Sembang-sembang
Pakcik Kayoooooo…
Salam sejahtera kawan-kawan…

Hari ni saya nak cerita satu perkara penting, jika anda nak melipatkaligandakan keuntungan bisnes anda. Tidak kira anda buat bisnes apa sekalipun.
Sebenarnya pagi tadi, seperti biasa setiap khamis saya akan hantar isteri ke klinik untuk pemeriksaan berkala kandungan. Alhamdulillah dah 8 bulan dan semuanya sihat walafiat.
Masa menunggu isteri, saya berehat-rehat di kedai makan berhampiran klinik. Tak lama kemudian, datang sebuah lori yang membawa muatan buah rambutan yang banyak.
Beberapa orang lelaki menurunkan beberapa guni buah rambutan, gerai dan payung. Dah siap, lori pun blah. Masak ranum betul buah rambutannya dari kejauhan. Membuatkan air liur berkecap-kecap nak rasa. hehe.
Saya pergi lah ke gerai rambutan tu dan beli sekilo RM4.
Sambil2 tu bersembang dengan penjual, seorang perempuan. Saya tanya dia, “Taukey ker?”
Dia jawab, “tak la..taukey takkan duk mcm ni. hehe”
Di pendekkan cerita, rupa-rupanya taukeynya adalah jutawan rambutan. Kalau tak jutawan, mungkin puluh ribuan la. hehe.
Penjual tu cakap, taukeynya memajak dusun rambutan orang lain dan setiap hari, taukeynya menurunkan paling kurang 5 gerai. Dengan mengupah orang-orang yang takde kerja menjaga gerainya, dia berjaya mengutip untung RM500 bersih di setiap gerainya.
Kalau 5 gerai, maknanya incomenya adalah RM2500 sehari. Wooww..Sebulan? RM2500 x 30 hari = RM75,000 sebulan. Dengan hanya menjual rambutan di gerai2 yang dijaga budak menganggur.
Pengajarannya kat sini adalah, orang yang bijak mencari peluang akan terus untung dan untung. Orang yang gagal pula mencari alasan. Betullah kata-kata Robert Kiyosaki, “Orang miskin mencari pekerjaan, orang kaya mencari jaringan “
p/s - awal bulan Ogos nak balik kampung di Kelantan, makan rambutan puas2..
Happy Birthday 23rd to myself

Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to Din..
Happy birthday to me….
Hehe…nyanyi untuk diri sendiri.
Ermm, cepat betul masa berlalu kan? Rasa kejap jer dah masuk umur 23 tahun. Dah dewasa rupanya aku nih..
Rasa baru jer buat post birthday untuk umur 22 tahun. Baca di sini.
TQ to all yang wishbesday sejak semalam..haha. I very appreciate it. TQ gak kepada yang bagi hadiah..haha. Dah besau pun dapat hadiah lagi.
Birthday ni mungkin birthday yang paling bermakna sebabnya, selain dapat hadiah dari yang tersayang, saya juga dapat menghadiahkan sesuatu yang bernilai untuk diri sendiri. Hadiah kepada Mohd Zainuddin yang telah berjuang, berkorban dan berusaha selama ini. hehe.. Kena appreciate diri sendiri jugak kan?

Tengok logo dah tau kan? hehe.. Dah lama mengidam nak beli kereta sendiri dan akhirnya, sejak semalam kunci sebuah kereta Honda Civic sudah berada di tangan. Khas untuk Mohd Zainuddin sempena 23th birthday.
Nak tengok gambar kereta? Nah…

Gambar ni di ambil di depan DTC Univerisiti Malaya selepas bawak balik dari kedai kereta. Dan lagi satu…

Sport beb..haha. Tengok sport rim la.. Cuma belum tambah spoiler lagi kat belakang.
Mungkin anda semua susah percaya kan? Ok, saya tunjukkan resit pembayaran downpayment.

Pembayaran downpayment sebanyak RM12K (RM11,500 + RM500 untuk booking). Gambar kurang clear sebab ambik dengan kamera handphone jer.
Paling bestnya, kereta ini di beli sepenuhnya dari duit perniagaan internet. Selepas habis belajar di Universiti Malaya, saya buat full time perniagaan internet dan inilah hasilnya. Budak muda beli kereta duit sendiri. hehe.. Lebih bermakna bukan berbanding beli BMW, tetapi mak ayah yang beli. Takde maknanya…
Semoga dengan umur yang semakin bertambah ini dan adanya komitmen baru ini, Mohd Zainuddin akan bertambah berjaya dan berjaya. Kereta dah dapat, sekarang kumpul duit untuk kawin plak..hehe.
Bestnya Vemma
Wow..hari ni login Maybank2u masuk lagi income daripada Vemma.
Cash Deposit RM2545.81 adalah income untuk minggu lepas dan dua income di bawahnya FOREIGN BILL CREDIT masing-masing RM226.99 dan RM1141.90 adalah cek bonus dari Vemmabuilder..hoho. Alhamdulillah…
Sejak 4 bulan lepas jika dicampurkan semuanya telah mencapai RM20K.
Bak kata Munawar di dalam Jana Wang Adsense, “mereka semua ketawa bila saya katakan saya menjana pendapatan sepenuh masa melalui Google Adsense, TETAPI bila saya tunjukkan strateginya mereka semua terdiam !
Din Beramboi pun nak tiru jugak la kata-kata Munawar tu… cuma tukarkan perkataan “Google Adsense” kepada Vemma. haha.
Vemma bersama TM di Kedah
Pada Sabtu lepas (21 Mac 2009) kami di Vemma telah mendapat kelulusan daripada Telekom Malaysia untuk sama-sama memeriahkan Karnival TM Syoknya Bola di Alor Star. Agak meriah juga majlis tu. Satu pengiktirafan yang membanggakan apabila TM juga mempercayai Vemma.
Ahli Vemma kumpulan aku sedang posting..haha. Masa ni orang tak ramai lagi. Baru pukul 9 pagi dan sedang menyiapkan dan menghias booth.
Klik pada gambar untuk besarkan.
Ini antara seni bela diri yang aku suka. Muay Thai..haha. Dua orang ni membuat persembahan ala-ala Ongbak Tony Jaa. Hebat n teruja aku tengok..
Aksi persembahan macam lawan betul-betul. Sampai berdarah salah sorang dari mereka.
Klik pada image untuk besarkan.
Haha..kenal tak saper sebelah aku tu? Itu la BlueHyppo, maskot TM. Sempat bergambar dan orang warna biru nih sebelum balik.
Ok, time to sleep. Esok pagi dalam pukul 5am aku, Nasoha, Abang Azman dan Kak Marriani akan bertolak ke Johor Bharu sempena Konvokesyen UTM Skudai. Vemma dijemput sama untuk membuka booth dan memberi penerangan kepada student yang baru graduate.
Jika Telekom Malaysia yang gah, dan UTM Skudai yang dikenali boleh mempercayai Vemma, apa alasan anda untuk tidak bersama kami?
Daftar sekarang sebagai ahli Vemma dan mula menjana pendapatan lumayan bersama kami.
Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
BismilahirRahmanirRahim.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, dukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan =engan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam =idang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.
Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?
Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.
Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.
Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.
Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.
Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.
Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.
Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak
Saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak
Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H/2009M +
Salam…
Kepada semua umat Islam, selamat menyambut Maal Hijrah dan semoga pada tahun baru ini, rezeki akan bertambah-tambah dan kejayaan mengiringi perjalanan kita. Pada tahun ni, sambutan Maal Hijrah (Tahun baru Islam, 1430H) dan sambutan tahun baru Orang Putih (2009M) hampir sama, tapi sambutannya berbeza. Bila mengenangkannya…aku sedih.
Cuba compare…pada hari Isnin lepas tentu ramai yang masih tak tahu ‘cuti apa hari ni ya?’..mesti ada yang tertanya-tanya mcm tu bukan? itu realiti. Kalau orang bukan Islam yang tak tahu, aku tak kisah…kalau orang Islam pun tak tahu, sangat-sangat sedih la.
Moga2 lepas ni kita semua alert dengan sambutan hari kebesaran kita sendiri.
![]()
Bila masuk nak masuk tahun baru jer, mesti kita dah cek balik impian kita dah jd kenyataan ke belum bukan? Mcm mana dengan korang? dah tercapai impian tahun 2008? Kalau aku, rasanya blum tercapai sepenuhnya. Nampak gayanya kena forward ke tahun 2009 la. huhu.
Tahun 2009 pastinya makin berat tugas aku untuk mencapai semua impian yang aku nak. Tapi aku yakin, aku mampu ! Apa impian aku? hehe..nanti aku tulis bila aku update kembali post ni.
Impian korang apa pulak? Boleh share tak di bahagian komen?
Akhirnya, semoga tahun baru ini akan membawa lebih kejayaan, keinsafan, kemurahan hati, dan tahun yang membawa permulaan sinar kejayaan.

p/s - Teringat masa kat kolej dulu…kalau malam2 sambutan hari merdeka atau tahun baru, aku ada join MAIWP ada buat operasi. hehe.
p/ss - Malam ni berdentum bunga api yang berwarna warni. Di palestin juga ada dentuman, tetapi dentuman yang disusuli dengan tangisan…anak-anak menjadi yatim, ibu-ibu menjadi janda, bapa-bapa menjadi syuhada.










