Formula kejayaan = promosi + promosi + promosi

Posted by Din Beramboi 5 April, 2008

Assalamualaikum/ salam sejahtera

Masa aku menulis ni, jam baru pukul 9.30 am. Aku sebenarnya baru balik daripada Taman Tasik Titiwangsa sebab sarapan pagi kat situ tadi. Member aku yang baru balik dari Sweden ajak aku makan bersama, so aku pergi jer lah. Lagi pun dah lama tak jumpa dia.

Best siut makan kat situ..sambil makan, sambil mencuci mata..hehe. Ramai budak-budak perempuan jogging kat situ. Ada yang memancing ikan, ada jugak yang ‘memancing’ anak gadis.. hehe.

Ok skip, korang ni kalau aku cakap pasal perempuan, suka la tu..haha. Kita kembali kepada tajuk kat atas. Sebenarnya, antara usaha untuk mencapai kejayaan dalam ebiz adalah promosi, promosi dan terus promosi… Perkara ni memang tak dapat dinafikan dah. Tanya lah otai IM mana pun..tak ada gunanya kita ada sales letter yang mempunyai grafik bagus dan cantik, tapi tak promosi. Tak guna juga ada produk baik dan berkesan, tapi tak promosi. selain daripada mendapatkan pelawat untuk membeli produk fizikal anda, promosi juga diperlukan untuk menarik pelawat ke blog adsense. Lagi ramai orang masuk, lagi tinggi kebarangkalian untuk klik iklan adsense..lagi masyuk la.

Banyak cara yang korang boleh gunakan untuk promosikan produk, antaranya dengan menggunakan laman web yang menyediakan pengiklanan percuma ataupun berbayar. Bagi aku, penggunaan laman web percuma kurang efektif kerana terlalu banyak persaingan. Semua orang mahu mengiklan dan ianya nampak terlalu crowded. Iklan yang muncul pula bermacam-macam dan menyusahkan pelawat. Mengiklankan produk di laman web berbayar lebih bagus, contohnya dengan meletakkan iklan di akhbar online yang selalu dikunjungi ramai. Utusan online sebagai contohnya menerima pelawat sehingga berjuta pelawat setiap bulan, jadi peluang untuk anda memperolehi pembeli amatlah cerah.

Tapi kebiasaannya apabila mengiklan di laman web berbayar yang mempunyai pelawat tinggi, bayaran kos pengiklanan juga semestinya tinggi. Adakah anda mampu ? ini contoh rate harga iklan di utusan online:

Sky High (main web pages) = ad size ( 900×50) = RM5000 sehari

Banner = ad size (468×60) = RM300 seminggu

Mak aiii..mahalnya. Kalau korang mampu, silakan…Kalau korang rasa kurang berkemampuan, apa kata mengiklan di laman blog dinberamboi.com ? Laman blog dinberamboi.com menerima pelawat unik kira-kira 3000 sehari dan page impression 7000 sehari. Seminggu kira-kira 21000 pelawat unik dan 49 000 page impression. Sebulan ? kira sendiri lah yer…

Kalau kat utusan online dan apa sahaja laman web berbayar lain mengenakan bayaran tambahan sekurang-kurangnya RM100 untuk membina banner yang simple, di dinberamboi.com adalah PERCUMA ! Aku akan set up kan banner untuk korang…takde charge lebihnya.. :D

Contoh iklan yang diterima di dinberamboi.com :

Ads size (300 x 250) Hanya RM70 RM50 sebulan

Ads size (152 x 357) Hanya RM30 sebulan

Ads banner (468 x 60) Hanya RM30 sebulan

Banner-banner kat atas tu aku buat sendiri jer. Korang hanya nyatakan macam mana banner yang korang nak, lagi detail lagi bagus. Ok, kalau nak mengiklan, sila contact aku kat contact form kat atas tu.

TQ. :D

Download Ebook Percuma : 1000 Cara Promosi Blog

Random Posts

Categories : Tips Perniagaan Internet Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
April 5, 2008

hohoho… iklan laa pulak. acara menambah pendapatan tambahan sampingan…

Posted by abdfatah
April 5, 2008

Hoho…acara iklaneka…wah…gerenti lumayan income ni kan :P… apapun banyakkan usaha bro :)

Posted by dauz
April 5, 2008

acara iklaneka yang pastinya menguntungkan ramai pihak… lepas nih makin mahal pulak laa kalo dah semakin popular… makin populae makin laju daaa kelajuan masyuk ke dalam poket kantung bank onlinenya…

Posted by abdfatah
April 5, 2008

Hoho..biasala tu bro…traffic tinggi=money…hehe…ada yang berminat ke??ehhe…

Posted by dauz
April 6, 2008

Masyuk! :) Din kalau nak book banner kat ko bape ko cas? :D

Posted by emme
April 6, 2008

hehe..murah2 jer emet. Eh silap, Emme..huhu. Org lain aku letak antara RM15 - RM30. Member2 mcm ko aku bagi RM10 - RM20 jer..ok tak?

Klu nak contact aku yer.. :D

Posted by Din Beramboi
April 6, 2008

akhirnya. Ko buat gak portfolio ringkas nih. Hehe..aku rekomen sangat korang pakai service din ni. Sempoi dan gila-gila sket. Kalau nak banner gila sket pun bulih..

Posted by titan
April 7, 2008

insyaallah din, kalau ada projek nanti cari ko jer…

Blog aku tu xde banner, so igt nak buat satulah. Utk promosi blog aku. :)

Harga yang ko bagi tu aku rasa cukup murah :D

Posted by emme
April 7, 2008

Ok…xde hal emme. Bila2 pun boleh.. :D

Umm Titan, banner gila2 tu mcm mana? haha..jgn citer kat org lain tau yg aku buat tu. kekeke.

Posted by Din Beramboi
April 8, 2008

uina… din bulih buat banner gler2 nie… hoho.. aku stil confius banner apekah itu.. hehe..

Posted by rafhz
April 8, 2008

Haha..ko tanya Titan. :D

Posted by Din Beramboi
Leave a comment

(required)

(required)