Pay Per lead
Duit Percuma dan Menangi Hadiah Kereta Corvetto
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Badan masih terasa penat sey…Sebenarnya aku baru sahaja sampai KL semalam, pagi. Naik tren kelmarin pada pukul 7 malam dan sampai KL semalam pukul 9 pagi. 14 jam di dalam kereta api. Lama + penat + sejuk air cond sampai punggung pun naik dah krem..haha.
Apa tak penatnya, sampai saja KL setelah 14 jam dalam kereta api…aku dan kawan aku ke Port Dickson untuk ‘beraya’ lagi. Haha.. Tapi nasib malang sebab semalam hujan lebat, so takleh jalan-jalan kat tempat-tempat menarik. Pada mulanya bercadang nak menginap di hotel, tetapi memandangkan ada kerja yang perlu di settlekan, kami balik ke KL. Penat… Lepas isyak terus tidur.
Dah abis dah cerita aku yang kurang menarik untuk korang tu. Kesimpulannya, raya ni memang raya sakan tapi satu sen pun tak dapat duit raya. Aku pulak yang kena bagi duit raya kat anak-anak sedara dan adik-adik. Maknanya aku dah besar la kan..haha.
Semalam aku telah berikan semua link download kepada mereka yang membuat pembelian Rahsia Pro Affiliate sepanjang seminggu aku di kampung. Maafkan aku kerana kelewatan memberikan link download kerana kat kampung, line internet sangatlah slow..CC pulak semua tutup. Harap di maafkan…
Ok, untuk post kali ini aku ada satu berita baik kepada mereka yang belum mendapatkan USD1 yang pertama. Russell Brunson iaitu seorang Internet Marketer antarabangsa ingin memberikan anda USD1 malah lebih daripada itu…mungkin USD100 atau USD1000 sehinggalah hadiah utama iaitu sebuah kereta sport Corvetto. Kalaulah bernasib baik…hehe.
Sebenarnya, Russell Brunson telah menganjurkan satu pertandingan iaitu $100 Million Dolar Challange dan beliau sendiri akan train anda secara personal. Beliau mahu anda mendapat $100 Million Dolar.

Di samping pertandingan yang dianjurkannya, beliau juga bermurah hati memberikan USD1 kepada sesiapa yang menolongnya mempromosikan pertandingan ini. USD1 bagi seorang yang anda promosi. Jika anda berjaya mempromosi kepada 100 orang dan setiap dari mereka mendaftar, anda akan mendapat USD100. Kalau 1000 orang, anda mendapat USD1000…hohoho. Banyak tu.
Ok, cara buat duit mudah ini adalah:
1. Klik link ini:http://contest.dotcomsecrets.com/
2. Isikan nama anda, email, username dan password. Kemudian klik “submit”
3. Beliau akan promosikan 3 buah bukunya. Jika anda berminat, boleh beli. Kalau tak berminat, klik saja “No, go to member area”. Aku pun tak beli. So, klik saja pada “No.. ” tu. hehe..
4. Confirmkan dan update akan paypal. Beliau akan membayar menggunakan paypal. Belum ada paypal? daftar di sini.
5. Copy link referrel anda dan banner untuk promosikan di mana-mana.
Ok, itu sahaja caranya..mudahkan. Kalau senang macam ni pun tak mahu buat, jangankan nak dapat USD1, USD0.001 pun tak dapat..hehe. So, buat dan insya-Allah dapat. Jangan risau Russell Brunson ni sebab aku yakin dia akan membayar kita. Beliau dah banyak menganjurkan pertandingan sebelum-sebelum ni dan memang dapat bayaran.
p/s - Jika akaun paypal anda belum di aktifkan kerana tidak mempunyai debit atau kredit kad, ada penyelesaiannya. Kami ada menyediakan service mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC. Lebih pantas dan cepat. Baca post terdahulu di sini
Majlis Berbuka Puasa Dengan IM + PPL
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Info terbaru, IM paling popular di Malaysia akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama pada 22 Sept 08 atau 23 Sept 08 ini. Dah dekat dah tu…Sape IM tu? Betul ker paling popular? haha..Yang pastinya, income mereka adalah 5 angka setiap bulan.
Mereka adalah Team JomSeminar iaitu Syed Ikhwan, Fuad Latip dan Yusri. Korang pun dah tau kehebatan diorang kan? Mereka inilah yang telah menerbitkan DVD Video Usahawan yang hangat tu. Korang pun tau kan yang Syed Ikhwan pernah mendapat USD1000 sehari melalui adsense kan? Korang pun tau kan yang Yusri biasa dapat 6 angka setiap bulan kan? Hoho~~inilah masanya, sambil berbuka sambil mengorek rahsia mereka.
Kalau korang pernah terlepas untuk menghadiri seminar Jom Seminar yang berharga lebih kurang RM500 itu, kalau korang pernah terlepas untuk menghadiri WC gahtering tempoh hari, ini masanya untuk korang menebus kesilapan korang tak join sekali tu..hehe. Kesilapan ke?
Kalau nak join majlis berbuka puasa ni, boleh reply kat thread di sini: JomBincang
Aku insya-Allah akan join. Lagipun dengar cerita mereka nak buat kat kawasan dekat PJ ni iaitu samada Hotel Singgah Sana atau De Palm. Beberapa minit ajer dari rumah aku..hehe. Kalau boleh, nak jumpa jugak orang yang sedang membaca post ni kat sana. hehe..
Aku promote ni takde dapat untung satu sen pun, cuma mahu menguar-uarkan benda ni saja..lagi ramai join lagi bagus. Aku harap aktiviti bukan setakat berbuka sahaja. Mungkin kita boleh buat semiinar ringkas bermula pukul 5 dan habis pada waktu berbuka..ada cadangan, boleh bagitau kat thread tu ok..
========================================================

PPL Rahsia Pro Affiliate masih di buka dan sehingga kini seramai 2700 orang sudah mendownload ebook ringkas tersebut. Pembayaran komisyen untuk bulan lepas nyer akan di bayar pada esok hari atau lusa. Pastikan anda mencapai nilai minimum ok… Nilai minimum hanya RM5. Takkan tak boleh kot..
Harap korang boleh terus promosikan di blog masing-masing sehingga notis tamat PPL dikeluarkan oleh kami. Thanks~~
Update: Pembayaran Komisyen Pay Per Lead
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Ok, ini info ringkas sahaja untuk update pembayaran kepada agent affiliate pay per lead Rahsia Pro Affiliate. Kepada mereka yang mendapat nilai minimum RM5, komisyen anda sudahpun di bayar. Untuk mereka yang agak rapat dengan kami dan kami mempunyai no akaun CIMB mereka, pembayaran telah dilakukan sejak semalam.
Untuk mereka yang menggunakan akaun Maybank, pembayaran di lakukan pada hari ini. Petang tadi pembayaran di buat dan sebentar tadi ada lagi 6 pembayaran lagi yang di buat. Ini antara mereka yang baru dibayar 5 minit tadi sebelum post ini ditulis:

Masih ada yang tidak menerima bayaran disebabkan akaun yang tidak lengkap terutamanya akaun bank. Ada juga yang nilai minimumnya berada di atas pagar dan apabila ditolak komisyen berulang, pembayaran tidak dapat dilakukan. So, kepada mereka yang belum mendapat bayaran, bayaran akan dilakukan lagi pada bulan depan.Kumpul banyak2 dulu ya..
Harap anda terus mempromosikan Pay Per Lead kami dan menjana RM0.25 bagi setiap pelawat yang subscribe.
Terima kasih
Pay Per Lead: Bagaimana Pembayaran Komisyen Dilakukan…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya. Post pada kali ini hanya ingin menerangkan proses-proses bagaimana pembayaran komisyen pay per lead akan dilakukan.
Tepat pada jam 12 malam nanti, kami akan mula menganalisis semua komisyen affiliate secara manual one by one. Kami hanya akan menganalisis dan membuat pembayaran bagi mereka yang mendapat nilai minimum sehingga 12 malam ini sahaja. Bagi mereka yang mendapat nilai minimum sebelum 15/08/08, kami akan mempertimbangkan untuk membayar insya-Allah.
Semakan secara manual di lakukan kerana ingin memastikan tiada kesilapan pembayaran dilakukan. Kami banyak mengesan berlaku pengulangan IP address iaitu mereka yang menggunakan link yang sama untuk mendownload. Jadi, jangan hairan atau menyalahkan kami jika komisyen yang anda dapat nanti tadak sama seperti sepatutnya.

Tapi jangan bimbang kerana setelah kami membuat pembayaran, kami akan print screen untuk semakan anda. Kami akan hantar file print screen tersebut bersama-sama bukti pembayaran. Pembayaran akan dibuat secepat mungkin samada 15 atau 16 Ogos 2008. Berikan masa dua hari kepada kami untuk menyelesaikannya.
Semasa kami membuat semakan, kami akan reset komisyen anda di bahagian panel kepada RM0.00 semula dan anda boleh mengumpul kembali komisyen seperti sediakala. So, jangan terkejut jika anda lihat komisyen anda menjadi RM0.00 kerana kami sedang membuat semakan.
Bagi yang belum mengupdate no akaun bank, harap dapat berbuat demikian secepat mungkin. Jika no akaun tidak lengkap, kami akan menangguhkan pembayaran komisyen anda kepada bulan hadapan. Bagi mereka yang tidak mahu menerima komisyen lagi pada bulan ini walaupun telah mencapai nilai minimum, boleh menghubungi kami untuk mengecualikan pembayaran komisyen anda. Komisyen anda akan terkumpul sehingga bulan depan.
Ok, ini sahaja info untuk kali ini. Diharapkan anda terus mempromosikan pay per lead ini sehingga 31 Ogos nanti.
Rahsia Pro Affiliate : Berita Gembira Untuk Anda…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pertamanya, terima kasih kepada anda semua yang memberikan feedback positif kepada ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE yang akan dilancarkan. Daripada komen yang kami dapat, 99% menunjukkan feedback positif dan rata-rata masih tidak mengetahui penggunaan CMD.EXE. Ada juga 2 atau 3 komen yang spam, sempat kami tangkap di bahagian admin yang mempromosikan program dan produk mereka. Maaflah, kami terpaksa delete komen anda..
Ebook Rahsia Penggunaan CMD akan di lancarkan dalam minggu ini. Harap ia akan membantu kita dalam mempercepatkan kerja, seterusnya menjadikan masa yang terluang itu untuk menjana lebih pendapatan.
Ok, kita tinggalkan dulu Rahsia Penggunaan CMD.EXE sekejap..kami ingin mengumumkan satu berita baik untuk semua. Berita baik itu adalah, program pay per lead Rahsia Pro Affiliate akan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini iaitu 31 Ogos 2008 (Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51).
Program pay per lead sepatutnya di tutup pada 13 Ogos 2008, tetapi kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkannya. Kenapa? kerana kami ingin membuka lebih banyak peluang kepada anda mendapat nilai minimum (RM5). Ya, kami perasan banyak juga antara anda yang hampir mencecah nilai minimum…ada yang dapat RM3, ada yang dapat RM4. So, ini akan merugikan anda kerana kami tidak membayar kepada sesiapa yang dapat bawah nilai minimum.

Jadi, kami harap anda masih berpeluang menggandakan lead dan mencapai nilai minimum pada 31 Ogos nanti. Bagi yang tak dapat nilai minimum juga pada tarikh tersebut, kami tiada pilihan lain lagi. Kami telah berusaha memberikan yang terbaik. Tetapi jangan bimbang, mereka yang tidak mencapai nilai minimum tetap akan mendapat sesuatu yang berharga iaitu hadiah berupa ebook.
Kami ingin menggembirakan anda dan semoga anda berpuas hati. Ini kerana kami tahu, anda mempromosikan pay per lead ini bukanlah ingin mendapat ebook percuma, tetapi ingin DUIT. Betul tak? hehe.. Jadi, kami buka lagi peluang kepada anda. Jangan berputus asa. Anda mampu mencapai nilai minimum itu kalau berusaha kebih kuat.
p/s - Bagi yang belum menyertai pay per lead kami, anda belum terlambat. Klik di sini untuk menyertai dan buat duit RM0.25 bagi setiap pelawat subscribe.
Pembayaran untuk mereka yang mendapat RM5 ke atas akan dilakukan pada 15 atau 16 Ogos 2008
p/ss - Sehingga kini, program ini mendapat galakan yang memberansangkan dari semua. Terima kasih kepada anda semua yang menjayakannya.






