Tag
Tag : 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Aku
Masa aku sedang menyiapkan kajian keyword bagi blog adsense aku yang ke 18, terlintas pulak nak melawat blog Dauz..Dan sesungguhnya lawatan tak rasmi aku tu membuatkan aku merana seluruh hidup..huhu. Apa aku merepek ni? Ntah la…
Sebenarnya takde apapun, aku kena tag jer lah..

Tag daripada Titan pun aku belum jawab, skang kena serang ngan Dauz plak. Apehal la korang kejam ni aaa? Hehe..takpe, bagi menunaikan hajat kawan baik aku dua orang ni, aku jawab la tag ni. Sebelum tu, tag ni adalah daripada Afzai Afandi dan telah merebak dengan cepatnya keseluruh antero raya..termasuklah Planet Jupiter tempat aku tinggal ni.
Sebelum tu, aku nak bagitau syarat2 pertandingan ni mengikut budi bicara pencipta tag yang takde perasaan malu ni. Syarat-syaratnya adalah :
1. Cerita benar sahaja dan xde kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu mengetag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag ! (syarat ni yang ni memang tak leh blah..
)
Sebenarnya aku menulis tag ni dalam keadaan tak berapa waras sebab dah kena virus mengantuk. Dah kul 5 am ni bai…mana tak ngantuknya. Kalau tersasul cakap, sowi la erk.
Ok, ini dia 5 perkara pertama dalam hidup aku.
1. Aku bukanlah anak pertama dalam keluarga aku, tapi orang pertama dalam keluarga aku yang menjejakkan kaki ke menara gading..chewah. Dulu bangga siot…skang rasa cam biasa jer. Kakak-kakak dan abang aku tu nak kawin cepat. So, taknak belajar sungguh-sungguh. Padahal diorang bijak pun.. menggatal jer kerja diorang..
2. Dalam ramai2 adik-beradik aku pulak, aku adalah satu-satunya (pertama jugak kan..) tak belajar sekolah agama. Kira paling jahil la..huhu. Sebabnya lepas UPSR aku dapat tawaran ke SBP. Abah aku dah cakap.. “Din, kalau tak dapat pergi SBP/MRSM, Abah nak Din belajar agama kat Yala, Thailand. Masuk sekolah pondok..”Huhu,,bestnya kalau dapat masuk sekolah pondok.
3. Bila tak masuk sekolah pondok. Mulalah menggatal kat sekolah menengah..1st time aku suka kat sorang awek tu masa form 3. Mula-mula aku jd posmen jer utk senior aku yg selalu suruh sampaikan salam pada ‘awek’ tu. Last2 aku pulak yg terpikat…hehe. Tapi dia tak layan aku, maklumlah dia top student. Aku pernah cakap ngan dia yang aku suka dia. Dia kata ” saya belum bersedia…sekarang ni belajar adalah 1st priority.” Bagus, aku setuju..Aku cakap kat dia ” saya sukakan awak dan akan tunggu awak sehingga awak bersedia.”
Aku tunggu dia dan tak kaple sehingga aku masuk Matrikulasi dan UM sekarang ni. Dia plak kat UTP. Tahun lepas aku mesej dia dan bagitau sekali lagi pasal benda tu. Dia cakap “saya dah kaple pun…baru jer kaple.” Kecewa siot aku…apesal la tak bagitau aku awal-awal. Dah 5 tahun aku tunggu dia..Mmg kejam. Sekarang ni aku dah lupakan dia walaupun masih sayang dan bahagia bersama 4 1 orang awek baru.
Dia ingat aku takleh cari awek? Silap la kalau fikir macam tu..
4. Kali pertama aku datang KL adalah lepas SPM untuk cari kerja kilang..hehe. Aku dah contact awal2 bapak sedara aku kat KL supaya amik aku kat stesen bas seksyen 17 Shah Alam, tapi dia ada hal penting…aku terkandas kat stesen bas tu selama 16 jam dari pukul 8 am sehingga pukul 12 malam..sebab tak tahu nak gi mana. Aku bagitau kat mak aku dan mak aku marah adik dia (bapak sedara aku) sebab x amik aku..padan muka dia. Aku pun benci ngan dia…keje lagi pentingkah?
Dulu aku tak tahu langsung area KL ni. Sekarang ni sejak duk UM, cakap jer korang nak gi mana. Aku boleh bawak. Cheras, Pudu, Dato’ Keramat, Shah Alam, Subang, KLIA…dan semua la..hehe. Rahsia ni dan jangan bagitau mak aku..aku ni suka jalan2. Pssstt
5. Pertama kali buat ebiz pada tahun lepas…tapi aku main2 jer. Patutla tak gempak. Orang yang pertama kali perkenalkan aku dengan benda ni adalah Sukeri. Mula-mula aku join Mastereload jadi downline dia dan sampailah sekarang. Dia jugak banyak ajar aku tentang semua ni. Tentang adsense, tentang affiliate dan sebagainya..TQ banyak2 kat dia. 1st income aku pulak adalah melalui jualan pil penjimat minyak..dapat RM30 pada kali pertama.
Ok, itu sahaja 5 perkara atau benda pertama dalam hidup aku. Walaupun nampak macam satu cerita yang bersambung, tapi ia adalah benda PERTAMA ! Sekarang ni tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh aku. Aku dengan perasaan simpati akan mengetag 5 orang ni pulak..mereka adalah..jeng jeng jeng..
1. Abd Fatah - Pelawat blog aku yang baru, tapi dia ni mmg sempoi..skang ni tengah beradu tenaga ngan Dauz utk memenangi peraduan Siapa Paling Hensem.
2. Shahraduan - Ni member baik aku jugak. Otai Ebay ni jangan main2. Baru jer dapat anak kembar..tahniah bro.
Hajatnya nak belajar ebay ngan hang ni..
3. AliCyber - Dia ni orang pertama yang pernah tag aku. 8 perkara pasal diri sendiri..haha. Sekarang tiba giliran ko plak yang kena tag. Win-win situation la bro..heheh.
4. ahib0205 - Kalau tak silap aku, dia ni student UiTM. Member dia kawan aku..cuma aku tak pernah bagitau ahib0205 yang aku kenal dia. Heheh..
5. Sukeri - Sifu yang banyak berjasa. Sorry la terkena tag dengan anak murid plak..hehe. Kalau tak busy, silalah jawab..
Ok, itu sajer yang aku boleh citer..semuanya spontan dan aku tak semak balik apa yang aku tulis. Harapnya takde apa2 kesalahan yang boleh menyinggung hati korang. Kalau ada, anggap jer aku gurau pagi2 buta ni. K, nak tido dah…
p/s - Lepas ni aku akan kembali fokus pada adsense. Aku dah jumpai sesuatu yang berharga yang selama ini aku kurang peduli dalam beradsense. Mungkin post-post selepas ni akan lebih kepada adsense..
p/ss - 2 + 1 projek masih dalam gerak kerja. Belum siap sepenuhnya…lambat lagi kot nak siap. Nanti harap dapat support bila dah launch nanti. TQ






