Happy Birthday To Me… :)

Happy birthday to me…
Happy brithday to me…
Happy birthday to Din…
Happy birthday to me…
Hehe..hari ni genap la umo aku yang ke 86 22. Nampaknya dah tua aku ni kan..umm, dah boleh kawin ni aku rasa. Korang rasa macam mana? hehe..
Harap-harap dengan peningkatan usia ni, akan menyedarkan aku erti hidup. Untuk apa kita hidup? Buat apa kita hidup? dan ke mana kita akan kembali selepas ini. Semakin hari semakin meningkat usia, bak kata orang tua-tua, dunia kata “pergi lah..”, kubur kata “marilah..”. Moga aku sedar apa tujuan aku hidup dan meningkatkan amalan untuk kembali.
Umo baru jugak mengingatkan aku kepada tanggungjawab yang lebih besar semakin hampir. Tugas aku untuk mencapai kejayaan memerlukan aku berusaha lebih gigih lagi dan muhasabah diri. Jadikan kayu ukur kejayaan hari ini untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di hari depan.
Ummm, sebenarnya sejak 4 5 hari lepas aku dah fikir apa yang boleh aku berikan pada korang sebagai hadiah bufday aku nih. So, aku mengambil keputusan untuk memberikan diskaun 50% kepada semua produk MRR yang aku ada. Contohnya Panduan Mudah FTP, Panduan Clickbank Step by Step, Web Audio Plus dan harga bagi semua perkhidmatan yang aku buat seperti bina blog, setup shopping site, personal coaching dan sebagainya. Korang boleh melihat service yang aku buat di sini.
Semalam aku baru sahaja melancarkan web Design Studio, dan aku menerima tempahan PERCUMA sahaja daripada korang pada hari ini sempena bufday aku. Ya, percuma sahaja tetapi terhad kepada 5 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat yer.. Korang boleh request samada design banner atau header, seal dan grafik web jualan. Ebook cover tidak termasuk. Sedikit masa lagi perkhidmatan ebook cover juga akan di masukkan. Tunggu ajer..hehe.Sekali lagi, hanya 5 orang dan seorang boleh request satu sahaja. Semua permohonan boleh menggunakan Sistem Support Din Beramboi.
Ok, ini sahaja untuk hari ini..siang nanti plan nak pergi mandi kat Ulu Yam. hehe..dah lama tak pergi situ. Best wooo..saper nak ikut?
Di hari yang special ini, doakan lah aku semoga aku akan sentiasa success selalu. Bila kita doa orang lain, kebaikannya akan diperoleh oleh kita sendiri. Sekali kita memberi, 10 kali Allah gandakan ganjarannya.
p/s - Terima kasih kepada Taukey kerana memaklumkan aku berlaku 404 page Error tadi. Rupa-rupanya disebabkan perubahan setting oleh provider hosting aku. Aku pun sebenarnya tak tahu nak buat macam mana, tapi bila tanya sifu aku En.Sukeri, kejap jer dia buat dan alhamdulillah..kembali ok. Terima kasih En.Sukeri. Satu lagi ilmu aku belajar daripada dia. Thanks
Random Posts
Trackbacks & Pingbacks
- Pingback by azuwan raspani | TAG : Watak Kartun Kegemaran on May 5, 2008 @ 11:43 pm
- Pingback by Happy Birthday 23th to myself on May 6, 2009 @ 8:54 pm






Tahniah dan selamat menyambut hari lahir yang ke 22. Tua sudah ko yek..
TAHNIAH! Selamat hari jadi! Semoga perniagaan internet anda makin berkembang!
Allah Selamat kan Kamu,
Allah Selamat kan Kamu,
Allah Selamtkan Din Beramboi,
Allah Selamat kan Kamu.. hehehe..
Selamat Hari Lahir Ke-22.. Semoga panjang umo dan murah rezeki..
Muda lagi upenye. Aku lg tua. hehe..
Aku mmg nak bg tau ko sal page error tu tapi x tau nak bg tau kat maner.. Sorry coz x dpt bg tau ko..
Ape kate ko tunjuk kan aku cara elakkan elakkan komisyen affiliate dicuri sempena bezday ko ni? hehe.. Aku pon leh tempah design ke Din? hehe..
he he he he aku ingat internet connection aku yang tak bagus sebab aku tengok orang aktif jer bagi komen….hehehe….tapi cuba berkali kali selang sejam tak boleh juga….jadi aku bagitau….hehehehe…
dah tua dah erkkk…meningkat usia dah sekarang…hehehe
Semoga dengan peningkatan umur ini Din semakin sukses
Aku pon ingat macam tu jgak taukey.. Ade bg tau Kakeru.
Hehe..time kasih kepada korang sumer sebab wish bufday aku..terharunya aku. Hehe..
Terima kasih Taukey sekali lagi. Terima kasih jgk Nasrun sebab nak bgtau pasal error tu.
Titan n Wanwma..tq.
Salam Din, hepi belated birthday… Aku perhatikan, semakin meningkat usia ko (dah tua la tu)…
Semakin meningkat pendapatan ko, dengan bertambahnya servis-servis dari ko. Tahniah!
p/s: masih ada ruang lagi ke untuk banner “free” tu? lol
hehe..tq Emme. harap2 nya mcm tu ler..hee. Ok, service tu masih ada…Untuk tak menghampakan banyak pihak, aku bukak kepada 10 orang sekarang ni. Tapi sorry kalau lambat siap..mgkin 1 atau 2 hari baru siap sb aku byk nak buat ni..hehe. Tgh wat tutorial lindungi komisyen affiliate tu.
Happy birthday din…aku lambat nak ucapkan kat ko..aku baru dapat online lepas bz memanjang arr minggu nie…huhu…adoi…projek besar dia nie…50% diskaun nie…hehe..tahniah la my otai..hehe…
…………… HAPPY BDAY BRO…..
wah sudah bole caris pewaris dah… dah akil baligh.. oops ..
anyway, selamat dalam segalanya… semoga terus maju, dan maju maju lagi di msa2 mendatang… wokeh, aku nak gi niaga.
Heppy Befday DIn… Dah tua pom ko hehe…
Heppy Befday DIn… Dah tua pom ko hehe…
aik nape post aku kluar 2 kali nie,, haha pelik
din beramboi mengingatkan aku kepada maskot majalah ujang yang mula2 dulu sebelum ditukar kepada pakcik din..majalah ujang yang awal2 dulu menampilkan ramai kartunis2 best seperti gayour, aie, bendi dan ramai lagi. masa ni mjlh ni mmg kelakar ya amat ..nmn kini mrk tlh berpindah ke mjlh lain yg seangkatan dengannya. Koleksi2 ujang & apo? aku yang lama2 dulu tlh hilang ntah ke mana yang tinggal kini yang baru2 saja yg hampir penuh satu almari pakaian umah aku. Ditambah dengan majalah gila2 yg hampir tak prnh miss dr dulu lagi. Eh apa yg aku merepek ni…hehehe apa2pun slmt tahun baru..oppsss silap lagi, slmt hepi beday dan selamat pengantin baru nanti (bila dah ada jodoh ngan si milah tu)
hehehe………cantik theme baru nih….hehehehe
Wah.. Bile tukar theme ni? Cantik.. hehe
Haha…pagi tadi, kul 4am…
Lambat ko tido yer? Projek Besar ar ni? Ko pegi jom seminar tak?
… wahhh.. i found something new… cool
happy birthday.. kita sebaya la eh..
ala.. ari tue wish pakai mesege je… jeolous lak org semua wish dkt sini… so i pun nak wish gak la HAPPY BIRTHDAY ABG DIN BERAMBOI….. :p
moga sucess dgn perniagaan yg dilaburkan.. hihi…
nanti jgn lupa belanja makan k??
eh!!! terbalik plak, xpe la… mana bleh anak buah belanja otai kan???
ehehehee… happy bestday laaa untuk encik din. makin tua makin berisi dengan pengalaman dan pengetahuan… teruskan perjuangan sehingga bila-bila yang termampu…
selamat maju jaya…
nak bagi hadiah takder laa… din aje laa yang bagi hadiah percuma untuk pengunjung setia blog din yang datang berkunjung ke sini…. hehhehee