Testimoni Pelanggan

DVD Monakas: Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet + Bonus Hebat

Posted by Din Beramboi 14 August, 2008 (20) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk makluman anda, proses semakan untuk pembayaran komisyen Pay Per Lead sudahpun siap kami lakukan sejak petang tadi. Tetapi masih ada dua atau tiga orang yang telah melebihi nilai minimum tetapi tidak termasuk dalam senarai semakan disebabkan tiada maklumat lengkap terutamanya maklumat bank. Bagi mereka yang belum update detail akaun, sila berbuat demikian bagi memudahkan kami membuat pembayaran.  Pembayaran komisyen akan dilakukan pada esok hari.

Ok, berbalik kepada post pada kali ini, saya ingin memberitahu anda bahawa Mohd Najib Monakas baru sahaja melancarkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet.

Apa yang best dengan DVD Pakej Lengkap ini? Bagus sangatkah? Hoho..kalau tanya saya, saya berani cakap inilah produk yang paling bagus dan berbaloi pernah saya dapat. Ya, saya sudah mendapatkannya sejak hampir setahun yang lepas…masa tu banyak perkara yang saya tak tahu pasal perniagaan internet. Dengan adanya Panduan Lengkap Perniagaan Internet tersebut, ia banyak membantu saya..boleh dikatakan 80% pengetahuan saya adalah daripada situ.

Kalau dulu, pakej lengkap ini hanya boleh di tonton di internet (ada laman web khusus), sekarang Mohd Najib menerbitkannya dalam versi baru dalam bentuk DVD dan lebih banyak content dan video ditambah.  Kalau dulu, videonya selama 8 jam..sekarang Mohd Najib telah menambah beberapa video lagi sehingga melebihi 11 jam. Banyak kelebihan jika anda mendapatkan dalam bentuk DVD ini. Anda tak perlu menunggu masa loading internet yang panjang, sambungan internet tak ada pun takpe. Anda boleh menonton di mana sahaja.

Apa yang best sangat dengan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini? Yang  bestnya, anda akan diajar menggunakan video langkah demi langkah. Setiap langkah adalah sangat jelas..siapapun boleh ikut tak kira newbie atau yang dah expert.

Jika anda serius ingin melakukan perniagaan internet, DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini wajib anda miliki. Kenapa? seperti saya katakan tadi..ia adalah panduan terbaik dan lengkap. Apa yang anda nak tahu? Adsense? Membina website? Membina web jualan? Membina shopping site? Belajar affiliate? Membina borang pesanan? Membina borang hubungi? Membina auto responder? Membina grafik? Semuanya ada di dalam Pakej Lengkap ini. Diajar secara details dan menggunakan video.

Jika anda tidak mahu membuang masa dan menghabiskan banyak duit membeli panduan yang entah apa-apa…dapatkan Pakej Lengkap ini. Saya jamin, selepas anda mendapatkan Pakej Lengkap ini, anda tak perlu lagi membeli panduan dan ebook yang lain sepanjang tahun ini. Semuanya sudah dipakejkan lengkap di dalam video-video ini.

Ok, berminat? Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet menggunakan link di bawah:

dan anda akan diberikan secara PERCUMA ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE bernilai RM50 (kerjasama Dr.CMD, Din Beramboi dan Kento) yang akan dilancarkan pada 20 Ogos nanti. Ya, PERCUMA..bonus ini hanya terhad kepada 20 pembeli terawal DVD Pakej Lengkap ini sahaja.

Ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE adalah yang pertama di Malaysia dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Anda juga akan mendapat ebook dan video update secara PERCUMA untuk versi-versi yang akan datang. Untuk mengetahui kelebihan dan Rahsia Penggunaan CMD.EXE, boleh lihat di sini.

Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di sini: www.monakas.com

Setelah anda membeli DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di atas, hubungi saya di alamat email: admin@dinberamboi.com dan nyatakan bukti pembelian anda. Pada 20 Ogos 2008, saya akan berikan link untuk mendownload ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE.

p/s - Secara peribadi, Produk Monakas ini adalah terbaik dalam kategori panduan perniagaan internet dan Jana Wang Adsense adalah terbaik dalam kategori Adsense.

Categories : Produk Blogger, Testimoni Pelanggan, Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,

Ebook Jana Wang Adsense Di Lancarkan

Posted by Din Beramboi 27 May, 2008 (18) Comment

Hoho…akhirnya penantian bagi sesiapa yang ingin belajar dan menjana pendapatan dengan adsense dah berakhir. Ya, panduan menjana adsense terhebat dan terbaik telah dilancarkan. Mari kita lihat apa kata otai- otai yang lain pasal ebook JanaWang-Adsense ini.

Assalamualaikum Munawar

Saya mempunyai banyak ebook berkaitan Adsense dalam BM dan BI dan saya akui ebook tuan adalah yang terbaik bagi saya. Saya ada rekomen pada kengkawan tapi nampaknya tuan belum buka untuk jualan lagi.

Kalau tuan membuka affiliate untuk pembeli ebook tuan, saya sangat menyokongnya. Saya juga ingin mencadangkan tuan membuka ruangan forum untuk pembeli ebook tuan.

Dengan cara ini, kami dapat berkenalan dan berkongsi ilmu untuk memantapkan lagi bisnes adsense ini. Sekadar cadangan jika tidak mengganggu tuan.

Terima kasih,
Sukeri

En.Sukeri adalah sifu saya di dalam perniagaan internet. Lagi testimoni dari mereka yang telah mencuba ebook JanaWang-Adsense.Com

Assalamualaikum Nawar,

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesemua panduan saudara dalam Adsense. Saya mula berjinak dengan adsense ini sejak 4 bulan yang lalu, setelah meghantar anak saya mengkuti bengkel adsense anjuran saudara di Shah Alam.

Saya menceduk ilmu dan berkongsi pengalaman dengan anak saya itu yang sedang belajar di UITM Shah Alam. Setelah mengikuti formula-formula yang saudara bengkelkan itu dan juga melalui ebook percuma 6 Module Adsense, akhirnya saya telah bejaya menjana pendapatan dari adsense. Saya telah mendapat cek pertama dari google berjumlah USD 250.14 pada awal Disember 2007 yang lalu dan cek kedua pula bakal menyusul ialah berjumlah USD129.59.

Beberapa hari lalu saya telah membeli ebook terbaru saudara ‘Pakej 30 Hari Jana Wang Adsense’, untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam adsense ini.

Saya dapati banyak lagi formula-baru dalam ebook tersebut yang perlu saya ikuti. Saya berharap pada tahun 2008 ini akan menjanjikan pendapatan yang lebih tingi dan berlipat ganda.

Email ke #2

Saya masih mendapat income dari Adsense. Walaupun saya tidak mempunyai kebolehan dalam bahasa inggeris, cuma setakat memahami apa yang dibaca dan tidak boleh menulis, tapi saya masih boleh menjana pendapatan sehingga USD11 sehari hasil dari tunjuk ajar ebook saudara.

Satu daripada website adsense saya sudah berada pada page 1,2 atau 3 di google walaupun belum siap sepenuhnya. Saya harap banyak mendapat sokongan dari info terbaru daripada saudara.

Wan Hussein

Apa kata otai pula? Korang mesti kena Amirol bukan? Yang telah menerbitkan ebook yang tak kurang hebatnya iaitu Pakej Web Jualan Evolusi. Boleh lihat testimoni daripada Amirol di bawah:

Assalamualaikum Munawar

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada en Munawwar kerana telah menghasilkan satu panduan yang CUKUP lengkap berkaitan dengan Program Google Adsense.

Saya sebenarnya sebelum ini telahpun memiliki pelbagai macam ebook yang mengajar cara menjalankan Google Adsense. Namun, setelah meneliti dan membaca segala isikandungan yang disediakan oleh en Munawwar ini, saya merasakan ebook Jana Wang Adsense ini boleh dikatakan sebagai MANUAL LENGKAP yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan program Google Adsense.

Buat pengguna internet yang berminat untuk menjalankan program Google Adsense, saya amat menyarankan anda untuk memiliki ebook ini kerana saya jamin anda pasti tidak akan menyesal.

En Munawwar telah menghasilkan satu panduan yang begitu unik dan tidak terdapat di dalam mana - mana ebook Google Adsense yang lain… Anda diajar langkah demi langkah tentang perkara yang perlu anda lakukan bermula daripada membuat kajian keyword, menyiapkan laman dan seterusnya sehingga ke langkah - langkah memasarkan laman web. Semuanya diterangkan dengan jelas dan padat.

Saya amat yakin, jika anda mengaplikasikan segala tunjuk ajar yang diberikan oleh en Munawwar ini, anda pasti mampu menjana wang yang lumayan menerusi Program Google Adsense.

Ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.PeluangInternet.com

Aku taknak cerita lebih-lebih lagi. Kalau korang nak dapatkan ebook nih, boleh klik link ini: www.janawang-adsense.com

Apa yang specialnya jika korang dapatkan ebook JanaWang-Adsense melalui blog aku ni? Ok, aku akan berikan beberapa bonus yang berharga secara PERCUMA.

1. Banner Buddy - Membolehkan anda membina Banner semudah 1,2,3 dan tanpa perlu mengetahui Flash dan HTML

Harga Normal = USD65.99 / RM237.56

2. E-Writer Pro - Dengan memiliki software ini, ebook yang korang hasilkan akan nampak lebih professional. Kelebihannya, korang boleh menulis terus content di dalam software ini dan compile. Boleh memasukkan aktif hyperlink seperti link ke website atau email, boleh memasukkan password untuk keselamatan ebook anda, boleh disablekan copy/paste function dan sebagainya… sangat menarik.

Harga di pasaran adalah USD10 . Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.

Jika korang berminat dan ingin menjana pendapatan melalui google adsense, panduan terbaik telah ada..cuma korang saja yang menentukannya.

Dapatkan Ebook Jana Wang Adsense sekarang !

=============

Update ! (27 May 2008 - 10.50pm)

Lagi bonus kepada pembeli ebook Jana Wang Adsense jika membeli melalui link : www.janawang-adsense.com boleh lihat di sini :

Categories : Ebook Adsense, Testimoni Kejayaan, Testimoni Pelanggan, Tips Perniagaan Internet Tags :

Study Week + Peperiksaan Akhir Semester

Posted by Din Beramboi 7 April, 2008 (9) Comment

Huhu..kejap jer aku rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik, hari ni bermula lah study week dan 2 minggu lagi exam final semester dua sesi 07/08 akan tiba. Dalam masa dua minggu ni lah segalanya boleh berlaku.  Apasal plak? Haha…dah takde kelas, suka la budak2 ni.

Bagi student yang skema macam aku, masa ni lah diorg pulun habis-habisan belajar. Lepak library sepanjang masa kecuali masa makan, berak dan solat. Kebetulan pulak library akan mula di buka 24 jam mulai hari ni. Bagi student yang malas dan selalu menyusahkan mak bapak, masa ni digunakan sebaik mungkin untuk tido sepanjang hari, main game Dota, dan kuar bermesra dengan awek-awek. :D

Aku plak tercampak dalam golongan mana erk? Ntah la..hehe. Tapi aku ni lelaki sejati la. Haha..ape plak aku mengarut ni. xde kena mengena langsung. Kehidupan harian aku sebagai blogger dan student  masih macam biasa tetapi  terlebih kepada seorang pelajar la musim-musim macam ni.  Kalau korang berada kat tempat aku, sama gak kan. Utamakan apa yang lebih utama, dan pentingkan apa yang lebih penting !

Tapi korang jangan risau, aku tetap akan waras dan berfikiran rasional walaupun exam lagi dua minggu. Student tetap student, bisness tetap bisness.. yang penting masa perlu diuruskan sebaik mungkin. Walaupun masa ni ada lah kawan2 aku akan ajak study group bincang soalan past year, dan kena siapkan assigment apa2 yang belum siap, aku tetap akan jadi blogger macam biasa tanpa mengabaikan permintaan member2.

Service bina blog dot com masih berjalan seperti biasa dan semalam aku berjaya lagi dapat sorang customer (www.matapaluna.com), bisness lain juga akan tetap bergerak. Pendapatan pasif seperti Google Adsense juga tentunya berjalan seperti biasa juga.

Ya, aku sudah sedar sekarang ni bahawa pendapatan pasif sangat penting pada masa2 seperti ni. Walaupun kita tengah tido, tengah exam, main congkak, melancong (hobi aku) dan bersama isteri tercinta, duit tetap masuk ke dalam akaun kita. Itu yang bestnya buat bisness yang menyumbang kepada pendapatan pasif ni. Kalau korang belum buat, silalah buat sekarang.

Apabila melihat akaun Google Adsense aku meningkat sedikit demi sedikit sejak beberapa hari ni, membuatkan aku lebih ghairah dan bernafsu untuk melakukan yang terbaik lagi.  Aku pun nak berjaya macam korang jugak…kalau ada ilmu lebih tu, share la ngan aku. :D

Aku mesti berjaya dan sekurang-kurangnya aku boleh menampung hidup aku di UM ni. Maklumlah tak amik ptptn…duit bisness ni lah yang membantu aku sekarang ni. Walaupun ada insan yang tak berperikemanusian selalu meminjam duit ngan aku, tapi atas dasar member aku bagi jer. Ada la kawan aku sorang tu, dia ni hampir setiap hari pinjam duit ngan aku. Ingat aku kaya ker? huhu…aku rasa kalau kumpulkan sejak bulan lepas sampai hari ni, dah lebih RM300 dah..RM300 pun susah mau dapat maa. Pagi tadi pinjam lagi RM30. Dua hari lepas RM50. Huhu…pokai la aku macam ni. Takpe korang jangan risau, hadiah untuk Pertandingan Siapa Paling Hensem tetap akan di bayar sebagaimana yang aku janjikan. Tak baik mungkir janjikan..sifat orang munafik tu. :D

Hari ni takde benda spesel pun nak citer kat korang. Yang penting aku update blog..sebab search engin sukakan wanita blog yang selalu fresh walaupun blog aku ni tak fresh pun. mengarut jer banyak…hahaha.

Ok, sebelum aku mengundurkan diri ni. Ni ha ebook yang aku hasilkan dah pernah publish dulu. Kalau belum download, bolehlah download kat sini. Ebook ni aku rasa lengkap dan basic kepada perniagaan internet. Kalau korang dah otai, tak perlulah download aku rasa.. Dalam tu jugak banyak tool yang aku bagi secara percuma jer. Sorry la sebab cover dia buruk. Tapi content dia bagus..hehe. Jangan tengok luaran jer.. :D

 

Categories : Cara Bina Blog, Ebook Percuma, Produk Blogger, Sembang-sembang, Testimoni Pelanggan Tags :

Lagi Testimoni dan Lagi Tempahan…

Posted by Din Beramboi 26 February, 2008 (16) Comment

Hurmmm..xde ape sebenarnya yang hendak aku tulis pada hari ni. Dah lama tak menulis, jadi ini sedikit pengisian untuk blog ni. Sejak akhir-akhir ni aku busy sket menjalankan tugas sebagai seorang student dan blogger.Sebagai student, memang tak lari dari assigment yan berlambak..hehe. Pastu pulak, sekarang ni dah nak abis semester 2 sesi 2007/2008, ada pulak Majlis Anugerah Kolej..busy2.. :)

Kali ni aku cuma nak bagitau yang aku dapat lagi testimoni daripada customer bina blog. Tujuan aku menulis testimoni ni bukannya sesajer nak meng’up’ kan aku…cuma kalau korang nak berurusan ngan aku tak kira apepun, mungkin akan lebih yakin ngan aku..hehe. Maklumlah dunia internet..takleh bertentang mata. Keyakinan lah yang menjadi kekuatan untuk berurusan. :)

” Saya amat buta mengenai dunia internet, apa lagi mengenai web hosting dan domain. Selama beberapa waktu mencari orang yang memberi perkhidmatan membina Blog, saya telah menemui Din Beramboi melalui carian internet. Saya tidak ragu-ragu menempa bolg daripada beliau. Ternyata saya tidak salah memilih. Blog yang diberikan amat cantik, canggih dan memenuhi keperluan. Harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah dengan harga yang pernah saya temui dalam pasaran internet. Satu hal yang tidak saya lupakan ialah perkhidmatan yang beliau berikan. Segala masalah yang berkaitan dengan blog tersebut, saya dilayan begitu istemewa. Saya merasakan seperti disuap satu persatu menangani masalah yang saya hadapi. Kini, bukan sahaja telah memiliki sebuah blog istemewa, tetapi saya telah menerima banyak hadiah bonus dari beliau. Bonus-bonus itu amat berguna dalam perniagaan internet. Terima kasih Sifu Din Beramboi.”

Daripada :
En.Jabreh
http://jbkbusiness.com/

Hari ni lagi tempahan bina blog aku terima dari sorang mamat ni namanya Hadi. Blog dah siap pun aku set up.

Hadi cakap, dia suruh aku buatkan web jualan untuk dia nanti. Maknanya akan dapat payment lagi lah..hee. Biasa korang amik berapa yer untuk service buat web jualan? Ada pengalaman tak? Kalau boleh, share la kat sini.

Aku juga dapat tempahan daripada AuraMuslim untuk membina Shopping Site..Insya-Allah akan dimulakan secepat mungkin.

Jika anda juga berminat untuk memiliki blog dot com anda sendiri, mungkin boleh dapatkan perkhidmatan saya.. :) Untuk info lanjut, boleh melawatnya di sini :

Jika anda berminat untuk menjadi affiliate bagi BinaBlog, anda boleh mendaftar di sini dan mendapat komisyen sebanyak RM20 bagi setiap customer yang datang dari link anda.

Categories : Affiliate Marketing, Cara Bina Blog, Testimoni Pelanggan Tags :