Tips Perniagaan Internet

Takut gagal, anda akan gagal…

Posted by Din Beramboi 11 April, 2009 (8) Comment

Sedikit motivasi untuk kita hayati bersama pada hari ini.

Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai bebas kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.

Ya betul…semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.

Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang

Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.

Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.

Saya busy lah…
Saya tak ada masa lah…
Saya takde kemahiran lah…
Saya takde duit lah…

dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, “Orang buat duit, kita buat alasan…” setiap alasan logik2 belaka..yer lah, nama pun alasan…

Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun…Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer…Tak hiraukan apa-apa.  Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.

Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, “sediakan payung sebelum hujan”.

Sedarilah…memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.

Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! mampukah anda?

Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?

Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA !

Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati ,

” Alahh..tak perlu lah buat betul-betul…kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat”

Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.

Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL…

Mungkin pernah gagal dalam perniagaan…
Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang…

Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama !

Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan. Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi… demi matlamat yang harus di capai.

====================

Income Vemma Terbaru

====================

Semalam dapat lagi income daripada Vemma. Alhamdulillah… :)

income-terbaru

Ini adalah income untuk seminggu yang lepas. Adakah anda mahu melihat saja? hehe.. Jika berminat untuk mendapat income seperti saya hanya dari rumah dan secara part time seperti ini, daftar PERCUMA di sini.

Categories : Bonus Cek Vemmabuilder, Tips Perniagaan Internet, VemmaBuilder Tags :

Cari Duit Dengan Menjual VCC

Posted by Din Beramboi 29 January, 2009 (5) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ermm..bagi anda yang belum ada model perniagaan internet sendiri, taktau nak jual produk ape kat internet, buat adsense dapat bape sen jer, buat affiliate tak pernah orang beli..mungkin boleh cuba buat bisness ni pulak. MENJUAL VCC.

Tau kan ape itu VCC? Kalau taktau..mai aku citerkan. VCC ni macam kredit kad la, nama penuh dia Virtual Credit Card. Function dia sama jer macam kredit kad atau debit kad, cuma berada di alam maya. Takleh nak sentuh, bau dan rasa…hehe.

Kegunaan dia banyak…boleh aktifkan Paypal, boleh aktifkan akaun Ebay dan sebagainya. Nak bayar untuk join Vemma pun boleh…wah, makin mudah la orang nak join Vemma pasni. hehehe…

Ok, nampak tak peluang kat situ? Banyak kegunaan dia bermakna banyak customer anda. Banyak customer anda, tentula lebat poket anda..hehe.

Sebelum ni aku pun ada buat servis mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC. Masa tu ebook Naem belum keluar pun lagi. Dan paling aku rugi adalah..AKU TAK TAHU YANG KITA BOLEH DAPATKAN VCC SECARA PERCUMA !!! Rugi tak aku? Adoii…bayangkan bape sen jer yang aku dapat masa tu. Beli dengan provider dengan harga RM25, jual dengan harga RM30. Dapat RM5 jer untuk 1 VCC..

Jadi sekarang, Naem telah bongkarkan rahsia bagaimana nak dapatkan VCC secara PERCUMA ! Naem, apesal ko lambat keluar ebook ni haaa?? Ish..tak aci betul…

Anda boleh jimat duit anda. Dengan VCC PERCUMA ini, anda boleh guna untuk diri sendiri, guna untuk jual pada customer anda (bagi siapa2 yang nak buat bisness) dan apa-apa lagi yang sesuai. Bagi siapa-siapa yang nak dapatkan ebook Panduan VCC ni, boleh dapatkan di sini.

Aku rasa tak lama Naem akan bukak tawaran ni. Sebab ilmu dalam ni sangat value dan tak patut semua orang tahu. Kalau dapat kat penggodam, siap la.. So, sementara Naem masih bukak tawaran ni, dapatkan segera ok.

Paling hebat, Naem berikan jaminan 6 bulan wang dikembalikan jika trick-trick yang di ajar dalam ebook tu tak berkesan. Wahh..6 bulan? Lama giler… Ini confirm2 la menjadi. Kalau tak, takkan la berani bagi jaminan lama sampai macam tu. huhu…

Ok, tak perlu panjang-panjang menulis. Nak tau banyak lagi kelebihan pasal Panduan VCC ni, boleh pergi ke laman web Naem di sini.

p/s - Naem ni satu bacth dengan aku di Universiti Malaya dulu. Salah seorang Internet Marketer yang berjaya. First aku kenal dia, masa dia gempak dulu dengan income adsense hampir RM10k sebulan. wow.. bukan calang2 orang ni. :D

Categories : Masalah Newbie, Produk Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags :

Pemikiran Seorang Usahawan

Posted by Din Beramboi 20 January, 2009 (14) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hehe…dah lama tak bagi tips kat blog ni. Asyik post pasal Vemma saja. Mesti ada yang tak puas hati kan? haha.. Semalam ada chatting dengan Syed Ikhwan (Pakar Adsense) yang terus membuatkan aku berasa teruja untuk meneruskan perniagaan Vemma. Dalam banyak-banyak yang kitaorang borak, 1 ayat yang aku akan pegang adalah: “Din..din buat jer apa yang din rasa betul. Pedulikan orang lain !” Wahh..begitu teruja. :D

Hari ni saya nak buat post khas untuk menjawab pertanyaan Redish Heart, seorang pengunjung blog ini yang bertanyakan sesuatu. Aku rasa Redish Hearth seorang yang berfikiran terbuka dan bagus penuh dengan perkara positif. Aku ada juga melawat blognya yang menceritakan Budaya Baik Budaya Buruk. Blog yang aku rasa memberikan motivasi untuk semua.

Pertanyaan Redish Hearth adalah seperti berikut:

Sebenarnya untuk berjaya, kita perlu ada motivasi seorang usahawan dan gerak kerja juga seperti usahawan. Motivasi yang hebat akan menggerakkan kerja yang hebat. Dan untuk mewujudkan motivasi, kita perlu ada impian. Kenapa hari ini masih ada yang hidup? kerana mereka ada impian? Kenapa ada manusia yang bekerja keras? kerana mereka ada IMPIAN ! Tanpa impian, kita akan lesu dan tak bersemangat. Takde makna dalam hidup..takde arah tujuan dan matlamat. :D

Kita sebagai seorang usahawan, ingin berjaya sebagai seorang usahawan, perlu ada pemikiran seorang usahawan. Di bawah adalah beberapa perkara yang aku pegang.

Aku adalah BOS. Perniagaan ini adalah perniagaan aku dan jatuh bangun aku adalah dengan perniagaan ini. Orang lain tidak menentukan income aku dan aku perlu berusaha keras untuk mendapatnya. hehe..macam poyo tak? Sorry kalau terasa macam poyo.  :D

No need to compare, but CHALLENGE ! Betul ke ayat aku ni? hehe.. Maksud aku adalah, kita tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap manusia dianugerahkan dengan kebolehan tersendiri. Jika kita bandingkan dengan orang lain, sampai bila pun  kita akan terus compare…kerana jika kita berjaya, masih ada yang lebih berjaya. Kalau kita berkuasa, masih ada yang lebih berkuasa. Apa yang perlu adalah, sendiri MENCABAR diri anda untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan. Matlamat  setiap manusia berbeza, jadi kenapa perlu compare?

Aku mesti BERTANGGUNGJAWAB. Ini adalah perniagaan aku dan aku mesti bertanggungjawab. Kita juga perlu berasa bertanggungjawab dengan keluarga kita. Mereka memerlukan kita. Jika kita buat Network Marketing, kita mesti bertanggungjawan pada ahli-ahli group kita. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita yang akan menggembirakan kita…Untukberjaya, kita perlu mem”berjaya”kan orang lain.

di puncak kejayaan

Jumpa anda di puncak kejayaan…

p/s - Semalam dapat berita gembira, RM3500 dah masuk dalam Maybank sebab cek dah clear. 2 Cek baru tu..3 cek belum clear lagi. Adeh, amik masa sebulan untuk cek luar negara.

p/ss - Pembayaran affiliate minyak jaguh kanda sudah dilakukan pada semua sejak 3 hari lepas. Lupa nak buat post kat blog ni.

Categories : Tips Perniagaan Internet Tags : , ,

Rahsia Bisness Orang Cina

Posted by Din Beramboi 5 November, 2008 (13) Comment

Hoho…hari ni nak bagi sedikit tips dan semangat pada kita semua supaya semangat lebih berkobar-kobar untuk berjaya. Malam ni aku boring…dah update blog Vemma aku, sekarang aku terasa nak update blog ni pulak. hehe.. Tengah pikir2 apa nak tulis, terpandang buku Rahsia Bisness Orang Cina kat atas meja komputer aku nih. Bagus juga untuk di buat perkongsian. :D

Kita ambillah kata-kata yang bagus…bukan untuk mengagungkan orang Cina, tetapi apa yang elok, apa salahnya kita amalkan.

Prinsip-prinsip orang cina:

1. Jika mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin.

- Aku selalu cakap macam ni kat ahli group aku… ” kalau buat macam saya, anda akan dapat seperti saya dapat. Kalau nak dapat lebih dari apa yang saya dapat, usaha kena lebih berbanding saya buat”.

2. Persepsi orang cina pada perniagaan adalah positif. Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kemewahan, kesenangan dan kebahagiaan.

- “Ko Mamat bila dah keluar U, kena kerja kerajaan..hujung bulan ada jaminan dapat gaji.” - Pemikiran orang melayu lama.

3. Keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya bukan untuk dibelanjakan tetapi digunakan untuk menambahkan modal pusingan dan pelaburan semula.

- “Alaa…dengan geng pun nak ambik untung. Jual dengan harga modal jer lah bro..”- member2 yang nak lihat gengnya gulung tikar cepat. :D

4. Orang cina yakin dengan perniagaan mereka, sentiasa konsisten untuk membangunkannya dan saling membantu antara satu sama lain.

- “Eh..jangan join syarikat ni. Ini syarikat Bumiputera. tak kukuh ni…esok lusa rebah la”.

5. Apabila orang cina kata hendak berniaga, mereka biasanya tidak berfikir panjang bagi melakukannya. Pengalaman dan kemahiran tidak penting kerana ia boleh dipelajari kemudian.

- “aku tak pandai la…aku tak de duit la… ko buat la dulu. Kalau ko berjaya nanti aku join la.” Bila lihat orang dah berjaya, “xpe la..dah rezeki engko..”

6. Kebanyakkan usahawan cina yang berjaya bekerja sekurang-kurangnya 18 jam sehari.

- Cukup la pergi kerja pukul 8am , balik kul 5…

7. Menjadi taukey dan memiliki perniagaan sendiri sentiasa menjadi idaman orang cina.

-  “Cukup la jadi supervisor. Jadi manager kena pikir itu ini..pening..”

Ermm..cukup lah 7 saja aku tulis kat sini. Banyak lagi sebenarnya… Ada orang tak setuju ke? :D Kesimpulannya, setiap kejayaan itu memerlukan usaha keras, kesungguhan, keberanian,  keyakinan, perancangan, keringat dan air mata serta pengorbanan yang bukannnya sedikit.

“Bekerjalah seumpama kamu hidup selama-lamanya. Beribadatlah seolah-olah kamu akan meninggal esok.”

Categories : Sembang-sembang, Tips Perniagaan Internet Tags :

Bagaimana Nak Mengoptimisekan Blog ?

Posted by Din Beramboi 1 November, 2008 (17) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ni kita belajar sket bagaimana nak mengoptimisekan blog. Kalau blog cantik, takde gunanya  kalau takde pelawatkan? Dengan cara optimise blog ini, akan menaikkan ranking blog kita dan meramaikan lagi pelawat, insya-Allah.

Aku sebenarnya ada buat video untuk tajuk ini. Video tu pun dah siap… Cuma aku saje malas nak masukkan kat sini. Filenya besar sangatlah. Takpe, sementara video tu dikecik2 kan filenya, kita baca ajerlah kat sini. Bukan susah pun nak faham..hehe.

Cara yang akan aku tunjukkan ini sangat sesuai bagi anda yang baru membina blog. Kalau dah lama ada blog, tapi belum optimise pun lagi, boleh juga cuba cara ni. Aku taknak menulis panjang2…yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan. Betul tak? :D

Ok, perkara paling asas sekali selepas membina blog adalah menukarkan permalink url blog. Apa dia permalink url? Ok, ianya merujuk kepada link post yang terhasil pada setiap post yang di bina. Contoh permalink blog pada post ini adalah:

http://blog.dinberamboi.com/bagaimana-mengoptimisekan-blog/

Cara permalink ini adalah paling sesuai bagi pendapat aku kerana ia terus kepada tajuk post, atau keyword post selepas sahaja link domain kita.

Aku mungkin boleh gunakan permalink macam ni juga:

http://blog.dinberamboi.com/?p=319

Nombor 319 pada hujung merujuk kepada ID post. Cara ini kurang sesuai kerana ianya tidak menunjukka tajuk sesuatu post atau keyword post.

Tajuk post atau keyword pada tajuk post adalah salah satu element penting dalam SEO. Jadi, jangan lupa kayakan keyword pada tajuk post.

Ok, bagaimana nak menukar permalink url supaya menjadi mesra SEO macam permalink blog ini? Caranya adalah seperti di bawah:

1. Login blog anda

2. Klik “Setting”

3. Klik “Permalink”

Anda akan lihat 5 optin permalink yang biasa digunakan seperti dibawah:

Kalau korang gunakan permalink yang mcm ni: http://blog.dinberamboi.com/?p=319 . korang gunakan option yang pertama. Kalau nak optimise, gunakan “Custom Structure”.

Caranya:

1. Klik pada option kedua

2. Klik pula pada option ke 5. (Custom Structure).

3. Delete bermula : “/%year%/%monthnum%/%day% ” dan tinggalkan hanya “/%postname%/”

4. Klik Save Change

5. Update file .htaccess

Itu sahaja caranya…aku harap korang tahu macam mana nak update file .htaccess tu ya. Kalau tak reti, leh tanya kat bahagian komen. :D

Itu sahaja tutorial untuk kali ini. Kalau bagus, boleh gunakan..kalau rasa tak setuju, abaikan saja… :D

Update: 4.02am (05 Nov 08 / Wednesday)

Di bawah ini adalah link download video bagaimana nak mengupdate file .htaccess . Sila Download.

Categories : Masalah Newbie, Teknik Tutorial, Tips Perniagaan Internet Tags :