Menjual Produk
Pakcik Kayoooooo…
Salam sejahtera kawan-kawan…

Hari ni saya nak cerita satu perkara penting, jika anda nak melipatkaligandakan keuntungan bisnes anda. Tidak kira anda buat bisnes apa sekalipun.
Sebenarnya pagi tadi, seperti biasa setiap khamis saya akan hantar isteri ke klinik untuk pemeriksaan berkala kandungan. Alhamdulillah dah 8 bulan dan semuanya sihat walafiat.
Masa menunggu isteri, saya berehat-rehat di kedai makan berhampiran klinik. Tak lama kemudian, datang sebuah lori yang membawa muatan buah rambutan yang banyak.
Beberapa orang lelaki menurunkan beberapa guni buah rambutan, gerai dan payung. Dah siap, lori pun blah. Masak ranum betul buah rambutannya dari kejauhan. Membuatkan air liur berkecap-kecap nak rasa. hehe.
Saya pergi lah ke gerai rambutan tu dan beli sekilo RM4.
Sambil2 tu bersembang dengan penjual, seorang perempuan. Saya tanya dia, “Taukey ker?”
Dia jawab, “tak la..taukey takkan duk mcm ni. hehe”
Di pendekkan cerita, rupa-rupanya taukeynya adalah jutawan rambutan. Kalau tak jutawan, mungkin puluh ribuan la. hehe.
Penjual tu cakap, taukeynya memajak dusun rambutan orang lain dan setiap hari, taukeynya menurunkan paling kurang 5 gerai. Dengan mengupah orang-orang yang takde kerja menjaga gerainya, dia berjaya mengutip untung RM500 bersih di setiap gerainya.
Kalau 5 gerai, maknanya incomenya adalah RM2500 sehari. Wooww..Sebulan? RM2500 x 30 hari = RM75,000 sebulan. Dengan hanya menjual rambutan di gerai2 yang dijaga budak menganggur.
Pengajarannya kat sini adalah, orang yang bijak mencari peluang akan terus untung dan untung. Orang yang gagal pula mencari alasan. Betullah kata-kata Robert Kiyosaki, “Orang miskin mencari pekerjaan, orang kaya mencari jaringan “
p/s - awal bulan Ogos nak balik kampung di Kelantan, makan rambutan puas2..
Salam Ramadhan + Kemaafan Urusan Jual Beli Tergendala
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hoho..aku sudah kembali. 3 4 hari ini aku berada di kampung untuk menyambut hari merdeka dan menyambut Ramadhan bersama keluarga. Mungkin lama blog ini tidak terupdate, harap maaf kepada semua. Belum terlambat rasanya untuk aku menyucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan yang mulia ini makin mendekatkan diri kepada yang maha Esa.
Post ringkas ini juga ingin memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan minyak jaguh kanda kerana kelewatan penghantaran produk. Antara mereka yang terlibat adalah:
1. Sanin
2. Zainuddin Zubir
3. Rusdi
4. Abd Wahid
5. Sharisham
6. Yahaya Awang
7. Abd Aziz Che Man
Produk-produk anda akan dihantar secepat mungkin. Minta maaf banyak-banyak…
Kepada Ika Wijaya dari Jakarta, saya juga memohon maaf kerana tidak dapat ‘menyetelkan’ tempahan jersey anda. Harap anda sudah berjaya menyiapkan akaun paypal dan boleh membuat tempahan lagi. Kepada Sandy Prayudi dan Neuaman, jersey-jersey anda sudah di hantar.
Kepada pembeli-pembeli ebook dan video Rahsia Pro CMD.EXE yang menggunakan paypal juga saya memohon maaf kerana kelewatan memberi link download. Ini kerana urusan pembelian cara biasa diuruskan oleh partner saya Kento dan Dr.CMD manakala bayaran menggunakan paypal diuruskan oleh saya menggunakan akaun paypal saya. Jika ada yang masih tidak mendapat link download, sila hantarkan email kepada pihak kami dengan segera.
Begitu juga mereka yang mendapatkan melalui pembelian Pakej Lengkap Perniagaan Internet DVD Monakas, kami terpaksa mendapatkan confirmation daripada En.Najib Monakas terlebih dahulu sebelum pemberian link download diberikan.
Seribu kemaafan daripada saya…bulan poser ni baik kalau memaafkan. Hehe..
p/s - Sekejap aku, sekejap saya..mcm mana nih..ayya..
Cari Duit Dengan Affiliate Minyak Jaguh Kanda
Hoho…tak abis-abis cari duit, cari duit, dan cari duit..maafkan aku kalau post aku sedikit mengelirukan. Banyak sangat perkataan cari duit..hehe.
Ok, post pada kali ini aku nak ajak korang semua cari duit dengan program affiliate minyak jaguh kanda. Aku dah lama jual minyak jaguh kanda, tapi baru 3 hari lepas aku melancarkan program affiliate untuk produk ni. Sebelum aku lancarkan program affiliate, memang permintaan amat menggalakkan. Dan setelah aku melancarkan program affiliate, permintaan lagi-lagi menggalakkan..hehe.
Untuk pengetahuan semua, produk ni mendapat permintaan hangat di Malaysia dan aku pernah jual sampai ke Indonesia dan Singapura jugak. Sekarang, orang Timor Leste pun turut berminat..:D

Pertanyaan pelanggan dari Bangi

Pertanyaan pelanggan dari Medan

Pertanyaan pelanggan dari Timor Leste
Baru sahaja 3 hari dilancarkan program affiliate, masalah yang menakutkan dah pun hampir berlaku.

Tapi nasib baik arini dah 30 haribulan. Aku harap sempat bandwidth ni bertahan sampai malam ni. Esok dah bulan baru dan bandwidth di kira dari ‘zero’ balik. Lagipun, hosting ni kecik ajer bandwidthnya..500MB sahaja. hehe..
Ok, kalau korang berminat cari duit dengan program affiliate minyak jaguh kanda, boleh mendaftar sebagai affiliate di sini: www.minyakjaguh.com/register
Ok, aku chow dulu..nak pos minyak jaguh kanda ke Sabah..
Servis Terbaru: Tawaran Istimewa Domain Berharga Murah
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Apa khabar korang semua? harap sihat-sihat selalu dan perniagaan internet pun makin mantap. Sekarang ni agak busy sket dan aku tak sempat lak nak update blog ni setiap hari. Selang satu hari pun kira ok la kan..hehe.
Sejak dua menjak ni, orang bising-bising kata harga domain akan dinaikkan bermula bulan Ogos..betul ke haa? Aku tengok kat forum wangcyber pun ada thread bincang pasal ni. So, kalau sesiapa yang belum ada blog berbayar dan bercita-cita nak bina blog berbayar, aku rasa baik korang timbangkan untuk beli sekarang. Bila dah naik, korang kata mahal lak…huhu.
Kalau korang biasa survey harga domain pada waktu sekarang, harga average adalah RM35 hingga RM55. Kalau tak cari betul-betul dan tak survey, memang rugi lah kalau terjumpa web yang jual pada harga RM55 tu. Kalau dah kaya takpe la..hehe. Beza RM35 dengan RM55 tu dah boleh makan KFC dan top up handset tu.
Kalau korang rasa RM35 pun masih mahal, aku ada solution untuk korang. Siapa-siapa yang nak beli domain berbayar, sekarang boleh tempah dengan aku pada harga hanya RM29. Yup, RM29 sahaja ! Website untuk jualan domain masih dalam pembinaan. Jadi, siapa-siapa yang nak domain tu, boleh YM saja aku menggunakan ID: syeikh_myfren
Buat masa ini, aku dan Kento hanya bercadang menjual domain. Mungkin lepas ni akan mempertimbangkan untk menjual hosting pulak. Esok pagi Kento akan balik kampung…so, lambat sket nak siapkan web tu kalau aku buat sorang-sorang. Lagipun aku tengah rebrand web jualan minyak jaguh kanda kepada web yang lebih profesinal.
Ok, ini sahaja info daripada aku untuk kali ini. Nak domain sedikit murah iaitu dengan harga RM29, sila add YM aku: syeikh_myfren
p/s - Bagi siapa-siapa yang belum mendownload laporan percuma Rahsia Pro Affiliate, download sekarang dan mula menjana pendapatan dengan pay per lead di sini.
Cara Buat Duit: Mahu Menjana Pendapatan Lumayan Dengan BidVertiser?
Selepas melantak sebungkus nasi goreng cabai, sehingga meleleh hingus..aku pun mula menulis post untuk hari ini. Apa khabar korang? Harapnya sihat walafiat selalu yek…
Sebelum aku menulis entry hari ni, kita revise balik pos sebelum ini kejap. Untuk makluman korang, perjumpaan antara blogger tu aku harapnya akan betul2 menjadi. Aku dah jumpa seorang manusia yang sanggup jadi pengontek (kalau kat sekolah, namanya Biro Komunikasi) untuk menghubungi otai-otai yang sanggup bersama kita. Harapnya dia berjaya memikat hati otai kita tuh…apa2 hal, aku akan buat post baru nanti dan menghubungi korang melalui email yang korang tulis semasa menulis komen pada post tu.
Kalau korang yang lain juga nak suruh aku email update kat korang yang berminat, jangan lupa subscribe blog ini atau menulis komen “aku nak jugaaaaaaaaaaaaaakkk !!!” pada post tu. Jadi atau tak jadi nak ikut serta, tu terpulang kepada korang..aku tak menghalang.
Ok, kita masuk entry pada hari ni pulak…Korang tau tak apa itu Bidvertiser?
Dia nih adik beradik jer ngan Google Adsense. Kita akan mendapat duit berdasarkan klik yang dibuat oleh pelawat blog kita. Lagi banyak trafik, lagi tinggi kebarangkalian untuk klik iklan. Lagi tinggi klik, lagi masyuk la duit korang…hehe.
Pernahkah korang menjana pendapatan dengan Bidvertiser?
Terus terang aku cakap, aku jugak belum mendapat cek atau duit paypal di sebabkan Bidvertiser. Kalau Adsense tu, dah boleh dah…kat mana-mana pun orang heboh pasal adsense. Sampaikan kat forum-forum, ada thread khas pasal adsense. Tapi kalau Bidvertiser nih memang jarang orang cakap atau memberi tips. Thread untuk belajar Bidvertiser lagilah takde…
So, disebabkan itulah ramai yang belum dapat bayaran dari Bidvertiser nih. Takde rujukan yang sesuai ataupun tempat yang betul-betul membantu. Kalau ada rujukan pun, kebanyakkan bahasa omputih. Nak paham tu boleh..cuma kalau nak details tu tak dapat la.
Masalah korang akan selesai pada hari ini !!!
Yup, bagi mereka mereka yang berminat untuk menjana pendapatan dengan Bidvertiser, anggap saja masalah korang telah selesai. Hari ini telahpun terbit satu panduan lengkap yang akan mengajar anda langkah demi langkah untuk menjana pendapatan dengan Bidvertiser. Raja Bidvertiser sudah pun dilancarkan dengan rasmi.
Hoho…Raja Bidvertiser plak dah. Nampaknya sedikit masa lagi, semua program buat duit akan ada raja nanti. Yang dah ada raja adalah Raja Adsense, Raja Affiliate, Raja Payload…terbaru adalah Raja Bidvertiser. Sama seperti raja-raja sebelum ini, Ebook Raja Bidvertiser jugak mendapat rating yang baik dari mereka-mereka yang sudahpun mendapatkannya. Otai-otai juga memuji kerana panduannya sungguh lengkap.
Apa yang akan korang belajar melalui ebook lengkap Raja Bidvertiser?
Korang akan di ajar 11 teknik rahsia , melalui pengalaman penulis sendiri (Yakuza) untuk menggandakan pendapatan dalam masa 7 hari. Apa dia 11 rahsia tu? Aku malas nak citer kat sini, korang dapatkan ajer ebook ini dan korang akan tahu. Aku pun dah dapatkan dan sememangnya, bagi aku 11 rahsia tu memang hebat !
Tunggu !!! jika korang membeli melalui link yang disediakan melalui blog ini dengan mengklik button di atas, korang akan dapat beberapa bonus yang hanya boleh diperolehi dari aku. Apa dia bonus tu?
1. Kupon Diskaun RM5
Harga ebook ini di pasaran sekarang adalah RM30. Tapi kalau korang beli di sini, korang hanya perlu membayar RM25. Jimat RM5 tu..hehe. So, buat lah pertimbangan yang sebaiknya. Lagipun kupon diskaun ni aku bukak untuk 10 orang pembeli terawal sahaja.
Semasa pembelian, bayar hanya RM25 dan semasa mahu mengesahkan pembayaran, masukkan kupon ini : JVDin pada bahagian bukti pembayaran.
Sistem akan track samada korang membeli melalui link di blog ini atau tidak…so, jangan cuba nak main2, link download tak dapat nanti.
2. Korang akan diberikan kebenaran untuk akses sebuah website eksklusif. Website itu nanti adalah limited dan hanya mereka yang membayar keahlian sahaja di benarkan masuk. Tapi, korang di benarkan akses secara percuma jika membeli ebook Raja Bidvertiser. Ini juga limited dan khas untuk 20 pembeli melalui link di sini sahaja.
Laman eksklusif itu itu adalah berkenaan SEO dan keyword untuk penjanaan duit online Adsense.
Ok, itu sahaja bonus daripada aku. Jika berminat nak menjana pendapatan melalui Bidvertiser dan nak bonus2 kat atas tu, jangan lupa beli dengan klik banner di bawah.
p/s - Untuk mendapatkan bonus yang dinyatakan, sila email aku setelah membuat pembayaran. Aku akan check status korang…kalau betul, link ke laman web ekslusif tu akan di berikan. Buat masa sekarang, web itu masih dalam pembinaan.








