Ebook Percuma

Panduan Buat Duit Online: Duit Percuma, RM0.25 Setiap Sign Up

Posted by Din Beramboi 14 May, 2008 (11) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :D

Hye, Din Beramboi di sini..waa, sudah beberapa hari aku tak update blog ni. Sekarang ni aku ada kat kampung, dan aku menulis post ini kat Cyber Cafe dekat rumah aku. Huhu..sedihkan. Maklumlah kat rumah aku belum masukkan streamix. Aku ada Maxis Broadband, tapi area rumah aku takde 3G, ada GPRS jer..so, slow lah nak online.

Aku balik ke kampung ni bukan ape. Aku sebenarnya tak nak balik kampung lagi, maklumlah baru habis program jomseminar. Masih hot dan berasap lagi badan dan semangat aku. Hehe..Mungkin tak cerita lagi kat korang..sebenarnya adik aku accident. Dia accident masa nak pegi mengaji al-Quran dengan motor. Tulang kaki retak dan kena 8 jahitan kat kepala. Hurmm, biasalah orang lelaki. Tak calar muka, tak rosakkan motor bukan hero namanya..haha. Sekarang ni dia dah ok, dan esok aku akan kembali ke KL.

Lagi satu, aku balik ke kampung ini juga sebenarnya ada misi penting iaitu untuk berjumpa dengan sepupu aku berkenaan perniagaan offline yang akan dibuka di KL nanti.  Kedai itu nanti adalah 100% kepunyaan aku, dan sepupu aku akan menjadi supplier. Harapnya  misi itu berjaya. Doakan yer.. :D

Ok, berbalik kepada perniagaan internet dan buat duit online, aku baru sahaja mendapat email daripada sifu aku, Sukeri supaya memberitahu korang semua berkenaan satu lagi cara buat duit percuma.  Ya, Pay Per Lead datang lagi dan kali ini ia datangnya dari Malaysia sendiri. Wow..dah maju IM Malaysia rupanya…hehe.

Download segera ebook percuma ini dan anda akan di berikan ebook dan e-kursus percuma bagaimana membina mailing list. Ya, mailing list WAJIB bagi setiap Usahawan Internet kalau betul mereka mahu serius dalam bidang ini. Pernah dengar “Your Money in Your List? ” Itu adalah kenyataannya…korang pernah dengar bukan bagaimana budak berumur 17 tahun mendapat RM10,000 menggunakan list?Hoho..

Yang bestnya jugak, setelah korang download ebook percuma ini, korang akan diberikan satu link referrer untuk promosikan kepada kawan-kawan dan apabila mereka download, korang akan dapat RM0.25. Kalau 10 orang download, dah dapat RM2.50..Ok lah tu..nak banyak lagi, promote dan promote..lagi dan lagi.

Untuk mendownload dan mula menjana pendapatan RM0.25 bagi setiap referral, klik banner di bawah dan daftar, kemudian promosikan kepada kawan-kawan atau list korang.

Atau klik di sini untuk download.

Aku akan kembali ke KL pada esok hari dan sampai lusa..harap korang tak rindu aku..hehe.  Minta maaf kepada para klien aku yang menempah blog, menempah produk dan bertanya soalan di email. Aku akan membalasnya nanti. Harap bersabar..

Categories : Ebook Percuma, Masalah Newbie, Pay Per lead, Peraduan Percuma, Tips Perniagaan Internet Tags :

Jawapan Untuk Sayang Hasnah

Posted by Din Beramboi 16 April, 2008 (38) Comment

Hoho..harapnya korang jangan silap paham yer. Hasnah itu bukanlah awek gue, girlfriend, makwe, gewe, atau sewaktu dengannya. Aku tak kenal pun, tapi aku rasa soalannya pada aku bagus juga untuk dikongsikan bersama. Banyak juga aku dapat soalan dari YM dan email, tapi ini menari pula sebab namanya Sayang Hasnah..hehe.

 

 

Simple saja jawapan aku untuk Sayang Hasnah,

Kepada : Sayang Hasnah

Untuk makluman Sayang Hasnah, buat blog takde dapat duit pun melainkan kita membuat service membina blog. Baru dapat duit sebab ambik upah..hehe. Saper2 yang ada blog juga tak akan dapat duit melainkan dia buat program buat duit online melalui blog.

Saya faham sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Sayang Hasnah. Buat duit online melalui blog sebagai perantaraannya memang boleh buat duit. Tapi ia bukanlah dalam waktu yang singkat. Mungkin dalam masa sebulan, dua bulan, setahun, dua tahun atau lebih lama lagi bergantung dengan usaha seseorang itu dan berapa banyak dia mengambil peluang. Berusaha tanpa putus asa, insya-Allah akan dapatlah hasilnya. :D

Seumpama kita buat anak nakkan seorang anak. Hari ini kawen, takkanlah esok terus dapat anak? hehe..Lainlah kalau malam pertamanya adalah 9 bulan yang lalu. :D Ia memerlukan masa. Jika saya katakan buat blog hari ini, esok sudah boleh duit, itu menipu namanya…kita melakukan perniagaan yang halal dan bukannya skim cepat kaya.

Saya boleh buat duit dari internet melalui banyak sumber seperti Google Adsense, affiliate , dan service seperti service bina blog , bina shopping site, memasang affiliate script dan sebagainya jika di campur memang tak kurang RM1xxx.xx sebulan. Menjual produk juga ada.

Selain itu, personal coaching juga saya buat.. Dan itu semua bukanlah dalam masa sehari saya belajar. Tiada benda yang boleh dapat dengan cepat. Untuk ambil UPSR, kena belajar selama 6 tahun. Nak ambil PMR kena belajar 3 tahun, nak ambil SPM kena belajar 2 tahun.

Dalam masa kita belajar itulah, result masing-masing tidak sama. Ada yang dapat 8 A. Ada yang dapat 1 A sahaja. Bergantung kepada usaha dan fokus, serta kesungguhan belajar.. Sama juga dengan perniagaan internet, ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang bukannya sedikit.

Harapnya Sayang Hasnah dapat bezakan antara perniagaan sebenar dan skim cepat kaya. Jika ada apa-apa pertanyaan, bolehlah bertanya saya. Insya-Allah saya membantu apa yang boleh.

Terima kasih.

Din Beramboi

====================

Hehe..itulah antara jawapan aku untuk Sayang Hasnah. Betul tak? Kalau salah bolehlah tolong betulkan aku ni. :D

Aku publish kat blog ni bukan apa, sebab aku tahu ramai lagi newbie yang ingin buat duit online dan bermula di bidang ebiz menganggap ebiz adalah sesuatu yang senang. Last sekali mereka tidak mampu dan berhenti sebab mudah berputus asa. Ada juga antara mereka yang masih tidak dapat bezakan antara perniagaan internet dengan skim cepat kaya. Beberapa kawan aku yang cetek pengetahuan selalu mengatakannya haram.

“Weh Din, ko buat bisness internet erk? Haram tu dowh..”

Aku dah biasa dengar dan memang selalu pun..biarkan diorg. Moga-moga diorang dapat memahaminya suatu hari nanti.

P/s - Aku ada jumpa lubang baru buat duit di internet, tetapi biarlah aku mencubanya dahulu. Nanti dah dapat bukti bayaran, aku akan umumkan kat sini. :)

P/ss - Belum ada paypal lagi? Dapatkan Panduan Pengesahan Paypal percuma di sini - Download

Categories : Affiliate Marketing, Cara Bina Blog, Ebook Percuma, Masalah Newbie, Tips Perniagaan Internet Tags :

Kroni Di Kalangan IM : Setuju atau Tidak ?

Posted by Din Beramboi 13 April, 2008 (25) Comment

Aku tak tahu apa yang aku merepek pada title kat atas tu. Mungkin akan ada orang akan hangin, tak setuju dan panas hati. Takpe…jangan hack blog aku sudahlah. Hehe… Aku cuma ingin melahirkan kekecewaan beberapa newbie yang ceritakan kat aku pasal kroni dikalangan IM. Bukan semua IM, tapi sesetengah jer…so, saper yang makan lada dia la rasa pedas. Siapa yang makan budu, dialah rasa sedap..hehe. Betul ke peribahasa aku ni? Budu sedap ker? Lantaklah..

Memang tak dinafikan, kroni bukan saja wujud dalam pemberian import IP kereta yang pernah ‘hot’ oleh Dato’ Sri Rafidah Aziz. Bukan jugak pasal kawan aku yang dapat kerja di Jakim walaupun dia daripada pelajar jurusan Fizik di UM. Tapi, kroni ada di mana-mana. Di kalangan IM pun ada. Aku berani cakap…kalau aku salah, aku berani potong lidah. Tapi bukan lidah aku la. Lidah saper2 yang korang nak la. Lidah kucing ker, pokok lidah buaya ker.. :D

Aku menulis ni berdasarkan luahan seorang kawan aku masa YM tadi. Bila aku dengar, memang aku setuju dengan dia. Dan impaknya, menghakis kepercayaan newbie untuk berguru dengan otai-otai IM tempatan. Lalu mereka beralih kepada IM antarabangsa. Maka tak berjayalah kempen kerajaan Malaysia supaya rakyat Malaysia membeli produk buatan Malaysia.   

Kroni dalam bab apa ni? Ummm, kroni apabila sesuatu produk/ebook yang di hasilkan.  Biasanya testimoni yang ditulis adalah daripada golongan IM Malaysia sendiri. Testimoni gempak giler…padahal produk tak kemana pun. Alih-alih ulang benda sama. Cedok sana sikit, cedok sini sikit, maka terhasillah ebook ‘yang gempak’ sehinggakan bila baca, ‘banyaknya benda baru’ yang ditulis…sehinggakan contentnya sama jer dengan ebook-ebook percuma yang ada sebelum ni? 

 p/s - bracket  tu ada maksud.. :D

Yang aku tak tahan, testimoni gempak macam gaban. Pastu bila timbul kontroversi, ramailah geng-geng mereka back up.

 “Eh, produk ni untuk newbie sahaja…buat apa awak beli”

 ”Dengan penghasilan produk ini, anda akan disertakan MRR dan boleh jualnya kembali. Bukankah ini peluang untuk newbie menjana pendapatan?”

Haha..itu antara ayat yang biasa aku dengar. Meluat aku…buat apa nak jual kalau dah tak berkualiti. Buat niaya newbie jer. Baik bagi percuma jer…  Macam mana newbie tak terpengaruh. Jika sales letter tu hype giler..Contohnya : Rahsia Perniagaan Gempak ! Aku rasa belum ada orang buat tajuk tu kan..kalau ada aku minta maaf. Tak nak tuju kat saper2 sebenarnya. Komen aku, kalau ebook tu takde rahsia pun, buat apa nak letak Rahsia kat tajuk depan? Itu adalah realiti sekarang. Kebanyakkan buat duit dengan ‘cekik’ newbie. 

 ===================================

 Iklan Percuma Sekejap. :D

Team Flare Biz baru sahaja melancarkan Majalah IM edisi ke-3 . Bila aku baca, waaa..bagus content dia. Apasal bagi percuma aa Labanon? Kalau jual mesti laku ni. Sekarang ni dah terbalik, benda yang bagus di beri percuma. Benda yang tak bagus di jual dengan harga mahal tahap dewa.

 

Aku syorkan korang dapatkan ebook ini. Memang mantap ! Setengah bulan Team Flarebiz buat benda ni tau. Hehe.. Yang penting aku rasa Majalah IM kali ni ada sedikit persamaan dengan tajuk post ini. “Adakah Perniagaan Ebook Masih Lagi Releven?”

==================================

Kesan di kalangan kroni IM mungkin tidak dirasai oleh IM. Kerana pertambahan newbie meningkat sehari demi sehari untuk menjalankan ebiz. Tapi tentunya nama IM sedikit sebanyak tercalar. Yang tak main kroni dan jujur pun tetap kena tempiasnya. Cuba korang bayangkan, kalau newbie berjumlah 5000 orang, dapat jual produk yang berharga RM50  kepada 20% sahaja pun, dah cukup makan untuk setahun. Bayangkan dapat RM50 000 sebulan.

Kesan kepada kroni IM pula, dalam masa yang singkat mereka boleh mendapat puluhan ribu dalam masa sebulan dengan hanya jualan ebook atau produk. Tak mustahillah jika ada yang baru bertapak 5 atau 6 bulan dah dapat pendapatan 5 angka. Sama juga keadaan di luar ebiz kan? Saper yang ada kroni biasanya dapat kaya cepat. Dapat tender sana sini. Orang yang ikhlas nak bekerja pula tak dapat peluang yang sepatutnya.

Aku nak nasihatkan kepada kroni-kroni. Berusahalah dengan usaha sendiri kerana itu lebih bererti dan berharga. Aku ada satu cerita, Korang minat pada motor Yamaha 125zr. Kat sini ada dua situasi. Satunya korang usaha giler2 kumpul duit untuk beli motor tu. Keje siang malam. Cuci longkang, memotong rumput, mengambil upah mencuci kereta dan sebagainya. Lalu duit pun cukup dan dapat beli motor 125 zr tu.

Satu situasi lagi, mak atau bapak kamu yang belikan dan kamu tak perlu bersusah payah kerja dan kumpul duit. Yang mana lagi kamu sayang? Yang mana lagi bererti? Jawab sendiri lah yer.. Sebab tu lah, kepada kroni janganlah pandai membodek IM untuk kaya dengan cepat. IM pula sepatutnya dapat bezakan yang mana bodek dan yang mana nak minta tolong.  

p/s – Renung-renungkan lah… Jangan terasa bagi mereka yang berlaku jujur. Post kali ini hanya untuk golongan tersebut sahaja. Bagi mereka yang jujur, teruslah berkhidmat kepada newbie. Jasa anda amatlah di hargai dan diingati sampai bila-bila. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meniggalkan nama.

Categories : Ebook Percuma, Masalah Newbie, Menjual Produk, Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Teknik Backlink Blog , Tingkatkan PR

Posted by Din Beramboi 8 April, 2008 (11) Comment

a’kum,

saya nak tanya kepada rakan2 disini yg tahu berkaitan teknik backlink.Saya nak tahu apakah yg di maksudkan dgn backlink? serta contohnya sekali.

tq.

=====================================

Haa, itu adalah pertanyaan salah seorang member di WangCyber, namanya Ezrienaz . Bagus jugak dia tanya soalan tu, aku pun bukannya tahu sangat bab-bab backlink blog ni. Tahu jugak la..tapi beberapa kerat jer. So, bila aku bukak thread tu barulah aku tahu yang backlink blog ni ada banyak cara. Nampaknya aku dah ketinggalan ni. Owh, tidak…maklum lah newbie. hehe.

Daripada pemahaman aku dan dari bahan bacaan mahupun dari wangcyber sendiri, backlink ni boleh jugak di mengertikan sebagai incoming link. Populariti sesuatu laman web atau meningkat menurun PR (page ranking) blog kita bergantung kepada jumlah backlink yang diterima…juga kualiti backlink yang diterima. Kalau dapat backlink dari web yang PR rendah, takde maknanya jugak..hehe. Seeloknya kita cari web atau blog yang mempunyai PR tinggi dan dapatkan backlink dari situ.

Nilai PR ni bermula dari PR0 hingga PR10. PR6 dan ke atas di crawl oleh enjin pencari setiap hari. Sebab tu lah yang sebaiknya kita dapatkan backlink dari blog-blog dan web yang mempunyai PR6 dan ke atas.

Citer dia macam ni. Apabila enjin pencari (search engin) crawl laman blog yang mempunyai PR tinggi tu, enjin pencariakan crawl keseluruhan laman web / blog dan juga akan membaca setiap link (outgoing / incoming link). Di sinilah enjin pencari akan menemui laman blog yang lain pula, contohnya blog anda melalui link keluar dan ia akan melakukan tugas yang sama di website anda. kemudian jumpa link keluar lagi dan pergi ke blog lain pula. Sekiranya ia menjumpa laman web baru, ia akan mula mengindex laman tersebut.

Jadi, kalau anda baru membuat blog perkara ini sangat penting sekali. Penting juga bagi blog yang sudahpun diindex bagi menaikkan ranking blog.

Ok, kali ini aku akan senaraikan beberapa laman web yang mempunyai PR 6 dan ke atas. So, kalau nak buat backlink sangat-sangat digalakkan. Antaranya :

Ok, aku harap korang faham apa yang aku sampaikan ni. Kalau nak lebih penjelasan sila request kat bahagian komen di bawah. Aku akan ceritakan lebih detail kalau ada saper2 request nanti. Kalau dah tau, xpe la…takyah request :D

Kalau korang tau apa lagi laman PR tinggi yang boleh buat backlink, sila nyatakan di bawah ok. Kita sama-sama share. Ilmu ni takkan kurang kalau kita share.. So, jangan kedekut. :D

Sebelum aku sudahi post kali ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada owner Earncent.Com iaitu Titan sebab bagi aku kad raya..hehe. Aku dah terima kad dari Enveluv tadi. Time kasih..eh, cane ko tau alamat kolej aku aaa? Konfius aku. Huu. Aku taktau alamat rumah ko, so xleh bagi la. Sowi.. :D

Korang tau tak apa itu Enveluv? Enveluv is a free web to postal service where you can send a physical greeting card or letter directly from your web browser to someone’s postal address for absolutely free.

So, kalau nak hantar kad secara percuma kepada makwe2 korang, mak ker, nenek ker..boleh la gunakan Enveluv. Tak perlu pergi pejabat pos, tak perlu beli setem, hanya buat online . Yang penting, FREE of charge ! Ni yang aku suka ni..hehe. 

Ebook Percuma Hari Ini : Petua Pengiklanan Berkesan 

 

 

Categories : Ebook Percuma, Tips Perniagaan Internet Tags :

Study Week + Peperiksaan Akhir Semester

Posted by Din Beramboi 7 April, 2008 (9) Comment

Huhu..kejap jer aku rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik, hari ni bermula lah study week dan 2 minggu lagi exam final semester dua sesi 07/08 akan tiba. Dalam masa dua minggu ni lah segalanya boleh berlaku.  Apasal plak? Haha…dah takde kelas, suka la budak2 ni.

Bagi student yang skema macam aku, masa ni lah diorg pulun habis-habisan belajar. Lepak library sepanjang masa kecuali masa makan, berak dan solat. Kebetulan pulak library akan mula di buka 24 jam mulai hari ni. Bagi student yang malas dan selalu menyusahkan mak bapak, masa ni digunakan sebaik mungkin untuk tido sepanjang hari, main game Dota, dan kuar bermesra dengan awek-awek. :D

Aku plak tercampak dalam golongan mana erk? Ntah la..hehe. Tapi aku ni lelaki sejati la. Haha..ape plak aku mengarut ni. xde kena mengena langsung. Kehidupan harian aku sebagai blogger dan student  masih macam biasa tetapi  terlebih kepada seorang pelajar la musim-musim macam ni.  Kalau korang berada kat tempat aku, sama gak kan. Utamakan apa yang lebih utama, dan pentingkan apa yang lebih penting !

Tapi korang jangan risau, aku tetap akan waras dan berfikiran rasional walaupun exam lagi dua minggu. Student tetap student, bisness tetap bisness.. yang penting masa perlu diuruskan sebaik mungkin. Walaupun masa ni ada lah kawan2 aku akan ajak study group bincang soalan past year, dan kena siapkan assigment apa2 yang belum siap, aku tetap akan jadi blogger macam biasa tanpa mengabaikan permintaan member2.

Service bina blog dot com masih berjalan seperti biasa dan semalam aku berjaya lagi dapat sorang customer (www.matapaluna.com), bisness lain juga akan tetap bergerak. Pendapatan pasif seperti Google Adsense juga tentunya berjalan seperti biasa juga.

Ya, aku sudah sedar sekarang ni bahawa pendapatan pasif sangat penting pada masa2 seperti ni. Walaupun kita tengah tido, tengah exam, main congkak, melancong (hobi aku) dan bersama isteri tercinta, duit tetap masuk ke dalam akaun kita. Itu yang bestnya buat bisness yang menyumbang kepada pendapatan pasif ni. Kalau korang belum buat, silalah buat sekarang.

Apabila melihat akaun Google Adsense aku meningkat sedikit demi sedikit sejak beberapa hari ni, membuatkan aku lebih ghairah dan bernafsu untuk melakukan yang terbaik lagi.  Aku pun nak berjaya macam korang jugak…kalau ada ilmu lebih tu, share la ngan aku. :D

Aku mesti berjaya dan sekurang-kurangnya aku boleh menampung hidup aku di UM ni. Maklumlah tak amik ptptn…duit bisness ni lah yang membantu aku sekarang ni. Walaupun ada insan yang tak berperikemanusian selalu meminjam duit ngan aku, tapi atas dasar member aku bagi jer. Ada la kawan aku sorang tu, dia ni hampir setiap hari pinjam duit ngan aku. Ingat aku kaya ker? huhu…aku rasa kalau kumpulkan sejak bulan lepas sampai hari ni, dah lebih RM300 dah..RM300 pun susah mau dapat maa. Pagi tadi pinjam lagi RM30. Dua hari lepas RM50. Huhu…pokai la aku macam ni. Takpe korang jangan risau, hadiah untuk Pertandingan Siapa Paling Hensem tetap akan di bayar sebagaimana yang aku janjikan. Tak baik mungkir janjikan..sifat orang munafik tu. :D

Hari ni takde benda spesel pun nak citer kat korang. Yang penting aku update blog..sebab search engin sukakan wanita blog yang selalu fresh walaupun blog aku ni tak fresh pun. mengarut jer banyak…hahaha.

Ok, sebelum aku mengundurkan diri ni. Ni ha ebook yang aku hasilkan dah pernah publish dulu. Kalau belum download, bolehlah download kat sini. Ebook ni aku rasa lengkap dan basic kepada perniagaan internet. Kalau korang dah otai, tak perlulah download aku rasa.. Dalam tu jugak banyak tool yang aku bagi secara percuma jer. Sorry la sebab cover dia buruk. Tapi content dia bagus..hehe. Jangan tengok luaran jer.. :D

 

Categories : Cara Bina Blog, Ebook Percuma, Produk Blogger, Sembang-sembang, Testimoni Pelanggan Tags :