Testimoni Kejayaan

Pakcik Kayoooooo…

Posted by Din Beramboi 23 July, 2010 (0) Comment

Salam sejahtera kawan-kawan…

rambutan

Hari ni saya nak cerita satu perkara penting, jika anda nak melipatkaligandakan keuntungan bisnes anda. Tidak kira anda buat bisnes apa sekalipun.

Sebenarnya pagi tadi, seperti biasa setiap khamis saya akan hantar isteri ke klinik untuk pemeriksaan berkala kandungan. Alhamdulillah dah 8 bulan dan semuanya sihat walafiat.

Masa menunggu isteri, saya berehat-rehat di kedai makan berhampiran klinik. Tak lama kemudian, datang sebuah lori yang membawa muatan buah rambutan yang banyak.

Beberapa orang lelaki menurunkan beberapa guni buah rambutan, gerai dan payung. Dah siap, lori pun blah. Masak ranum betul buah rambutannya dari kejauhan. Membuatkan air liur berkecap-kecap nak rasa. hehe.

Saya pergi lah ke gerai rambutan tu dan beli sekilo RM4.

Sambil2 tu bersembang dengan penjual, seorang perempuan. Saya tanya dia, “Taukey ker?”

Dia jawab, “tak la..taukey takkan duk mcm ni. hehe”

Di pendekkan cerita, rupa-rupanya taukeynya adalah jutawan rambutan. Kalau tak jutawan, mungkin puluh ribuan la. hehe.

Penjual tu cakap, taukeynya memajak dusun rambutan orang lain dan setiap hari, taukeynya menurunkan paling kurang 5 gerai.  Dengan mengupah orang-orang yang takde kerja menjaga gerainya, dia berjaya mengutip untung RM500 bersih di setiap gerainya.

Kalau 5 gerai, maknanya incomenya adalah RM2500 sehari. Wooww..Sebulan? RM2500 x 30 hari = RM75,000 sebulan. Dengan hanya menjual rambutan di gerai2 yang dijaga budak menganggur.

Pengajarannya kat sini adalah, orang yang bijak mencari peluang akan terus untung dan untung. Orang yang gagal pula mencari alasan. Betullah kata-kata Robert Kiyosaki, “Orang miskin mencari pekerjaan, orang kaya mencari jaringan “

p/s - awal bulan Ogos nak balik kampung di Kelantan, makan rambutan puas2.. :)

Categories : Menjual Produk, Sembang-sembang, Testimoni Kejayaan, Tips Perniagaan Internet Tags :

Ian del Carmen’s Success Story : From McDonald’s To Internet Riches

Posted by Din Beramboi 1 July, 2008 (19) Comment

Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua sebuah cerita kejayaan. Moga-moga ia menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Ya, nak berjaya kenalah ikut cara orang berjaya, nak gagal ikutlah cara orang yang gagal. Semuanya ada di depan mata.

Mungkin tiada siapa yang menyangka dan imagine bahawa mamat ni yang baru berusia 29 tahun (sekarang ) akan menjadi seorang CEO sebuah syarikat perniagaan internet yang berjaya di Filipina. Sebelum beliau bergiat dalam bidang perniagaan internet dan memiliki syarikat sendiri iaitu Fireball Planet Corporation (www.FireballPlanet.com) , beliau adalah seorang pelajar kolej yang yang tak tahu apa-apa berkenaan komputer dan marketing.

Beliau masih ingat pada masa zaman sekolah menengahnya dan selalu berfikir macam mana printer print kertas dari komputer. Bagaimana sebuah kertas yang tak bergerak di microsoff office boleh di pegang setelah di print. Macam bodoh…hahaha. Beliau menulis di dalam blognya, kalau ingat balik benda tu  confirm akan gelak sorang2. Huhu.

Jalannya sangat panjang. Tapi berkat minat dan kesungguhan akhirnya sekarang ini beliau berjaya memiliki sebuah syarikat sendiri dan hanya bekerja dari bilik tidur dengan mempunyai 40,000 pelanggan di seluruh dunia.

Kejayaannya hari ini kerana mempunyai perasaan ingin merubah kehidupan !

Pada masa kecilnya, mak dan ayah bercerai dan berpisah. Beliau hanya bersekolah di sekolah biasa dan semasa di sekolah menengah beliau bersekolah di sekolah persendirian..itupun kerana belas pakciknya yang membayar segala yuran pengajian.

Pada usianya 15 tahun, Ian Del Carmen bekerja di restoran McDonald sebagai pekerja biasa untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Setelah dua bulan bekerja, dia berhenti kerja kerana memikirkan sampai mati pun tak akan jadi bos kalau bekerja dengan orang.

Semasa di tahun dua pengajian di sebuah kolej, beliau menjual design baju kerana kebolehannya mendesign. Pada masa tu, terdapat banyak permintaan dan hidupnya sedikit mewah. Beliau pernah bercadang untuk membuka perniagaan sendiri pada waktu itu tetapi memandangkan masih belum mahir dalam pengurusan perniagaan, beliau batalkan hasrat itu.

Beliau kemudiannya dibuang kolej…apa masalah tak ceritakan. Kemudiannya, Ian Del Carmen bekerja sebagai penulis script untuk TV iaitu Channel 4 dan kemudiannya ABS-CBN station, juga menjadi penulis script untuk program realiti TV iaitu Pinoy Big Brother.

Pada masa inilah Ian Del Carmen mula berminat kepada komputer dan perniagaan internet kerana ditugaskan untuk memeriksa email peminat realiti TV. Beliau telah menemui maklumat perniagaan produk di internet lalu mula mengkaji dan membaca di masa lapangnya.

Pada permulaannya, beliau menjumpai info tentang perniagaan Resell Right dan Private Label Right (PLR). Korang tau tak apa itu Resell Right? apa itu PLR? Ok, aku bagitau bagi sesiapa yang belum tahu. produk Resell Right bermaksud produk yang kita boleh jual kembali setelah membeli produk tersebut tetapi tidak boleh mengubah nama penulis (authority). Kita boleh menyimpan keuntungan 100% dari hasil penjualan produk tersebut.

Produk PLR pulak adalah produk yang mana kita boleh menjual kembali setelah membeli daripada pengeluar dan kita juga boleh rebrand (mengubah authority) untuk menjadikan produk itu kita punya. Seolah-olah kita yang menulis dan mengeluarkan produk itu. Kita boleh mengubah kandungan ebook dan juga minisite.

Jadi, jenis perniagaan inilah yang Ian Del Carmen mula-mula buat. Setelah menguasai model perniagaan ini, beliau mula mengumpul produk2 Resell Right dan PLR dalam bentuk digital dan mula menjual di market oversea. Beliau berjaya membuat jualan ebook pertama berjumlah USD27…sungguh happy katanya pada waktu itu. Yup, aku jugak rasa happy giler masa mula2 dapat duit dari perniagaan internet dulu. Cam tak percaya..hehe.

Pada masa itu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai script writer untuk TV show dan melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa. Beliau kemudiannya meluaskan empayar perniagaan internet dengan menjual produk digital seperti software, menjual video dan mp3, dan perniagaannya terus berkembang.

Not bad…dalam masa beberapa bulan sahaja pendapatannya berjaya mencecah USD1000 sehingga USD2000 sebulan.

Pada awal tahun lepas, beliau berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang jutawan sebelum berusia 28 tahun. Ya, jutawan muda…Bagaimana beliau menjadi jutawan? Sebenarnya beliau menjadi jutawan dalam masa seminggu sahaja iaitu dengan menjual membership site dan mendapat 1 juta Pesos  dalam masa seminggu. Hebatkan? Membership itu berharga dari USD197 sehingga USD397 dan beliau mempromosikan ke seluruh dunia.

Pada May 2007, beliau menyedari bahawa beliau tidak mampu menguruskan perniagaannya seorang diri lagi lalu menubuhkan sebuah syarikat iaitu Fireball Planet Corporation dan mengandungi beberapa orang pemegang saham dan pelaburan.

Betul seperti kata Ian Del Carmen di dalam blognya, untuk mendapatkan ribu riban dalam bentuk dolar sebenarnya tak perlu meninggalkan Filipina pun. Kita mampu menghasilkannya dari dalam negara hanya melalui internet..

Apa respon korang dengan cerita ni? Ada teruja? haha…bagaimana plak korang dapat 1USD yang pertama? leh citer kat dalam bahagian komen. Hope boleh memberi inspiration kepada semua..

p/s - Untuk lebih teruja, sila tonton video kat bawah ni. Hayati, ambil iktibar dan enjoy !.. :D

Categories : Testimoni Kejayaan, Tips Perniagaan Internet Tags :

Ebook Jana Wang Adsense Di Lancarkan

Posted by Din Beramboi 27 May, 2008 (18) Comment

Hoho…akhirnya penantian bagi sesiapa yang ingin belajar dan menjana pendapatan dengan adsense dah berakhir. Ya, panduan menjana adsense terhebat dan terbaik telah dilancarkan. Mari kita lihat apa kata otai- otai yang lain pasal ebook JanaWang-Adsense ini.

Assalamualaikum Munawar

Saya mempunyai banyak ebook berkaitan Adsense dalam BM dan BI dan saya akui ebook tuan adalah yang terbaik bagi saya. Saya ada rekomen pada kengkawan tapi nampaknya tuan belum buka untuk jualan lagi.

Kalau tuan membuka affiliate untuk pembeli ebook tuan, saya sangat menyokongnya. Saya juga ingin mencadangkan tuan membuka ruangan forum untuk pembeli ebook tuan.

Dengan cara ini, kami dapat berkenalan dan berkongsi ilmu untuk memantapkan lagi bisnes adsense ini. Sekadar cadangan jika tidak mengganggu tuan.

Terima kasih,
Sukeri

En.Sukeri adalah sifu saya di dalam perniagaan internet. Lagi testimoni dari mereka yang telah mencuba ebook JanaWang-Adsense.Com

Assalamualaikum Nawar,

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesemua panduan saudara dalam Adsense. Saya mula berjinak dengan adsense ini sejak 4 bulan yang lalu, setelah meghantar anak saya mengkuti bengkel adsense anjuran saudara di Shah Alam.

Saya menceduk ilmu dan berkongsi pengalaman dengan anak saya itu yang sedang belajar di UITM Shah Alam. Setelah mengikuti formula-formula yang saudara bengkelkan itu dan juga melalui ebook percuma 6 Module Adsense, akhirnya saya telah bejaya menjana pendapatan dari adsense. Saya telah mendapat cek pertama dari google berjumlah USD 250.14 pada awal Disember 2007 yang lalu dan cek kedua pula bakal menyusul ialah berjumlah USD129.59.

Beberapa hari lalu saya telah membeli ebook terbaru saudara ‘Pakej 30 Hari Jana Wang Adsense’, untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam adsense ini.

Saya dapati banyak lagi formula-baru dalam ebook tersebut yang perlu saya ikuti. Saya berharap pada tahun 2008 ini akan menjanjikan pendapatan yang lebih tingi dan berlipat ganda.

Email ke #2

Saya masih mendapat income dari Adsense. Walaupun saya tidak mempunyai kebolehan dalam bahasa inggeris, cuma setakat memahami apa yang dibaca dan tidak boleh menulis, tapi saya masih boleh menjana pendapatan sehingga USD11 sehari hasil dari tunjuk ajar ebook saudara.

Satu daripada website adsense saya sudah berada pada page 1,2 atau 3 di google walaupun belum siap sepenuhnya. Saya harap banyak mendapat sokongan dari info terbaru daripada saudara.

Wan Hussein

Apa kata otai pula? Korang mesti kena Amirol bukan? Yang telah menerbitkan ebook yang tak kurang hebatnya iaitu Pakej Web Jualan Evolusi. Boleh lihat testimoni daripada Amirol di bawah:

Assalamualaikum Munawar

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada en Munawwar kerana telah menghasilkan satu panduan yang CUKUP lengkap berkaitan dengan Program Google Adsense.

Saya sebenarnya sebelum ini telahpun memiliki pelbagai macam ebook yang mengajar cara menjalankan Google Adsense. Namun, setelah meneliti dan membaca segala isikandungan yang disediakan oleh en Munawwar ini, saya merasakan ebook Jana Wang Adsense ini boleh dikatakan sebagai MANUAL LENGKAP yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan program Google Adsense.

Buat pengguna internet yang berminat untuk menjalankan program Google Adsense, saya amat menyarankan anda untuk memiliki ebook ini kerana saya jamin anda pasti tidak akan menyesal.

En Munawwar telah menghasilkan satu panduan yang begitu unik dan tidak terdapat di dalam mana - mana ebook Google Adsense yang lain… Anda diajar langkah demi langkah tentang perkara yang perlu anda lakukan bermula daripada membuat kajian keyword, menyiapkan laman dan seterusnya sehingga ke langkah - langkah memasarkan laman web. Semuanya diterangkan dengan jelas dan padat.

Saya amat yakin, jika anda mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberikan oleh en Munawwar ini, anda pasti mampu menjana wang yang lumayan menerusi Program Google Adsense.

Ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.PeluangInternet.com

Aku taknak cerita lebih-lebih lagi. Kalau korang nak dapatkan ebook nih, boleh klik link ini: www.janawang-adsense.com

Apa yang specialnya jika korang dapatkan ebook JanaWang-Adsense melalui blog aku ni? Ok, aku akan berikan beberapa bonus yang berharga secara PERCUMA.

1. Banner Buddy - Membolehkan anda membina Banner semudah 1,2,3 dan tanpa perlu mengetahui Flash dan HTML

Harga Normal = USD65.99 / RM237.56

2. E-Writer Pro - Dengan memiliki software ini, ebook yang korang hasilkan akan nampak lebih professional. Kelebihannya, korang boleh menulis terus content di dalam software ini dan compile. Boleh memasukkan aktif hyperlink seperti link ke website atau email, boleh memasukkan password untuk keselamatan ebook anda, boleh disablekan copy/paste function dan sebagainya… sangat menarik.

Harga di pasaran adalah USD10 . Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.

Jika korang berminat dan ingin menjana pendapatan melalui google adsense, panduan terbaik telah ada..cuma korang saja yang menentukannya.

Dapatkan Ebook Jana Wang Adsense sekarang !

=============

Update ! (27 May 2008 - 10.50pm)

Lagi bonus kepada pembeli ebook Jana Wang Adsense jika membeli melalui link : www.janawang-adsense.com boleh lihat di sini :

Categories : Ebook Adsense, Testimoni Kejayaan, Testimoni Pelanggan, Tips Perniagaan Internet Tags :

Panduan Buat Duit Online: Review JomSeminar

Posted by Din Beramboi 12 May, 2008 (19) Comment

Hoho…aku bajet ingin menulis post ini (Panduan Buat Duit Online: Review JomSeminar) semalam, tapi menjadi kurang excited setelah card reader aku hilang. Aku bajet ingin memasukkan sekali gambar bersama Gobala Krishnan, Alang dan speaker lain di JomSeminar semalam. Tapi tak mengapalah, kad reader hilang nak buat macam mana. Lain kali aku post ok.. :D

 

Pasal  JomSeminar, apa yang aku boleh katakan..memang best. Tahap cemerlang lah boeh katakan. Kalau ada gred, aku akan bagi gred A++..haha. Apasal aku kata best? Sebabnya banyak benda baru aku dapat belajar.

 

Sebelum aku pergi Jom Seminar hari tu, aku sentiasa tanya pada diri aku. “berbaloikah aku pergi?” Sebabnya kebanyakkan ilmu buat duit online sudah aku tahu..Hoho. macam kerek jer aku cakap. Bukan kerek, tapi perasaan aku saja. Masih newbie sebenarnya. Setelah aku pergi, memang tak menyesal. Rupa-rupanya banyak lagi perkara baru yang aku dapat. Aku juga dapat tahu cara yang sebetulnya buat duit online.  Memang rasa sangat beruntung bila kita menyedari kesalahan yang kita lakukan dan mengetahui cara buit duit online yang betul.

 

Daripada Alang, banyak juga benda baru aku dapat..walaupun semalam, kebanyakkan perkara asas blogging yang diceritakan. Ini kerana tak cukup masa untuk present satu lagi cara buat duit online yang power. Takpe, kita explore di Forum JomSeminar nanti.

 

Daripada Yusri, aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dan  kurang fokus sebelum ini. Akhirnya aku dah kenal siapakah orang misteri ini..hoho. Daripada Syed Ikhwan, otai Google Adsense ini ceritakan beberapa tips baru dan perkara yang lebih advance, kita discuss pada masa akan datang.

 

Yang paling aku excited adalah presentation Gobala Krishnan dan Fuad Latip. Gobala Krishnan menceritakan tentang cara-cara yang betul dalam Affiliate Marketing. Fuad Latip pula ceritakan pasal SEO. Memang best siut SEO..cara yang tak pernah aku belajar dan lakukan sebelum ini. Bagaimana nak dapatkan first page di Google, bukan sahaja di bahagian web, tetapi juga bagaimana menjadikan blog kita first page di bahagian gambar dan video di Youtube. Memang aku bagi gred A+++ untuk Fuad Latip. Pengetahuan tentang SEO sangat penting kalau nak buat duit Adsense.  Sebabnya, kita nak pelawat baru dan fresh, bukannya pelawat berulang. Cara mendapatkan niche mungkin dan biasa, tapi mencipta content yang rich keyword yang mesra SEO memang tak pernah aku apply sebelum ni. Hoho..memang gempak.

 

Masa makan tengahari, aku makan semeja bersama Gobala Krishnan dan Alang. Gobala di sebelah kanan. Alang di sebelah kiri..hehe, korang jangan jeles. :D Team Flarebiz pun ada dan kitorang sempat bergambar bersama. Baru aku tau, salah seorang partner Team Flarebiz iaitu Zhafran adalah member satu matrik dengan aku dulu..haha. Sebelum ni tak pernah tau. Lepas ni boleh la dapat JV erk..hehe

 

Apa yang aku dapat simpulkan kat sini berkenaan JomSeminar, memang berbaloi dan aku rasa kalau boleh memang tak nak balik. Kalau diorang buat sampai malam pun aku sanggup mendengar dan belajar..hehe. Banyak ilmu baru yang dapat. Kalau diorg buat lagi, aku syorkan korang pergi seminar ni, memang tak rugi. Otai kita pun ramai yang pergi, apa lagi kalau aku dan korang yang newbie ni?

 

p/s -Aku akan balik ke kampung pada malam ini selama 2 atau 3 hari. Rakan JV atau Team sangat penting bila kita ada urusan penting kan? Sape lagi yang boleh di harapkan untuk melihat email kita, menjawab pertanyaan pelanggan dan sebagainya. Hurmm, masih berfikir-fikir untuk mencari partner dan team untuk Perniagaan Internet. :D

Categories : Affiliate Marketing, Cara Bina Blog, Masalah Newbie, Testimoni Kejayaan, Tips Perniagaan Internet Tags :

3 Bulan Dapat 5 Angka Berturut-turut….

Posted by Din Beramboi 11 April, 2008 (16) Comment

Wow…hebat ! hanya itu yang mampu aku cakap kat diri aku bila ‘dia’ cakap incomenya dah 3 bulan berturut-turut dapat 5 angka. Aku jadi malu pulak kat dia sebab dia lagi muda daripada aku, tapi income jauh lebih tua besar daripada aku. Besar kemaluan beb !!

Umm, semalam tak sangka plak dia ‘buzz’ aku kat YM. Ajak aku berchatting..hehe. Orang yang dapat 5 angka pun ada masa berchatting jgk rupanya. Biasalah jiwa anak muda..  Chatting itu suatu kewajipan yang tidak dapat tidak. Saper tak pernah chatting, itu memang pangkat tahap imam bagi segala imam tu. heheh..

Aku daripada mula lagi memang dah mengikuti perkembangan bisness ‘dia’. Setiap stage  by stage dia naik, aku hanya jadik pemerhati dari jauh. Dalam hati memang kagum. Walaupun aku mula berbisness internet ni hampir sama masanya dengan ‘dia’, iaitu lebih kurang setahun yang lalu, tapi dia lebih menyerlah dari aku. Itu rezeki ‘dia’ nak buat macam mana kan.. Korang bayangkan lepas satu tahun dah dapat 5 angka. Kalau 2 tahun, mungkin dapat 10 angka kot..hehe. Siapa tahu. :D Tapi itu melampau sangatkan…

Bila aku tanya dia.. ” Weh, dalam sehari berapa lama ko online? ” . Dia cakap ” berbelas-belas jam jugak la…” hoho…patut la pun. Tapi aku pun online byk jam jugak..apesal tak dapat macam dia. ” Ko makan ape aa? , capati salai ker? “. Dia cakap, ” Eh, makan macam ko makan jer bro…ko makan telur itik rebus, aku pun makan telur itik rebus jugak..” . Abis tu kat mana silap aku?

Dalam sehari, aku dianugerahkan masa sebanyak 24 jam oleh Tuhan. Dia pun dapat 24 jam jugak..takde nya dia cakap, ” Eh bro, aku dapat masa 25 jam la.” Tobat aku jeles.. Aku jugak menafikan sekeras-kerasnya jika dia cakap. ” Weh, aku lagi ensem daripada ko la..” hehe..aku pun ensem jgk aper..kekeke. Pasannya. Tak la, aku tak ensem pun, manis tu ada la.. :D tapi aku tahu itu bukan faktor kejayaan. 

Byk  benda aku fikir…last2 aku rasa aku tau jawapannya. Jeng jeng jeng….

Salah satunya aku rasa, FOKUS. Macam mana nak berjaya kalau takde fokus. Banyak kali dah aku cakap benda ni, tapi aku sendiri tak berapa amalkan. Biar kita berjaya satu-satu. Nak fokus pun ada benda jugak yang perlu di tetek di titik beratkan. Buat apa yang kita mampu buat. Jangan tak pasal2 rasa tamak nak cuba semua perkara. Kita ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Utamakan kelebihan dan tutup kelemahan dengan kelebihan yang ada.

Perkara yang kedua aku rasa perlu dan sangat perlu. Aktifkan dirimu dengan Hotlink blogger2 yang lain. Lebih-lebih lagi dengan otai-otai IM.  Kenapa benda ni aku kata perlu? Ya, bila kita rapat ngan diorg apa-apa masalah boleh di refer dengan mereka dan feedback pula akan lebih cepat diperoleh. Kalau tak berapa kenal, memang lambat dapat respons..percaya lah cakap aku. Perkara ni jugak penting bila kita dah ada produk sendiri nanti. Apa-apa hal nak mintak bagi testimoni ker, nak JV ker…diorg akan lebih memberi perhatian dan bersetuju. Aku pernah mintak testimoni dengan beberapa otai dan seminggu baru dapat feedback. Tapi aku sangka baik jer..mungkin diorg busy. Benda ni macam kat sekolah la. Aku rasa semua yang baca blog aku ni orang2 yang bersekolah. Kalau kita baik dengan cikgu, nak dapat mark tinggi pun mudah..Haa, ni jugak skill yang aku rasa semua dah tahu. Kepada mereka2 yang baru nak masuk U, amalkan petua ni..memang berkesan untuk dapat anak dara lecturer CGPA yang tinggi.

Macam mana nak rapat dengan IM otai ni. Mudah jer…selalulah beri aiskrim connetto komen kat blog diorang. Selain tu, aktif di forum macam WangCyber juga banyak membantu. Tunjuk pandai sket kat WC tu dengan membantu newbie macam aku ni menjawab soalan. Bukan nak bangga atau ego, tapi supaya personaliti dan kejantanan ketrampilan diri itu terserlah. 

Owh..dah panjang tulisan aku ni. Ikhlas aku cakap, aku tak suka menulis terlalu panjang. Kalau bagi ucapan kat kolej aku pun, aku gunakan masa yang pendek jer…tak sampai 15 minit pun.

Ok, aku harap kita semua dapat amalkan petua-petua kat atas tu. Terutama sekali untuk diri aku sendiri. Aku juga berdoa semoga cita-cita ‘dia’ untuk menjadi JUTAWAN dalam masa 3 tahun lagi akan tercapai. Jangan lupa aku sudahlah…ingatlah yg kita pernah main pool bersama kat YM, dan aku menolaknya sebab tak pandai..hehe.

p/s – Esok hari Ahad (13 April 2008) aku akan pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Jemput-jemput la semua ke sana. Boleh jgk jumpe korang nanti..hehe.

p/ss – perbualan di YM tu ada sedikit penambahan.

Ebook Percuma hari Ini : Cara Perniagaan Tanpa Website 

Categories : Produk Blogger, Testimoni Kejayaan, Tips Perniagaan Internet Tags :