Sembang-sembang

Protes Kenaikan Harga Minyak: Protes Sampai Turun…

Posted by Din Beramboi 7 July, 2008 (8) Comment

Semalam aku pegi perhimpunan protes 2008 kat Stadium Kelana Jaya. Dari kul 9.30am aku bertolak, kul 10.15am baru sampai…sesat siot..huhu. Aku tak biasa sangat kawasan tu. memang tak sesuai pihak penganjur buat kat situ. Aku dengar cerita, memang pihak penganjur nak buat kat ltempat ain di kawasan terbuka, tapi kerajaan pemerintah memberi amaran dan mengalihkan tempat ke kawasan tersorok ni. Ciss..

Aku tak mahu terlalu menyokong program ni..aku jugak tak mahu membangkang cara dia buat. Ada part yang baik bagi aku, aku sokong..ada part yang tak baik, aku terpaksa membantah. Ok, aku tak mau cerita panjang..lihat saja gambar n video yang aku amik sendiri menggunakan kamera FujiFilm 8.3MegaPixel aku..

Aku sampai kul 10.15am semalam, dah ramai yang sampai…pelbagai golongan ada. Orang biasa n orang luar biasa..dari yang solehah kepada mereka-mereka yang dimakbulkan doa pun ada..huhu.

Ni pulak gambar budak (si hero kecil) dengan pelbagai gaya…banyak lagi yang aku amik. Tapi cukup lah dua ni jer aku masukkan kat sini..kelakar pun ada, seronok pun ada, terharu pun ada..bila tengok budak2 ni. hehe..

Selepas maghrib, makin ramai orang ramai datang..semunya baju merah. Aku ngan member aku jer tak pakai baju merah..haha. Gambar yang kedua lak, nasi santapan aku pada petang tu. Makan kat kedai tepi tasik berhampiran stadium.

Lagi gambar budak. Aku respek kat budak dua orang ni…kecik2 dah pandai berniaga. Besar nanti insya-Allah jadi usahawan berjaya atau jutawan..hehe. Aku pun macam ni dulu masa sekolah rendah. Tapi xde la berniaga kat tempat terbuka macam ni. Aku berniaga kat sekolah..haha. Kebetulan mak aku ada tanam kacang tanah, so aku jualkan kat sekolah..lumayan gak dapat. kih3..

Hurmm..bagi aku, bapak kepada dua orang budak ni memang seorang yang tak bertanggungjawab. Sanggup dia tinggalkan anak dia yang comel ni dalam celah-celah orang ramai. Kalau jadi kes macam sharlini macam mana? Jahat punya bapak…Aku kesian kat kakak budak ni. Meriba adik dia lebih dari setengah jam, pastu dia pun turut tertidur. Lenguh tu kaki dia..Aku tunggu kat sebelah budak ni sampai Dato’ Sri Anwar Ibrahim habis berucap..risau aku budak ni kena culik..huhu.

Gambar ni pula betul-betul buat aku gembira dan terharu. Nampaknya parti politik berasaskan perkauman semakin boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki cina memakai baju yang mempunyai gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kalau korang tinggal di kelantan, benda macam ni bukan sesuatu yang pelik. Dah jadi perkara biasa..Lagi2 pada masa pilihan raya, korang akan dapat lihat ramai orang cina yang memakai baju hijau yang ada bulan. Kat rumah-rumah diorg pulak, ada bendera bulan…masya-Allah.

Selain dari mamat cina ni, ada beberapa orang lagi orang cina yang aku perhatikan melilit kepala diorang dengan kain hijau dan ada lambang bulan. hehe..

Malam tadi aku sedikit kecewa sebab Tok Guru tak datang..hajatnya nak jumpa Tok Guru. Bagi aku, Tok Guru adalah pemimpin, one in a million..

Ok, dah tengok gambar, kita tengok video plak yang aku amik sendiri..beberapa part dalam video ni aku tak berapa suka. Terutamanya yang mula-mula sekali. Korang tengok dan fikirkan sendiri…

video dalam proses..lembap lak internet nih..kang aku upload. :D

Categories : Sembang-sembang Tags :

Buat Duit: Team Yang Akan Menggemparkan !!!

Posted by Din Beramboi 5 July, 2008 (36) Comment

Wahahaha..macam gempak jer. Ok, hari ni aku nak umumkan sesuatu yang bagi aku, satu langkah lagi ke hadapan dalam internet biz ini.

Sebenarnya, sejak 3 4 hari lepas aku dah pun menjumpai partner aku. Kami bercadang untuk menubuhkan Team sama juga seperti team-team yang kita dah biasa dengar seperti Team Flarebiz, Team SaifulSham dan sebagainya..Buat permulaan ni, kami masih baru dan tidaklah segempak diorang yang dah berjaya. Saper ye yang akan menjadi partner aku?

Lebih dikenali sebagai Kento di dalam perniagaan internet. Kalau korang tak biasa dengar, aku tak kisah dan aku tak kecik hati sebab mamat ni sememangnya bergerak secara underground. Kepakarannya lebih kepada design untuk customer luar negara dan juga adsense. Dia bergerak aktif di forum-forum seperti DigitalPoint dan forum-forum luar negara untuk mencari mangsa bagi memenuhkan akaun paypalnya dengan duit USD. haha..

Untuk lebih mengenali Kento, aku beri korang dua website utamanya yang ber page rank 4 iaitu InternetGecko dan Zyzyzx Design Studio.

Aku tak mahu bercerita lebh lanjut berkenaan dia. kesimpulan yang aku boleh cakap, dia memang komited dengan perniagaan internet dan mengatakan akan pening kepala bila tak dapat internet dalam masa dua hari. Kalau dah duduk depan PC dia, tak akan berganjak sehingga terabai makan minum dan mandi..hehe. Tapi alhamdulillah, aku tengok tak pernah pula terabai solat..bagus gak mamat ni.

Masih single kerana rutinnya yang busy sampai tak sempat nak cari aweks..hehe. Sorry geng dedahkan identiti ko.. So, kalau saper2 yang berkenan..boleh contact di no 017-9632xxx..hahaha.

Ok, macam mana aku boleh kenal mamat ni dan menjadi JV rasmi?

Sebenarnya aku dah lama kenal mamat ni, sejak aku tinggal di dalam kolej di UM. Seminggu lepas aku baru pindah rumah baru bersama member aku. Masuk jer rumah baru, aku tengok dia tengah mengadap pc…aku try ushar apa yang dia buat. Ingatkan tengok cerita orang dewasa..hehe, rupa-rupanya tengah mendesign. So, korek punya korek barulah aku tau dia dah lama berkecimpung dalam bidang ni tapi secara underground.

Partner sangat penting dalam sesuatu ebiz..Ya, asalkan dia juga mempunyai kesungguhan dan komited, semuanya akan berjalan lancar. Dengan adanya partner, banyak kelebihan yang kita dapat, dan antaranya berkongsi kepakaran. Kalau dia mahir dalam design, aku boleh belajar dengan dia secara PERCUMA. Kalau aku terer bab adsense (belum terer pun), dia plak boleh belajar secara direct.

Kalau nak beli ebook, boleh share..hehe. Ataupun sorang saja yang beli, ebook yang akan datang dia pulak yang beli.

Tapi yang lebih penting, dengan adanya partner semua kerja boleh dilakukan  dengan cepat. Dia buat sket, aku buat sket..So, selamat berkenalanlah dengan partner aku nih..hehe. Tapi, kami belum ada idea untuk menamakan Team apa..dalam proses. Dan kami juga belum bercadang untuk menghasilkan sebuah blog yang di share seperti team-team yang lain.

p/s - Tanpa partner, perniagaan kita tak lengkap. Umpama sesudah berak, tapi tidak membasuh…hehe.

Categories : Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags : , , , , ,

Cara Buat Duit: Jangan Ambil Kesempatan Atas Kelemahan Orang Lain

Posted by Din Beramboi 24 June, 2008 (37) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semua orang mahukan kejayaan… Kejayaan dalam bidang masing2. Nak berjaya ada banyak caranya. Samada nak melalui jalan yang halal yang di redhai Allah atau  jalan singkat yang di murkai Allah.

Bagi mereka2 yang tamak ingin mendapat kejayaan dalam jangka masa yang singkat, tentunya mudah tertipu dengan orang yang ingin mengambil kesempatan. Kalau dulu, banyak kes skim cepat kaya yang muncul. Orang yang tamak yang nak kaya dalam sehari sambil goyang kaki, mesti saja join dan membuat pelaburan beribu-ribu. Last2, bukan dapat kaya..tapi dapat kayap..huhu.

Mendapat kejayaan dengan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain bukanlah satu cara yang baik. Tak berkat..kalau dapat pun, tentunya tak tahan lama.

Tadi aku ada chatting ngan sorang customer aku. Dia ni memang beria-ia nak buat perniagaan internet bila dapat info dan berkenalan dengan seorang penasihat tak bertauliah. Ikuti luahan rasa dia melalui YM ngan aku tu..hehe. Aku terpaksa tutup mata dia..takut korang jatuh cinta pandang pertama plak. Hehe..

Sambungan…

Aku bukannya nak menjadi hero dengan buat post macam ni. Cuma nak nasihatkan newbie, jangan terlalu gelojoh untuk berjaya. Buat step by step dan sebaiknya, kuasai asas perniagaan internet terlebih dahulu. kalau tak, macam ni lah jadinya..orang nak amik kesempatan senang-senang jer.

Kepada si yang mengambil kesempatan, hari ini anda mengambil kesempatan atas orang lain, esok lusa akan sampai giliran anda pula yang akan di ambil kesempatan tu. Hehe…jaga2..

p/s - Kejayaan yang hebat bermula dengan cetusan idea yang hebat dan diikuti tindakan yang hebat juga…(tnidakan yang betul)

Categories : Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Buat Duit Online: How is My Site

Posted by Din Beramboi 19 June, 2008 (54) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Masa aku menulis ni, jam menunjukkan pukul 5 pagi. Baru jer lepas mandi wajib.  Walaupun aku publishkan post ni pada pukul 5 pagi, korang hanya dapat baca pada pukul 8 pagi sebab aku setkan timer pada post ini. Inilah salah satu kelebihan wordpress yang kita miliki sendiri berbanding hostkan pada hosting free.

Hari ni aku taknak ceritakan kelebihan wordpress dengan lebih lanjut, mukaddimah jer tu..hehe. Juga aku taknak cerita tentang cara buat duit online. Hari ini post pendek saja untuk tanya pendapat korang tentang blog aku ni.

Beberapa bulan lepas, aku ada letakkan satu poll di sidebar blog ini kalau korang perasan. Setakat hari ni, blog aku ni dapat 28 undi. Aku tak mahu cerita berapa peratus yang dapat, tengok saja poll kat bawah.

So, aku sangat berharap korang dapat memberitahu aku di mana silap blog ini. Di manakah “bad” yang korang maksudkan tu…di manakah “excellent” pada blog aku ni? di manakah “can be improved” yang korang nak aku buat? dan di manakah “good”nya blog ini. Aku amat-amat berharap korang dapat komen dan beritahu aku untuk memperbaiki kesilapan aku.

Kalau sebelum ni korang tak pernah bagi komen, hari ni aku mintak korang komen. Aku nak tahu jugak macam mana pun. Aku tak boleh menilai diri aku sendiri…malah blog pun. Asalkan aku nampak bagus dan ok, aku tulis dan buat pada blog ni, tapi aku tak tahu apa pandangan korang. Masing2 ada cara dan pendapat bagi  menilai sesuatu itu bagus atau tidak. Betul tak?

Kalau blog aku dah ok…mungkin cara dan sikap aku yang tak ok. Adakah aku terlalu poyo? kerek atau sebagainya dalam penulisan artikel aku? So, hari ni aku bagi korang peluang untuk kutuk aku sepedas-pedasnya..huhu. Nak puji pun leh gak…ngeh3. =) Aku tak paksa korang.. Kalau sesiapa yang rapat ngan aku, diorang akan tahu aku ni jenis yang macam mana.

p/s -  Hope korang leh bagi komen dan cadangan mcm aku nak tu. :D Aku taknak jadi macam Pak Lah, depan2 ramai jer yang sokong. Tup2 semalam keluar berita Parti SAPP nak buat undi tak percaya pada pada Pak Lah dalam persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. huhu… Nasib la labuuu..

Thanks

Categories : Sembang-sembang Tags :

Tanda-tanda Kena Lupakan Perniagaan Internet

Posted by Din Beramboi 16 June, 2008 (33) Comment

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah perkara yang bijak…

Saling berpesan2lah sesama kita . :D

Categories : Sembang-sembang Tags :