Uncategorized

Mahu Menjadi Jutawan Blog?

Posted by Din Beramboi 11 November, 2008 (8) Comment

Salam….

Hoho..dengan blog boleh jadi jutawan ker? Kalau tanya kat orang yang belum ada pengalaman dapat duit dari blog, mungkin ini jawapannya” Cis…berani ko nak tipu aku. Masuk ISA boleh la dengan blog beb… Sampai kucing bertanduk aku tak percaya..huh”

Hehe..Kalau tanya kepada yang baru dapat duit dari blog, mungkin ini jawapannya”  Boleh tu boleh beb… Tapi dah tua baru dapat kot..sket lagi nak masuk liang lahad…huh”

Kalau tanya pada yang dah dapat duit ribu riban USD macam Liew CF, jawapannya ringkas jer”BOLEH !” Untuk record yang aku tau, Liew CF berjaya mendapat lebih USD30,000 sebulan hanya dari blog.USD bukan RM… :D

Dalam banyak2 orang duk pertikai benda nih…Mas Dino atau lebih dikenali sebagai MoneyCEO, seorang bekas jutawan dengan berani telah menerbitkan sebuah ebook tentang cara-cara menjadi jutawan blog. Bekas jutawan? Ya, beliau pernah menjadi jutawan pada usia 24 tahun. Kehidupannya penuh berliku sehingga mengambil keputusan untuk berhenti belajar di UKM dalam bidang perubatan untuk mencapai cita-citanya. - Jutawan

Mungkin kalau cerita 2 atau 3 bulan lepas…orang belum sangat dia. maklumlah low profile dan banya fokuskan kat ebay. Memang  kaki ebay mamat ni. Tapi kalau cerita sekarang, rasanya semua dah kenal…antara IM yang hebat dan digeruni jugak.

Beliau bukan saja menerbitkan dalam versi ebook, tetapi dalam versi video juga. Apa yang lebih ditumpukan dalam ebook dan video ini adalah bagaimana cara-cara nak menarik trafik ke blog. Ya, trafik  sangat penting untuk apa sahaja program yang anda buat.

Nak buat ape? Adsense, Affiliate, kumpul list, nak buat Vemma? semuanya memerlukan trafik. Kalau berminat nak tau macam mana Mas Dino atau MoneyCeo lakukan untuk laman-laman blognya, sila lihat di sini:

Harga ebook dan video ini berharga RM80. Tetapi jika anda nak dapat diskaun RM30, sila beli menggunakan link di atas sahaja dan masukkan kod kupon ini:

Potongan: RM 30
Kod Promosi: PD30

Jangan guna link lain…nanti takleh harga diskaun. hehehe.. kenapa nama kod promosi tu PD30? PD tu bermaksud Pakcik Din. Dia selalu chatting dengan aku dan panggil dengan nama tuh..huhu.

Sekarang ni dengar cerita, Mas Dino dan beberapa Pakar Ebay sedang buat satu projek baru iaitu panduan menjadi usahawan ebay yang berjaya. Ini gambar team diorang.

Dari kiri: Sifu Lan, Noorizam Shah, Mas Dino a.k.a MoneyCEO dan MatZis

Update: 3.11am,  12 Nove 08

Dengan Adsense boleh jadi jutawan x? Pernah ker dengar orang jadi jutawan dengan adsense?

Cek adsense ini adalah tipu semata-mata… :D

Categories : Uncategorized Tags :

Din Beramboi masuk hospital

Posted by Din Beramboi 23 October, 2008 (21) Comment

Kalau anda baca post ini, pada masa ni aku tengah berada di PPUM.  Berada di dalam wad.  Aku tak tahu berapa lama aku akan berada di sini. Demam 4 hari lepas belum sembuh. Post ni aku tulis pada pukul 11.38am , 22 Okt 2008 dan aku set yang ianya akan publish pada pukul 11.21pm.

Sebenarnya, semalam dah pun pergi PPUM dan buat pemeriksaan darah. Aku disahkan positif dengki denggi. huhu.

Aku tulis post ni saje je nak bagitau pada customer aku, maaf kalau lambat buat service untuk korang. Ada 3 lagi blog belum siap. 2 lagi katanya nak buat pembayaran esok dan 3 lagi orang yang menempah VCC daripada aku. Maaf sangat2…

Lagi satu, minyak jaguh kanda pun ada yang belum post. Iaitu mereka yang membuat pembelian pada hari semalam dan kelmarin.

Ini saja info ringkas daripada aku,

Din

p/s - Tangan aku naik bintik2 merah…demam pun belum reda. Takpe, aku seorang yang kuat. “Aja aja fighting !!!! “

Categories : Uncategorized Tags :

TAG - 21 Soalan Tentang Buat Duit dan Blog

Posted by Din Beramboi 19 October, 2008 (13) Comment

Arrggghh..hari yang memenatkan tetapi seronok. hehe.. Hari ni aku ada pergi reunion untuk budak2 yang suatu masa dulu pernah join suatu bisness. Bisness ape, x perlu la korang tau ok. haha. Dari pukul 10.00am++ aku bertolak ke Mid Valley ngan kawan-kawan.

Sampai jer, makan McD ramai-ramai. Pastu main bownling dua set. Abis pukul 3pm ++. Pastu lepak jap n pergi solat. Pukul 4pm tengok wayang pulak..hehe. Tajuknya “Eagle Eye”. Balik dah pukul 6pm ++ dah nak pukul 7pm..huhu. Lama giler enjoy..sekali sekala kan. :D

Ok, aku buat post ni sebenarnya untuk menjawab TAG yang Titan buat. Dah lama tak menjawab tag. Banyak juga orang yang tag aku, tapi aku banyak yang tak buat. Sorry la kawan..busy sikit time aku tak buat tu. huhu.

Tajuk TAG ni macam tajuk kat atas: 21 Soalan Tentang Buat Duit dan Blog. Banyak betul soalannya. huhu. Meh sini aku jawab.. :D

1. Bilakah anda mula berminat untuk buat duit?
Jawapan: Ermmm, soalan ni aku sedikit keliru. Minat buat duit secara umum ke, atau buat duit online? Kalau buat duit umum, dari sekolah rendah dah buat duit. Aku ni pernah menjual jagung rebus dan kacang tanah kat sekolah. Haha..pastu mak aku bagi la komisyen daripada jualan tu.

Kalau buat duit kat internet, aku mula buat duit sejak 2 tahun yang lepas. 8 November 2008 ni cukup la 2 tahun aku berblogging dengan serius. Semalam, dapat panggilan call dari syarikat hosting supaya renew sebelum 8 November 2008. :D

2. Duit atau Awek?
Jawapan: Mak aku kata, kena kumpul duit dulu. Kalau duit dah banyak, berduyun-duyun awek datang..haha. Betul ke? :D

3. Anda ada blog? Apa dia URL blog anda?
Jawapan: Tengok sendiri kat url atas sana..mengada-ngada pulak tanya soalan ni. huhu.

4. Apakah program pertama yang anda sertai di internet?
Jawapan:  Jadi affiliate kepada Adik Bijak. Masa tu taktau ape2…orang recommend, aku join ajer..satu sales pun tak dapat. haha.

5. Anda pernah berjaya buat duit dari blog?
Jawpan: Pernah…tengok jer print screen pada post kat bawah ni. Kalau aku boleh bayar orang, tentula aku pun dapat income kan? hehe…bukan kerek, just bukti ajer.. :D

6. Bilakah anda berjaya membuat jualan pertama?
Jawapan: Tahun 2006.Aku join bisness jual top up. Mastereload namanya. Ini antara bisness yang terawal aku join. Budak Universiti bai…ramai yang nak top up. Sehari boleh cecah RM300 sales..tapi komisyen sikit ajer yang dapat. RM50 sebulan boleh la..

7. Program buat duit manakah yang memberikan anda pulangan yang lumayan?
Jawapan: Kalau dulu, adsense la…Sekarang ni, produk sendiri dan affiliate.

8. Anda mempunyai produk sendiri? Nyatakan.
Jawapan: Ada beberapa ketul. Rahsia Pro CMD.EXE (kerjasama Team SmartBrain ‘n’ Dr.CMD),  Rahsia USD10 setiap hari (Tak dijual kepada umum..simple saja contentnya), dan yang terbaru adalah Rahsia Pro Affiliate.Tak sampai sebulan pun lagi.

9. Berapakah jumlah keuntungan tertinggi yang anda dapat dari produk anda?
Jawapan: RM3250 dalam masa seminggu untuk jualan ebook Rahsia Pro Affiliate. Untuk total, aku tak kira lagi.

10. Adakah anda pernah rugi dan gagal untuk menjual produk anda? Kenapa?
Jawapan: Pernah. Mcm Titan cakap, kurang promosi dan bergantung dengan Plan A saja. Kalau boleh, kita perlu ada beberapa plan. Plan A kurang menjadi, buat Plan B.. Satu lagi, kerjasama antara rakan IM sangat penting. Tak boleh promote sorang2..

11. Google Adsense, Program Affiliate atau Produk sendiri?
Jawapan: Ketiga-tiganya.

12. Titan atau Irfan Khairi?
Jawapan: Kedua-duanya. haha..kang aku pilih satu, merajuk plak yang satu lagi. Tapi aku tengok twitter Dr Irfan Khairi, takde pun beliau ‘following’ orang lain. Kalau aku dah berjaya kelak, insya-Allah aku akan letak juga ‘follower’ dan ‘following’. hehe. Gosip2.. :D

13. Siapakah mentor anda?
Jawapan: En.Sukeri

14. Berapakah target anda untuk bulan ini?
Jawapan: More than RM3250 kot… Kalau seminggu aku dapat mcm tu, takkan sebulan tak dapat kot. Kena selalu up..bak kata Saidina Ali: “Orang yang bagus adalah, hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ni. Dan celakalah bagi mereka yang hari esoknya lebih teruk daripada hari ini..” Ermm, kalau campur2 semua, termasuk jualan ebook, service, barang2 fizikal insya-Allah dapat.

15. Adakah anda tahu cara promosi yang bagus? Beritahu 1 sahaja.
Jawapan: Sepanjang aku berblogging ni, email marketing adalah yang terbaik.

16. Adakah anda seorang penipu?
Jawapan: Ermm..yer kot. haha..aku ni selalu hantar lewat minyak jaguh kanda yang ditempah customer. Cakap dalm web jualan, 2 hari..tapi kadang2 seminggu baru hantar. huhu..maaf la ea. Nak keluar selalu ke Post Office mcm malas pulak. huhu.

17. Anda tahu menggunakan teknik blackhat?
Jawapan: Tahu.Tapi tak guna pun.. takut kena detect, menyesal seumur hidup. haha..

18. Apakah cita-cita atau impian anda?
Jawapan: Hidup dan mati dalam keadaan best. haha..Masa hidup, nak menjadi muda dan kaya. Faham tak? Maksudnya, aku nak berjaya dalam usia muda lagi. Bukannya dah umur 61 tahun baru berjaya. Masa tu, kalau naik kereta Porshe pun pempuan dah tak pandang ape..haha. Masa mati, mati dalam keadaan beriman..huhu. Insaf-insaf..

19. Adakah anda hampir berputus asa? Mengapa?
Jawapan: Pernah.Bukan namanya manusia kalau tak pernah rasa ‘down’..

20. Jadi, bagaimana anda bangkit semula selepas hampir berputus asa?
Jawapan: Aku pegang dengan kata-kata ni: What somebody tell you, you can do it. Pernah dengar ayat ni? haha..

21. Adakah anda boleh buat duit sekarang? Sila jawab Ya atau tidak sahaja.
Jawapan: Ya!

Ok, aku dah jawab dengan jayanya. So, skang ni aku nak kenakan tag ni kepada orang lain pulak. Mereka yang bertuah adalah:

1. Kento - haha..dia cakap dia busy. Tapi takpe, nak tag jugak… :D

2. Pakar Clickbank - terkenal sebagai pemberi ebook percuma

3. Taukey - Taukey bagi segala taukey..

4. Nasoha - Aku pergi Mid Valley tadi dengan dia.

5. Samdaddycool - otai ebay yang gempak.. :D

6.  Nasrun - Dia busy skang ni dengan MajalahIM. huhu..

Ok la..dah penat. Nak siapkan tempahan blog plak..So, saper yang terkena tu sila la jawab. Tapi takde paksaan pun nak jawab ke tak..

Categories : Uncategorized Tags :

WebLicious Directory dan BlogHero Directory

Posted by Din Beramboi 25 August, 2008 (18) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah…jualan Rahsia Pro CMD.EXE agak menggalakkan walaupun tanpa penyertaan otai-otai yang mempunyai list besar. Untuk pengetahuan anda, harga ebook dan video Rahsia Pro CMD.EXE akan dinaikkan bermula 27 Ogos ini. Sape2 yang belum dapatkan, boleh dapatkan sementara harga masih murah.. :D

Agak lama tak menulis di sini, hari ini aku ingin memberitahu semua bahawa aku baru sahaja menyiapkan sebuah blogger directory. Namanya adalah WebLicious dengan jenamanya : The most delicious directory on the web right now !

Hoho..directory pun boleh rasa sedap jugak ker? haha..itu hanyalah bermaksud, the most popular and good directory to submit your link. Harapnya ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. Script untuk directory ini di sumbangkan oleh Sifu Fuad Latip, salah seorang sifu yang paling aku kagumi dalam perniagaan internet.

Ok, add blog atau website anda di sini : WebLicious Directory

Dengan submit link ke directory, ia akan membantu menaikkan SERP dan ranking blog anda di search engin.

Ok, directory yang kedua pulak adalah kepunyaan partner aku si Kento. Dia ni dah seminggu menyiapkan sebuah directory yang menggunakan domain dan hosting sendiri. Nama directorynya adalah BlogHero. Hoho..moga2 directory ini akan menjadi hero antara directory-directory yang ada kat atas muka bumi ini pada suatu hari nanti. :D

Ok, add blog atau website anda di sini: BlogHero Directory

Selepas ini kami akan mempromosikan dan meng-SEO kan directory-directory ini. Jangan lupa submit blog anda sekarang kerana apabila kami SEOkan directory tersebut, blog-blog yang di listkan di situ juga akan turut ter-SEO.

Sumbit sekarang kerana mungkin di masa hadapan kami akan mengenakan bayaran untuk sumbit. So, masa tengah FREE ni, submit sebanyak mungkin blog anda dan kalau boleh, bookmarklah directory-directory ini supaya pada masa depan, memudahkan anda sumbit blog lain pulak.

p/s - Masih ada satu lagi directory kepunyaan aku sendiri yang juga disetup menggunakan domain dan hosting sendiri. Masih dalam construction. Bila dah siap aku akan umumkan kat sini. Kalau sesiapa yang nak mempunyai directory juga, kami ada menawarkan servis setup directory dengan bayaran yang minima. Contact aku atau Kento melalui email atau YM.

Email: admin@zyzyx.info atau admin@dinberamboi.com

YM: kenshisuke atau syeikh_myfren

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan directory? Melalui pengiklanan dan menjual link. :D

Categories : Uncategorized Tags : , ,

Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE dilancarkan pada…

Posted by Din Beramboi 20 August, 2008 (3) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu… :D Terima kasih kerana terus melawat blog ini.

Info pada hari ini cuma ingin mengumumkan tarikh pelancaran Ebook dan Video Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE. Setelah banyak kali tertangguh…pada mulanya kami ingin melancarkannya pada 14 Ogos 2008, kemudiannya 16 Ogos 2008, tak jadi lagi…pindah pada 20 Ogos 2008, last-last kami mengambil keputusan untuk menerbitkannya pada 22 Ogos 2008. Lusa !

Projek ini sedikit tergendala apabila emak Dr.CMD dimasukkan ke hospital dan tenat. Beliau terpaksa balik kampung. Kami tak mahu membelakngkan rakan JV, dan kami menunggu khabar Dr.CMD terlebih dahulu. Sekarang, emaknya dah pun sihat.

Ok, mungkin sesetengah orang ini berita yang ditunggu-tunggunya..hoho.

Apakah kelebihan dan kegunaan CMD.EXE? Sebenarnya banyak kegunaannya..kami hanya listkan 10% sahaja di sini dan anda boleh melihat sendiri kegunaanya di CMD.EXE nanti.

# Membina blog dengan pantas yang mengandungi beratus-ratus halaman menggunakan CMD.EXE.

# Menghantar mesej kepada rakan walaupun tiada sambungan internet.

# Membuat salinan file yang penting dalam sekelip mata.

# Menamakan semula file yang banyak dengan cepat.

# Mempercepatkan kerja menyusun file dan membuat backup.

# Mempercepatkan format komputer dan membuang virus.

# Membina database MySQL dan PhP.

# Membina ‘virus ciplak’

# Mengubah registry window

# Kegunaan hacker

Kami akan menerbitkan dalam dua bentuk iaitu ebook dan Video. Ebook akan menceritakan panduan asas CMD.EXE manakala video akan menceritakan langkah demi langkah membina blog dengan pantas menggunakan aplikasi CMD.EXE dan Notepad.

Selain daripada itu, anda juga akan di berikan script CMD.EXE yang sudah siap kami bina. Apa lagi yang anda dapat? Anda juga akan diberikan video mengikut permintaan anda. Ya, pembeli Rahsia Pro Penggunaan CMD.EXE boleh membuat permintaan untuk kami membuat video apa yang diinginkan tanpa charge tambahan.

Diterbitkan pada 22 Ogos 2008

Categories : Uncategorized Tags :