Panduan Domain
Servis Terbaru: Tawaran Istimewa Domain Berharga Murah
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Apa khabar korang semua? harap sihat-sihat selalu dan perniagaan internet pun makin mantap. Sekarang ni agak busy sket dan aku tak sempat lak nak update blog ni setiap hari. Selang satu hari pun kira ok la kan..hehe.
Sejak dua menjak ni, orang bising-bising kata harga domain akan dinaikkan bermula bulan Ogos..betul ke haa? Aku tengok kat forum wangcyber pun ada thread bincang pasal ni. So, kalau sesiapa yang belum ada blog berbayar dan bercita-cita nak bina blog berbayar, aku rasa baik korang timbangkan untuk beli sekarang. Bila dah naik, korang kata mahal lak…huhu.
Kalau korang biasa survey harga domain pada waktu sekarang, harga average adalah RM35 hingga RM55. Kalau tak cari betul-betul dan tak survey, memang rugi lah kalau terjumpa web yang jual pada harga RM55 tu. Kalau dah kaya takpe la..hehe. Beza RM35 dengan RM55 tu dah boleh makan KFC dan top up handset tu.
Kalau korang rasa RM35 pun masih mahal, aku ada solution untuk korang. Siapa-siapa yang nak beli domain berbayar, sekarang boleh tempah dengan aku pada harga hanya RM29. Yup, RM29 sahaja ! Website untuk jualan domain masih dalam pembinaan. Jadi, siapa-siapa yang nak domain tu, boleh YM saja aku menggunakan ID: syeikh_myfren
Buat masa ini, aku dan Kento hanya bercadang menjual domain. Mungkin lepas ni akan mempertimbangkan untk menjual hosting pulak. Esok pagi Kento akan balik kampung…so, lambat sket nak siapkan web tu kalau aku buat sorang-sorang. Lagipun aku tengah rebrand web jualan minyak jaguh kanda kepada web yang lebih profesinal.
Ok, ini sahaja info daripada aku untuk kali ini. Nak domain sedikit murah iaitu dengan harga RM29, sila add YM aku: syeikh_myfren
p/s - Bagi siapa-siapa yang belum mendownload laporan percuma Rahsia Pro Affiliate, download sekarang dan mula menjana pendapatan dengan pay per lead di sini.
Mahukan Domain Name dan Hosting Secara Gratis/Percuma?
Adeh, nampaknya aku terpaksa menulis kembali post yang sememangnya aku dah publish pun semalam. Apasal susunan blog jadi tak menentu selepas aku memasukkan post ini semalam aa? Heran aku..huhu. Solutionnya, aku terpaksa mendelete post tersebut dan terpaksa menulisnya kembali. Minta maaf kepada pengomen yang telah mengomen post ini semalam..semuanya sudah hilang. Sorry..

Terima kasih kepada Hyperwebenable kerana memberikan aku domain name percuma berserta hosting. Patutnya dah lama aku dapat, iaitu pada 28/04/08 hari tu lagi, tapi disebabkan aku banyak songeh, baru semalam aku dapat..hehe. Bila aku signup saja dan memohon untuk mendapatkan domain percuma, hari itu juga aku mendapat email dan bertanyakan aku website yang macam mana yang aku nak. Ini dia :

Pada mulanya aku minta dia buat sebuah web statik sebijik macam dinberamboi.com tuh. Tapi pada masa tu, aku punya blog exceed bandwidth. So, takleh. Aku suruh dia install website seperti Myspace. Aku berikan diorang script Myspace Clone, tapi diorg plak tak cukup expert untuk menginstall..huhu. Last2, dia suruh aku install sendiri. Dia bagi database dan log in semuanya pada aku.

Bila aku cuba install sendiri, tak dapat jugak..aku rasa script tu dah rosak..bila publish, ada perkara yang hilang. Aku sekali lagi menunjukkan songeh dan meminta diorg memberikan aku sebuah blog biasa sahaja.

So, akhirnya semalam dapatlah aku domain name baru tu. Namanya smartneeds.net. Ok la jugak nama ni. Menarik jugak kan..hehe. Walaupun dot net, tak mengapalah..janji FREE. Aku tak usik pun lagi blog nih. Masih berfikir-fikir mahu buat ape..Blank lagi. Korang pun nak jugak ker? Boleh ajer…klik di sini untuk ke web Hyperwebenable.
Ya, email last yang aku dapat daripada diorg, diorg suruh aku bagitahu kepada semua kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan domain name dan hosting percuma, sila daftar dan request sekarang sebelum diorang menamatkan tawaran ini. Berminat, boleh la daftar di sini.
Untuk pengetahuan korang, blog yang korang tengah baca ni aku hostkan di hosting internet-webhosting dan terpaksa membayar RM100 setiap tahun. Domain pula aku beli dengan SempoiHosting, RM35 setahun..So, kalau korang nak jimatkan RM135 tak seperti aku ni, daftar sekarang di Hyperwebenable. Tak perlu beli domain, tak perlu beli hosting, tak perlu mengupah web designer untuk membina web korang…sebab semuanya FREE.
Blog aku sudah nyawa-nyawa ikan…
Rupa-rupanya peristiwa 6 bulan lepas berlaku lagi ke atas blog aku. “Peristiwa apa tu Din?” - tanya seorang pelawat blog ni.
Hehe..Peristiwa yang ditunjukkan oleh gambar kat bawah tu :
Hampir 10 jam blog aku tak boleh di access tadi bermula dari jam 4 petang sehingga pukul 1 pagi. Benda ni membuatkan aku berasa gembira dan sedih. Apasal plak gembira? palotak hang rasa gembira, blog xleh access pun rasa gembira ker? hehe..aku gembira kerana itu tandanya blog aku makin bertambah pengunjungnya sehingga Exceed Bandwith. Hari ni aku taknak menulis banyak, cuma nak postkan gambar shot screen jer.
Ini adalah traffik ke blog aku pada tahun 2008.
Mencapap tak? hehe..Ini pula perbandingan traffik dan penggunaan bandwidth antara bulan Feb 2008 dan Mac 2008 :
Pada bulan Feb 2008, penggunaan bandwidth untuk blog www.dinberamboi.com hanyalah 14.52 Gb tetapi pada bulan Mac 2008, penggunaan bandwidth adalah 27.7 Gb iaitu meningkat melebihi 2 kali ganda. Begitu juga dengan blog ini, pada bulan Feb hanyalah 167.03 Mb tetapi meningkat kepada 618.24Mb pada bulan Mac.
Blog lain (ditutup untuk melindungi klik fraud pada adsense - blog adsense) tidaklah sehebat blog www.dinberamboi.com … Alangkah bagusnya kalau blog2 adsense tu pun macam www.dinberamboi.com . Peeerggh, mesti gempak lagi income adsense aku.
Beberapa hari lepas, ini adalah statistik pelawat unik dan page load kat salah satu blog aku.
Hurmmm, itulah sebab aku rasa gembira. Ranking blog maikn naik dan pelawat makin bertambah sehingga ‘jalan’ nak pergi ‘rumah’ aku jadi sesak dan exceed. Yang aku sedih plak, hari ni income kurang sebab banyak blog adsense aku pakai subdomain. Produk aku juga tidak dapat di jual untuk sementara waktu itu. Huhu…tapi takpe, keadaan dah kembali ok.
Kalau 6 bulan lepas perkara ni berlaku sebab bandwidth aku kecik jer 3Gb..kemudian aku tukar kepada 30Gb , masalah tetap menjadi lagi. Ini membuatkan aku berfikir utk menambah bandwidth lagi..huhu. Harapnya pelawat tetap akan meningkat lagi seperti graf linear kat atas.
Ebook Percuma - 5 Langkah Dalam Memulakan Perniagaan Internet
Hurmm..letih dan mengantuk sekali… Dari semalam saya tidak tidur lagi. Semalam, kawan-kawan serumah banyak mendownload ceramah ‘isu-isu panas’ dan kami semua mendengarnya. Kemudian, layan movie pula sampai subuh. Pastu, barulah saya menyiapkan lagi sedikit bahagian di dalam ebook terbaru saya.
Ya, saya baru saja menyiapkan sebuah ebook terbaru dan akan di edarkan secara PERCUMA sahaja kepada semua. Tajuk ebook itu adalah ” 5 Langkah Wajib Dalam Memulakan Perniagaan Internet“. Ebook ini saya siapkan dalam masa dua hari sahaja kerana sebelum ini bahan-bahan untuk di muatkan ke dalamnya sudah saya kumpulkan sejak awal lagi.

Ebook ini di khususkan kepada para newbie (baru nak bermula) dalam bidang perniagaan internet dan ia adalah tulisan saya 100% daripada pemikiran, rujukan dan info perniagaan internet semasa.
Untuk mendownload –> Klik Di Sini
Di dalam ebook yang ringkas tetapi lengkap ini, di lengkapkan beberapa perkara yang penting untuk anda sebagai newbie. Antaranya ialah :
1. Bagaimana Menentukan “Niche” Laman Web
2. Download Templete Web secara PERCUMA
3. Download Software NVU PERCUMA
4. Download 100 Cara Promosi Berkesan secara PERCUMA
5. Download Software Grafik secara PERCUMA
6. Cara-cara memilih Domain dan Hosting
dan beberapa perkara lagi….
Bila difikirkan, biasanya sesuatu yang diberikan secara percuma jarang di manfaatkan.Tetapi tak mengapalah, saya rasa pada kali ini terasa murah hati pula ingin memberi secara PERCUMA. lagipun, ini adalah ebook pertama saya yang dihasilkan oleh hasil kerja saya sendiri. Di harapkan, anda dapat memanfaatkan ebook ini dengan sebaiknya.
Untuk mendownload —> Klik Di sini
Jika ianya bermanfaat untuk anda, sila sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan anda juga. Semoga kita semua dapat mempelajari dan menambahkan pengetahuan bersama. Jika anda temui sebarang kesalahan atau mempunyai maklumat yang tidak tepat di dalam ebook tersebut, harap di maafkan dan informkan kepada saya agar dapat dibaiki dan di publishkan semula..
Setelah anda mendapatkannya, silalah komen di sini apa sahaja pendapat anda berkenaan ebook tersebut. Terima kasih.. ![]()
Keutamaan Bila Membeli Domain @ Hosting !!!
Dalam perniagaan internet atau dalam pembinaan laman web, nama domain dan hosting cukup penting bagi menunjukkan tahap ke”terer”ran seseorang dalam bidang perniagaan di internet. Pelanggan atau pelawat akan lebih mempercayai produk-produk yang dijual di laman web - laman web yang mempunyai nama domain sendiri. Ini menunjukkan lebih profesional dalam perniagaan dan mempunyai usaha yang bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Apapun, dalam memilih nama domain , ada caranya dan ada tips-tips yang berguna untuk anda. Saya tidak akan menyentuh panjang bab tersebut kerana sudah dinyatakan di dalam ebook terbaru Smarzul, Panduan Mudah FTP. Saya hanya ingin menyentuh tentang pemilihan Hosting…Syarikat mana yang sesuai untuk Hosting anda.
Sebelum membeli (menyewa dan membayar secara tahunan) hosting, anda seharusnya memikirkan sebaiknya kerana jika ia melibatkan perniagaan internet, ia boleh menyebabkan anda kerugian di kemudian hari.
Perkara pertama yang harus anda utamakan adalah Servis 24/7 , cepat dan efektif. Ini bermaksud, anda boleh mendapatkan sokongan dan bantuan daripada syarikat penyedia hosting tersebut dalam masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Mereka pula boleh dihubungi dengan pelbagai cara termasuk telefon, SMS dan sebagainya dan tidak hanya melalui email. Respon yang amat cepat penting jika sesuatu perkara penting berlaku pada hosting anda. Syarikat yang paling saya syorkan adalah Internet Webhosting. Blog yang anda baca ini di hostkan kepada Internet Webhosting dan saya amat berpuas hati dengan sistem supportnya. Jika saya menghantar email, dalam masa 10 minit atau 15 minit sudah ada jawapannya..sangat cekap.
Saya pernah menggunakan 3 syarikat penyedia Hosting sehingga hari ini dan ini adalah yang terbaik. Antara yang terbaik juga adalah SempoiHosting dan EcommerceMastery bagi penyedia-penyedia tempatan.
Perkara yang kedua adalah hosting yang mempunyai server yang uptime tinggi. Internet Webhosting mempunyai uptime sehingga 99.95% dan ini sudah cukup tinggi. Uptime yang tinggi bermaksud berapa lama server yang kita gunakan itu boleh online (access) dalam masa 24 jam. Ini penting jika anda membuat perniagaan di internet. Contohnya, dalam perniagaan internet anda, anda memperolehi purata RM100 dalam masa sejam. Jika server anda down selama 2 jam, anda sudah kehilangan RM200 . Jika sebulan kekerapannya berlaku adalah setiap hari, anda kehilangan RM6000 sebulan secara percuma..hehe.
Antara yang penting juga, Hosting anda support banyak bahasa pengaturcaraan dan ada ciri-ciri yang support MySQL. Hosting yang support bahasa PHP amat penting untuk membolehkan anda membina borang pertanyaan dan borang pesanan. Pastikan anda memilih Hosting yang mempunyai Cpanel (Linux) dan sistem windows tidak digalakkan.
Oklah, mungkin ini sahaja yang saya boleh nyatakan di sini. Segala-galanya sudah lengkap di dalam ebook Panduan Mudah FTP. Jika anda sudah mendapatkannya, fahami betul-betul kerana ia amat penting dalam pembinaan laman web anda.
Sekian.. ![]()









