Isu Islam

Takde alasan nak kata tak boleh…

Posted by Din Beramboi 27 February, 2009 (5) Comment

Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 114:

“ Sungguh Kami sering melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menadah kelangit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Ka’abah), dan dimana saja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang ( yahudi dan nasara) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahwa perkara (berkiblat ke Ka’abah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”.

Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah ayat 150:

“Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka’bah) dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)”.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Categories : Isu Islam Tags : , ,

PBB lulus resolusi gencatan senjata di Gaza

Posted by Din Beramboi 9 January, 2009 (7) Comment

palestin

NEW YORK 9 Jan. _ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengadakan gencatan senjata “yang segera dan berpanjangan” di Genting Gaza, seterusnya membawa kepada “pengunduran seluruh” askar Israel dari wilayah Palestin itu.

Amerika Syarikat (AS) mengambil pendirian berkecuali pada pengundian malam tadi.

Sejumlah 14 daripada 15 anggota Majlis mengundi untuk menyokong resolusi berkenaan yang dihasilkan daripada rundingan sengit selama tiga hari melibatkan Menteri-Menteri Luar Arab; Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice, Setiausaha Luar Britain; David Miliband dan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner. _ AFP

Resolusi Gila ! Ini semua resolusi gila bagi aku..jahanam Israel ! jahanam Amerika ! Setelah hampir 1000 orang rakyat Palestin syahid, baru nak luluskan resolusi gencatan senjata.

Sama-sama kita doakan si jahanam Israel dan Amerika di turunkan bala bencana oleh Allah s.w.t. Semoga Allah tunjukkan kembali pembalasan sebagaimana yang telah Allah tunjukkan kepada tentera bergajah, kepada kaum nabi Lut atau sebagainya.

Sama-sama kita berdoa semoga dimenangkan mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah. Semoga di beri bantuan sebagaimana Allah telah menghantar tentera malaikat dalam sejarah Badar.

Sama-sama kita boikot barangan USA dan Israel…

Negara-negara Islam lain terus di jahit mulut dan di tambat leher. Husni Mubarak terus memenjara rakyat Palestin.

Aku menyeru…menyeru atas nama Islam. Bersatulah ! Jangan diperbodohkan dengan demokrasi yang dilaungkan barat. Demokrasi dan hak asasi gila yang membiarkan rakyat Palestin di sembelih. Demokrasi yang hanya akan menjerut umat islam kembali. Kita tertipu…sedar tak kita?

Apabila sesuatu bencana berlaku di negara Islam…jahanam itu cepat-cepat menghulurkan bantuan. Kerana apa? kerana ingin menutup mulut-mulut negara Islam apabila membenarkan pembunuhan di Palestin dan negara Islam lain.

Categories : Isu Islam Tags :