Teknik Tutorial
Bagaimana Nak Mengoptimisekan Blog ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ni kita belajar sket bagaimana nak mengoptimisekan blog. Kalau blog cantik, takde gunanya kalau takde pelawatkan? Dengan cara optimise blog ini, akan menaikkan ranking blog kita dan meramaikan lagi pelawat, insya-Allah.
Aku sebenarnya ada buat video untuk tajuk ini. Video tu pun dah siap… Cuma aku saje malas nak masukkan kat sini. Filenya besar sangatlah. Takpe, sementara video tu dikecik2 kan filenya, kita baca ajerlah kat sini. Bukan susah pun nak faham..hehe.
Cara yang akan aku tunjukkan ini sangat sesuai bagi anda yang baru membina blog. Kalau dah lama ada blog, tapi belum optimise pun lagi, boleh juga cuba cara ni. Aku taknak menulis panjang2…yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan. Betul tak?
Ok, perkara paling asas sekali selepas membina blog adalah menukarkan permalink url blog. Apa dia permalink url? Ok, ianya merujuk kepada link post yang terhasil pada setiap post yang di bina. Contoh permalink blog pada post ini adalah:
http://blog.dinberamboi.com/bagaimana-mengoptimisekan-blog/
Cara permalink ini adalah paling sesuai bagi pendapat aku kerana ia terus kepada tajuk post, atau keyword post selepas sahaja link domain kita.
Aku mungkin boleh gunakan permalink macam ni juga:
http://blog.dinberamboi.com/?p=319
Nombor 319 pada hujung merujuk kepada ID post. Cara ini kurang sesuai kerana ianya tidak menunjukka tajuk sesuatu post atau keyword post.
Tajuk post atau keyword pada tajuk post adalah salah satu element penting dalam SEO. Jadi, jangan lupa kayakan keyword pada tajuk post.
Ok, bagaimana nak menukar permalink url supaya menjadi mesra SEO macam permalink blog ini? Caranya adalah seperti di bawah:
1. Login blog anda
2. Klik “Setting”
3. Klik “Permalink”
Anda akan lihat 5 optin permalink yang biasa digunakan seperti dibawah:

Kalau korang gunakan permalink yang mcm ni: http://blog.dinberamboi.com/?p=319 . korang gunakan option yang pertama. Kalau nak optimise, gunakan “Custom Structure”.
Caranya:
1. Klik pada option kedua
2. Klik pula pada option ke 5. (Custom Structure).
3. Delete bermula : “/%year%/%monthnum%/%day% ” dan tinggalkan hanya “/%postname%/”
4. Klik Save Change
5. Update file .htaccess
Itu sahaja caranya…aku harap korang tahu macam mana nak update file .htaccess tu ya. Kalau tak reti, leh tanya kat bahagian komen.
Itu sahaja tutorial untuk kali ini. Kalau bagus, boleh gunakan..kalau rasa tak setuju, abaikan saja…
Update: 4.02am (05 Nov 08 / Wednesday)
Di bawah ini adalah link download video bagaimana nak mengupdate file .htaccess . Sila Download.
Jangan Biarkan Komisyen Affiliate Anda Di Curi !
Huhu..aku sebenarnya segan nak buat post ni. Tapi aku rasa korang semua patut tahu benda ni. Sebab aku dah tau, aku nak citer kat korang pulak.
Korang tau kan program Affiliate..Memang salah satu program buat duit di internet yang agak mudah dan percuma, tetapi susah untuk mendapat habuan kalau tak kena caranya. Aku harap korang yang baca nih memang dah tau ape itu program affiliate. Atau hari ini ada newbie di blog aku?(aku pun newbie jugak) Ok, aku terangkan jugak la secara ringkas..
Program Affiliate adalah program di mana kita menjadi agen promosi kepada sesuatu produk yang di hasilkan oleh Usahawan Internet lain. Ada program affiliate yang berbayar dan ada yang FREE, dan kebanyakannya adalah FREE. Tugas kita hanyalah promosi, promosi dan promosi dengan menggunakan link affiliate kita, dan jika ada jualan melalui link tersebut, kita dapat komisyen. Mungkin kita dapat 30%, 40% atau 50% komisyen daripada harga produk tersebut bergantung kepada harga produk.
Tapi hari ini, sedar atau tidak..memang kebanyakkan daripada kita hanya mempromosikan secara lurus bendul..hehe. Kebanyakkan daripada kita terus mempromosikan secara terus selepas mendaftar dan tanpa melakukan sedikit adjustment pada link affiliate. Contoh link affiliate adalah : http://www.bloggingsteps.com/kit/index.php?ref=zainuddin
Yang membezakan antara link affiliate aku ngan korang hanyalah pada “ref=zainuddin” sahaja. Tahukah korang, jika mempromosikan menggunakan link affiliate macam tu boleh MERUGIKAN. Memang rugi besar ! Sebabnya kebanyakkan pengguna memang kedekut untuk memberi komisyen kepada tukang promosi. Dah la org tolong tunjukkan jalan kepada dia (produk), patutnya bagi la kredit sket (komisyen) kat tukang promosi tu. Ini tak…huhu. Cara mereka menghilangkan komisyen kita adalah dengan membuang “ref=zainuddin” tersebut.
Aku taknak cakap panjang sebenarnya sebab aku dah siapkan video untuk korang. Ini adalah video yang aku buat sendiri dan 100% daripada aku. Aku harap korang tak gelak aku yer..sebabnya suara aku macam SENGAU sket. Maklumlah aku tape kan dengan Handset Sabun aku jer..hehe. Takde peralatan canggih lagi. Nanti la aku beli..ok, selamat menonton.
bersambung….
Ebook Percuma - 5 Langkah Dalam Memulakan Perniagaan Internet
Hurmm..letih dan mengantuk sekali… Dari semalam saya tidak tidur lagi. Semalam, kawan-kawan serumah banyak mendownload ceramah ‘isu-isu panas’ dan kami semua mendengarnya. Kemudian, layan movie pula sampai subuh. Pastu, barulah saya menyiapkan lagi sedikit bahagian di dalam ebook terbaru saya.
Ya, saya baru saja menyiapkan sebuah ebook terbaru dan akan di edarkan secara PERCUMA sahaja kepada semua. Tajuk ebook itu adalah ” 5 Langkah Wajib Dalam Memulakan Perniagaan Internet“. Ebook ini saya siapkan dalam masa dua hari sahaja kerana sebelum ini bahan-bahan untuk di muatkan ke dalamnya sudah saya kumpulkan sejak awal lagi.

Ebook ini di khususkan kepada para newbie (baru nak bermula) dalam bidang perniagaan internet dan ia adalah tulisan saya 100% daripada pemikiran, rujukan dan info perniagaan internet semasa.
Untuk mendownload –> Klik Di Sini
Di dalam ebook yang ringkas tetapi lengkap ini, di lengkapkan beberapa perkara yang penting untuk anda sebagai newbie. Antaranya ialah :
1. Bagaimana Menentukan “Niche” Laman Web
2. Download Templete Web secara PERCUMA
3. Download Software NVU PERCUMA
4. Download 100 Cara Promosi Berkesan secara PERCUMA
5. Download Software Grafik secara PERCUMA
6. Cara-cara memilih Domain dan Hosting
dan beberapa perkara lagi….
Bila difikirkan, biasanya sesuatu yang diberikan secara percuma jarang di manfaatkan.Tetapi tak mengapalah, saya rasa pada kali ini terasa murah hati pula ingin memberi secara PERCUMA. lagipun, ini adalah ebook pertama saya yang dihasilkan oleh hasil kerja saya sendiri. Di harapkan, anda dapat memanfaatkan ebook ini dengan sebaiknya.
Untuk mendownload —> Klik Di sini
Jika ianya bermanfaat untuk anda, sila sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan anda juga. Semoga kita semua dapat mempelajari dan menambahkan pengetahuan bersama. Jika anda temui sebarang kesalahan atau mempunyai maklumat yang tidak tepat di dalam ebook tersebut, harap di maafkan dan informkan kepada saya agar dapat dibaiki dan di publishkan semula..
Setelah anda mendapatkannya, silalah komen di sini apa sahaja pendapat anda berkenaan ebook tersebut. Terima kasih.. ![]()
Ada Masalah Membina Blog Dot Com ? Serahkan kepada saya !
Hi… berjumpa lagi. Tak kira siapapun anda, pelawat baru atau pelawat setia blog saya ini, selamat datang kepada semua. Rajin-rajinlah datang ke blog ini yer…hehe.
Untuk post pada kali ini, saya mahu bertanya anda…adakah anda sudah mempunyai blog dot com sendiri? Kalau sudah ada…alhamdulillah. Anda sudah berada satu langkah di hadapan untuk menjana pendapatan melalui internet.Yang tiggal hanyalah usaha anda… dan pilihlah mana-mana program di internet yang serasi dengan anda untuk menjana pendapatan. Anda pasti berjaya jika melakukan sesuatu yang anda minat dan suka.
Bagi anda yang belum mempunyai blog dot com sendiri, bila anda mahu bermula? Mahukah anda terus ketinggalan dan tidak menjana pendapatan melalui internet. Hari ini, sudah ramai yang berjaya melalui program-program di internet dan anda tidak perlu ragu lagi. Sekarang juga sudah banyak mentor-mentor yang boleh membimbing anda, cuma usaha anda sahaja untuk mencari dan belajar…
Kepada yang masih belum mempunyai blog, mahukah anda kalau saya buatkan blog untuk anda? Jika anda mahu, sila klik di sini
Anda tidak perlu “try and error” lagi… Silap-silap haribulan, database hosting anda rosak dan anda akan kehilangan blog tersebut selama-lamanya melainkan anda membeli hosting baru. Anda tidak perlu lagi membaca panduan-panduan yang tidak lengkap tentang bagaimana untuk membina blog, kerana hanya akan memeningkan anda sahaja. (kecualilah anda mendapat Panduan ebook yang betul-betul membantu anda seperti Pakej kit Blogger)
Web membina blog itu saya baru siapkan semalam dan hari ini, saya dengan rasminya melancarkannya… Silalah melawatnya dengan klik di sini
Setelah saya siapkan blog anda, saya juga akan memberikan anda ebook-ebook berguna tentang perniagaan internet bernilai lebih RM1000 secara PERCUMA !!!. Jika anda belum mempunyai blog dot com anda lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki blog sendiri.
Untuk maklumat lanjut tentang bina blog tersebut, sila klik di sini.
Camtasia Studio percuma untuk anda
Untuk para ebiz, Camtasia Studio adalah salah satu perkara yang penting yang mesti dimiliki. Mungkin anda tidak memerlukannya sekarang, tetapi apabila perniagaan anda semakin berkembang dan sudah mempunyai ramai “anak buah”, Camtasia Studio diperlukan untuk mengajar mereka secara tutorial dengan cara yang lebih mudah difahami.
Harganya di pasaran adalah USD 299 atau lebih kurang RM1010.78. Bagi anda yang baru bermula atau sudah lama bermula, USD299 bukannya nilai yang kecil. Kadang-kadang, anda perlu memikirkan perkara yang lebih penting di antara benda yang penting. Tapi hari ini, anda jangan risau lagi kerana walaupun anda tiada USD299 atau walaupun belum mempunyai Paypal atau kad kredit, anda juga boleh memiliki Camtasia Studio secara PERCUMA.
Ya..PERCUMA ! Berita baik untuk anda, TechSmith sedang memberikan tawaran istimewa iaitu Software Camtasia Studio secara PERCUMA. Dengan adanya software ini, anda boleh merekod aktiviti di screen komputer kita dan menukarkannya kepada video. Bagi saya ini sangat berguna untuk buat tutorial. Contohnya jika kita nak ajar sesuatu kepada orang lain, kita rakamkan dan kirim video tersebut.
Tentunya mereka lebih mudah faham dengan melihat video sambil mendengar penerangannya. Ianya juga baik untuk pemasaran. Kita boleh rakamkan tentang produk kita dan penerangannya kemudian upload video tersebut ke youtube. Jika ada rezeki kita akan dapat jualan.
Ok anda boleh klik link di bawah untuk download:
Anda tak perlu crack atau cari keygennya di mana-mana laman web yang menyediakannya secara percuma kerana anda boleh mendapatkan keygennya daripada Techmith. Untuk mendapatkan keygennya, sila daftar melalui link berikut:
p/s - Untuk pengetahuan anda, Camtasia yang diberikan percuma ini adalah Version 3, yang terkini adalah Version 5. Jika nak upgrade anda hanya perlu bayar separuh harga sahaja.
p/ss- Tak tahu macam mana nak hasilkan video yang baik, klik di sini untuk mendapatkan panduannya.





