Ebook Percuma
Pay Per Lead Terbaru: Buat Duit Dengan Laporan Percuma !
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Akhirnya…masa yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Kami (Din Beramboi dan Kento) dengan rasminya melancarkan laporan PERCUMA kami pada hari ini.

Apa yang ada di dalam ebook ringkas PERCUMA ini?
Ebook ringkas ini akan memberikan panduan dan teknik yang betul dalam melakukan program affiliate. Kami tidak mahu anda berasa tertipu, jadi ingin menjelaskan kepada anda ebook ini adalah panduan dan langkah pertama yang selama ini ramai mengabaikannya.
Ini adalah sebahagian dari bab pertama Panduan Pro Affiliate dan akan mengajar anda tentang pencarian niche untuk market affiliate dan bagaimana ingin menguasai pasaran affiliate.
Apa yang lebih menarik adalah…anda boleh buat duit dengan laporan percuma ini !
Ya, kami menyediakan satu program affiliate Pay Per Lead di mana jika anda menjadi affiliate kami dan mempromosikan laporan percuma ini, anda akan mendapat komisyen setelah pelawat anda subscribe. Syaratnya, mereka subscribe dari link affiliate anda.
Setiap kali pelawat yang opt in (subscribe) menggunakan link anda, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.25 . Hanya promosi , promosi dan promosi….semua tolls telah kami sediakan di ruangan affiliate iaitu banner-banner yang anda boleh gunakan untuk tujuan promosi.
Untuk daftar sebagai affiliate dan mula mempromosi, sila klik di sini.
Anda dinasihatkan supaya membaca terma dan syarat sebelum mula mempromosi.. Antara syarat yang terpenting adalah, anda tidak boleh melakukan penipuan dengan subscribe sendiri di laman yang mengandungi link anda. Kami boleh mengenalpasti berdasarkan IP yang dikesan. Jika anda berbuat demikian, mungkin komisyen anda tidak akan dibayar dan akaun anda akan di banned.
Jom mendaftar sebagai affiliate dan mendapat komisyen..klik di sini untuk mendaftar.
p/s - Program ini tidak akan tamat selagi kami tidak memberi apa2 notis dan email untuk mengesahkannya. Selamat mendownload laporan percuma dan buat duit..
Ebook Percuma: 4 Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang
Ahh…leganya. Dah seminggu lebih tak jogging…lepas subuh tadi aku jogging seorang diri. Segala sakit kepala, pening2 dah hilang. Hurmmm, aku syorkan kepada korang gak agar selalu bersenam untuk jaga kesihatan diri. Aku taulah korang usahawan internet, duit masuk ribu riban.. tapi jangan duduk tercongah jer depan PC tu. Jaga kesihatan…kalau dah sakit, duit banyak pun dah tak guna.
Lepas senaman tadi, naik sket body aku yang sememangnya dah tough ni…

Ahaha..itu bukan body aku yer. Tapi lebih kurang la..keke. Aku tau, lepas aku tulis post ini tentu ramai gadis2 yang ingin berkenalan ngan aku kan? haha..Just kidding.
Ok, badan dah sihat..hati pun dah seronok, hari ni aku ingin memberikan korang sebuah ebook percuma bertajuk : 4 Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang. Aku bagi warning awal-awal, ebook percuma ini sangatlah tidak sesuai untuk mereka-mereka yang dah otai, atau mereka2 yang sudah menempelkan iklan Nuffnang di blog masing-masing.
Aku buat ebook ini atas dasar kemanusiaan sejagat dan ingin membantu mereka2 yang kurang reti sahaja. Aku dah bagi warning, kalau korang download jugak..aku takmau dengar korang membebel plak. ” Alaah, ebook ni xyah buat..basic jer.” ” Alaahh..ebook macam ni pun nak buat..” Aku xmo dengar macam tu ok. Niat aku ingin menolong sahaja.
Dalam ebook ini, aku ada terangkan langkah demi langkah bermula dengan :
1. Pengenalan kepada Nuffnang
2. Bukti-bukti pendapatan Nuffnang
3. Cara menempelkan iklan di blog wordpress dan blogspot,
4. Ebook yang menceritakan 100 cara menarik traffik (pelawat) ke blog korang.
Download di sini bagi yang berminat. Semuanya FREEEEEEE !!!
Bagi korang yang ingin memberikan ebook ini kepada pelawat blog korang, sangat-sangatlah dialu-alukan. Ambil sahaja link download di sini dan buat post baru kat blog korang. Juga, bagi mereka2 yang nak bagi kat kawan2 sekolah, sedara mare, pak cik makcik..juga di galakkan. Boleh la diorg menjana sedikit income dalam keadaan minyak petrol dan barang2 tengah naik ni..hehe.
Ok, aku chow dulu…nak siap2 pergi LCCT. Jumpa lagi….
Ebook Percuma: Cara Jimat Minyak
Huhu…aku baru jer balik dari melepak blog blogger-blogger yang lain. Sumer citer pasal minyak naik…Ramai yang cakap nape naik? naik bape? bape lama naik? apa effect naik? hurmm..tapi jarang yang memperkatakan how to solve this problem. Lastly, aku melepak plak kat satu forum, jumpa satu artikel yang di tulis oleh Chokilala, sorang cewek cantik…Post tentang cane nak atasi kesan kenaikan harga minyak.
Dia post dalam bahasa omputih..Aku rasa korang takde masalah nak paham kan. Lain la kalau dia tulis dalam bahasa Cina, confirm korang tak paham.. Tapi untuk memudahkan korang lebih paham, aku ada buatkan satu ebook simple yang cuma beberapa helai muka surat jer, dalam Bahasa Melayu pasal cara nak jimat minyak. Lepas korang baca dan amalkan, korang boleh jimat minyak sehingga 28%.

Nak ebook PERCUMA tu? download kat sini
===========================================
Bagi korang yang nampak peluang, kenaikan harga minyak ni jugak sebenarnya boleh buat duit. Rata-rata orang tengah cari produk yang boleh menjimatkan penggunaan minyak. Kalau sebelum ni korang masukkan 25 liter membolehkan korang bergerak sejauh 300km, best tak kalau korang masukkan nilai yang sama, tapi boleh pergi sejauh 350km?
Produk mcm ni memang ramai orang cari…so, ambik peluang. Aku pernah jual pil penjimat minyak pada tahun lepas dan memang mendapat permintaan yang hangat.
Bagi kepala adsense plak, tentunya keyword “fuel saver” tengah hot sekarang kan? So, boleh gunakan keyword tu untuk mendapatkan traffik kerana orang di seluruh dunia sekarang sedang cari cara penjimatan minyak. Gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin. Orang lain tengah pening kepala dan bengang, korang plak tersenyum girang..hehe.
=================================================
p/s - Hari ni, buat penghantaran jersey ke Indonesia dan Melaka.

Sandy Prayudi - Jakarta

Marina Jamain - Melaka
Jika korang nak jersey euro dan club, jangan lupa tempah ngan aku..hehe. tempah kat sini: www.cheapest-jersey.com . Penghantaran ke alamat rumah korang hanya dua hari menggunakan pos laju. Kalau nak yang pree, join ajer contest kat bawah tu..hehe. Tapi belum tentu dapat la…Ramai orang tengah nak tu. Hee.
p/ss - Ok, sebelum aku chow, sekali lagi nak bagi korang sebuah ebook PERCUMA cara jimat minyak. Download kat sini.





