Lagi Testimoni dan Lagi Tempahan…
Hurmmm..xde ape sebenarnya yang hendak aku tulis pada hari ni. Dah lama tak menulis, jadi ini sedikit pengisian untuk blog ni. Sejak akhir-akhir ni aku busy sket menjalankan tugas sebagai seorang student dan blogger.Sebagai student, memang tak lari dari assigment yan berlambak..hehe. Pastu pulak, sekarang ni dah nak abis semester 2 sesi 2007/2008, ada pulak Majlis Anugerah Kolej..busy2..
Kali ni aku cuma nak bagitau yang aku dapat lagi testimoni daripada customer bina blog. Tujuan aku menulis testimoni ni bukannya sesajer nak meng’up’ kan aku…cuma kalau korang nak berurusan ngan aku tak kira apepun, mungkin akan lebih yakin ngan aku..hehe. Maklumlah dunia internet..takleh bertentang mata. Keyakinan lah yang menjadi kekuatan untuk berurusan.
” Saya amat buta mengenai dunia internet, apa lagi mengenai web hosting dan domain. Selama beberapa waktu mencari orang yang memberi perkhidmatan membina Blog, saya telah menemui Din Beramboi melalui carian internet. Saya tidak ragu-ragu menempa bolg daripada beliau. Ternyata saya tidak salah memilih. Blog yang diberikan amat cantik, canggih dan memenuhi keperluan. Harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah dengan harga yang pernah saya temui dalam pasaran internet. Satu hal yang tidak saya lupakan ialah perkhidmatan yang beliau berikan. Segala masalah yang berkaitan dengan blog tersebut, saya dilayan begitu istemewa. Saya merasakan seperti disuap satu persatu menangani masalah yang saya hadapi. Kini, bukan sahaja telah memiliki sebuah blog istemewa, tetapi saya telah menerima banyak hadiah bonus dari beliau. Bonus-bonus itu amat berguna dalam perniagaan internet. Terima kasih Sifu Din Beramboi.”
Daripada :
En.Jabreh
http://jbkbusiness.com/
Hari ni lagi tempahan bina blog aku terima dari sorang mamat ni namanya Hadi. Blog dah siap pun aku set up.
Hadi cakap, dia suruh aku buatkan web jualan untuk dia nanti. Maknanya akan dapat payment lagi lah..hee. Biasa korang amik berapa yer untuk service buat web jualan? Ada pengalaman tak? Kalau boleh, share la kat sini.
Aku juga dapat tempahan daripada AuraMuslim untuk membina Shopping Site..Insya-Allah akan dimulakan secepat mungkin.
Jika anda juga berminat untuk memiliki blog dot com anda sendiri, mungkin boleh dapatkan perkhidmatan saya..
Untuk info lanjut, boleh melawatnya di sini :
Jika anda berminat untuk menjadi affiliate bagi BinaBlog, anda boleh mendaftar di sini dan mendapat komisyen sebanyak RM20 bagi setiap customer yang datang dari link anda.






tahniah. ramai dah pelanggan ko. semoga sentiasa mendapat pelanggan dan income yg berterusan.
Haha…TQ. Harap2 macam tu lah…terima kasih sebab datang menjenguk blog aku yg tak seberapa ni.
dah tentunya income din akan berterusan dengan servis yang terbaik untuk costumer… lagi pun dah banyak nampaknya testimoni yang mengakui kebagusan servis yang telah disediakan… semoga maju jaya hendaknya…
Hoho tentu income din semakin meriah selaras dengan traffic blog ini nanti..Lagipun din dapat tempahan luar negara dah tu..Banyak wang masuk tu..Yang penting,mesti fokus ya bro…
Hehehe….semua dia boleh buat yea??
hehe..post lama ni. Ada pulak komen kat sini. Terima kasih jugak kepada korang kerana support aku. TQ banyak2 la aku ucapkan..terharu lak.
Tak kira lerr post lama ke tidak janji selagi berguna tu la akan dipost…Hoho…Bro..banyak yea tempahan ko ke ??hehe
Rezeki Dauz..nak buat mcm mana. Ni pun ada yg aku blum update portfolio buat blog ni. Ada 2 lagi yg tempah ngan aku..ko pun buat gak set up blog kan. Hope ko pun berjaya gak..
Hoho…aku bukan tak nak buat service setup blog ni..Semua visitor yang lawat blog aku semua dah ada blog sendiri
aku bukannya otai macam ko dah lama lam blogging nie
…Insyallah lepas spm aku buat lerr gerak gempur ..hehehe
lama tak lama laaa janjinya masyuuuuuuuuuuk setiap kali ada tempahan….
hehe..mana tau ada yg sangkut. Lagipun skang ni Kementerian Belia dan Sukan nak menggalakkan belia berblog plak. 1% dari belia datang kat kita dah syukur dah..hehe. Golongan belia paling ramai kat Malaysia.
itulah dia sasarannya bagi mereka yang muda belia dan tak berkesempatan nak membina blog sendiri… sekurangnya kalo ada yang dah siap dan boleh digunakan dengan segera memang itulah yang mereka harapkan sementara belajar apa yang patut… lain citer laa kalo dah setup dengan 3 langkah mudah dan kemudian copy and paste pastu tertinggal gitu aje… tak best laaa gitu kalo nak jadi bloggers dan buat duit dengan blog… hehehe…
Hoho..Lebih baik blog daripada membuat aktiviti yang tidak tentu arah..yang penting dari berblogging ini kita dapat menambah kenalan secara online bukan lagi hanya menggunakan friendster sahaja
…Apa pun..Majulah blogger demi negara..ehe
Ummm, aku nak tanya korang ni. Biasa berapa erk amik upah service buat shopping site? Aku tak biasa la…bleh share?
Tahniah din, aku pon tumpang gembira dengan kejayaan ko ni.
Hehe…biasala emet. Xde la gempak pun…gunakan apa yg kita boleh buat utk dpt duit. Klu duk peram jer xde maknanya..
Betoi x?
yea… ilmu yang ada jangan kena peram… nanti jadi asam jeruk… gunakannya untuk membuat duit secara lebih maksima…