Sembang-sembang
The New ASUS PC 4G
Aku baru sahaja membeli sebuah laptop eee PC, ASUS. Ermmm, post pada kali ini hanya ingin post gambar saja. Kalau lihat kat web dia, macam nilah dia punya keciknya…jauh beza dengan awek yang pegang tu kan. ![]()

Untuk gambar yang real dan perbandingan dengan dekstop aku, boleh lihat di bawah. Macam ayah dengan anak saja perbezaannya. Gambar sedikit gelap sebab masa aku amik gambar tu, tak pakai flash.
Pandangan depan:

Pandangan belakangnya:

Antara ciri-ciri yang membezakan eee pc ASUS ni dengan komputer biasa:
|
Asus Eee PC 4G |
Average for mainstream category | |
|
Video |
VGA-out |
VGA-out, S-video |
|
Audio |
Stereo speakers, headphone/microphone jacks |
Stereo speakers, headphone/microphone jacks |
|
Data |
3 USB 2.0, SD card reader |
4 USB 2.0, mini-FireWire, mulitformat memory card reader |
|
Expansion |
None |
PC Card slot |
|
Networking |
Modem, Ethernet, 802.11 a/b/g Wi-Fi |
Modem, Ethernet, 802.11 a/b/g Wi-Fi, optional Bluetooth |
|
Optical drive |
None |
DVD burner |
Aku saja jer beli untuk memudahkan kerja nanti…senang nak bawak balik kampung.
Kat mana-mana pun dah boleh buat ebiz asalkan ada connection internet. Hehe..
Majlis Berbuka Puasa Dengan IM + PPL
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Info terbaru, IM paling popular di Malaysia akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama pada 22 Sept 08 atau 23 Sept 08 ini. Dah dekat dah tu…Sape IM tu? Betul ker paling popular? haha..Yang pastinya, income mereka adalah 5 angka setiap bulan.
Mereka adalah Team JomSeminar iaitu Syed Ikhwan, Fuad Latip dan Yusri. Korang pun dah tau kehebatan diorang kan? Mereka inilah yang telah menerbitkan DVD Video Usahawan yang hangat tu. Korang pun tau kan yang Syed Ikhwan pernah mendapat USD1000 sehari melalui adsense kan? Korang pun tau kan yang Yusri biasa dapat 6 angka setiap bulan kan? Hoho~~inilah masanya, sambil berbuka sambil mengorek rahsia mereka.
Kalau korang pernah terlepas untuk menghadiri seminar Jom Seminar yang berharga lebih kurang RM500 itu, kalau korang pernah terlepas untuk menghadiri WC gahtering tempoh hari, ini masanya untuk korang menebus kesilapan korang tak join sekali tu..hehe. Kesilapan ke?
Kalau nak join majlis berbuka puasa ni, boleh reply kat thread di sini: JomBincang
Aku insya-Allah akan join. Lagipun dengar cerita mereka nak buat kat kawasan dekat PJ ni iaitu samada Hotel Singgah Sana atau De Palm. Beberapa minit ajer dari rumah aku..hehe. Kalau boleh, nak jumpa jugak orang yang sedang membaca post ni kat sana. hehe..
Aku promote ni takde dapat untung satu sen pun, cuma mahu menguar-uarkan benda ni saja..lagi ramai join lagi bagus. Aku harap aktiviti bukan setakat berbuka sahaja. Mungkin kita boleh buat semiinar ringkas bermula pukul 5 dan habis pada waktu berbuka..ada cadangan, boleh bagitau kat thread tu ok..
========================================================

PPL Rahsia Pro Affiliate masih di buka dan sehingga kini seramai 2700 orang sudah mendownload ebook ringkas tersebut. Pembayaran komisyen untuk bulan lepas nyer akan di bayar pada esok hari atau lusa. Pastikan anda mencapai nilai minimum ok… Nilai minimum hanya RM5. Takkan tak boleh kot..
Harap korang boleh terus promosikan di blog masing-masing sehingga notis tamat PPL dikeluarkan oleh kami. Thanks~~
Cari Duit Dengan Bazaar Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Kejap jer rasanya, kita dah pun berpuasa selama 5 hari. Sket lagi dah nak raye..hehe. Hari ni bersahur agak lewat. Bangun sahur dah pukul 5.30 pagi, sempat makan roti Gardenia Bun Sambal Bilis dua ketul ajer..huhu. Takpe, asalkan sahur… itu dah dapat pahala. Pahala sunnah…
Sekarang ni musim puasa, bagi mereka yang berniaga di Bazaar Ramadhan, tentunya rezeki mereka bertambahi. Macam Saudara Aree, seorang peniaga mihun sup gear box dan juga seorang blogger, dia berjaya mendapat RM500 ke atas setiap hari. Agak lumayan tu. Sebelum2 ni, aku pun biasa berniaga di pasar malam dan keuntungan bersih boleh cecah RM200 sehingga RM300 lebih satu malam. Masa menjual tak lama, bukak gerai pukul 6.45 petang dan tutup pukul 10 mlm. Lebih kurang 3 jam saja…
Berita yang menggembirakan aku pada hari ini, aku dah dapat satu tapak bazaar Ramadhan baru. Tapak ni sangat dekat dengan rumah aku dan selepas Ramadhan, ia akan berterusan di buka sebagai Uptown baru di KL, “Uptown 8″. Sangat mengujakan sebab aku dah lama cari tapak yang sah. Sebelum ni aku main “rambo” jer…redah pasar malam. Mana tapak yang kosong (penjual tak datang berniaga) aku masuk. Malam tadi aku dah bayar tapak dan keahlian sebanyak RM300. Aku dah bebas…hehe.
Tapak ini aku share ngan Kento dan Dr.CMD. So, kitorang akan bergilir-gilir menjaga kedai…maklumlah masih student bai.
Untuk sebulan permulaan ni, kami akan menjual biskut raya dan pakaian raya. Lepas habis puasa dan selepas raya, kami akan bertukar kepada barangan lain pulak. So, kalau korang ada kelapangan boleh la singgah2 kat kedai kami.:D
Berita baik jugak bagi anda yang tinggal di area KL nih dan minat berniaga, masih banyak tapak kosong yang ada dan korang boleh apply sekarang. Kalau blogger ramai berniaga kat sini, best jugak tu..hehe. Sambil2 berniaga, leh share2 ilmu.
Korang ada cadangan tak nak berniaga apa musim2 puasa dan raya ni? Kalau ada idea bagus, harap boleh share kat bahagian komen.
p/s - Berniaga minyak jaguh kanda laku tak? ahaha..
Salam Ramadhan + Kemaafan Urusan Jual Beli Tergendala
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hoho..aku sudah kembali. 3 4 hari ini aku berada di kampung untuk menyambut hari merdeka dan menyambut Ramadhan bersama keluarga. Mungkin lama blog ini tidak terupdate, harap maaf kepada semua. Belum terlambat rasanya untuk aku menyucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan yang mulia ini makin mendekatkan diri kepada yang maha Esa.
Post ringkas ini juga ingin memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan minyak jaguh kanda kerana kelewatan penghantaran produk. Antara mereka yang terlibat adalah:
1. Sanin
2. Zainuddin Zubir
3. Rusdi
4. Abd Wahid
5. Sharisham
6. Yahaya Awang
7. Abd Aziz Che Man
Produk-produk anda akan dihantar secepat mungkin. Minta maaf banyak-banyak…
Kepada Ika Wijaya dari Jakarta, saya juga memohon maaf kerana tidak dapat ‘menyetelkan’ tempahan jersey anda. Harap anda sudah berjaya menyiapkan akaun paypal dan boleh membuat tempahan lagi. Kepada Sandy Prayudi dan Neuaman, jersey-jersey anda sudah di hantar.
Kepada pembeli-pembeli ebook dan video Rahsia Pro CMD.EXE yang menggunakan paypal juga saya memohon maaf kerana kelewatan memberi link download. Ini kerana urusan pembelian cara biasa diuruskan oleh partner saya Kento dan Dr.CMD manakala bayaran menggunakan paypal diuruskan oleh saya menggunakan akaun paypal saya. Jika ada yang masih tidak mendapat link download, sila hantarkan email kepada pihak kami dengan segera.
Begitu juga mereka yang mendapatkan melalui pembelian Pakej Lengkap Perniagaan Internet DVD Monakas, kami terpaksa mendapatkan confirmation daripada En.Najib Monakas terlebih dahulu sebelum pemberian link download diberikan.
Seribu kemaafan daripada saya…bulan poser ni baik kalau memaafkan. Hehe..
p/s - Sekejap aku, sekejap saya..mcm mana nih..ayya..
Ada apa dengan sumpah ?
Hoho..ini tak ada kena mengena dengan politik ya… Ini cuma cerita peribadi yang aku alami sendiri beberapa tahun yang lalu. Bukan cerita rekaan, tetapi benar. Ada dua cerita pasal sumpah yang membabitkan diri aku sendiri.
Cerita pertama:
Pertama kali aku datang ke Kuala Lumpur adalah selepas SPM, iaitu tahun 2003. Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, aku bercadang untuk bekerja kilang selama 3 bulan. Aku tak risau datang ke KL seorang diri walaupun tak pernah datang kerana ramai saudara yang bekerja di sini.Aku tinggal di Shah Alam.
Selepas seminggu mencari kerja, akhirnya dapat juga…hehe. Aku kerja bagai nak rak..sebab aku tahu aku hanya boleh kerja 3 bulan. Jadi nak kumpul duit banyak2.. selalu OT dan adakalanya tidur tak cukup.
Selepas sebulan bekerja, aku berjaya mendapat gaji yang pertama..hoho, seronok juga rasanya. Hari itu hari minggu, aku keluar ke Pudu untuk menukar handset lama kepada baru. Duit bawak cukup-cukup jer untuk beli handset baru. Selepas membeli handset, baki masih ada lebih kurang RM60 di dalam dompet.
Aku terus ke stesen bas dan menunggu bas untuk balik ke Shah Alam. Tengah menunggu bas, tiba-tiba datang sorang pak cik menyapa aku. “Adik nak pegi mana pakai kopiah ni? ” Hoho..dia panggil aku adik. Aku pun memberitahu tujuan aku datang untuk membeli handset. Pastu dia cakap, ” Adik boleh tolong pak cik tak? Bini pak cik bersalin dalam bas dalam perjalanan ke Langkawi malam tadi. Pak cik tak sangka dapat anak kembar..comel. Kami turun di tepi jalan dan dibawa ambulans ke hospital Seremban. Bini pak cik dengan anak-anak masih di situ.”
“Masalahnya, dompet pakcik kena curi.. Sekarang ni pak cik nak balik Langkawi sebab nak ambil kereta. Nak datang balik ambik isteri dan anak-anak tu balik Langkawi. Tapi pak cik takde duit, boleh ke adik bagi pinjam RM100?” Aku tengok muka pak cik tu nampak mcm kesian… ” Tapi pak cik, saya ada RM60 jer sekarang… pak cik ambik la RM50, saya ambik RM10 untuk tambang bas nak balik Shah Alam.”
“RM50 tak cukup dik..pak cik nak pegi jauh ni. Adik ada bank tak? Boleh cucuk duit dulu..pak cik janji pak cik akan bayar bila sampai jer Langkawi. Pak cik masih ada simpanan bank tapi buku akaun kat rumah.” Aku pun cakap,” Duit dalam bank memang ada pak cik..tapi mak saya cakap, jangan percaya sangat orang di KL ni..penipu jer ramai, yang baik sikit jer.”
Pak cik tu masih cuba meyakinkan aku..”adik, pak cik betul2 tak tipu..takde gunanya pak cik tipu, kita kan orang Islam, tak baik menipu… Ok macam ni, esok pak cik sampai Langkawi, pak cik terus bank in. Kalau pak cik tak bank in esok..pak cik rela bersumpah jadi kafir.”
Masya-Allah…beraninya dia cakap mcm tu. Aku pun yakin dengan dia dan terus pergi bank cucuk duit. Bagi kat pak cik tu lagi RM50 dan no akaun bank supaya mudah dia bank in kembali, dan dia pula bagi no phone.
Esoknya aku tak check kat bank..aku yakin pak cik tu akan masukkan. Selang 3 hari lepas tu, kebetulan aku pegi bank, aku semak akaun takde pun masuk. “Mungkin pak cik tu belum ada duit, takpe la..esok lusa masuk la tu”. Selepas 4 5 hari duit belum masuk, aku cuba call dia..tak dapat. Lepas seminggu call lagi, still tak dapat..dan sampai hari ni belum masuk dan tak dapat call. Aku pun lupakan dia dan delete no handset dia dari handset aku.
=====================
Cerita dua:
Masa tu cuti pertengahan semester Matrikulasi. Aku balik kampung. Lama tak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan lama, kitorang pun keluar shopping kat Rantau Panjang.
Dah penat berjalan dan shopping..kitorang pun ke masjid untuk solat Asar. Lepas solat Asar, baring2 kejap untuk menghilangkan kepenatan yang masih bersisa..hehe. Masa baring-baring tu, datang sorang abang yang lebih dewasa dari kitorang.
“Adik, adik nak beli handset tak? Abang nak jual murah-murah jer…Handset ni harganya RM1000 lebih, tapi abang nak jual RM50 jer. Abang terdesak ni takde duit nak bayar hutang kat kawan abang. Kalau adik nak, adik bagi RM50 dulu…abang akan ambikkan handset tu. Sekarang kawan abang pegang.”
Hoho..peluang baik ni. Dia nak jual RM50 jer handset yang bernilai RM1000 lebih? Aku bincang ngan member aku dan kitorang bersetuju. Dua sebab kitorang bersetuju, pertama kerana nak handset tu…kedua nak tolong abang tu. Sebelum bagi duit aku ada cakap, “abang tak boleh ker ambik dulu handset tu, pastu datang balik sini. Kami ada kat sini jer.. ” Abang tu cakap,” adik jangan tak percaya kat abang..kita bercakap dalam surau ni. Kalau abang larikan duit adik tu, abang berdosa besar…abang kena laknat“.
Selepas kami bagi duit, dia pun keluar… agak lama menunggu, abang tu belum datang. Kami mengambil keputusan untuk mencari abang tu. Aku ditugaskan menjaga barang2 yang baru di beli tadi, kawan aku keluar mencari. Tak lama kemudian, dia balik dengan hampa. Aku pulak yang mencari dan kawan aku jaga barang di surau…juga tak jumpa.
Aku tanya taukey2 kedai kat situ kot2 ada nampak lelaki misteri tu. Hoho..misteri ! ” pak cik ada nampak tak seorang lelaki rambut panjang, pakai spek hitam..bla bla bla…”. “Owh..orang tu ker..dia dah masuk Siam la adik. Dia tu penipu..”
Ya Allah..baru aku tau macam tu rupanya…lesap lagi RM50..huhu.
==========================
Dua cerita kat atas tu bukan cerita rekaan..tapi berlaku pada diri aku sendiri. Cerita tu bukan nak menceritakan yang aku sudah hilang RM100 + RM50 = RM150, tetapi jahat dan celakanya mereka-mereka yang bersumpah demi kerana sedikit duit yang kecil nilainya. Tak tahukah mereka azab Allah itu sangat pedih !
Seorang bersumpah rela menjadi kafir..hanya kerana RM100. Seorang lagi bersumpah di dalam surau hanya kerana RM50. Kalau di beri RM1 juta, tak mustahil orang-orang munafik ini sanggup bersumpah di dalam masjid dan menjunjung Al-Quran. Manusia pada hari ini sudah tidak takut lagi kepada Allah..Masya-Allah.




