Perniagaan Offline

BuluhMas: Pendapatan Pasif dan Tetap Setiap Bulan

Posted by Din Beramboi 10 October, 2008 (20) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Adakah anda mahukan pendapatan pasif dan tetap setiap bulan? Malah pendapatan anda boleh meningkat pada setiap bulan bergantung usaha anda.

buluhmas

Pada 2 atau 3 hari sebelum raya yang lepas, aku ada join BuluhMas. Tersangatlah menyesal sebab dah terlambat join BuluhMas. Tapi aku percaya peluang itu masih ada jika kita berusaha. Lebih kurang 3 bulan lepas, Mohd Muaz iaitu kawan aku di UTM ada ajak join  benda ni..tapi aku tak yakin. Sekarang incomenya mantain RM400++ setiap bulan..hoho.

Pada 2 atau 3 hari sebelum raya yang lepas, barulah aku mula memahami apa itu BuluhMas. Dan tanpa bertangguh lagi terus join.

Apa itu BuluhMas? - BuluhMas adalah syarikat pengiklanan di mana anda bertugas sebagai promoter. Anda akan di bayar secara bulanan untuk upah anda tersebut. Setelah anda menjadi ahli BuluhMas, anda akan diberikan sebuah sticker dan tugas anda adalah hanya menampal sticker tersebut di kenderaan anda samada motor atau kereta. Dan anda akan di bayar setiap bulan ! Mudah bukan?

Untuk mengetahui apa itu syarikat BuluhMas, boleh baca di sini: www.buluhmas.info

Kenapa aku katakan ia pendapatan pasif? kerana dengan sekali kerja, income dapat berkali kali. Ini bukan skim cepat kaya atau sistem piramid, kerana anda berpeluang menjana pendapatan semaksimum mungkin dan berpeluang menyaingi orang yang sponsor anda.

Peluang ini tidak harus dilepaskan. Pada hari raya yang lepas, aku beritahu kepada semua ahli keluarga dan mereka semua telah join. Ya, aku mahu berjaya dan aku juga mahu mereka berjaya bersama-sama.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang BuluhMas, boleh dapatkan maklumat di sini: www.buluhmas.info

Update: Ingin dimaklumkan, pada 13hb Oktober 2008 Buluhmas telah didatangi oleh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan sekarang Buluhmas dalam siasatan (paling lewat selama 90 hari). Oleh yang demikian, pendaftaran promoter baru dan pembayaran upah terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga selesai siasatan oleh pihak BNM. Lain-lain urusan akan berjalan seperti biasa. Diminta semua promoter sentiasa layari website rasmi Buluhmas sahaja untuk maklumat yang terkini. Promoter juga disarankan sentiasa berhubung dengan wakil.

Categories : Perniagaan Offline, Tips Perniagaan Internet Tags :

Ebook Percuma: Cara Jimat Minyak

Posted by Din Beramboi 9 June, 2008 (14) Comment

Huhu…aku baru jer balik dari melepak blog blogger-blogger yang lain. Sumer citer pasal minyak naik…Ramai yang cakap nape naik? naik bape? bape lama naik? apa effect naik? hurmm..tapi jarang yang memperkatakan how to solve this problem. Lastly, aku melepak plak kat satu forum, jumpa satu artikel yang di tulis oleh Chokilala, sorang cewek cantik…Post tentang cane nak atasi kesan kenaikan harga minyak.

Dia post dalam bahasa omputih..Aku rasa korang takde masalah nak paham kan. Lain la kalau dia tulis dalam bahasa Cina, confirm korang tak paham.. Tapi untuk memudahkan korang lebih paham, aku ada buatkan satu ebook simple yang cuma beberapa helai muka surat jer, dalam Bahasa Melayu pasal cara nak jimat minyak. Lepas korang baca dan amalkan, korang boleh jimat minyak sehingga 28%.

Nak ebook PERCUMA tu? download kat sini

===========================================

Bagi korang yang nampak peluang, kenaikan harga minyak ni jugak sebenarnya boleh buat duit. Rata-rata orang tengah cari produk yang boleh menjimatkan penggunaan minyak. Kalau sebelum ni korang masukkan 25 liter membolehkan korang bergerak sejauh 300km, best tak kalau korang masukkan nilai yang sama, tapi boleh pergi sejauh 350km?

Produk mcm ni memang ramai orang cari…so, ambik peluang. Aku pernah jual pil penjimat minyak pada tahun lepas dan memang mendapat permintaan yang hangat.

Bagi kepala adsense plak, tentunya keyword “fuel saver” tengah hot sekarang kan? So, boleh gunakan keyword tu untuk mendapatkan traffik kerana orang di seluruh dunia sekarang sedang cari cara penjimatan minyak. Gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin. Orang lain tengah pening kepala dan bengang, korang plak tersenyum girang..hehe.

=================================================

p/s - Hari ni, buat penghantaran jersey ke Indonesia dan Melaka.

Sandy Prayudi - Jakarta

Marina Jamain - Melaka

Jika korang nak jersey euro dan club, jangan lupa tempah ngan aku..hehe. tempah kat sini: www.cheapest-jersey.com . Penghantaran ke alamat rumah korang hanya dua hari menggunakan pos laju. Kalau nak yang pree, join ajer contest kat bawah tu..hehe. Tapi belum tentu dapat la…Ramai orang tengah nak tu. Hee.

p/ss - Ok, sebelum aku chow, sekali lagi nak bagi korang sebuah ebook PERCUMA cara jimat minyak. Download kat sini.

Categories : Ebook Percuma, Perniagaan Offline, Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,

Panduan Buat Duit Online: Kenangan Mei 2008

Posted by Din Beramboi 3 June, 2008 (9) Comment

Hurmm…dah lama aku tak update blog nih. Maklumlah aku nak bagi peluang kepada korang semua mendapatkan ebook Adsense Terbaik, Jana Wang Adsense. Tapi ebook ini terpaksa di tutup buat sementara waktu di sebabkan terlalu banyak tempahan yang di terima sehingga server menjadi down..huhu.

Kalau korang belum dapatkan ebook Jana Wang Adsense Terbaik, ebook ini akan dibuka lagi pada hari khamis ini dan jualannya sangatlah limited. So, jangan terlepas peluang lagi memandangkan ebook ini akan ditutup untuk jualan dalam masa beberapa hari saja.

Hari ni aku takde pape nak citer..cuma ingin revise balik apa yang berlaku pada bulan Mei 2008 yang lepas. Bagi aku, bulan tu banyak membawa perubahan pada aku dalam Perniagaan Internet. Jom kita tengok gambar…hehe.

Dapat bersama otai-otai IM di Jom Seminar pada 11/05/08

Gambar nih adalah gambar aku bersama Gobala Krishnan. Byk lagi gambar2 aku bersama otai2…tapi tak perlulah nak taruk semua kan…len kali aku tunjuk lagi kalau ada seminar lagi.

Bergambar bersama budak umur 17 tahun yang menjana pendapatan lebih RM10,000 dalam masa sebulan. gempak giler dia nih…tapi selamber jer.

Beli Monitor LCD baru…heheh.

Kalau korang nak tau, di sinilah aku bekerja menguruskan perniagaan internet aku. Di sinilah aku membuat tempahan blog klien aku, membina grafik, menyetup affiliate script, membina minisite dan juga menguruskan email pembelian produk fizikal aku iaitu baju jersey EURO 2008 online dan minyak jaguh kanda.

Sejarah komputer aku, aku pernah pakai komputer LCD  pada tahun 2005. Pada tahun 2006, bertukar kepada Laptop Apple, kemudiannya jual….beli komputer biasa. Pastu skang, pakai LCD balik..huhu.

Langkah Menjadi Jutawan Senyap Bermula….ngeh3.. :D

Aku mula menjual jersey di pasar malam dan juga online. Sejarah aku mula menjual jersey adalah sejak Tingkatan satu bila tinggal bersama mak sedara aku yang merupakan seorang peniaga. Masa di MRSM dan Matrikulasi, aku jugak menjual jersey…dan sekarang, aku masih menjual jersey. haha…lama tuh.

Sekarang ni lebih agresif dan aku dah mendapat tempahan dari luar  negara juga  iaitu Indonesia secara online. Korang boleh lawati website aku untuk menjual jersey EURO di sini : www.cheapest-jersey.com

Ini sahaja perkembangan perniagaan aku pada bulan Mei 2008. Bagi aku, ianya adalah satu langkah lagi ke hadapan dalam memantapkan diri dalam perniagaan internet dan offline. Aku rasa, korang lagi dasyat dan gempak kan…

Apa kata korang share perkembangan korang plak??..hehe. Semoga ianya memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua.

Categories : Menjual Produk, Perniagaan Offline, Sembang-sembang Tags : , , ,

Panduan Buat Duit Online: Sembang Hari Minggu

Posted by Din Beramboi 25 May, 2008 (11) Comment

Aloha..ape korang tengah buat aaa? Hari minggu macam ni sonot gak kalau pegi jenjalan kan. Aku dah lama tak pegi tengok wayang…tapi kalau pegi, nak pegi ngan saper plak aaa? Hurmm..

Hari ni aku taknak cerita info pasal buat duit online, tapi nak review cerita beberapa hari yang lepas. Pada 19 hbln yang lepas, aku kembali ke KL setelah seminggu kat kampung sebab balik tengok adik aku yg eksiden. Masa tu jugak aku bwk beberapa barang untuk di niagakan di KL seperti baju jersey EURO 2008, tudung, Jersey brand Singapore dan Boxer. Keseluruhan modal hampir RM3000.

Aku bajet nak berniaga bersama member aku. Tapi 6 hari yang lepas dia buat hal…dia menghilangkan diri bersama barang2 aku selama 4 hari tanpa khabar berita. Memang hangat aku di buatnya…2 hari lepas dia balik dan bagitau aku, dia berniaga seorang diri berdekatan rumah sedara dia di Kepong. Dia cakap, kebetulan dia pergi menziarahi sedara dia di situ. Ceh, aku takleh terima…kot yer pun, bagitau aku dulu. Ini tidak…handset di tutup, langsung tak boleh call dan mesej.

Bila aku bukak barang2 aku, ada yang sedikit kotor. Dia tak bukak dengan berhati-hati dan letak ikut suka hati. Di sebabkan itu, aku terpaksa memulangkan duit klien aku yang dah buat tempahan, antaranya adalah kepada kawan aku sendiri iaitu Taukey. Aku kena jaga kredibiliti aku..lagi2 kepada kawan baik. Aku mengambil keputusan menamatkan JV dengan dia…aku tak suka dia buat macam ni. Tak amanah dan suka menangguh-nangguh kerja. Sebelum ini pun, memang selalu tak menepati waktu. Janji nak bergerak ke kedai pukul 4 petang, pukul 5 petang baru bangun tido. Pegi sana, pegi sini pukul 8 baru gerak ke kedai..huhu.

Sekarang ni aku bergerak seorang diri dan ditemani kawan baik aku yang lain. Rasa lebih tenang…baru dua hari aku berniaga offline seorang diri. Dua hari lepas aku dapat RM210, semalam aku dapat hampir RM300. Biasalah baru-baru belajar berniaga offline, takde la banyak sangat. Esok insya-Allah aku akan dapat RM240 sebab mendapat tempahan dari Indonesia. Yang tak confirm lagi, kawan aku di Cheras ingin menempah 1000 helai baju dengan aku, harapnya akan menjadi kenyataan.

Perniagaan online macam mana? hehe..ok ajer buat masa ni. Sekarang ni tengah menyiapkan beberapa tempahan daripada klien aku. Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada aku. Kepada sesiapa yang ingin menempah service daripada aku seperti buat blog wordpress, set up affiliate, minisite, setup autoresponder grafik, banner dan sebagainya masih boleh mendapatkan khidmat aku. Aku kerja offline hanya pada waktu malam. Siang2 macam ni aku mengadap komputer..hehe.

=================================================

Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura

Dah abis cerita best, skang ni cerita tak best pulak…aku cukup sedih bila dapat tau Pulau Batu Putih dapat kat Singapura. Memang sedih siut…hampir setengah jam aku dengar Shawkat membebel membacakan penggulungan hujah dan keputusan mahkamah ICJ. Bila dapat tau yang Pulau Batu Putih dapat kat Sinapura, aku terus tutup tv. Angan-angan aku hari tu, aku nak berbulan madu kat situ satu hari nanti nampaknya tak kesampaian lah..huhu.

Kepada orang Johor, aku tau korang rasa sedih…mana tidaknya, aku orang Kelantan + Siam pun rasa sedih, lagi2 la korang kan.. Sabar ajer lah. Klu aku ada kuasa ajaib, aku dah amik Pulau Batu Putih tu letak kat perairan Kelantan..padan muka Singapura. hehe..

p/s- kalau ada sesiapa yang berminat untuk menempah jersey EURO 2008 secara bundle, boleh contact aku. Aku beri harga jauh lagi rendah berbanding di website Jeysey Online aku.

Categories : Cara Bina Blog, Menjual Produk, Perniagaan Offline, Sembang-sembang Tags :

Panduan Buat Duit Online: Konflik Di Dalam Ebiz

Posted by Din Beramboi 21 May, 2008 (10) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bangun pagi-pagi ni, teringat plak nak menulis. Lagipun dah lama tak menulis sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, aku sedikit busy dengan kerja-kerja samada online atau offline. Terdapat tempahan buat blog yang masih belum settle di setup bersama grafiknya, membuat minisite untuk produk aku sendiri, membuat minisite untuk member aku. Ini belum masuk kerja-kerja offline aku..

Ini adalah contoh konflik di dalam diri sendiri. Kalau tidak hadapinya secara rasional, boleh pening kepala jugak kan…sesiapapun ada konflik, samada dengan diri sendiri ataupun dengan orang lain. Konflik dengan diri sendiri, pandai-pandailah settlekan. Cuma hari ini aku nak ceritakan konflik dengan individu lain di dalam perniagaan internet dan buat duit online.

Kalau korang nih rajin melawat blog-blog otai kita yang lain, tentunya korang akan jumpe topik-topik hangat, ada jugak yang sampai gaduh-gaduh..huhu. Ini adalah disebabkan sikap tak profesional samada si penulis blog tersebut, atau si pelawat blog tersebut, atau kedua-duanya sekali yang bengom..hehe.

Kalau korang dah tau isu-isu tersebut memang panas, so jangan cuba nak try test…berapa kali cuba aaa? test pun maksudnya cuba, try pun sama gak..hehe. Ok, sekali lagi nak ingatkan, jangan cuba try test!

Isu yang biasanya hangat adalah isu si pencopet atau perogol bersiri di dalam ebiz. Mereka tanpa segan silu merogol blog orang lain dan melakukannya di tempat awam. Susah payah mak bapak diorg bela nak gadis. korang sesenang nak rogol yer? Kalau nak sangat, minta la cara halal…kawin. Haha…maksud aku adalah, mengambil isi kandungan blog orang lain dan pastekannya di blog mereka tanpa melakukan perubahan sikitpun. Susah-susah para blogger memikirkan sesuatu isu dan menulisnya, di cedok pula oleh si “copy paster” ini dengan mudah tanpa meminta kebenaran..sape tak hangin! Jadilah profesional..meminta kebenaran bukannya susah. Para blogger/penulis asal takkan meminta bayaran pun…biasanya mereka meminta diberikan backlink sahaja.

Isu yang hangat jugak adalah suka menangguk di air keruh. Isu ini pernah terjadi di blog Sukeri. Beliau pernah mempromosikan sesuatu produk di blog dan mengenakan sedikit bayaran. Isu yang timbul adalah, ada sorang pengomen blog beliau menulis, ” sesiapa yang mahukan produk ini secara percuma, sila ke blog saya”..macam tu lah lebih kurang maksudnya. Kalau jadi kat korang, ape perasaan korang? Bagi flying kick? Wow..ganas jugak korang yer..hehe. Itulah, jangan jadi bodoh dan mengambil kesempatan atas blogger yang lain. Beretika ok…kita nak buat bisness ni lama. Bukan hari ni jer. Lambat laun, akan terkena pada kita jugak nanti.

Ok, itu sahaja yang aku nak tulis pada kali ini. Sebenarnya, banyak lagi konflik-konflik dalam perniagaan internet seperti penyamaran nama, spam dan menipu serta persaingan harga produk yang tak sihat. Jangan bunuh karier orang lain dengan sikap tak profesional anda.

p/s - Dapatkan backlink dari website PR5. Klik Di sini dan sign up untuk add site anda

Categories : Masalah Newbie, Perniagaan Offline, Tips Perniagaan Internet Tags :