Pay Per lead

Servis Terbaru: Tawaran Istimewa Domain Berharga Murah

Posted by Din Beramboi 20 July, 2008 (18) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar korang semua? harap sihat-sihat selalu dan perniagaan internet pun makin mantap. Sekarang ni agak busy sket dan aku tak sempat lak nak update blog ni setiap hari. Selang satu hari pun kira ok la kan..hehe.

Sejak dua menjak ni, orang bising-bising kata harga domain akan dinaikkan bermula bulan Ogos..betul ke haa? Aku tengok kat forum wangcyber pun ada thread bincang pasal ni. So, kalau sesiapa yang belum ada blog berbayar dan bercita-cita nak bina blog berbayar, aku rasa baik korang timbangkan untuk beli sekarang. Bila dah naik, korang kata mahal lak…huhu.

Kalau korang biasa survey harga domain pada waktu sekarang, harga average adalah RM35 hingga RM55. Kalau tak cari betul-betul dan tak survey, memang rugi lah kalau terjumpa web yang jual pada harga RM55 tu. Kalau dah kaya takpe la..hehe. Beza RM35 dengan RM55 tu dah boleh makan KFC dan top up handset tu.

Kalau korang rasa RM35 pun masih mahal, aku ada solution untuk korang. Siapa-siapa yang nak beli domain berbayar, sekarang boleh tempah dengan aku pada harga hanya RM29. Yup, RM29 sahaja ! Website untuk jualan domain masih dalam pembinaan. Jadi, siapa-siapa yang nak domain tu, boleh YM saja aku menggunakan ID: syeikh_myfren

Buat masa ini, aku dan Kento hanya bercadang menjual domain. Mungkin lepas ni akan mempertimbangkan untk menjual hosting pulak. Esok pagi Kento akan balik kampung…so, lambat sket nak siapkan web tu kalau aku buat sorang-sorang. Lagipun aku tengah rebrand web jualan minyak jaguh kanda kepada web yang lebih profesinal.

Ok, ini sahaja info daripada aku untuk kali ini. Nak domain sedikit murah iaitu dengan harga RM29, sila add YM aku: syeikh_myfren

p/s - Bagi siapa-siapa yang belum mendownload laporan percuma Rahsia Pro Affiliate, download sekarang dan mula menjana pendapatan dengan pay per lead di sini.

Categories : Masalah Newbie, Menjual Produk, Panduan Domain, Pay Per lead Tags : , ,

Bilakah Program Pay Per Lead Edisi Preview Rahsia Pro Affiliate Ditutup?

Posted by Din Beramboi 17 July, 2008 (8) Comment

Mungkin ini yang bermain di kepala anda semua..”bila la program pay per lead ini akan ditutup aaa ?Letih jer promote, nanti tarikh tutup dah terlepas..rugi plak promote..” . Hehe..setelah berbincang dengan partner yang hensem, si Kento..akhirnya kami telah membuat keputusan untuk menamatkan program pay per lead ini pada 13 Ogos 2008. Maknanya program ini akan berlangsung selama sebulan. Tetapi ia juga bergantung kepada keadaan semasa dan perkembangan selepas ini.

Itu adalah mengikut bajet kami sahaja.. Supaya laporan ringkas itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya kepada semua orang. Apa yang terkandung di dalam report ringkas rahsia pro affiliate?

  • Pengenalan kepada program affiliate
  • Membezakan program affiliate individu dan berkelompok
  • Penggunaaan keyword untuk carian
  • Menjelaskan tentang niche dan cara mendapatkan niche bagi program affiliate.
  • Kami tahu, bagi mereka-mereka yang sudah lama di dalam perniagaan internet, semua benda yang dinyatakan sudah diketahui secara umum. Tetapi percayalah, saya yakin masih ramai diluar sana yang tidak mengetahuinya.Kalau tahu pun, berapa ramai sahaja yang mempraktikkannya..

    Selama tiga hari ianya dilancarkan, kami tidak menerima apa-apa cemuhan dan kata-kata yang membuatkan kami berasa kurang enak. Terima kasih kepada semua yang boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.  Kami cuma mendapat beberapa email yang menyatakan :

  • “File RAR tak boleh bukak la…kenapa ya?”
  • “Apa tu program pay per lead? tak faham la….”
  • “File tak boleh bukak..dah banyak kali cuba tetap tak boleh. Boleh ke saya buat duit tanpa mendownload?”
  • Semua email kat atas semuanya dah dijawab di email masing-masing..cuma kalau ada lagi yang mempunyai masalah yang sama, ini adalah jawapannya:

    1. File tak boleh didownload disebabkan line internet yang slow…so, file akan jadi corrupt. Jangan putus asa mendownload, insya-Allah boleh. Sebaiknya pakai downloader manager macam FlashGate ke..

    2. Program pay per lead adalah program di mana anda akan mendapat bayaran (sebagai agen affiliate) yang mempromosikan kepada orang lain menggunakan link affiliate anda. Dengan syarat, mereka juga mengisi borang subscribe. (memasukkan email dan nama dan aktifkan di dalam email yang di hantar).

    3. Anda tetap boleh mempromosikan program pay per lead ini walau tanpa mendownload laporan ringkas tersebut dengan syarat anda mendaftar sebagai affiliate dan mempromosi link anda. Seeloknya, baca dulu sebab nanti tak tau nak tulis apa untuk review..hehe.

    Ok, harap semua jelas dan kalau ada apa-apa persoalan boleh terus menghubungi saya melalui email.

    p/s - Selamat mempromosikan laporan ringkas kami sehingga 13 Ogos 2008 dan menjana pendapatan. Join program pay per lead di sini.

    Categories : Affiliate Marketing, Pay Per lead, Tips Perniagaan Internet Tags :

    Perkembangan Pay Per Lead Edisi Percuma Laporan Ringkas Rahsia Pro Affiliate

    Posted by Din Beramboi 15 July, 2008 (9) Comment

    Aiseh…lega sangat rasanya hari ni sebab dari hari sabtu lepas streamix buat hal..huhu. Bukan streamix buat hal, tapi orang buat hal kat streamix.

    Ceritanya macam ni. Pada hari Sabtu lepas, tiba-tiba internet terputus…bengam jer rasa sebab masa tu dah hampir pada masa pelancaran Pay Per lead kami. Tinggal beberapa minit dan saat saja lagi kami nak umumkan.. Mungkin ada orang nak sabotaj kot…hehe. Gurau jer..

    Kitorang ahli rumah flat bujang yang tinggal di blok 21, Pantai Permai, Bukit Angkasa Kuala Lumpur terus saja menghubungi TM untuk melaporkan masalah. Tapi memandangkan hari tu hari cuti, operator cakap diorg akan datang pada hari Selasa, hari ni la..Mak aaii, lama tuh.

    Nasib baik ada maxis broadband aku ni haa..walaupun lembap daripada streamix, sekurang-kurangnya kami masih boleh melancarkan Pay Per Lead kami. Maxis broadband memang lembap…ntah la. Mungkin dah lama tak pakai. Itu lah anggapan aku pada mulanya..atau mungkin maxis ada masalah.

    Dah 4 hari pakai broadband yang slow ni, hati pun dah geram sangat sebab tahap ‘kekuraannya”, pagi tadi aku call operator maxis broadband..lepas setting situ sini, maxis broadband menjadi laju. Ceh, tersalah setting rupanya..patut la slow. Kalau lah aku call pada hari Sabtu aritu lagi, takde la menderita..huhu.

    Pagi tadi pun call lagi TM. Dia cakap ada orang telah mencuri jumper cable di kawasan flat kami. Patut la pun..Ceh, memang nak boikot kitorang..huhu.

    Sorry la panjang plak cerita aku yang kurang berfaedah untuk korang tu.  Ok, kembali pada program pay per lead edisi percuma Rahsia Pro Affiliate. Sejak ia dilancarkan, permintaan agak menggalakkan..terima kasih aku ucapkan kepada semua yang telah mempromosi.

    Aku harap korang terus mempromosikan kerana ada hadiah bagi mereka2 yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Maksudnya, mereka yang mendapat sales (pelawat opt in) paling banyak.

    Juga nak bagitau kat sini, aku ada tambah beberapa banner yang lain juga untuk memudahkan promosi dan meningkatkan sales (pelawat opt in). Aku dah berfikir, mungkin banner sebelum ini kurang membantu kerana tiadanya perkataan “percuma” pada banner. Jadi pelawat rasa takut nak klik. Mungkin dia ingat kena bayar..hehe. So, semalam dah tambah 5 lagi banner yang baru.

    Korang boleh tengok dengan log in pada akaun affiliate masing-masing. Kalau rasa banner baru tu lebih membantu, silalah tukar..kalau nak guna yang lama jer, boleh juga takde masalah.

    Ok, aku sedang setting sebuah blog baru untuk makluman dari semasa ke semasa berkenaan pay per lead ini. Bila dah siap sepenuhnya, aku akan habaq melalui email kepada semua subscriber dan mereka yang mendownload laporan tersebut. Blog tu mungkin lebih profesional berbanding blog ini. Sebabnya aku kena berinteraksi dengan semua subscriber..huhu.

    - Din Beramboi

    p/s - Bagi mereka yang belum mendownload laporan percuma Pay Per lead, sila download sekarang dan mendaftar sebagai affiliate untuk mendapatkan komisyen. Pay Per lead masih di buka !

    Categories : Affiliate Marketing, Pay Per lead Tags :

    Pay Per Lead Terbaru: Buat Duit Dengan Laporan Percuma !

    Posted by Din Beramboi 13 July, 2008 (39) Comment

    Assalamualaikum dan salam sejahtera…

    Akhirnya…masa yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Kami (Din Beramboi dan Kento) dengan rasminya melancarkan laporan PERCUMA kami pada hari ini.

    Apa yang ada di dalam ebook ringkas PERCUMA ini?

    Ebook ringkas ini akan memberikan panduan dan teknik yang betul dalam melakukan program affiliate. Kami tidak mahu anda berasa tertipu, jadi ingin menjelaskan kepada anda ebook ini adalah panduan dan langkah pertama yang selama ini ramai mengabaikannya.

    Ini adalah sebahagian dari bab pertama Panduan Pro Affiliate dan akan mengajar anda tentang pencarian niche untuk market affiliate dan bagaimana ingin menguasai pasaran affiliate.

    Apa yang lebih menarik adalah…anda boleh buat duit dengan laporan percuma ini !

    Ya, kami menyediakan satu program affiliate Pay Per Lead di mana jika anda menjadi affiliate kami dan mempromosikan laporan percuma ini, anda akan mendapat komisyen setelah pelawat anda subscribe. Syaratnya, mereka subscribe dari link affiliate anda.

    Setiap kali pelawat yang opt in (subscribe) menggunakan link anda, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.25 . Hanya promosi , promosi dan promosi….semua tolls telah kami sediakan di ruangan affiliate iaitu banner-banner yang anda boleh gunakan untuk tujuan promosi.

    Untuk daftar sebagai affiliate dan mula mempromosi, sila klik di sini.

    Anda dinasihatkan supaya membaca terma dan syarat sebelum mula mempromosi.. Antara syarat yang terpenting adalah, anda tidak boleh melakukan penipuan dengan subscribe sendiri di laman yang mengandungi link anda. Kami boleh mengenalpasti berdasarkan IP yang dikesan. Jika anda berbuat demikian, mungkin komisyen anda tidak akan dibayar dan akaun anda akan di banned.

    Jom mendaftar sebagai affiliate dan mendapat komisyen..klik di sini untuk mendaftar.

    p/s - Program ini tidak akan tamat selagi kami tidak memberi apa2 notis dan email untuk mengesahkannya. Selamat mendownload laporan percuma dan buat duit..

    Categories : Affiliate Marketing, Ebook Percuma, Pay Per lead, Uncategorized Tags : ,

    Buat Duit Percuma: Dapatkan USD1 Bagi Setiap Referral

    Posted by Din Beramboi 25 June, 2008 (45) Comment

    Haha..ini satu lagi program buat duit untuk korang. program pay per lead datang lagi…Harap korang tau apa itu program pay per lead. Kalau belum tahu, meh sini aku terangkan. Konsep pay per lead adalah program di mana kita mempromosikan sesuatu produk PERCUMA dari orang lain (Internet Marketer). Program ni adalah sejenis affiliate jugak. Kita mempromosikan link affiliate kita dan apabila pelawat ingin mendapatkan ‘produk’ PERCUMA itu, mereka kena subscribe. Apabila pelawat subscribe, kita akan dapat komisyen…mudahkan. Hanya daftar dan promosi.

    Ok, hari ini aku baru saja dapat email dari Lan Del Carmen. Hari ini merupakan hari birthday dia yang ke 30. So, dia ingin menawarkan peluang buat duit pay per lead sambil membuat amal untuk Pesakit Jantung Kanak-kanak di India.

    Apakah produk PERCUMA Lan Del Carmen ?

    Yup, beliau baru sahaja berjaya membuat satu software PDF. Software ini tidak perlu di install ke dalam hard disk komputer korang. Daftar saja dan korang akan di berikan akses secara online ke laman web beliau. Fungsi laman web tu macam microsoff office. Masukkan apa sahaja ayat yang korang mahu dan compilekan..maka terhasil sebuah ebook dalam bentuk PDF..hehe. Menarik gak kan.

    Bagaimana nak buat duit melalui program ini?

    Ya, korang akan dapat USD1 apabila promosikan produk percuma ini kepada kawan-kawan korang dan mereka subscribe. USD1 = RM3.255…waah, banyak gak tuh.

    1 orang subscribe = USD1 = RM3.255

    10 orang subscribe = USD10 = RM32.55

    100 orang subscribe = USD100 = RM325.50

    Haha…berminat tak? Free saja untuk menyertai.

    Bagaimana nak menyertai dan buat duit USD1 setiap referral?

  • Klik di sini dan korang akan di bawa ke web FreePDF.
  • Klik button “Start Now” untuk mendaftar.
  • Korang akan di bawa ke Page Step 1 . Masukkan email , nama, nombor pengesahan dan klik Proceed
  • Korang bukak email yang digunakan semasa daftar. Klik email pengesahan yang di hantar oleh FreePDF
  • Ok, bila akaun dah aktif…create satu lesen key pada page yang dia riderect.
  • Bukak email lagi dan FreePDF akan hantar username dan password.
  • Bila masuk di bahagian admin, klik Promote –> Link –> Promotion –> View
  • Ok, dah siap…bila korang dah klik View pada step terakhir tu, korang akan diberikan link affiliate korang. promosikan dengan gelojoh kat mana2 saja korang suka..hehe.

    Daftar sekarang dan mula menggunakan FreePDF Lan Del Carmen. Lupakan Adobe Reader korang yang tak membayar korang apa2..haha.

    p/s - Pembayaran akan dilakukan terus ke akaun paypal korang. Kalau belum ada akaun paypal, Daftar akaun Paypal sekarang.

    Categories : Pay Per lead Tags :