Sembang-sembang

Update: Pembayaran Komisyen Pay Per Lead

Posted by Din Beramboi 17 August, 2008 (10) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ok, ini info ringkas sahaja untuk update pembayaran kepada agent affiliate pay per lead Rahsia Pro Affiliate. Kepada mereka yang mendapat nilai minimum RM5, komisyen anda sudahpun di bayar. Untuk mereka yang agak rapat dengan kami dan kami mempunyai no akaun CIMB mereka, pembayaran telah dilakukan sejak semalam.

Untuk mereka yang menggunakan akaun Maybank, pembayaran di lakukan pada hari ini. Petang tadi pembayaran di buat dan sebentar tadi ada lagi 6 pembayaran lagi yang di buat. Ini antara mereka yang baru  dibayar 5 minit tadi sebelum post ini ditulis:

Masih ada yang tidak menerima bayaran disebabkan akaun yang tidak lengkap terutamanya akaun bank.  Ada juga yang nilai minimumnya berada di atas pagar dan apabila ditolak komisyen berulang, pembayaran tidak dapat dilakukan. So, kepada mereka yang belum mendapat bayaran, bayaran akan dilakukan lagi pada bulan depan.Kumpul banyak2 dulu ya.. :D

Harap anda terus mempromosikan Pay Per Lead kami dan menjana RM0.25 bagi setiap pelawat yang subscribe.

Terima kasih

Categories : Affiliate Marketing, Cari Duit Dengan Affiliate, Pay Per lead, Sembang-sembang Tags :

Social Network IslamUnite + Nisfu Syaaban

Posted by Din Beramboi 16 August, 2008 (8) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kepada semua umat Islam, di ucapkan selamat menyambut Nisfu Syaaban..baru sebentar tadi (maghrib) malaikat penulis buku catatan kebaikan dan keburukan kita naik ke langit untuk diserahkan kepada Allah. Dan sekarang bermulalah lembaran baru buku catatan kita untuk setahun yang akan datang.

Sebaik-baiknya pada waktu maghrib tadi kita lapangkan masa untuk mendekati Allah. Biarlah penamat buku catatan pada tahun ini diakhiri dengan perkara-perkara yang baik dan permulaannya juga mengandungi catatan-catatan yang baik. Gembira tak kita kalau Allah bertanya kepada Malaikat ” Wahai Malaikat, semasa kamu meninggalkan Din tadi, apa yang dia buat? “. “Wahai Allah, aku meninggalkannya dalam keadaannya taat kepadaMu…” Allah sebenarnya dah tahu lebih awal dan memiliki sifat Maha Mengetahui tetapi pertanyaannya menggambarkan  kesukaan Allah kepada hambaNya.

Bagi umat Islam, malam nisfu Syaaban adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. So, sama-samalah kita beramal dengan penuh kusyuk kepada Allah pada malam ini. Sape2 yang belum baca yasin 3 kali, sila-silalah membaca..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. :D

Bagi mereka yang mampu, esok kita sama-sama berpuasa ok.. :D

===============================================

Masuk cerita lain pulak… Sebenarnya nak umumkan bahawa aku baru sahaja menyiapkan sebuah web social network seperti myspace dan friendster. Nama laman web social ni aku namakan sebagai IslamUnite dan motif aku adalah untuk sama-sama kita mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama umat islam.

Aku tahu, kawan-kawan baik aku yang selalu masuk ke blog ini ada juga yang bukan Islam. So, jangan berkecil hati pulak. Nak join jugak pun boleh tak ada masalah… :D

Harap semua boleh daftar dan aktifkan diri di situ. Banyak function yang ada pada laman web tu seperti forum, blog dan chat. So, manfaatkanlah dengan sebaik mungkin dengan membanyakkan artikel islamik. Jangan SPAM sudah… :D

Daftar di sini: IslamUnite

Categories : Sembang-sembang Tags :

Team Smart Brain dirasmikan !

Posted by Din Beramboi 8 August, 2008 (27) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini..sempena hari baik, bulan baik..aku ingin mengumumkan mewakili partner aku juga, Kento  bahawa Team Smart Brain ditubuhkan secara rasmi. Hari ini, tanggal 08/08/08 bersamaan 6 Syaaban 1429H. Cantik kan tarikh hari ni..08/08/08..hoho.

Jom kita kenali siapa di sebalik Team Smart Brain..sebelum itu, kami ingin memperkenalkan logo rasmi kami.

Team Smart Brain dianggotai oleh dua orang anak muda..muda lagi ker? :D Seorang dikenali sebagai Din Beramboi dan seorang lagi adalah Kento. Ini adalah nama panggilan kami sahaja di arena perniagaan internet dan  tak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau telah tiada..

Din Beramboi merupakan pelajar final semester dan final year di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Umur 22 tahun dan masih single..hoho. Mula bergiat di dalam perniagaan internet sejak setahun setengah yang lepas. Pada permulaan penglibatan dalam ebiz, tak serius pun..lagipun banyak kerja masa tu kerana merangkap jawatan Pengerusi Balai Islam di kolej kediaman. Banyak join projek kolej dan projek Universiti.

Mula-mula join perniagaan internet, dapat bertahan hanya dua bulan..lepas tu ‘tinggalkan’ hampir 3 bulan kerana melakukan suatu bisness offline. Dia kecundang pada bisness tersebut, kemudian kembali ke arena perniagaan internet setelah menemui rentak yang betul dan bertahan sehingga kini. Pada tahap permulaannya, dia banyak dibantu oleh En.Sukeri dan sehingga kini, En. Sukeri adalah mentornya yang terbaik.. :D

Daripada tak ada apa-apa..sekarang dia sedikit lega dengan pencapaiannya di bidang ini. Boleh dikatakan  hampir setiap hari ada jer duit masuk..hehe. Kalau dulu, nak dapat 1 sen pun susah wooo… Insya-Allah, harap korang semua doakan dia berjaya sokmo.. :D

Kento juga pelajar final semester dan final year di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dia seorang yang pemalu..selalu tinggal dalam bilik mcm anak dara..hahaha. Sorry bro, just kidding.. :D Mula bergiat dalam perniagaan internet sudah hampir dua tahun. Seorang low profile dan underground. Banyak habiskan masa dan mengumpul duit dari forum dan design..hoho.

Setiap forum, mesti guna nama yang berlainan. Tak perlulah aku bagitau apa nama yang dia guna..hehe. Tak aktif di forum Wang Cyber, tetapi aktif di forum luar negara.Aku dapat RM jer..dia dapat dolar..hoho.

Minatnya kepada perniagaan internet kerana minat kepada teknologi komputer terkini dan selalu menggunakan internet untuk mencari benda-benda yang latest. Kemudian, dia terjumpa satu contest design dan join.. Dengan menggunakan skill terpendam, dia menang contest tu. Mulalah dia fikir internet sememangnya boleh buat duit. hoho.. Lalu berkecimpung dengan penuh minat dan komited. :D itulah sejarah si Kentot..eh, silap..Kento. :D

Bagi yang jumpa kami, boleh dapatkan business kad dari kami. Kalau jauh tu…copy dan ’save image as’ saja lah..huhu.

Business kad ini di design oleh Kento. Terima kasih sebab bagi aku secara percuma..haha.

Harap korang semua boleh menerima kewujudan satu lagi team perniagaan internet di Malaysia dan semoga kami mendapat sokongan semua. Terima kasih. :D

Categories : Sembang-sembang Tags :

Sekitar WC Gathering 03 Ogos 2008, Bukit Jalil Golf & Resort

Posted by Din Beramboi 4 August, 2008 (45) Comment

Aku pergi WC Gathering ni dengan menumpang kereta Vios Bitol..seorang pereka grafik yang terkenal. Dia membeli kereta Viosnya hanya dengan duit design…hebat tak? hoho.. :D

Bersama Noorizam Shah, otai Ebay…mak aaii, tingginya otai ni..hehe.

Bersama Hairi, Amirol (Pakej Lengkap) dan Mawardee…yang sorang lagi aku tak ingat lak nama dia..hehe.

Abooin, Kartunis Ubi dan Afzai Afandi… Alamak, tak sempat nak bergambar one by one ngan diorang. Nanti jumpa lagi harap ada peluang tu.. :D Gambar dengan Abooin dan Kartunis Ubi ada, tapi dengan Afzai yang takde..masa tu Afzai tengah amik gambo kitorang..hehe.

Bersama Sabri, Team Saifulsham…student UTP yang berjaya dan antara IM yang terawal mewujudkan blog  IM Bahasa Melayu di Malaysia.

Bersama Jutawan Internet Malaysia..Dr. Irfan Khairi dan Zamri Nanyan, otai MLM internet..

Inilah warga WC yang hadir semalam…ramai gak. Kat mana aku aaa? :D

Yang best dengan WC gathering ni, selain dapat jumpa otai dan jutawan internet, kitorang dapat jugak baju t-shirt WC, handout, beli DVD Monakas dengan harga murah, dan makan mee goreng + meehun goreng + tembikai..hehe.

Ramai lagi otai-otai yang aku tak sempat nak bergambar kenang-kenangan…macam Shuth, Syed, Ikhwan Yusri, Osman Affan, Alang, Kak G dan banyak lagi. Harap kita akan berjumpa lagi. Yang paling aku tak sangka adalah, bila jumpa Catzer..hoho. Identiti ko terdedah jua..selama ni mati2 aku ingat ko spesis macam aku. Tapi spesis lain rupanya..haha. Comel si Catzer nih..org kata available lagi betul ker? ngeh2..

p/s - Aku akan letakkan link kepada mereka setelah mereka update blog masing-masing dgn gambar2 WC Gathering..Terima kasih kepada Shuth kerana program WC Gathering ni berjalan dengan jayanya..

Categories : Sembang-sembang Tags : ,

1 Juta Kawan atau 1 Juta Dolar?

Posted by Din Beramboi 25 July, 2008 (29) Comment

Hoho…persoalan yang bagus untuk usahawan internet. Anda mahu 1 juta kawan atau 1 juta dolar? :D Boleh bagi pendapat dan reason kenapa pilih macam tu..

Categories : Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags : ,