Software Blogger
Tonton Video Bagaimana Membuat “Psychic” Salesletters
Hi para mahasiswa dan bukan mahasiswa…Aku dah kembali dari kampung setelah selesai upacara perkahwinan adik aku tu. Meriah jugak la majlis tu…Sampai jer kat kolej, ramai yang tanya aku, “Din, best tak majlis tu”. Hampeh tul, bukan aku yang kawin la..mana la best. Lain la klu aku yang kawin, baru best..hehe.

Ok, berbalik kepada cerita kita pada kali ni. Korang tau tak macam mana nak buat Salesletters / Surat Jualan? “Psychic Sales Letter” ni lain pula berbanding sales letter yang biasa kita lihat.
Video ini saya dapat daripada Odin Sorenson dan ia dihasilkan oleh Eben Pagan, seorang otai Internet Business. Di samping menjelaskan bagaimana “Physic Sales Letter” ni berfungsi, beliau juga memberi banyak nasihat berkenaan bisness internet dan salesletters . beliau juga menunjukkan kepada anda bagaimana menggunakan ‘an awesome software’ untuk menghasilkan “Psychic Salesletters”.
Kalau connection korang slow dan video tu tersekat-sekat, boleh download video dan mainkan dengan komputer korang.
Aku sangat recommendkan korang untuk tengok video ni. Kalau yang masih newbie tu, tak tengok pun takpe…nanti pening plak. Aku pun pening gak ni..hehe. Ini dia link untuk download software “Psychic Sales Letter”. Kalau nak, baik download sekarang sebabnya dia ada limit masa. Mungkin esok lusa, dah xleh dah…
Ni pulak video lengkap yang menceritakan langkah demi langkah bermula download software dan macam mana kita nak guna software tu.
Kalau connection korang slow sangat dan video tersekat-sekat, boleh download video dan mainkan di komputer korang.
p/s - selain daripada servis membuat blog, aku juga membuat servis bina sales letter. kalau korang berminat, sila contact aku yea.. ![]()
Ebook Percuma - 5 Langkah Dalam Memulakan Perniagaan Internet
Hurmm..letih dan mengantuk sekali… Dari semalam saya tidak tidur lagi. Semalam, kawan-kawan serumah banyak mendownload ceramah ‘isu-isu panas’ dan kami semua mendengarnya. Kemudian, layan movie pula sampai subuh. Pastu, barulah saya menyiapkan lagi sedikit bahagian di dalam ebook terbaru saya.
Ya, saya baru saja menyiapkan sebuah ebook terbaru dan akan di edarkan secara PERCUMA sahaja kepada semua. Tajuk ebook itu adalah ” 5 Langkah Wajib Dalam Memulakan Perniagaan Internet“. Ebook ini saya siapkan dalam masa dua hari sahaja kerana sebelum ini bahan-bahan untuk di muatkan ke dalamnya sudah saya kumpulkan sejak awal lagi.

Ebook ini di khususkan kepada para newbie (baru nak bermula) dalam bidang perniagaan internet dan ia adalah tulisan saya 100% daripada pemikiran, rujukan dan info perniagaan internet semasa.
Untuk mendownload –> Klik Di Sini
Di dalam ebook yang ringkas tetapi lengkap ini, di lengkapkan beberapa perkara yang penting untuk anda sebagai newbie. Antaranya ialah :
1. Bagaimana Menentukan “Niche” Laman Web
2. Download Templete Web secara PERCUMA
3. Download Software NVU PERCUMA
4. Download 100 Cara Promosi Berkesan secara PERCUMA
5. Download Software Grafik secara PERCUMA
6. Cara-cara memilih Domain dan Hosting
dan beberapa perkara lagi….
Bila difikirkan, biasanya sesuatu yang diberikan secara percuma jarang di manfaatkan.Tetapi tak mengapalah, saya rasa pada kali ini terasa murah hati pula ingin memberi secara PERCUMA. lagipun, ini adalah ebook pertama saya yang dihasilkan oleh hasil kerja saya sendiri. Di harapkan, anda dapat memanfaatkan ebook ini dengan sebaiknya.
Untuk mendownload —> Klik Di sini
Jika ianya bermanfaat untuk anda, sila sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan anda juga. Semoga kita semua dapat mempelajari dan menambahkan pengetahuan bersama. Jika anda temui sebarang kesalahan atau mempunyai maklumat yang tidak tepat di dalam ebook tersebut, harap di maafkan dan informkan kepada saya agar dapat dibaiki dan di publishkan semula..
Setelah anda mendapatkannya, silalah komen di sini apa sahaja pendapat anda berkenaan ebook tersebut. Terima kasih.. ![]()
Camtasia Studio percuma untuk anda
Untuk para ebiz, Camtasia Studio adalah salah satu perkara yang penting yang mesti dimiliki. Mungkin anda tidak memerlukannya sekarang, tetapi apabila perniagaan anda semakin berkembang dan sudah mempunyai ramai “anak buah”, Camtasia Studio diperlukan untuk mengajar mereka secara tutorial dengan cara yang lebih mudah difahami.
Harganya di pasaran adalah USD 299 atau lebih kurang RM1010.78. Bagi anda yang baru bermula atau sudah lama bermula, USD299 bukannya nilai yang kecil. Kadang-kadang, anda perlu memikirkan perkara yang lebih penting di antara benda yang penting. Tapi hari ini, anda jangan risau lagi kerana walaupun anda tiada USD299 atau walaupun belum mempunyai Paypal atau kad kredit, anda juga boleh memiliki Camtasia Studio secara PERCUMA.
Ya..PERCUMA ! Berita baik untuk anda, TechSmith sedang memberikan tawaran istimewa iaitu Software Camtasia Studio secara PERCUMA. Dengan adanya software ini, anda boleh merekod aktiviti di screen komputer kita dan menukarkannya kepada video. Bagi saya ini sangat berguna untuk buat tutorial. Contohnya jika kita nak ajar sesuatu kepada orang lain, kita rakamkan dan kirim video tersebut.
Tentunya mereka lebih mudah faham dengan melihat video sambil mendengar penerangannya. Ianya juga baik untuk pemasaran. Kita boleh rakamkan tentang produk kita dan penerangannya kemudian upload video tersebut ke youtube. Jika ada rezeki kita akan dapat jualan.
Ok anda boleh klik link di bawah untuk download:
Anda tak perlu crack atau cari keygennya di mana-mana laman web yang menyediakannya secara percuma kerana anda boleh mendapatkan keygennya daripada Techmith. Untuk mendapatkan keygennya, sila daftar melalui link berikut:
p/s - Untuk pengetahuan anda, Camtasia yang diberikan percuma ini adalah Version 3, yang terkini adalah Version 5. Jika nak upgrade anda hanya perlu bayar separuh harga sahaja.
p/ss- Tak tahu macam mana nak hasilkan video yang baik, klik di sini untuk mendapatkan panduannya.





