Produk Blogger

Minyak Jaguh Kanda tembusi pasaran Singapore…

Posted by Din Beramboi 23 March, 2008 (22) Comment

Haha..tajuk macam gempak. Tapi xde la gempak sangat pun.. Semalam buat pertama kalinya sejak aku cari duit secara bisness online ni, aku mendapat tempahan daripada luar Malaysia. Biasanya produk ni (Minyak Jaguh Kanda) sejak aku lancarkan sebulan yang lepas, mendapat permintaan kat Malaysia jer…Skang ada jugak permintaan dari luar yea… :) Di mana ada lelaki, di situlah produk ini akan laku. Ini pendapat aku lerr..

Pening jugak kalau first time dapat tempahan macam ni. Maklumlah xde experience lagi.. Kalut aku menanya En. Sukeri macam mana nak hantar produk ni dan nak guna courier mana yang bagus. Di sebabkan Sukeri lambat mereply, mungkin ada kerja atau tak online kot, aku try call Shahraduan plak…kot2 dia tau. Maklumlah dia otai kat Ebay, mungkin dia boleh citer kat aku macam mana. Tapi Shahraduan tak angkat phone…Aduih, keje kot. Aku jugak email Noorizam Shah mintak tunjuk ajar. Korang tau tak saper ni? haaa..ni pun otai Ebay gak. Inilah orangnya yang keluarkan ebook luar biasa Kuasa Lelong tu. Kalau belum dapat, dapatkan kat sini.

Tadi bila aku semak email, dua-dua email aku dapat. Daripada Sukeri dan Noorizam Shah. Hari ini plak, aku baru melawat blog Noorizam Shah tadi dan beliau menyiarkan ’soalan rasmi’ aku tu kat blog dia..terharu plak aku. Hehe..Nak tengok soalan apa yang aku tanya tu, klik di sini untuk ke blog Noorizam Shah.

Ok, aku nak share ngan korang la apa yang diorang share ngan aku ni. Kot2 korang pun akan menghadapi perkara sama macam aku nanti. Walaupun benda ni kacang jer bagi yang dah tahu, yang tak tahu tetap suatu masalah.

==================================================

Kalau nak hantar barang (produk fizikal) ke luar negara, gunakan courier atau Pos Malaysia. Bergantung kepada kos yang anda inginkan. Harga anda perlu semak di pos malaysia atau agen penghantaran di kawasan berhampiran anda.

Utk kos penghantaran, sila maklumkan harga kos penghantaran kepada pelanggan dan kos ini perlu dibayar oleh pelanggan anda.

Untuk harga pertukaran wang asing. anda boleh semak nilai matawang semasa menggunakan tool ini

Di syorkan juga, sila guna kaedah pembayaran paypal. Singapura boleh buka akaun paypal. Elakkan bayaran secara wire master, western union atau cek.

===================================================

Ok, Itulah info ringkas dari Noorizam Shah. Sukeri pun lebih kurang la tips yang dia bagi. Terima kasih kepada mereka berdua.. :)

Korang berminat nak dapatkan produk ni tak? Barang baik ni..hehe. Aku rasa ia akan meletup gak suatu hari nanti. Lagipun produk ni boleh buat niche market sebab tak ramai pun agen yang ada setakat ni. Beberapa orang jer..Kat KL, aku rasa aku jer yang jual..yang secara online plak, setakat ni dua orang jer termasuk aku. Kalau Minyak Lintah Tapa mungkin dah ramai..

Untuk memantapkan perniagaan Minyak Jaguh Kanda ni, sehari dua lagi aku akan buatkan sistem affiliate. Harapnya korang boleh join la nanti yea.. :)

p/s - Semalam mendapat tempahan dari Batang Kali, Selangor dan esok kena pos lagi. :)

Categories : Affiliate Marketing, Menjual Produk, Perniagaan Offline, Produk Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :

Terima Kasih Untuk Testimoni Anda

Posted by Din Beramboi 13 February, 2008 (4) Comment

Best pulak rasanya apabila mendapat testimoni yer…hehe. Pernahkah anda mendapat testimoni daripada pelanggan anda? Tanpa anda suruh dia memberi testimoni, dengan rela hatinya dia menulis review tentang anda.

Sepanjang saya melakukan bisnes perniagaan internet, saya memang pernah mendapat testimoni…tetapi dengan ucapan terima kasih di yahoo messenger ataupun email sahaja. Hari ini pula, saya mendapat review testimoni di laman blog pelanggan pula. Sungguh seronok rasanya..Hehe. Biasalah kali pertama…Anda yang sudah lama berkecimpung di dunia internet ni tak heran lah yer…Mesti dah banyak dapat. Lagipun sebelum ni saya hanya fokuskan pada adsense dan kurang berkomunikasi dengan orang ramai atau pelanggan, maka tiadalah testimoni.

Ini saya copy dan paste daripada salah satu blog pelanggan saya, bukan nak menunjuk-nunjuk yer..cuma seronok..hehe

Blog saya ini dihostkan oleh NAMSAHAZ.COM. Saya mengambil keputusan memilih syarikat hosting NAMSAHAZ.COM kerana mendapati ia amat memenuhi citara rasa saya… ia murah dan senang mendapat bimbingan daripada NAMSAHAZ.COM..

Seperti yang saya katakan tadi, saya adalah orang baru dalam dunia blog berbayar.. Agak pelik apabila insan seperti saya begitu berani mendapatkan hosting tanpa ilmu. Tapi bagi saya itu bukan satu masalah.. dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.. Saya mampu beli tanah untuk tapak buat rumah tapi masalahnya saya tak tahu buat rumah banglo.. Apalah guna tanah itu bukan ?? Untuk mencapai impian saya, saya kena cari tukang yang mahir buat banglo. Saya menemui tukang yang benar-benar mahir membuat Blog Dot Com.. dia adalah DINBERAMBOI. Bertuah saya dapat khidmat din beramboi kerana dia memang mahir buat blog. Selain daripada itu, merupakan seorang yang dedikasi melayan segala permintaan dan masalah yang saya hadapi. Setiap permintaan saya, semua ditunaikannya.. segala email saya dijawabnya dengan cepat.. itulah kelebihan DINBERAMBOI. Saya tak kenal siapa DINBERAMBOI tapi saya menganggapnya seorang insan yang jujur. Jika ada pembaca di luar sana yang ingin memeliki blog dot com sendiri tapi tak tahu nak buat… jangan risau, kita ada DINBERAMBOI bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Daripada: Francis Gabau
www.mefrance.com dan www.blog.mefrance.com

Testimoni ini memberi keyakinan dan semangat kepada saya untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.  Terima kasih untuk testimoni anda. :)

p/s - Jika anda mahu mendapatkan perkhidmatan saya untuk membuat blog, sila contact saya. Saya juga mempunyai kepakaran untuk menghasilkan web jualan dan juga memasang skrip affiliate. :)

Categories : Cara Bina Blog, Produk Blogger, Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Aku akan tinggalkan dia…

Posted by Din Beramboi 6 February, 2008 (5) Comment

Hahaha…tajuk bagi surprise sket. :) Bila korang baca tajuk yang macam ni, aper yang pertamanya yang akan korang fikir? Haa..mesti ingat nak tinggalkan awek kan..hehe.

Takde ape pun sebenarnya…Aku just akan tinggalkan blog ni untuk 3 hari ajer..Hee. Esok dah nak balik kampung, so terpaksa la tinggalkan blog kesayangan ni.. :) Kebetulan pulak sepupu aku akan kawin, so busy la nanti. Kepada perempuan-perempuan yang baca blog ni, korang jangan risau la sebab sepupu aku jer yang kawin, aku blum lagi… Korang ada chance lagi..kih3.. :)

Kepada sesiapa yang nak tempah blog or website, 2 atau 3 hari ni aku tak dapat tolong la. Kalau korang cepat bank in kan, mungkin aku boleh siapkan hari ni jugak..Kalau tak, lepas cuti la..Hee.

Ni aku nak tanya publisher Adsense ni. Kalau korang bercuti, camne korang buat ngan blog korang yer? Korang update camne? Kalau bercuti panjang la maksud aku. Haa, kepada sesiapa yang belum tahu lagi (aku rasa semua dah tahu), korang boleh gunakan alternatif macam aku, gunakan YouTube Video Sites Generator In A Box untuk update blog secara auto. Xdelah bazir masa sangat. Kalau ada 20 blog untuk adsense, tak ke letih dibuatnya untuk update satu-satu?

Hari ni sebenarnya takde idea nak menulis..sebab tu la gaya bahasa pun macam tak sihat jer..huhu. Hari ni aku banyak ushar blog-blog IM kita yang lain macam SaifulSham, Smartzul, Titan, Sukeri, dan beberapa blog lagi. Macam-macam benda yang aku dapat hari ni..Yang bestnya jugak, hari ni aku dapat income daripada Nuffnang sebanyak RM59..hehe. Xde la banyak. Ini kali pertama dapat daripada Nuffnang… :)

Ok, chow dulu dan jumpe lagi lepas 3 hari.. :)

Categories : Cara Bina Blog, Menjual Produk, Produk Blogger, Sembang-sembang Tags :

Ebook Percuma - Adsense BlackHat Edition Vince Tan

Posted by Din Beramboi 3 February, 2008 (1) Comment

Sudahkah anda mendapatkan ebook percuma daripada Vince Tan ini? Kalau belum, dapatkan segera sementara beliau masih memberikan secara percuma. Kalau beliau dah letak harga USD50, barulah anda menggigit jari…hehe.

Bila aku baca ebook ni, perrrgghh..gempak. Memang padat dengan info yang kita belum tau. Pastu mulalah kata dalam hati ” peh, patutla diorang otai2 ni boleh dapat USD100 atau lebih sehari, rupa-rupanya guna taktik Black Hat !… Aku aku guna teknik ni dulu, mmg dah gempak rasanya adsense aku..hehe” . Kalau hang tak percaya yang hang jugak akan berkata macam aku tu, sila download SEKARANG ! Percuma bai…

Kalau nak dapatkan ebook macam ni kat pasaran, tak mustahil mereka letakkan harga melebihi USD100 pun. Maklumlah, dengan teknik yang diajar ni boleh menjana USD100 sehari pun. Berlipat-lipat kali ganda lol !

Sekarang ni ramai yang kuarkan Ebook Adsense BlackHat masing-masing. Padahal dicedok daripada otai2 ni jugak…pastu jual berpuluh-puluh USD. Saper yang rugi? Anda lah…hee.

Aku berani jamin, kalau korang betul2 praktikkan apa yang di ajar dalam ebook ni, korang akan berterima kasih kepada aku sebab bagi link download secara percuma pada korang.

TQ Vince Tan sebab bagi ebook ni secara percuma. Sekarang ni tengah praktikkan… Kalau korang pun nak sama, Download PERCUMA di sini:)

Categories : Ebook Adsense, Ebook Percuma, Produk Blogger Tags :

Jangan terkejut…semuanya sudah dibongkarkan !

Posted by Din Beramboi 1 February, 2008 (8) Comment

Menakjubkan ! sebuah panduan ringkas langkah demi langkah yang sesiapa sahaja di Malaysia boleh ikut dan replikasi. Teknik dan trik yang Zamri ajarkan di dalam menjana sebuah pendapatan pasif secara bulanan sangat bagus dan hebat.    

Itulah kata-kata Adrian Ling , salah seorang usahawan internet di Malaysia mengenai ebook terbaru daripada Zamri Nanyan ini. Ramai lagi yang menyatakan sebegitu dan anda boleh lihatnya di sini.

Siapa tidak kenal dengan Zamri Nanyan. Salah seorang usahawan internet di Malaysia yang lebih memfokuskan bidang networking. Tetapi kali ini, ia muncul dengan ebook yang terbaru yang cukup fleksibel dan tidak memfokuskan hanya semata-mata network marketing.

Di dalam ebook terbaru ini, beliau menunjukkan betapa hebatnya kuasa Internet dalam merubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik..Anda akan mempelajari satu rahsia ringkas dan efektif untuk mencipta sistem pendapatan berterusan secara online sekaligus menjana pelbagai saluran pendapatan di internet setiap bulan.

…Dan Ianya Bermula Dengan Hanya Menjual Sebuah Produk Informasi!

Anda tak perlu berpeluh atau berjaga malam mahupun sehari suntuk untuk menjana pendapatan lumayan.. kerana segalanya sudah tersedia untuk anda membacanya..

Istilah work hard sudah tidak lagi relevan !

Work smarter not harder.. itulah yang bakal merubah hidup anda ! Sebelum terlewat
anda wajib baca kesemuanya rahsia di sini sekarang !

Categories : Affiliate Marketing, Ebook Percuma, Menjual Produk, Produk Blogger Tags :