Buat Duit dengan Nuffnang

Ebook Percuma: 4 Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang

Posted by Din Beramboi 21 June, 2008 (87) Comment

Ahh…leganya. Dah seminggu lebih tak jogging…lepas subuh tadi aku jogging seorang diri. Segala sakit kepala, pening2 dah hilang. Hurmmm, aku syorkan kepada korang gak agar selalu bersenam untuk jaga kesihatan diri. Aku taulah korang usahawan internet, duit masuk ribu riban.. tapi jangan duduk tercongah jer depan PC tu. Jaga kesihatan…kalau dah sakit, duit banyak pun dah tak guna.

Lepas senaman tadi, naik sket body aku yang sememangnya dah tough ni…

Ahaha..itu bukan body aku yer. Tapi lebih kurang la..keke. Aku tau, lepas aku tulis post ini tentu ramai gadis2 yang ingin berkenalan ngan aku kan? haha..Just kidding. :D

Ok, badan dah sihat..hati pun dah seronok, hari ni aku ingin memberikan korang sebuah ebook percuma bertajuk : 4 Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang. Aku bagi warning awal-awal, ebook percuma ini sangatlah tidak sesuai untuk mereka-mereka yang dah otai, atau mereka2 yang sudah menempelkan iklan Nuffnang di blog masing-masing.

Aku buat ebook ini atas dasar kemanusiaan sejagat dan ingin membantu mereka2 yang kurang reti sahaja. Aku dah bagi warning, kalau korang download jugak..aku takmau dengar korang membebel plak. ” Alaah, ebook ni xyah buat..basic jer.” ” Alaahh..ebook macam ni pun nak buat..” Aku xmo dengar macam tu ok. Niat aku ingin menolong sahaja.

Dalam ebook ini, aku ada terangkan langkah demi langkah bermula dengan :

1. Pengenalan kepada Nuffnang

2. Bukti-bukti pendapatan Nuffnang

3. Cara menempelkan iklan di blog wordpress dan blogspot,

4. Ebook yang menceritakan 100 cara menarik traffik (pelawat) ke blog korang.

Download di sini bagi yang berminat. Semuanya FREEEEEEE !!!

Bagi korang yang ingin memberikan ebook ini kepada pelawat blog korang, sangat-sangatlah dialu-alukan. Ambil sahaja link download di sini dan buat post baru kat blog korang. Juga, bagi mereka2 yang nak bagi kat kawan2 sekolah, sedara mare, pak cik makcik..juga di galakkan. Boleh la diorg menjana sedikit income dalam keadaan minyak petrol dan barang2 tengah naik ni..hehe.

Ok, aku chow dulu…nak siap2 pergi LCCT. Jumpa lagi…. :D

Categories : Buat Duit dengan Nuffnang, Ebook Percuma, Masalah Newbie, Produk Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :

Buat Duit Online: Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang - Vol 3

Posted by Din Beramboi 18 June, 2008 (23) Comment

Jap lagi aku nak tido. Maklumlah hujan turun lebat kat luar rumah tu…sonotnya. Hehe..Sebelum aku tidur, sajer aku nak menulis satu post untuk bacaan korang. Aku belum tido lagi sejak aku bangun pukul 5.30 pagi tadi. Lepas subuh, terus terkam komputer yang sememangnya tak tutup sejak semalam. Dan sampai sekarang, pukul 2 petang aku masih di kerusi empuk aku nih membuat keje.

Hurmm, pada hari ni kita bercakap lagi pasal program buat duit di internet. Pasal affiliate marketing, kita tinggalkan kejap…Harap korang dah faham apa itu affiliate marketing ( terutamanya newbie…otai memang dah lama faham aku rasa).

Hari ni aku nak menulis pasal Nuffnang pulak. Kebetulan semalam aku mendapat pertanyaan dari seorang kawan aku pasal nuffnang, seorang pelawat blog ini pun tanya soalan sama iaitu farah, dan semalam jugak aku nampak di blog DikMal ada check Nuffnang di tunjukkan. Hehe…

Dah lama citer pasal Nuffnang tak kedengaran, sekarang muncul lagi. Apedia Nuffnang nih? Macam mana kita nak dapat duit dari nuffnang? Berapa dia bayar? Betul-betul bayar ker? haha…banyaknya soalan. Kalau nak tahu jawapan kepada soalan tu, aku sebenarnya dah buat post berserta sedikit tutorial pada suatu masa dahulu. Klik saja di sini untuk melihat.

Kalau dah tengok, dah baca , dah try buat…tapi tak paham2 jugak..boleh tanya di sini pada bahagian komen. Aku akan membantu jawab soalan korang tu…Bila aku dah jaga dari tidur nanti.

Empat hari lepas, aku pun dapat check Nuffnang jugak..aku rasa ramai lagi yang dapat. Walaupun RM166.15 jer..ok la tu untuk tambah-tambah pendapatan yang lain lagi.

p/s - Bila aku jenjalan kat blog orang lain, aku tengok ramai lagi yang belum meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing. Mungkin sudah banyak duit, atau diorang masih tak tahu yang Nuffnang memang membayar ahlinya…aku pun tak tahu. So, kalau nak dapat check macam aku jangan lupa hias blog korang dengan iklan Nuffnang yang comel tu.

Post terdahulu yang berkaitan dengan Nuffnang:

Categories : Buat Duit dengan Nuffnang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Nuffnang Glitterati : Baguskah?

Posted by Din Beramboi 14 April, 2008 (33) Comment

 

Hurmm, aku sebenarnya baru sahaja cash out daripada Nuffnang dan Advertlets masing-masing sebanyak RM100++ . Sekarang ini masih berfikir samada mahu menyertai Nuffnang Glitterati atau tidak..konfius2.

Ada saper2 yang pernah join Nuffnang Glitterati tak? Kalau ada boleh la share pandangan korang kat bahagian bawah nun..hehe.

Kalau ada sesiapa yang tak tahu, meh sini aku terangkan. Nak join Nuffnang Glitterati tak susah pun, tak perlu register apa2. Tapi dengan syarat korang dah ada akaun Nuffnang lah. Syarat dia apa dia untuk upgred daripada ahli biasa Nuffnang kepada ahli luar biasa (Nuffnang Glitteri) ialah buang semua ads lain kat blog korang. Tinggal yang Nuffnang jer. Kalau ada ads adsense takpe, yang dia suruh buang adalah iklan daripada syarikat-syarikat lain dari Asia Tenggara. Aku rasa korang tau kan iklan apa itu..

So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri. Yang bagusnya apa dia bila jadi ahli Nuffnang Glitteri?

Kelebihan Nuffnang Glitterati:

1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.

2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli nuffnang biasa.

3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.

4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa

5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.

6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak eklusif kepada ahli biasa

Hurmm, itulah antara kelebihan bila jadi ahli Nuffnang Glitterati. Nak cuba boleh jugakkan..

 

Ini merupakan salah satu klik unik pada suatu blog aku. Hari Ahad (13/04) memang kurang sket sebab hari minggu..orang tengah tido atau keluar jenjalan..hehe.

 

 

Kalu nak join Glitterati, ini bermakna aku harus membuang ads company lain yang juga memberikan aku sedikit wang sampingan. Advertlets juga hampir (maknanya tak setiap bulan) setiap bulan aku boleh cash out, tapi cek belum pernah sampai. Ini buat aku lebih bersemangat untuk membuang ads advertlets. :D

Ada pendapat? Bolehlah lontarkan di bahagian komen.. TQ. :D

Categories : Buat Duit Dengan Advertlets, Buat Duit dengan Nuffnang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Hanya 4 Langkah To Get Money | Nuffnang

Posted by Din Beramboi 5 March, 2008 (20) Comment

4:49 PM sabahan.boyz: camana cara nak register kat nuffnang?

4:50 PM me: bukak www.nuffnang.com

try la

ada dia tulis kat situ suruh daftar

ikut jer apa yg dia suruh

senang jer

nak bgtau skang pun xleh

4:51 PM sb dah junaidi xleh bukak

hu

sabahan.boyz: dah bukak dah…

me: dah dpt?

nuffnang atau advertlet?

4:52 PM sabahan.boyz: nuffnang

me: pilih yg malaysia

sabahan.boyz: cepat….. nak keluar dahni

dah..

camana????????

4:53 PM me: sign up as blogger

klik situ

sabahan.boyz: isi borang selengkapnya?

me: ya

4:56 PM tgk banner kat atas tu

ada 4 langkah

sabahan.boyz: advertlet lak?

4:57 PM me: dah siap nuffnang ker?

sabahan.boyz: send e-mel cara-cara dia ye…….

me: buat nuffnang dulu sampai siap

sabahan.boyz: nak out dahni…….makmal komp dah nak tutup

me: ok

sabahan.boyz: nuffnang ada masalah la.

me: nanti sy hantar email

4:58 PM sabahan.boyz: bila nak online lagi?

esok leh?

Hurmm..itulah salah satu bab yang aku chat ngan Junaidi tadi. Nampak macam betul-betul berminat nak menjana income melalui Nuffnang, so aku citer la kat dia. Walaupun aku xde banyak sangat dapat ngan Nuffnang. Skang baru dapat RM100 lebih. Ok la tu. Lagipun dalam masa sebulan lebih jer..pastu aku paste kod pada dua blog jer..dapat la support income aku yg lain. hehe.

Berbalik pada citer si Junaidi ni dan kepada newbie semua, senang jer sebenarnya  nak menjana income melalui Nuffnang - untuk pendapatan sampingan korang. Korang tak perlu tunggu pengesahan berhari-hari atau berminggu-minggu macam Google Adsense. Daftar hari ni, dah boleh tampal/paste kod hari ni jugak. Mudah mcm makan biskut..hehe. Ape kena mengena lak ni..Hu.

Ya..macam tajuk kat atas tu, hanya 4 langkah jer untuk dapat duit daripada Nuffnang. Follow jer..

Ok..ini langkah-langkah untuk mendaftar di Nuffnang.

1. Pergi ke website : http://www.nuffnang.com

2. Pilih negara : Kalau tinggal kat Mexico , pilihlah Mexico..tapi aku rasa ada dua bendera jer yang dia bagi.

3. Klik Sign Up as Blogger.

4. Korang akan di bawa ke page untuk mengisi tentang detail korang..tulis dengan betul. Terutama sekali Nama Penerima dan alamat rumah. Kang tak pasal-pasal xleh cek..huhu.

Lepas dah siap langkah 1 tu, korang akan dapat email untuk pengesahan. Bukak email yang korang bagi masa daftar tu dan korang akan lihat akan ada email macam kat bawah ni.

nuffnang

Klik pada link pengesahan…dan TAHNIAH. Anda sudah pun ada akaun Nuffnang dan dah boleh menjana income. Log in pada www.nuffnang.com.my dan dapatkan kod untuk di pastekan ke dalam blog korang.

Ummm, ada saper2 yang dah dapat income daripada Nuffnang tu bolehlah ceritakan berapa yang korang dapat dan rahsia nak dapat klik tinggi pada iklan ker..ape ker..Kalau ada yang masih blur, nasihat aku cuba daftar dulu ikut step-step kat atas tu. Kalau blur jugak macam taktau nak dapatkan kod ker..nak paste ker, boleh tulis dalam ruangan komen ok.

Happy Blogging.. :)

Categories : Buat Duit dengan Nuffnang Tags :