Sembang-sembang

Buat Duit Online: Perjumpaan Sesama Blogger

Posted by Din Beramboi 12 June, 2008 (19) Comment

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saper antara pembaca blog ni @ para blogger dan sahawan internet yang tinggal kat Kuala Lumpur yea? Kalau korang duk KL tu, mengaku ajer lah…Aku takkan mengapa-apakan korang mahupun adik perempuan korang. Jangan risau ok..

Aku ada satu cadangan..kalaulah korang setuju. Apa kata kita buat Perjumpaan Sesama Blogger @ Usahawan Internet? Macam reunion lah…Aku rasa bestkan..boleh kenal batang hidung dan bertukar-tukar pendapat secara informal dengan otai-otai kita. Yup, tak payah informal macam seminar atau sewaktu dengannya. Cukup saja lepak-lepak di restoren cikai2..saper setuju sila angkat dua kaki. hoho..

Tak payah susah-susah kuar duit, korang bawak badan dan laptop saja kalau ada. Lagi baik kalau setiap bulan kita pilih sorang otai untuk ada bersama. Boleh la mengorek segala rahsia dia..hehe. Kalau nak charge pun takpe..kita kumpul sket sorang, lepas untuk makan minum sudah..hehe.

Benda macam ni dah pun di buat kat Kelantan. Aku tau pun sebab melawat forum JomBincang…Kelantan apa-apa pun memang selalu advance..wahaha. Negeri gue tu. :D Kalau korang setuju, boleh la tulis komen kat bawah dan bagi cadangan macam mana benda ni nak buat. Nak buat kat mana dan sebagainya. Aku ni taktau sangat tempat-tempat kat KL ni.

p/s – Aku serius ni, bukan main2..harapnya menjadi. :D

==================================================
Kalau korang nak Jersey EURO 2008, jangan segan untuk menempahnya dengan aku..hehe. Musim EURO dah masuk pertengahan dah ni. Nanti abis rugi lak… Nak beli online boleh dan nak aku hantar COD pun boleh (KL yang dekat2 ngan aku jer..).

Semalam, pos ke Penang untuk Majistret Mahkamah Munisipal.

jersey euro 2008

Hari ni hantar COD kat KL Sentral sebelum jumaat nanti. :D Ada sorang mamat nih, nak suruh aku aku hantar COD sebab kalau pos, memang tak sampai esok sebab cuti sabtu ahad.

Kalau nak dapat jersey EURO 2008 secara percuma, Klik Sini

Categories : Peraduan Percuma, Produk Blogger, Sembang-sembang Tags :

Panduan Buat Duit Online: Kenangan Mei 2008

Posted by Din Beramboi 3 June, 2008 (9) Comment

Hurmm…dah lama aku tak update blog nih. Maklumlah aku nak bagi peluang kepada korang semua mendapatkan ebook Adsense Terbaik, Jana Wang Adsense. Tapi ebook ini terpaksa di tutup buat sementara waktu di sebabkan terlalu banyak tempahan yang di terima sehingga server menjadi down..huhu.

Kalau korang belum dapatkan ebook Jana Wang Adsense Terbaik, ebook ini akan dibuka lagi pada hari khamis ini dan jualannya sangatlah limited. So, jangan terlepas peluang lagi memandangkan ebook ini akan ditutup untuk jualan dalam masa beberapa hari saja.

Hari ni aku takde pape nak citer..cuma ingin revise balik apa yang berlaku pada bulan Mei 2008 yang lepas. Bagi aku, bulan tu banyak membawa perubahan pada aku dalam Perniagaan Internet. Jom kita tengok gambar…hehe.

Dapat bersama otai-otai IM di Jom Seminar pada 11/05/08

Gambar nih adalah gambar aku bersama Gobala Krishnan. Byk lagi gambar2 aku bersama otai2…tapi tak perlulah nak taruk semua kan…len kali aku tunjuk lagi kalau ada seminar lagi.

Bergambar bersama budak umur 17 tahun yang menjana pendapatan lebih RM10,000 dalam masa sebulan. gempak giler dia nih…tapi selamber jer.

Beli Monitor LCD baru…heheh.

Kalau korang nak tau, di sinilah aku bekerja menguruskan perniagaan internet aku. Di sinilah aku membuat tempahan blog klien aku, membina grafik, menyetup affiliate script, membina minisite dan juga menguruskan email pembelian produk fizikal aku iaitu baju jersey EURO 2008 online dan minyak jaguh kanda.

Sejarah komputer aku, aku pernah pakai komputer LCD  pada tahun 2005. Pada tahun 2006, bertukar kepada Laptop Apple, kemudiannya jual….beli komputer biasa. Pastu skang, pakai LCD balik..huhu.

Langkah Menjadi Jutawan Senyap Bermula….ngeh3.. :D

Aku mula menjual jersey di pasar malam dan juga online. Sejarah aku mula menjual jersey adalah sejak Tingkatan satu bila tinggal bersama mak sedara aku yang merupakan seorang peniaga. Masa di MRSM dan Matrikulasi, aku jugak menjual jersey…dan sekarang, aku masih menjual jersey. haha…lama tuh.

Sekarang ni lebih agresif dan aku dah mendapat tempahan dari luar  negara juga  iaitu Indonesia secara online. Korang boleh lawati website aku untuk menjual jersey EURO di sini : www.cheapest-jersey.com

Ini sahaja perkembangan perniagaan aku pada bulan Mei 2008. Bagi aku, ianya adalah satu langkah lagi ke hadapan dalam memantapkan diri dalam perniagaan internet dan offline. Aku rasa, korang lagi dasyat dan gempak kan…

Apa kata korang share perkembangan korang plak??..hehe. Semoga ianya memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua.

Categories : Menjual Produk, Perniagaan Offline, Sembang-sembang Tags : , , ,

Panduan Buat Duit Online: Sembang Hari Minggu

Posted by Din Beramboi 25 May, 2008 (11) Comment

Aloha..ape korang tengah buat aaa? Hari minggu macam ni sonot gak kalau pegi jenjalan kan. Aku dah lama tak pegi tengok wayang…tapi kalau pegi, nak pegi ngan saper plak aaa? Hurmm..

Hari ni aku taknak cerita info pasal buat duit online, tapi nak review cerita beberapa hari yang lepas. Pada 19 hbln yang lepas, aku kembali ke KL setelah seminggu kat kampung sebab balik tengok adik aku yg eksiden. Masa tu jugak aku bwk beberapa barang untuk di niagakan di KL seperti baju jersey EURO 2008, tudung, Jersey brand Singapore dan Boxer. Keseluruhan modal hampir RM3000.

Aku bajet nak berniaga bersama member aku. Tapi 6 hari yang lepas dia buat hal…dia menghilangkan diri bersama barang2 aku selama 4 hari tanpa khabar berita. Memang hangat aku di buatnya…2 hari lepas dia balik dan bagitau aku, dia berniaga seorang diri berdekatan rumah sedara dia di Kepong. Dia cakap, kebetulan dia pergi menziarahi sedara dia di situ. Ceh, aku takleh terima…kot yer pun, bagitau aku dulu. Ini tidak…handset di tutup, langsung tak boleh call dan mesej.

Bila aku bukak barang2 aku, ada yang sedikit kotor. Dia tak bukak dengan berhati-hati dan letak ikut suka hati. Di sebabkan itu, aku terpaksa memulangkan duit klien aku yang dah buat tempahan, antaranya adalah kepada kawan aku sendiri iaitu Taukey. Aku kena jaga kredibiliti aku..lagi2 kepada kawan baik. Aku mengambil keputusan menamatkan JV dengan dia…aku tak suka dia buat macam ni. Tak amanah dan suka menangguh-nangguh kerja. Sebelum ini pun, memang selalu tak menepati waktu. Janji nak bergerak ke kedai pukul 4 petang, pukul 5 petang baru bangun tido. Pegi sana, pegi sini pukul 8 baru gerak ke kedai..huhu.

Sekarang ni aku bergerak seorang diri dan ditemani kawan baik aku yang lain. Rasa lebih tenang…baru dua hari aku berniaga offline seorang diri. Dua hari lepas aku dapat RM210, semalam aku dapat hampir RM300. Biasalah baru-baru belajar berniaga offline, takde la banyak sangat. Esok insya-Allah aku akan dapat RM240 sebab mendapat tempahan dari Indonesia. Yang tak confirm lagi, kawan aku di Cheras ingin menempah 1000 helai baju dengan aku, harapnya akan menjadi kenyataan.

Perniagaan online macam mana? hehe..ok ajer buat masa ni. Sekarang ni tengah menyiapkan beberapa tempahan daripada klien aku. Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada aku. Kepada sesiapa yang ingin menempah service daripada aku seperti buat blog wordpress, set up affiliate, minisite, setup autoresponder grafik, banner dan sebagainya masih boleh mendapatkan khidmat aku. Aku kerja offline hanya pada waktu malam. Siang2 macam ni aku mengadap komputer..hehe.

=================================================

Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura

Dah abis cerita best, skang ni cerita tak best pulak…aku cukup sedih bila dapat tau Pulau Batu Putih dapat kat Singapura. Memang sedih siut…hampir setengah jam aku dengar Shawkat membebel membacakan penggulungan hujah dan keputusan mahkamah ICJ. Bila dapat tau yang Pulau Batu Putih dapat kat Sinapura, aku terus tutup tv. Angan-angan aku hari tu, aku nak berbulan madu kat situ satu hari nanti nampaknya tak kesampaian lah..huhu.

Kepada orang Johor, aku tau korang rasa sedih…mana tidaknya, aku orang Kelantan + Siam pun rasa sedih, lagi2 la korang kan.. Sabar ajer lah. Klu aku ada kuasa ajaib, aku dah amik Pulau Batu Putih tu letak kat perairan Kelantan..padan muka Singapura. hehe..

p/s- kalau ada sesiapa yang berminat untuk menempah jersey EURO 2008 secara bundle, boleh contact aku. Aku beri harga jauh lagi rendah berbanding di website Jeysey Online aku.

Categories : Cara Bina Blog, Menjual Produk, Perniagaan Offline, Sembang-sembang Tags :

Happy Birthday To Me… :)

Posted by Din Beramboi 5 May, 2008 (24) Comment

Happy birthday to me…

Happy brithday to me…

Happy birthday to Din…

Happy birthday to me…

Hehe..hari ni genap la umo aku yang ke 86 22.  Nampaknya dah tua aku ni kan..umm, dah boleh kawin ni aku rasa. Korang rasa macam mana? hehe..

Harap-harap dengan peningkatan usia ni, akan menyedarkan aku erti hidup. Untuk apa kita hidup? Buat apa kita hidup? dan ke mana kita akan kembali selepas ini. Semakin hari semakin meningkat usia, bak kata orang tua-tua, dunia kata “pergi lah..”, kubur kata “marilah..”. Moga aku sedar apa tujuan aku hidup dan meningkatkan amalan untuk kembali.

Umo baru jugak mengingatkan aku kepada tanggungjawab yang lebih besar semakin hampir. Tugas aku untuk mencapai kejayaan memerlukan aku berusaha lebih gigih lagi dan muhasabah diri. Jadikan kayu ukur kejayaan hari ini untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di hari depan.

Ummm, sebenarnya sejak 4 5 hari lepas aku dah fikir apa yang boleh aku berikan pada korang sebagai hadiah bufday aku nih. So, aku mengambil keputusan untuk memberikan diskaun 50% kepada semua produk MRR yang aku ada.  Contohnya Panduan Mudah FTP, Panduan Clickbank Step by Step, Web Audio Plus dan harga bagi semua perkhidmatan yang aku buat seperti bina blog, setup shopping site, personal coaching dan sebagainya. Korang boleh melihat service yang aku buat di sini.

Semalam aku baru sahaja melancarkan web Design Studio, dan aku menerima tempahan PERCUMA sahaja daripada korang pada hari ini sempena bufday aku. Ya, percuma sahaja tetapi terhad kepada 5 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat yer.. Korang boleh request samada design banner atau header, seal dan grafik web jualan. Ebook cover tidak termasuk. Sedikit masa lagi perkhidmatan ebook cover juga akan di masukkan. Tunggu ajer..hehe.Sekali lagi, hanya 5 orang dan seorang boleh request satu sahaja. Semua permohonan boleh menggunakan Sistem Support Din Beramboi.

Ok, ini sahaja untuk hari ini..siang nanti plan nak pergi mandi kat Ulu Yam. hehe..dah lama tak pergi situ. Best wooo..saper nak ikut?

Di hari yang special ini, doakan lah aku semoga aku akan sentiasa success selalu. Bila kita doa orang lain, kebaikannya akan diperoleh oleh kita sendiri. Sekali kita memberi, 10 kali Allah gandakan ganjarannya. :D

p/s - Terima kasih kepada Taukey kerana memaklumkan aku berlaku 404 page Error tadi. Rupa-rupanya disebabkan perubahan setting oleh provider hosting aku. Aku pun sebenarnya tak tahu nak buat macam mana, tapi bila tanya sifu aku En.Sukeri, kejap jer dia  buat dan alhamdulillah..kembali ok. Terima kasih En.Sukeri. Satu lagi ilmu aku belajar daripada dia. Thanks :D

Categories : Buat Duit Dengan Clickbank, Cara Bina Blog, Produk Blogger, Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Tekanan Exam | Rumetku Perokok Tegar

Posted by Din Beramboi 21 April, 2008 (27) Comment

Hoho..hari ni kita lari topik sikit. Asyik2 cerita pasal buat duit jer.. hari ni aku nak cerita topik lain plak. Maaflah kalau korang tak suka..hehe.

Antara tekanan terbesar bagi aku pada semester ni adalah rumetku si perokok tegar. huhu..aku geram jugak ngan dia. Masa aku 2nd year dulu (tahun lepas), rumet aku jugak seorang perokok, tapi dia memahami aku. Time nak hisap rokok, dia akan ke tandas. Takpun dia akan ke bilik member dia yang sekepala penghisap rokok.

Tapi sekarang, rumet aku ni lain sket. Dah la junior, berani pulak hisap rokok dalam bilik. Nak kena pelengkung rasanya… Sedikit sebanyak menghilangkan fokus aku masa buat ebiz. Tengah study pun kadang-kadang terganggu. Maaflah kalau korang yang baca ni jugak seorang perokok. Aku tak suka…tak sukaaaa…toloooonnggggg..

Baru jer dia hisap rokok ni. Tu pun sebab member aku sendiri yang datang melawat aku baru-baru ni mengisap rokok dalam bilik. Nak halau tak tergamak sebabnya dah lama tak jumpe. Sesekali dia datang, apa salahnya bagi chance. So, bila rumet aku tengok yang aku tak tegur pun member aku tu, dia pun mula buat hal jugak..adoiii..

Walaupun dia junior, dia 2 tahun lebih tua daripada aku. Hurmm..dia kamceng ngan aku, cuma ini jer masalah dia. Makan sesame, jenjalan sesame…tapi mandi dan tido tak sesame..hehe.

Time dia hisap rokok, aku akan bukak luas-luas tingkap kat tempat aku. Takleh, bahaya dan aku perlu selamatkan jantung dan paru-paru aku. Aku sangat sayangkan awekku paru-paru aku. :D Korang rasa macam mana cara terbaik nak suruh dia berenti merokok aa? kalau tak berenti pun, merokok lah kat tempat lain. Tension aku.

 

 

Inilah kehidupan aku sekarang ni. Dah jarang masuk forum. Dah jarang update blog adsense..tapi jualan produk terus on. hehe..petang nanti akan ke pejabat pos untuk pos barang lagi. Lepas aku habis exam nanti, cuti semester ni aku akan pecut sket..mungkin guna formula kuasa dua. heheh.

Umm, sebelum aku mengundurkan diri, nak minta maaf banyak2 kat korang kalau ada salah dan silap, terguris hati ker, ape ke.. Maafkan aku…nak exam ni rasa macam tak berkat plak kalau ada orang tak puas hati. Maaf la yea..aku ni manusia biasa jugak. Memang tak lari dari kesilapan. Huhu..sedey la plak. Mungkin dua tiga hari akan datang takde post baru sebab aku exam direct maa. Tapi apapun, kalau ada info terbaru aku akan tetap menulis.. :D

Tunggu sahaja sesuatu yang menarik daripada aku selepas habis exam nanti. Bye2..

p/s - Jangan lupa doakan kejayaan aku. :D

Categories : Sembang-sembang Tags :