Cara Bina Blog

Ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE akan dilancarkan…

Posted by Din Beramboi 8 August, 2008 (58) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Adakah anda mengalami kekangan masa yang terhad dalam melakukan perniagaan internet? Contohnya ingin membina blog dengan banyak tetapi dalam masa yang singkat, memformat komputer. Juga rename file, delete file, pindah file dan sebagainya dalam jumlah yang banyak sehingga beribu-ribu tentunya mengambil masa yang lama.

Kami ada penyelesaiannya…dah lama kami meneroka penggunaan CMD.EXE dalam menyelesaikan perkara di atas, akhirnya kami berjaya. CMD.EXE ada di mana-mana komputer, tetapi sejauh mana anda menggunakannya? Hoho..ini dia Rahsia Penggunaan CMD.EXE !

Ebook ini dihasilkan oleh Dr.CMD yang akan membongkarkan Rahsia Penggunaan CMD.EXE. Beliau telah mengambil masa selama dua bulan melakukan research dan akhirnya, segala kelebihan CMD.EXE akan dibongkarkan.

Antara kelebihan Penggunaan CMD.EXE :

# Mempercepatkan kerja memindahkan file di komputer anda.

# Mempercepatkan kerja rename file yang banyak di komputer anda.

# Mempercepatkan kerja memindahkan file yang banyak di komputer anda

# Mempercepatkan kerja membina blog dengan cepat termasuk isi kandungan - Sesuai untuk membuat blog adsense dan zangocash.

# Kegunaan hacker untuk hack server

# Membina ‘Virus Ciplak’

# Networking

dan banyak lagi mengikut kretiviti anda…

Ebook ini akan berada di pasaran dalam seminggu dua lagi. Selain daripada ebook, pembeli ebook ini juga akan menerima video tutorial langkah demi langkah bagaimana membina blog adsense dengan cepat, hanya 15 minit termasuk segala isi kandungan yang mencecah berpuluh-puluh halaman.

Sebelum itu, mari kita kenali siapa itu Dr.CMD…

Seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaya, Fakulti Sains dan major Kimia. Seorang yang hebat di dalam pengaturcaraan komputer (programming) dan expert Flash design. So, kalau nak banner berbentuk Flash boleh tempah dengan dia. :D Dia adalah kawan baik Din Beramboi dan Kento.Kami tinggal serumah  juga bersama beberapa pakar lagi dalam bidang masing-masing :D

Categories : Cara Bina Blog, Masalah Newbie, Produk Blogger, Software Blogger Tags : ,

Panduan Buat Duit Online: Sembang Hari Minggu

Posted by Din Beramboi 25 May, 2008 (11) Comment

Aloha..ape korang tengah buat aaa? Hari minggu macam ni sonot gak kalau pegi jenjalan kan. Aku dah lama tak pegi tengok wayang…tapi kalau pegi, nak pegi ngan saper plak aaa? Hurmm..

Hari ni aku taknak cerita info pasal buat duit online, tapi nak review cerita beberapa hari yang lepas. Pada 19 hbln yang lepas, aku kembali ke KL setelah seminggu kat kampung sebab balik tengok adik aku yg eksiden. Masa tu jugak aku bwk beberapa barang untuk di niagakan di KL seperti baju jersey EURO 2008, tudung, Jersey brand Singapore dan Boxer. Keseluruhan modal hampir RM3000.

Aku bajet nak berniaga bersama member aku. Tapi 6 hari yang lepas dia buat hal…dia menghilangkan diri bersama barang2 aku selama 4 hari tanpa khabar berita. Memang hangat aku di buatnya…2 hari lepas dia balik dan bagitau aku, dia berniaga seorang diri berdekatan rumah sedara dia di Kepong. Dia cakap, kebetulan dia pergi menziarahi sedara dia di situ. Ceh, aku takleh terima…kot yer pun, bagitau aku dulu. Ini tidak…handset di tutup, langsung tak boleh call dan mesej.

Bila aku bukak barang2 aku, ada yang sedikit kotor. Dia tak bukak dengan berhati-hati dan letak ikut suka hati. Di sebabkan itu, aku terpaksa memulangkan duit klien aku yang dah buat tempahan, antaranya adalah kepada kawan aku sendiri iaitu Taukey. Aku kena jaga kredibiliti aku..lagi2 kepada kawan baik. Aku mengambil keputusan menamatkan JV dengan dia…aku tak suka dia buat macam ni. Tak amanah dan suka menangguh-nangguh kerja. Sebelum ini pun, memang selalu tak menepati waktu. Janji nak bergerak ke kedai pukul 4 petang, pukul 5 petang baru bangun tido. Pegi sana, pegi sini pukul 8 baru gerak ke kedai..huhu.

Sekarang ni aku bergerak seorang diri dan ditemani kawan baik aku yang lain. Rasa lebih tenang…baru dua hari aku berniaga offline seorang diri. Dua hari lepas aku dapat RM210, semalam aku dapat hampir RM300. Biasalah baru-baru belajar berniaga offline, takde la banyak sangat. Esok insya-Allah aku akan dapat RM240 sebab mendapat tempahan dari Indonesia. Yang tak confirm lagi, kawan aku di Cheras ingin menempah 1000 helai baju dengan aku, harapnya akan menjadi kenyataan.

Perniagaan online macam mana? hehe..ok ajer buat masa ni. Sekarang ni tengah menyiapkan beberapa tempahan daripada klien aku. Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada aku. Kepada sesiapa yang ingin menempah service daripada aku seperti buat blog wordpress, set up affiliate, minisite, setup autoresponder grafik, banner dan sebagainya masih boleh mendapatkan khidmat aku. Aku kerja offline hanya pada waktu malam. Siang2 macam ni aku mengadap komputer..hehe.

=================================================

Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura

Dah abis cerita best, skang ni cerita tak best pulak…aku cukup sedih bila dapat tau Pulau Batu Putih dapat kat Singapura. Memang sedih siut…hampir setengah jam aku dengar Shawkat membebel membacakan penggulungan hujah dan keputusan mahkamah ICJ. Bila dapat tau yang Pulau Batu Putih dapat kat Sinapura, aku terus tutup tv. Angan-angan aku hari tu, aku nak berbulan madu kat situ satu hari nanti nampaknya tak kesampaian lah..huhu.

Kepada orang Johor, aku tau korang rasa sedih…mana tidaknya, aku orang Kelantan + Siam pun rasa sedih, lagi2 la korang kan.. Sabar ajer lah. Klu aku ada kuasa ajaib, aku dah amik Pulau Batu Putih tu letak kat perairan Kelantan..padan muka Singapura. hehe..

p/s- kalau ada sesiapa yang berminat untuk menempah jersey EURO 2008 secara bundle, boleh contact aku. Aku beri harga jauh lagi rendah berbanding di website Jeysey Online aku.

Categories : Cara Bina Blog, Menjual Produk, Perniagaan Offline, Sembang-sembang Tags :

Panduan Buat Duit Online: Review JomSeminar

Posted by Din Beramboi 12 May, 2008 (19) Comment

Hoho…aku bajet ingin menulis post ini (Panduan Buat Duit Online: Review JomSeminar) semalam, tapi menjadi kurang excited setelah card reader aku hilang. Aku bajet ingin memasukkan sekali gambar bersama Gobala Krishnan, Alang dan speaker lain di JomSeminar semalam. Tapi tak mengapalah, kad reader hilang nak buat macam mana. Lain kali aku post ok.. :D

 

Pasal  JomSeminar, apa yang aku boleh katakan..memang best. Tahap cemerlang lah boeh katakan. Kalau ada gred, aku akan bagi gred A++..haha. Apasal aku kata best? Sebabnya banyak benda baru aku dapat belajar.

 

Sebelum aku pergi Jom Seminar hari tu, aku sentiasa tanya pada diri aku. “berbaloikah aku pergi?” Sebabnya kebanyakkan ilmu buat duit online sudah aku tahu..Hoho. macam kerek jer aku cakap. Bukan kerek, tapi perasaan aku saja. Masih newbie sebenarnya. Setelah aku pergi, memang tak menyesal. Rupa-rupanya banyak lagi perkara baru yang aku dapat. Aku juga dapat tahu cara yang sebetulnya buat duit online.  Memang rasa sangat beruntung bila kita menyedari kesalahan yang kita lakukan dan mengetahui cara buit duit online yang betul.

 

Daripada Alang, banyak juga benda baru aku dapat..walaupun semalam, kebanyakkan perkara asas blogging yang diceritakan. Ini kerana tak cukup masa untuk present satu lagi cara buat duit online yang power. Takpe, kita explore di Forum JomSeminar nanti.

 

Daripada Yusri, aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dan  kurang fokus sebelum ini. Akhirnya aku dah kenal siapakah orang misteri ini..hoho. Daripada Syed Ikhwan, otai Google Adsense ini ceritakan beberapa tips baru dan perkara yang lebih advance, kita discuss pada masa akan datang.

 

Yang paling aku excited adalah presentation Gobala Krishnan dan Fuad Latip. Gobala Krishnan menceritakan tentang cara-cara yang betul dalam Affiliate Marketing. Fuad Latip pula ceritakan pasal SEO. Memang best siut SEO..cara yang tak pernah aku belajar dan lakukan sebelum ini. Bagaimana nak dapatkan first page di Google, bukan sahaja di bahagian web, tetapi juga bagaimana menjadikan blog kita first page di bahagian gambar dan video di Youtube. Memang aku bagi gred A+++ untuk Fuad Latip. Pengetahuan tentang SEO sangat penting kalau nak buat duit Adsense.  Sebabnya, kita nak pelawat baru dan fresh, bukannya pelawat berulang. Cara mendapatkan niche mungkin dan biasa, tapi mencipta content yang rich keyword yang mesra SEO memang tak pernah aku apply sebelum ni. Hoho..memang gempak.

 

Masa makan tengahari, aku makan semeja bersama Gobala Krishnan dan Alang. Gobala di sebelah kanan. Alang di sebelah kiri..hehe, korang jangan jeles. :D Team Flarebiz pun ada dan kitorang sempat bergambar bersama. Baru aku tau, salah seorang partner Team Flarebiz iaitu Zhafran adalah member satu matrik dengan aku dulu..haha. Sebelum ni tak pernah tau. Lepas ni boleh la dapat JV erk..hehe

 

Apa yang aku dapat simpulkan kat sini berkenaan JomSeminar, memang berbaloi dan aku rasa kalau boleh memang tak nak balik. Kalau diorang buat sampai malam pun aku sanggup mendengar dan belajar..hehe. Banyak ilmu baru yang dapat. Kalau diorg buat lagi, aku syorkan korang pergi seminar ni, memang tak rugi. Otai kita pun ramai yang pergi, apa lagi kalau aku dan korang yang newbie ni?

 

p/s -Aku akan balik ke kampung pada malam ini selama 2 atau 3 hari. Rakan JV atau Team sangat penting bila kita ada urusan penting kan? Sape lagi yang boleh di harapkan untuk melihat email kita, menjawab pertanyaan pelanggan dan sebagainya. Hurmm, masih berfikir-fikir untuk mencari partner dan team untuk Perniagaan Internet. :D

Categories : Affiliate Marketing, Cara Bina Blog, Masalah Newbie, Testimoni Kejayaan, Tips Perniagaan Internet Tags :

Mahukan Domain Name dan Hosting Secara Gratis/Percuma?

Posted by Din Beramboi 10 May, 2008 (19) Comment

Adeh, nampaknya aku terpaksa menulis kembali post yang sememangnya aku dah publish pun semalam. Apasal susunan blog jadi tak menentu selepas aku memasukkan post ini semalam aa? Heran aku..huhu. Solutionnya, aku terpaksa mendelete post tersebut dan terpaksa menulisnya kembali. Minta maaf kepada pengomen yang telah mengomen post ini semalam..semuanya sudah hilang. Sorry..

Ok, sebenarnya aku ingin beritahu korang, aku sudah berjaya mendapat domain dan hosting percuma. Di setup juga secara percuma. Hoho..best siut. Sekurang-kurangnya aku dah boleh jimat RM35 untuk harga domain tuh..Benda percuma nih best..memang aku suka. Haha..Aku ni suka makan kopok lekor. Kalau yang aku beli sendiri, rasa cam tak sedap jer. Kalau orang lain beli, hoho…kejap jer abis. Kalau korang tak percaya, ini dia email yang aku dapat dari Hyperwebenable:

 

Terima kasih kepada Hyperwebenable kerana memberikan aku domain name percuma berserta hosting. Patutnya dah lama aku dapat, iaitu pada 28/04/08 hari tu lagi, tapi disebabkan aku banyak songeh, baru semalam aku dapat..hehe. Bila aku signup saja dan memohon untuk mendapatkan domain percuma, hari itu juga aku mendapat email dan bertanyakan aku website yang macam mana yang aku nak. Ini dia :

 

Pada mulanya aku minta dia buat sebuah web statik sebijik macam dinberamboi.com tuh. Tapi pada masa tu, aku punya blog exceed bandwidth. So, takleh. Aku suruh dia install website seperti Myspace. Aku berikan diorang script Myspace Clone, tapi diorg plak tak cukup expert untuk menginstall..huhu. Last2, dia suruh aku install sendiri. Dia bagi database dan log in semuanya pada aku.

Bila aku cuba install sendiri, tak dapat jugak..aku rasa script tu dah rosak..bila publish, ada perkara yang hilang. Aku sekali lagi menunjukkan songeh dan meminta diorg memberikan aku sebuah blog biasa sahaja.

So, akhirnya semalam dapatlah aku domain name baru tu. Namanya smartneeds.net. Ok la jugak nama ni. Menarik jugak kan..hehe. Walaupun dot net, tak mengapalah..janji FREE. Aku tak usik pun lagi blog nih. Masih berfikir-fikir mahu buat ape..Blank lagi. Korang pun nak jugak ker? Boleh ajer…klik di sini untuk ke web Hyperwebenable.

Ya, email last yang aku dapat daripada diorg, diorg suruh aku bagitahu kepada semua kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan domain name dan hosting percuma, sila daftar dan request sekarang sebelum diorang menamatkan tawaran ini. Berminat, boleh la daftar di sini. 

Untuk pengetahuan korang, blog yang korang tengah baca ni aku hostkan di hosting internet-webhosting dan terpaksa membayar RM100 setiap tahun. Domain pula aku beli dengan SempoiHosting, RM35 setahun..So, kalau korang nak jimatkan RM135 tak seperti aku ni, daftar sekarang di Hyperwebenable. Tak perlu beli domain, tak perlu beli hosting, tak perlu mengupah web designer untuk membina web korang…sebab semuanya FREE.

Categories : Affiliate Marketing, Cara Bina Blog, Masalah Newbie, Panduan Domain, Peraduan Percuma, Tips Perniagaan Internet Tags :

Ranking blog dan SEO

Posted by Din Beramboi 8 May, 2008 (11) Comment

Hari ni tak ada apa nak buat, hanya menyiapkan beberapa siri video tutorial Bagaimana Menyelamatkan Komisyen Affiliate. Borim, aku pergi ke Google dan melihat ranking blog aku dan ranking blog usahawan internet Malaysia yang lain.

 

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal ranking blog dan SEO ni. Ranking blog yang tinggi, maknanya yang selalu di page hadapan sesuatu enjin carian seperti Google, sangat bagus untuk mendapatkan pelawat dan pelanggan ke blog kita. Memang salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan pelawat ke blog kita adalah menggunakan search enjin. Biasanya pengunjung yang ingin mencari laman web atau info, mereka akan ke search enjin dan memasukkan kata kunci atau keyword seperti di bawah :

 

 

 

So, bagaimana kita nak jadikan web/blog kita sentiasa berada di page hadapan bagi keyword2 tertentu dan biasa orang membuat carian? salah satunya adalah menggunakan SEO (search engine optimization).

 

SEO adalah sebuah proses di mana laman web kita di crawl dengan baik dan cepat oleh search engine berdasarkan keyword. Tak semua web dapat di baca dengan baik oleh Google contohnya. Laman web jenis statik dan berbentuk flash biasanya sukar di baca. Begitu juga dengan laman web yang menggunakan Java Script dan web yang menggunakan frame. Laman blog adalah yang terbaik setakat ini aku rasa, berdasarkan carian kat internet, blog memang sentiasa di ranking atas.

 

So, macam mana nak naikkan ranking di Search Engine? selalulah bermain dengan keyword dan sentiasa update blog. :D

 

Senarai kat bawah ni adalah perbandingan ranking blog / web di Google (semalam) dan hari ni mungkin dah berubah kot.. :D

 

Keyword : panduan buat duit online

 

membuatblog.com (sukeri) - 1/ 2,070,000 (memang gempak siut..)

shahraduan.com - 4/ 2,070,000

rahsiaebiz.com - 9/ 2,070,000

blogsendiri.com/blog - 10/ 2.070,000

noorizamshah.com - 16/ 2,070,000

blog.dinberamboi.com - 24/ 2,070,000

earncern.com/blog - 28/ 2,070,000

 

keyword : cara buat blog

membuatblog.com = 2/ 539,000 (gempak lagi !)

binablog.dinberamboi.com= 18/ 539,000
blogsendiri.com = 24/ 539,000
noorizamshah.com = 26/ 539,000

 

blogsendiri.com/blog/ = 1/ 841,000

membuatblog.com/ = 2/ 841,000 (mantain…)

saifulsham.com = 3/ 841,000
earncent.com = 9/ 841,000

binablog.dinberamboi.com =11/ 841,000
rahsiaebiz.com = 23/ 841,000
muhammadhilmi.com = 25/ 841,000

 

Daripada keputusan di search engine tu, aku nampak blog membuatblog.com memang bagus..mantain jer. blog aku plak masih jauh ketinggalan berbanding blog otai kita yang lain. Hurmm, kita tengok apa jadi di bulan depan..naik ke, turun ke.. Sama-sama kita tengok. :D

Categories : Cara Bina Blog, Tips Perniagaan Internet Tags :