Ebook Percuma

Ebook Percuma - 5 Langkah Dalam Memulakan Perniagaan Internet

Posted by Din Beramboi 12 December, 2007 (10) Comment

Hurmm..letih dan mengantuk sekali… Dari semalam saya tidak tidur lagi. Semalam, kawan-kawan serumah banyak mendownload ceramah ‘isu-isu panas’ dan kami semua mendengarnya. Kemudian,  layan movie pula sampai subuh. Pastu, barulah saya menyiapkan lagi sedikit bahagian di dalam ebook terbaru saya.

Ya, saya baru saja menyiapkan sebuah ebook terbaru dan akan di edarkan secara PERCUMA sahaja kepada semua.  Tajuk ebook itu adalah ” 5 Langkah Wajib Dalam Memulakan Perniagaan Internet“. Ebook ini saya siapkan dalam masa dua hari sahaja kerana sebelum ini bahan-bahan untuk di muatkan ke dalamnya sudah saya kumpulkan sejak awal lagi.

ebook

Ebook ini di khususkan kepada para newbie (baru nak bermula)  dalam bidang perniagaan internet dan ia adalah tulisan saya 100% daripada pemikiran, rujukan dan info perniagaan internet semasa.

Untuk mendownload –> Klik Di Sini

Di dalam ebook yang ringkas tetapi lengkap ini, di lengkapkan beberapa perkara yang penting untuk anda sebagai newbie. Antaranya ialah :

1. Bagaimana Menentukan “Niche” Laman Web
2. Download Templete Web secara PERCUMA
3. Download Software NVU PERCUMA
4. Download 100 Cara Promosi Berkesan secara PERCUMA
5. Download Software Grafik secara PERCUMA
6. Cara-cara memilih Domain dan Hosting

dan beberapa perkara lagi….

Bila difikirkan, biasanya sesuatu yang diberikan secara percuma jarang di manfaatkan.Tetapi tak mengapalah, saya rasa pada kali ini terasa murah hati pula ingin memberi secara PERCUMA. lagipun, ini adalah ebook pertama saya yang dihasilkan oleh hasil kerja saya sendiri. Di harapkan, anda dapat memanfaatkan ebook ini dengan sebaiknya.

Untuk mendownload —> Klik Di sini 

Jika ianya bermanfaat untuk anda, sila sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan anda juga. Semoga kita semua dapat mempelajari dan menambahkan pengetahuan  bersama. Jika anda temui sebarang kesalahan atau mempunyai maklumat yang tidak tepat di dalam ebook tersebut, harap di maafkan dan informkan kepada saya agar dapat dibaiki dan di publishkan semula..

Setelah anda mendapatkannya, silalah komen di sini apa sahaja pendapat anda berkenaan ebook tersebut. Terima kasih.. :)

Categories : Ebook Percuma, Menjual Produk, Panduan Domain, Panduan Hosting, Software Blogger, Teknik Tutorial, Tips Perniagaan Internet Tags :