blog ni. Hanya info-info dan lubang-lubang buat duit saya yang akan aku citerkan. Tq
p/ss - Skang nak buat banner animasi utk Titan plak..sorry aa lambat.






