Software Blogger

Ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE akan dilancarkan…

Posted by Din Beramboi 8 August, 2008 (58) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Adakah anda mengalami kekangan masa yang terhad dalam melakukan perniagaan internet? Contohnya ingin membina blog dengan banyak tetapi dalam masa yang singkat, memformat komputer. Juga rename file, delete file, pindah file dan sebagainya dalam jumlah yang banyak sehingga beribu-ribu tentunya mengambil masa yang lama.

Kami ada penyelesaiannya…dah lama kami meneroka penggunaan CMD.EXE dalam menyelesaikan perkara di atas, akhirnya kami berjaya. CMD.EXE ada di mana-mana komputer, tetapi sejauh mana anda menggunakannya? Hoho..ini dia Rahsia Penggunaan CMD.EXE !

Ebook ini dihasilkan oleh Dr.CMD yang akan membongkarkan Rahsia Penggunaan CMD.EXE. Beliau telah mengambil masa selama dua bulan melakukan research dan akhirnya, segala kelebihan CMD.EXE akan dibongkarkan.

Antara kelebihan Penggunaan CMD.EXE :

# Mempercepatkan kerja memindahkan file di komputer anda.

# Mempercepatkan kerja rename file yang banyak di komputer anda.

# Mempercepatkan kerja memindahkan file yang banyak di komputer anda

# Mempercepatkan kerja membina blog dengan cepat termasuk isi kandungan - Sesuai untuk membuat blog adsense dan zangocash.

# Kegunaan hacker untuk hack server

# Membina ‘Virus Ciplak’

# Networking

dan banyak lagi mengikut kretiviti anda…

Ebook ini akan berada di pasaran dalam seminggu dua lagi. Selain daripada ebook, pembeli ebook ini juga akan menerima video tutorial langkah demi langkah bagaimana membina blog adsense dengan cepat, hanya 15 minit termasuk segala isi kandungan yang mencecah berpuluh-puluh halaman.

Sebelum itu, mari kita kenali siapa itu Dr.CMD…

Seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaya, Fakulti Sains dan major Kimia. Seorang yang hebat di dalam pengaturcaraan komputer (programming) dan expert Flash design. So, kalau nak banner berbentuk Flash boleh tempah dengan dia. :D Dia adalah kawan baik Din Beramboi dan Kento.Kami tinggal serumah  juga bersama beberapa pakar lagi dalam bidang masing-masing :D

Categories : Cara Bina Blog, Masalah Newbie, Produk Blogger, Software Blogger Tags : ,

Islamic Search Engin + Affiliate Bina Blog

Posted by Din Beramboi 1 April, 2008 (21) Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera…

Sejak akhir-akhir ni isu pasal Islam menjadi hot disebabkan segelintir pihak yang kita memang tahu daripada awal lagi memang nak cari makan pasal dengan Islam. Terbaru menerusi Filem Fitna, yang dihasilkan oleh seorang ahli parlimen Belanda yang dikatakan memperlekehkan al-Quran menyebabkan berlakunya rusuhan di beberapa negara Islam. Memang patut pun aku rasa buat rusuhan dan boikot barangan Belanda. Bagi ajaran sket..cuba rasa !!!

Ramai yang suruh boikot termasuk mantan PM kita, Tun Dr Mahathir dan ahli Parlimen Johor Bharu, Dato’ Shahir. Suara kerajaan Malaysia aku belum dengar lagi…hampeh tul. Ni dia antara barang yang patut aku dan korang semua boikot sebagai menunjukkan kurang ajar rasa tidak puas hati pada Belanda yang sengaja menyakitkan hati tu. Ni pun salah satu jihad iaitu jihad ekonomi.

Sumber dari PPIM

  • Lego - kismis
  • Dutch Lady - susu
  • Ferrero Roche - Coklat
  • Wall’s - ais krim
  • Planta - Marjerin
  • Lady’s Choice - Marjerin
  • Knorr - Perisa Makanan
  • Lipton - Teh
  • Unilever - syarikat
  • Dumex - susu tepung
  • Nutricia - Susu bayi
  • Sunlight - Pencuci
  • Dove - sabun
  • Radiant - Deodoran
  • Rexona - Deodoran
  • Ponds - Produk kecantikkan
  • Sunsilk - syampoo
  • Fair & Lovely - pencuci muka
  • Lux - mandian
  • Breeze - pencuci
  • Shell - Minyak
  • Lagi satu, hari ni aku nak bagitau korang satu Search Engin Islam iaitu Alwahy Search Engin. Function dia lbh kurang macam google, yahoo, msn.. web ni bukan saje boleh email, messenger, you tube, upload video sume.. tapi yg bestnye sume berkaitan Islam.. xde lagi advertisement2 yg tak2 elok.. kita boleh dengar byk talk islami..dan lepas ni kita takyah la guna lagi ym..guna messenger al-wahy plak..pelan2 la..mula2 mmg tak ramai..sebab web ni pun baru lahir..tapi ingat ni la antara usaha kita nak martabatkan Islam. Kalau kita sbg umat Islam ni tak sokong, sape lagi nak sokong.. jom kita mulakan pelan2..mulakan dgn buka akaun n promote pada kawan2 yg lain. Aku pun dah bukak akaun email. Disebabkan sekarang ni tak ramai lagi tahu, korang boleh pilih email yang cantik-cantik macam nama korang : zainuddin@alwahy.com dan sebagainya.

     

    ==============================================================

    Photobucket

    Ok, berbalik kepada perniagaan internet, hari ni aku ada offer kepada sesiapa yang nak menyertai affiliate Bina Blog Dot Com. Korang join jer affiliate dan tampal banner dalam blog korang, korang akan dapat RM5 dari aku. Bila ada customer yg datang dari blog korang pula, dapat lagi RM20 sebagai komisyen. Aku bukak offer ni bukannya sebab takde orang nak join affiliate tu, ntah la…hari ni rasa macam baik hati plak..keh3. :)

     

    Aku offer kepada 10 orang jer dan daftar melalui blog ni jer. Tulis penyertaan korang kat bahagian komen dan emailkan no akaun CIMB melalui contact form kat atas ni.

     

     

    p/s - Peraduan Siapa Paling Hensem masih berjalan dan menangilah hadiah yang bernilai lebih USD200 iaitu wang tunai RM60 dan ebook SEO tool bernilai USD50 setiap satu.

    Categories : Affiliate Marketing, Cara Bina Blog, Menjual Produk, Peraduan Percuma, Sembang-sembang, Software Blogger Tags :

    4 software berguna dan FREE untuk anda…

    Posted by Din Beramboi 27 March, 2008 (20) Comment

    Hari ni aku nak share ngan korang semua 4 tool atau software yang biasa aku gunakan dalam kehidupan sehari-hari dalam bisness internet ni. Software ni pun baru aku jumpa jer sebenarnya..aku rasa bagus ! So, aku nak share la.

     

    1. PDF Creator

     

    Kalau korang nak hasilkan ebook sendiri, nak jual atau nak bagi free tak kisahlah..Tapi tak cukup bajet nak beli Adobe PDF Writer yang mahal macam gaban tu, ini adalah alternatifnya.

     

    Sebuah software yang dah lama aku gunakan, even nak hantar assigment untuk lecturer pun aku kadang2 buat dalam bentuk PDF, aku gunakan CutePDF. Install dan print dokumen korang dan set sebagai PDF file, memang cute habis seperti namanya CutePDF.

     

    2. Screen Shot Software

     

    Gunakan screen shot komputer amat bagus kalau korang mahu menambahkan grafik ke dalam ebook atau web jualan.

     

    Aku dah gunakan banyak screen shot software, tapi memang takleh challenge software FREE ni, Screen Shot 1.0 yang memberikan apa yang aku nak. Sangat senang untuk digunakan dan pantas…yang lebih penting, ianya FREE ! :)

     

    3. MP3 / Audio Editor

     

    Sekarang ni penggunaan mp3 / audio dalam perniagaan internet dah menjadi satu trend. Produk2 macam interview dengan IM pun dah banyak yang terjual macam pisang goreng. Boleh juga gunakan audio utk merekod suara anda sendiri dan simpannya untuk kegunaan pada masa depan.

     

    Tapi masalahnya, tak banyak software yang boleh mengedit audio. Kalau ada pun, sangatlah mahal.. Aku guna free audio editor jer dan senang untuk digunakan. Lagipun, kualiti suara selepas edit memang clear.

     

    Cubalah Audacity !

     

    Kebanyakkan format audio boleh diedit menggunakan Audacity. Tapi kalau korang nak edit file dalam format mp3, korang kena install extra plug in. Aku cadangkan kalau nak gunakan Audacity, install jugak mp3 plug in sebab walaupun tak guna hari ni, suatu hari nanti akan guna jugak kan… Maklumat lebih lanjut nak install plug in ni boleh dapat kat sini :

     

     

    4. Kamus English

     

    Heheh..aper kelas budak Universiti pakai kamus kan? Haha, korang gelak kat aku yer? Takpe2… :) Bahasa English ni bukan bahasa ibunda aku, so kalau tersalah tu memang perkara biasa la. Sebab tu kena pakai kamus..kalau korang masa MUET dulu dapat ban 6, aku tak kisah la..aku dapat ban 4 jer. :)

     

    Ok, penggunaan kamus penting bila korang nak translate ayat-ayat yang susah. Berguna jugak kalau nak translate newsletter ke dalam bahasa english. Aku sedang translate newsletter Minyak Jaguh Kanda sekarang nimenggunakan kamus WordWeb.

     

    Kamus Wordweb ni memang bagus…dia ada dua version iaitu yang berbayar dan free. Kalau kurang bajet, dapatkan yang FREE sebab yang free pun power beb ! Dalam PC aku ada 4 buah kamus semuanya…yang ni jugak paling best ! :)

     

    Ok, ini sahaja 4 software yang bagus dan FREE yang aku nak citer tu. Kalau nak cuba, dipersilakan dan kalau taknak pun takpe. Takde paksaan untuk korang..aku bukan mak bapak korang atau sedara mara korang nak paksa2 ni kan. hehe.. Kalau dah download dan gunakan, harapnya korang boleh share pendapat korang kat bahagian komen kat bawah ni yea..

     

    Thanks..

    Categories : Ebook Percuma, Software Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :

    Jom Sahut Cabaran “Siapa Paling Hensem?” !

    Posted by Din Beramboi 22 March, 2008 (48) Comment

    Photobucket

     

     

    Setiap apa yang kita lakukan, tentunya lebih bermakna jika mendapat sesuatu ganjaran. Seorang petani, akan berasa gembira jika melihat tanamannya tumbuh kian subur.. Seorang guru, akan berasa gembira apabila melihat anak didiknya berjaya dengan cemerlang. Seorang pelajar pula akan berasa gembira apabila hasil penat lelahnya berjaga malam untuk study akhirnya berhasil dengan kejayaan dalam exam.

    Apa pula kejayaan yang paling berharga buat kita sebagai blogger atau lebih tepat lagi usahawan internet. :)Adakah dengan bertambahnya traffik ke blog kita, ia suatu kejayaan? Adakah dengan meningkatnya sales kita, ia suatu kejayaan. Itu semua mmg betul dan merupakan kejayaan buat kita sebagai usahawan internet. Ya, jangan tipu diri sendiri dengan menafikannya. Tapi, ada satu lagi kejayaan yang lebih besar iaitu menyampaikan ilmu agar orang baru (newbie) juga boleh belajar dan berjaya macam kita. :)

    Penghargaan kepada anda

    Hohoho…ini yang sebenarnya aku nak sampaikan pada kali ini iaitu aku akan melancarkan suatu pertandingan “Siapa Paling Hensem?”. Hehe…ada kena mengena dengan blog atau blogger ker? Kalau korang yang sedang baca ni kurang hensem, macam mana pulak nak join? Jangan sedih bro…semua orang boleh join. Tak kira kecik besar, tua muda, hensem atau kurang hensem boleh join. :)

    Sebenarnya aku akan membuat pertandingan Top Komentar kat blog aku ni. Saper yang paling banyak komen, dialah yang paling hensem..hehe. Kalau pompuan, paling cantik la.. :)Korang boleh tengok ranking siapa paling hensem tu kat sidebar blog aku ni. Skang ni nampaknya aku la paling hensem..Korang jangan dengki yea. He.

    Bila program ni akan start dan tamat?

    Program ni akan start pada hari ini iaitu hari Ahad, 23 /03/08 dan akan tamat pada hujung bulan April nanti. Satu bulan 8 hari la lebih kurang. Aku akan track komen2 bermula pada hari ini. Komen yang sebelum ni tak kira tau…

    Dapat apa kalau join?

    Hadiahnya takde la mahal sangat. sekarang ni aku nak establishkan aku punya bisness dulu, kemudian pada bulan depan nanti mungkin hadiah lebih best lagi akan diberikan. Lagipun kita buat ni sesajer nak enjoy jer kan. :)Walaupun kurang lumayan, harapnya dapat sokongan semua.

    Hadiah Pertama:

  • Wang tunai RM30
  • 4 Ebook SEO Tool (package)
  • Hadiah Kedua:

  • Wang tunai RM20
  • 4 Ebook SEO Tool (package)
  • Hadiah ketiga:

     

  • Wang tunai RM10

  • 4 Ebook SEO Tool (package)

    3 Pemenang Hadiah Saguhati:

  • 4 Ebook SEO Tool (package)

    Syarat nak sertai pertandingan ” Siapa Paling Hensem” ni apedia?

    Takde syarat yang keterlaluan pun. Aku takkan suruh korang terjun bangunan 3 tingkat atau makan serangga berkaki 8 pun. Aku ni berperikemanusian jugak.. :)Syaratnya:

  • Subscribe blog aku. Masukkan email korang kat sidebar atas blog ni.
  • Komen tak boleh pendek macam “Hi !” jer..atau “alamak…” atau sewaktu dengannya. Boleh tu boleh, tapi x kira.. :)
  • Jangan bergaduh, mencarut atau menghasut sesiapa sahaja. Politik kalau boleh abaikan jer..lagipun dah abis pilihanraya kan. :)Kalau seminggu, dua minggu lepas kita bertegang urat, kendurkan balik urat tu dengan mengupah tukang urut..
  • Anda berpeluang untuk menang contest ini jika telah buat 15 comment . Semua 6 Pemenang mesti ada paling kurang 15 comment dalam masa 1 bulan 8 hari ini.
  • Payment pemenang dan hadiah ebook akan dihantar paling lewat pada 30/04/08. Takpe, aku akan buat post baru untuk update nanti.
  • Ok, itu sahaja syarat-syaratnya. Mudah jer kan…xde la membebankan sangat pun. Harapnya korang happy. :)Jom join !

    Categories : Peraduan Percuma, Sembang-sembang, Software Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :

    Gegarkan dan Tingkatkan Jualan Dengan Web Audio !

    Posted by Din Beramboi 19 March, 2008 (14) Comment

    Hi..para usahawan internet.

    Ramai yang mengetahui, penggunaan grafik yang cantik di web jualan mampu menarik pelawat untuk ke web jualan anda. Seterusnya menjadi pembeli produk anda dan kemudiannya menjadi pembeli tetap anda. Tetapi, anda lupa bahawa penggunaan audio lebih meyakinkan pelawat dan pelanggan untuk terus menjadi pelanggan setia anda.

    Di dalam perniagaan internet, kredibiliti merupakan kunci utama untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat untuk membeli produk kita. Yer lah, siapa sanggup keluarkan duit dari poket untuk diberi kepada orang yang tidak dikenali mereka. Tidak pernah kenal dan bertemu…memang akan rasa begitu, termasuklah saya sendiri. Anda macam mana? betul tak? :)

    Terbaru…penggunaan web audio terbukti lebih melariskan jualan. Itu pendapat kebanyakkan otai-otai usahawan internet sekarang. Dengan memasukkan suara ke dalam web jualan, ia secara tidak langsung seolah-olah anda berinteraksi dengan pelanggan secara langsung. cara ini jugak semestinya akan memberikan keyakinan dan menarik perhatian mereka.

    Contoh yang mudah, anda minat kat sorang artis. Bagaimana proses untuk minat tu menjadi? Kalau anda membeli sebuah album tetapi belum mendengar suaranya, belum tentu anda akan meminatinya. Apabila lagu itu dimainkan, minat semestinya akan bertambah…lebih bertambah lagi minat kalau anda sendiri dapat bertemu dengan artis pujaan itu. :)

    Dalam perniagaan internet, tidak banyak software yang dihasilkan untuk tujuan ini. Kalau adapun, ianya amat mahal, susah untuk dikonfigurasi, terpaksa membayar yuran bulanan dan sebagainya.

    Tetapi hari ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda suatu software yang amat mudah, murah dan dengan memiliki software hebat ini, anda tidak perlu membayar yuran bulanan lagi. Ini dia software yang dimaksudkan !

    Dengan memiliki software Web Audio Plus ini, web jualan / website anda akan kelihatan lebih ‘hidup’. Cuma dengan tiga langkah mudah, anda akan berjaya meletakkan audio di web jualan anda. Begitu mudahkah? :) Dan bersedialah juga  kehancuran meledakkan jualan anda dari sehari ke sehari…

    N ak memiliki software hebat ini, klik di sini. Special untuk anda…:)

    Categories : Software Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :