Produk Blogger

DVD Monakas: Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet + Bonus Hebat

Posted by Din Beramboi 14 August, 2008 (18) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk makluman anda, proses semakan untuk pembayaran komisyen Pay Per Lead sudahpun siap kami lakukan sejak petang tadi. Tetapi masih ada dua atau tiga orang yang telah melebihi nilai minimum tetapi tidak termasuk dalam senarai semakan disebabkan tiada maklumat lengkap terutamanya maklumat bank. Bagi mereka yang belum update detail akaun, sila berbuat demikian bagi memudahkan kami membuat pembayaran.  Pembayaran komisyen akan dilakukan pada esok hari.

Ok, berbalik kepada post pada kali ini, saya ingin memberitahu anda bahawa Mohd Najib Monakas baru sahaja melancarkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet.

Apa yang best dengan DVD Pakej Lengkap ini? Bagus sangatkah? Hoho..kalau tanya saya, saya berani cakap inilah produk yang paling bagus dan berbaloi pernah saya dapat. Ya, saya sudah mendapatkannya sejak hampir setahun yang lepas…masa tu banyak perkara yang saya tak tahu pasal perniagaan internet. Dengan adanya Panduan Lengkap Perniagaan Internet tersebut, ia banyak membantu saya..boleh dikatakan 80% pengetahuan saya adalah daripada situ.

Kalau dulu, pakej lengkap ini hanya boleh di tonton di internet (ada laman web khusus), sekarang Mohd Najib menerbitkannya dalam versi baru dalam bentuk DVD dan lebih banyak content dan video ditambah.  Kalau dulu, videonya selama 8 jam..sekarang Mohd Najib telah menambah beberapa video lagi sehingga melebihi 11 jam. Banyak kelebihan jika anda mendapatkan dalam bentuk DVD ini. Anda tak perlu menunggu masa loading internet yang panjang, sambungan internet tak ada pun takpe. Anda boleh menonton di mana sahaja.

Apa yang best sangat dengan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini? Yang  bestnya, anda akan diajar menggunakan video langkah demi langkah. Setiap langkah adalah sangat jelas..siapapun boleh ikut tak kira newbie atau yang dah expert.

Jika anda serius ingin melakukan perniagaan internet, DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini wajib anda miliki. Kenapa? seperti saya katakan tadi..ia adalah panduan terbaik dan lengkap. Apa yang anda nak tahu? Adsense? Membina website? Membina web jualan? Membina shopping site? Belajar affiliate? Membina borang pesanan? Membina borang hubungi? Membina auto responder? Membina grafik? Semuanya ada di dalam Pakej Lengkap ini. Diajar secara details dan menggunakan video.

Jika anda tidak mahu membuang masa dan menghabiskan banyak duit membeli panduan yang entah apa-apa…dapatkan Pakej Lengkap ini. Saya jamin, selepas anda mendapatkan Pakej Lengkap ini, anda tak perlu lagi membeli panduan dan ebook yang lain sepanjang tahun ini. Semuanya sudah dipakejkan lengkap di dalam video-video ini.

Ok, berminat? Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet menggunakan link di bawah:

dan anda akan diberikan secara PERCUMA ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE bernilai RM50 (kerjasama Dr.CMD, Din Beramboi dan Kento) yang akan dilancarkan pada 20 Ogos nanti. Ya, PERCUMA..bonus ini hanya terhad kepada 20 pembeli terawal DVD Pakej Lengkap ini sahaja.

Ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE adalah yang pertama di Malaysia dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Anda juga akan mendapat ebook dan video update secara PERCUMA untuk versi-versi yang akan datang. Untuk mengetahui kelebihan dan Rahsia Penggunaan CMD.EXE, boleh lihat di sini.

Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di sini: www.monakas.com

Setelah anda membeli DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di atas, hubungi saya di alamat email: admin@dinberamboi.com dan nyatakan bukti pembelian anda. Pada 20 Ogos 2008, saya akan berikan link untuk mendownload ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE.

p/s - Secara peribadi, Produk Monakas ini adalah terbaik dalam kategori panduan perniagaan internet dan Jana Wang Adsense adalah terbaik dalam kategori Adsense.

Categories : Produk Blogger, Testimoni Pelanggan, Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,

Ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE akan dilancarkan…

Posted by Din Beramboi 8 August, 2008 (56) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Adakah anda mengalami kekangan masa yang terhad dalam melakukan perniagaan internet? Contohnya ingin membina blog dengan banyak tetapi dalam masa yang singkat, memformat komputer. Juga rename file, delete file, pindah file dan sebagainya dalam jumlah yang banyak sehingga beribu-ribu tentunya mengambil masa yang lama.

Kami ada penyelesaiannya…dah lama kami meneroka penggunaan CMD.EXE dalam menyelesaikan perkara di atas, akhirnya kami berjaya. CMD.EXE ada di mana-mana komputer, tetapi sejauh mana anda menggunakannya? Hoho..ini dia Rahsia Penggunaan CMD.EXE !

Ebook ini dihasilkan oleh Dr.CMD yang akan membongkarkan Rahsia Penggunaan CMD.EXE. Beliau telah mengambil masa selama dua bulan melakukan research dan akhirnya, segala kelebihan CMD.EXE akan dibongkarkan.

Antara kelebihan Penggunaan CMD.EXE :

# Mempercepatkan kerja memindahkan file di komputer anda.

# Mempercepatkan kerja rename file yang banyak di komputer anda.

# Mempercepatkan kerja memindahkan file yang banyak di komputer anda

# Mempercepatkan kerja membina blog dengan cepat termasuk isi kandungan - Sesuai untuk membuat blog adsense dan zangocash.

# Kegunaan hacker untuk hack server

# Membina ‘Virus Ciplak’

# Networking

dan banyak lagi mengikut kretiviti anda…

Ebook ini akan berada di pasaran dalam seminggu dua lagi. Selain daripada ebook, pembeli ebook ini juga akan menerima video tutorial langkah demi langkah bagaimana membina blog adsense dengan cepat, hanya 15 minit termasuk segala isi kandungan yang mencecah berpuluh-puluh halaman.

Sebelum itu, mari kita kenali siapa itu Dr.CMD…

Seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaya, Fakulti Sains dan major Kimia. Seorang yang hebat di dalam pengaturcaraan komputer (programming) dan expert Flash design. So, kalau nak banner berbentuk Flash boleh tempah dengan dia. :D Dia adalah kawan baik Din Beramboi dan Kento.Kami tinggal serumah  juga bersama beberapa pakar lagi dalam bidang masing-masing :D

Categories : Cara Bina Blog, Masalah Newbie, Produk Blogger, Software Blogger Tags : ,

Ebook Percuma: 4 Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang

Posted by Din Beramboi 21 June, 2008 (84) Comment

Ahh…leganya. Dah seminggu lebih tak jogging…lepas subuh tadi aku jogging seorang diri. Segala sakit kepala, pening2 dah hilang. Hurmmm, aku syorkan kepada korang gak agar selalu bersenam untuk jaga kesihatan diri. Aku taulah korang usahawan internet, duit masuk ribu riban.. tapi jangan duduk tercongah jer depan PC tu. Jaga kesihatan…kalau dah sakit, duit banyak pun dah tak guna.

Lepas senaman tadi, naik sket body aku yang sememangnya dah tough ni…

Ahaha..itu bukan body aku yer. Tapi lebih kurang la..keke. Aku tau, lepas aku tulis post ini tentu ramai gadis2 yang ingin berkenalan ngan aku kan? haha..Just kidding. :D

Ok, badan dah sihat..hati pun dah seronok, hari ni aku ingin memberikan korang sebuah ebook percuma bertajuk : 4 Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang. Aku bagi warning awal-awal, ebook percuma ini sangatlah tidak sesuai untuk mereka-mereka yang dah otai, atau mereka2 yang sudah menempelkan iklan Nuffnang di blog masing-masing.

Aku buat ebook ini atas dasar kemanusiaan sejagat dan ingin membantu mereka2 yang kurang reti sahaja. Aku dah bagi warning, kalau korang download jugak..aku takmau dengar korang membebel plak. ” Alaah, ebook ni xyah buat..basic jer.” ” Alaahh..ebook macam ni pun nak buat..” Aku xmo dengar macam tu ok. Niat aku ingin menolong sahaja.

Dalam ebook ini, aku ada terangkan langkah demi langkah bermula dengan :

1. Pengenalan kepada Nuffnang

2. Bukti-bukti pendapatan Nuffnang

3. Cara menempelkan iklan di blog wordpress dan blogspot,

4. Ebook yang menceritakan 100 cara menarik traffik (pelawat) ke blog korang.

Download di sini bagi yang berminat. Semuanya FREEEEEEE !!!

Bagi korang yang ingin memberikan ebook ini kepada pelawat blog korang, sangat-sangatlah dialu-alukan. Ambil sahaja link download di sini dan buat post baru kat blog korang. Juga, bagi mereka2 yang nak bagi kat kawan2 sekolah, sedara mare, pak cik makcik..juga di galakkan. Boleh la diorg menjana sedikit income dalam keadaan minyak petrol dan barang2 tengah naik ni..hehe.

Ok, aku chow dulu…nak siap2 pergi LCCT. Jumpa lagi…. :D

Categories : Buat Duit dengan Nuffnang, Ebook Percuma, Masalah Newbie, Produk Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :