Masalah Newbie

Cari Duit Dengan Menjual VCC

Posted by Din Beramboi 29 January, 2009 (5) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ermm..bagi anda yang belum ada model perniagaan internet sendiri, taktau nak jual produk ape kat internet, buat adsense dapat bape sen jer, buat affiliate tak pernah orang beli..mungkin boleh cuba buat bisness ni pulak. MENJUAL VCC.

Tau kan ape itu VCC? Kalau taktau..mai aku citerkan. VCC ni macam kredit kad la, nama penuh dia Virtual Credit Card. Function dia sama jer macam kredit kad atau debit kad, cuma berada di alam maya. Takleh nak sentuh, bau dan rasa…hehe.

Kegunaan dia banyak…boleh aktifkan Paypal, boleh aktifkan akaun Ebay dan sebagainya. Nak bayar untuk join Vemma pun boleh…wah, makin mudah la orang nak join Vemma pasni. hehehe…

Ok, nampak tak peluang kat situ? Banyak kegunaan dia bermakna banyak customer anda. Banyak customer anda, tentula lebat poket anda..hehe.

Sebelum ni aku pun ada buat servis mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC. Masa tu ebook Naem belum keluar pun lagi. Dan paling aku rugi adalah..AKU TAK TAHU YANG KITA BOLEH DAPATKAN VCC SECARA PERCUMA !!! Rugi tak aku? Adoii…bayangkan bape sen jer yang aku dapat masa tu. Beli dengan provider dengan harga RM25, jual dengan harga RM30. Dapat RM5 jer untuk 1 VCC..

Jadi sekarang, Naem telah bongkarkan rahsia bagaimana nak dapatkan VCC secara PERCUMA ! Naem, apesal ko lambat keluar ebook ni haaa?? Ish..tak aci betul…

Anda boleh jimat duit anda. Dengan VCC PERCUMA ini, anda boleh guna untuk diri sendiri, guna untuk jual pada customer anda (bagi siapa2 yang nak buat bisness) dan apa-apa lagi yang sesuai. Bagi siapa-siapa yang nak dapatkan ebook Panduan VCC ni, boleh dapatkan di sini.

Aku rasa tak lama Naem akan bukak tawaran ni. Sebab ilmu dalam ni sangat value dan tak patut semua orang tahu. Kalau dapat kat penggodam, siap la.. So, sementara Naem masih bukak tawaran ni, dapatkan segera ok.

Paling hebat, Naem berikan jaminan 6 bulan wang dikembalikan jika trick-trick yang di ajar dalam ebook tu tak berkesan. Wahh..6 bulan? Lama giler… Ini confirm2 la menjadi. Kalau tak, takkan la berani bagi jaminan lama sampai macam tu. huhu…

Ok, tak perlu panjang-panjang menulis. Nak tau banyak lagi kelebihan pasal Panduan VCC ni, boleh pergi ke laman web Naem di sini.

p/s - Naem ni satu bacth dengan aku di Universiti Malaya dulu. Salah seorang Internet Marketer yang berjaya. First aku kenal dia, masa dia gempak dulu dengan income adsense hampir RM10k sebulan. wow.. bukan calang2 orang ni. :D

Categories : Masalah Newbie, Produk Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :

Visa Jutawan - Seminar Bersama Mas Dino dan Sifu Lan

Posted by Din Beramboi 29 December, 2008 (17) Comment

Wow..seronok betul hari ni dapat ke seminar Mas Dino dan Sifu Lan. Seminar yang diadakan tadi di hotel Armada, Petaling Jaya adalah bagi sesiapa yang telah mendapatkan ebook Visa Jutawan  oleh Mas Dino. Semalam mas Dino ada call aku dan ajak join sekali. Aku ape lagi….rugi beb tak datang. hehe.

Sepanjang seminar tadi, memang banyak yang aku dapat belajar. Tips-tips berkenaan ebay banyak disentuh selain bagaimana menjadi pro blogger. Aku yakin, kalau praktikkan apa yang diorang ajarkan…memang sah2 akan jadi Super Seller Ebay atau Power Seller Ebay.

Ini ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa seminar tadi.

seminar perniagaan internet ebay

Gambar Mas Dino tengah memberi talk. Memang sempoi dan kelakar. haha… Ilmu yang diberikan memang superb.

seminar perniagaan ebay

Giliran Sifu Lan pulak memberi talk. Wow..banyak betul rahsia dibongkarkan. Rahsia seorang sifu yang berjaya di ebay. Kebanyakkan tips penting dan barangan hot dibocorkan..hehe. Hanya untuk ahli Visa Jutawan sahaja.

seminar ebay

Selesai talk, Mas Dino memberi personal coaching kepada para peserta yang masih tak mahu balik2 lagi. hehe..padahal masa dah pun habis. Bila nak dapat peluang macam ni lagi beb… :D

seminar ebay

Sifu Lan pun sama, memberi personal coaching kepada beberapa orang yang masih lagi mahu mengorek rahsia. hehe… Teknik dan trick untuk menjana 5K melalui ebay setiap bulan semua diceritakan.

seminarperniagaaninternet

Haha..korang pun kenalkan sape di sebelah Mas Dino tu kan? Sibuk jer nak ambik gambar jugak… :D Sajer je nak buat kenangan jumpa sifu. Apa persamaan aku dengan Mas Dino? Janggut? haha…betul lah tu. Cuma dia lagi lebat… :D

Aku dengar cerita, Mas Dino dan Sifu Lan akan buat lagi seminar macam ni dalam masa terdekat untuk ahli-ahli Visa Jutawan. Untuk jadi ahli Visa Jutawan, langkah pertama adalah download dulu laporan percuma Visa Jutawan. Laporan percuma ini akan menceritakan secara ringkas apa faedah-faedah Visa Jutawan.

download visa jutawan

Jika anda bercita-cita ingin menjadi Power Seller Ebay atau Super Seller Ebay dan mendapat 5K setiap bulan bermula pada tahun 2009 nanti, aku sangat mengesyorkan Visa Jutawan ini. Selain dari ebook Visa Jutawan yang lengkap, anda juga akan di guide oleh Mas Dino dan Sifu Lan samada di forum tertutup,  siaran langsung webinar menggunakan ustream TV, seminar dan sebagainya. Adakah lagi usahawan internet seperti mereka yang ingin membantu anda? Download dulu laporan percuma dengan klik pada button di atas.

Categories : Ebook Percuma, Masalah Newbie Tags : , ,

Bagaimana Nak Mengoptimisekan Blog ?

Posted by Din Beramboi 1 November, 2008 (18) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ni kita belajar sket bagaimana nak mengoptimisekan blog. Kalau blog cantik, takde gunanya  kalau takde pelawatkan? Dengan cara optimise blog ini, akan menaikkan ranking blog kita dan meramaikan lagi pelawat, insya-Allah.

Aku sebenarnya ada buat video untuk tajuk ini. Video tu pun dah siap… Cuma aku saje malas nak masukkan kat sini. Filenya besar sangatlah. Takpe, sementara video tu dikecik2 kan filenya, kita baca ajerlah kat sini. Bukan susah pun nak faham..hehe.

Cara yang akan aku tunjukkan ini sangat sesuai bagi anda yang baru membina blog. Kalau dah lama ada blog, tapi belum optimise pun lagi, boleh juga cuba cara ni. Aku taknak menulis panjang2…yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan. Betul tak? :D

Ok, perkara paling asas sekali selepas membina blog adalah menukarkan permalink url blog. Apa dia permalink url? Ok, ianya merujuk kepada link post yang terhasil pada setiap post yang di bina. Contoh permalink blog pada post ini adalah:

http://blog.dinberamboi.com/bagaimana-mengoptimisekan-blog/

Cara permalink ini adalah paling sesuai bagi pendapat aku kerana ia terus kepada tajuk post, atau keyword post selepas sahaja link domain kita.

Aku mungkin boleh gunakan permalink macam ni juga:

http://blog.dinberamboi.com/?p=319

Nombor 319 pada hujung merujuk kepada ID post. Cara ini kurang sesuai kerana ianya tidak menunjukka tajuk sesuatu post atau keyword post.

Tajuk post atau keyword pada tajuk post adalah salah satu element penting dalam SEO. Jadi, jangan lupa kayakan keyword pada tajuk post.

Ok, bagaimana nak menukar permalink url supaya menjadi mesra SEO macam permalink blog ini? Caranya adalah seperti di bawah:

1. Login blog anda

2. Klik “Setting”

3. Klik “Permalink”

Anda akan lihat 5 optin permalink yang biasa digunakan seperti dibawah:

Kalau korang gunakan permalink yang mcm ni: http://blog.dinberamboi.com/?p=319 . korang gunakan option yang pertama. Kalau nak optimise, gunakan “Custom Structure”.

Caranya:

1. Klik pada option kedua

2. Klik pula pada option ke 5. (Custom Structure).

3. Delete bermula : “/%year%/%monthnum%/%day% ” dan tinggalkan hanya “/%postname%/”

4. Klik Save Change

5. Update file .htaccess

Itu sahaja caranya…aku harap korang tahu macam mana nak update file .htaccess tu ya. Kalau tak reti, leh tanya kat bahagian komen. :D

Itu sahaja tutorial untuk kali ini. Kalau bagus, boleh gunakan..kalau rasa tak setuju, abaikan saja… :D

Update: 4.02am (05 Nov 08 / Wednesday)

Di bawah ini adalah link download video bagaimana nak mengupdate file .htaccess . Sila Download.

Categories : Masalah Newbie, Teknik Tutorial, Tips Perniagaan Internet Tags :

Service Terbaru Team SmartBrain: Service VCC

Posted by Din Beramboi 26 September, 2008 (5) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Jualan ebook Rahsia Pro Affiliate Full Edition masih di buka, dan kami amat berterima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan. Kepada para pembeli, harap anda praktikkan segala ilmu yang di bongkarkan di dalam ebook ini. :D

Ok, belum pun reda Rahsia Pro Affiliate Full Edition, kami sekali lagi menawarkan service terbaru iaitu service mengaktifkan akaun Paypal dengan VCC. Pernah dengar VCC ? Kalau pergi ke blog Titan atau Forum WC, anda mungkin pernah…Ok, bagi yang tak tahu lagi apa itu VCC, mai sini nak terang..hehe.

VCC adalah Virtual Credit Card. Functionnya sama dengan kredit kad atau debit kad, tetapi ianya di dalam bentuk maya dan bukannya dalam bentuk fizikal. Fungsinya bagi Usahawan Internet adalah untuk mengaktifkan akaun paypal anda atau akaun ebay. So, kalau paypal anda belum diaktifkan, boleh dapatkan service VCC kami dan insya-Allah dalam masa 24 jam sahaja akan diaktifkan. Menggunakan VCC hanyalah mengambil masa 10 minit. Kenapa 24 jam? Mungkin kami busy…hehe.

Dalam perniagaan internet, paypal adalah penting sekali. Sekalipun anda tidak menjalankan urusan menjual produk ke pasaran antarabangsa, anda boleh gunakan untuk membeli secara online dengan mudah. Nak beli ebook, ebay, lelong dan sebagainya. Lagi satu, banyak program Pay Per Lead luar negara yang membayar menggunakan paypal.

Ok, mungkin ada yang tertanya-tanya…berapakah bayaran yang kami tawarkan untuk service VCC ini? Harganya sama seperti Usahawan Internet lain tawarkan iaitu RM40 sahaja. :D

Sebelum mengakhiri post ini, sekali lagi nak mention…paypal digunakan hanya untuk mengaktifkan akaun paypal anda sahaja. Bukannya nak keluarkan duit. Kalau nak keluarkan duit, kena pakai debit kad atau jual saja di forum-forum. Aku biasa jual di WangCyber dan JomBincang saja.

Kalau berminat, boleh contact melalui button YM di sidebar (kalau aku online, button tu warna kuning) atau email saja di : admin[@]dinberamboi.com (buang [ ] bila ingin menghantar email)

p/s - Anda mungkin terpaksa menunggu 2 minggu atau sebulan untuk mengaktifkan akaun paypal anda menggunakan debit kad. Tetapi dengan VCC, masanya hanya dalam lingkungan 10 minit hingga 24 jam saja. :D

Categories : Masalah Newbie, Service VCC Tags :

Rahsia Pro Affiliate Full Edition Dilancarkan Pada 25 Sept 2008

Posted by Din Beramboi 22 September, 2008 (27) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sudah dua bulan kami melancarkan Pay Per Lead Rahsia Pro Affiliate review..akhirnya pada 25/09/08 ini, full version akan dilancarkan. Hoho~~ mungkin ini yang anda tunggu-tunggu.. :D

Terlalu banyak cabaran dalam menyiapkan ebook ini. Patutnya akhir bulan lepas dah lancar pun..tetapi ada beberapa halangan yang terpaksa di hadapi, kami tangguhkan dulu pelancarannya sehinggalah tarikh sebenar ditetapkan pada 25/09/08 ini.

rahsia pro affiliate

Ebook Rahsia Pro Affiliate adalah sambungan kepada edisi percuma Pay Per Lead tetapi kandungannya lebih banyak menceritakan trick, tips, cara, dan ‘rahsia’ aku sendiri menjalankan program affiliate. Selain daripada cara, trick, dan ‘rahsia’ aku sendiri, ada juga dimuatkan 2 cara Usahawan Internet yang diakui kehebatannya iaitu Teknik Pro Sukeri dan Teknik Pro Shahraduan. Kedua-duanya menjana pendapatan yang lumayan dengan program affiliate.

Kami bukan berikan anda 1 ebook, tetapi lima ebook iaitu:

ebook rahsia pro affiliate

ebook rahsia pro affiliate

Selain daripada ebook-ebook ini, kami juga akan berikan lima bonus hebat...Apa tu? tunggu saja sehingga tarikh pelancarannya nanti. Hehe..Apa yang boleh aku katakan, ebook-ebook yang membongkarkan Rahsia Pro Affiliate adalah amat sesuai untuk newbie (mereka yang baru bermula) dan juga golongan pertengahan.

Rahsia-rahsia yang dibongkarkan jarang sekali didedahkan…amat jarang. :D So, kalau siapa nak boleh la kumpul duit dari sekarang..hehe. Jualannya adalah limited dan kami berikan harga sedikit rendah sempena promosi hari raya. :D

Dengan memiliki trick, cara, panduan dan ‘rahsia’ pro affiliate ini, anda mampu menjana pendapatan lumayan dengan affiliate walaupun tiada mailing list.

Categories : Affiliate Marketing, Cari Duit Dengan Affiliate, Masalah Newbie, Tips Perniagaan Internet Tags : ,