Motor Aku Mencipta Sejarah Dalam Masa Sebulan !

Posted by Din Beramboi 17 March, 2008

Hi…kepada mahasiswa semua, atau bekas mahasiswa..masa kat Universiti dulu, apakah jenis kenderaan yang korang ada? Untuk di bawa ulang alik ke kuliah, keluar bawak awek di hari minggu, buat discussion di library dan sebagainya. Kalau bapak korang kaya, mesti la bawak kete kan. Aku ada scooter jer..huhu. Tapi ok la daripada xde langsung. kesian kekadang aku tengok member yang takde kenderaan ni. Daripada tahun pertama, sampailah tahun akhir, diorang hanya menapak untuk ke kuliah.

Walaupun aku naik scooter, scooter aku tu boleh jugak di panggil kereta sebabnya plat motor aku “CAR 9203″ ..hehe. Ramai member2 menganjing aku, “weh, kete ko parking katne? “, “weh, nak pinjam kete ko jap…” haha..suka hati korang la. Kete pun kete la…

Sejak sebulan kebelakangan ni, ‘kete’ aku tu selalu buat hal la..sakit hati aku. sebulan yang lepas, ‘kete’ aku tu rosak..Aku tunda masuk bengkel kat Bangsar, pomen cakap kena ‘overhaul’. Kena la bayar RM476 . Pastu, tak sampai seminggu selepas repair enjin tu, rosak lagi sekali. Bawak lagi ke kedai yang sama dan kena charge lagi. Pomen cakap, kena service karburator. Chargenya tak mahal, cuma RM30.

Yang paling sakit hati, 3 minggu lepas tu ‘kete’ aku tu rosak balik. Aku dah malas bawak bengkel sama. Mungkin dia tipu aku kot. Panaih hati gue…aku tunda lagi bawak gi Bangsar. Pomen cakap kena tukar pasten, gasket dan beberapa perkara lagi. Kena charge pulak RM300. Dalam masa sebulan, aku dah abiskan RM800. Dah boleh beli motor 2nd hand lain dah tu..huhu.

Kalau rosak lagi, aku dah xmau repair dah. Buat abis duit jer…kalau aku buat modal bisness, dah banyak yang aku dapat tu. Kalau buat beli ebook, bestnya…Kalau jadi kat korang problem macam ni, camne korang settle yer? Bakar jer kot motor tu kan..hehe.

Random Posts

Categories : Sembang-sembang Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
March 18, 2008

takpe. Kete kelisa dengan motor lagenda aku ok je. Baik ko angkat motor satu lagi la. ada 2 motor. Ko punye keta tu, ko jual jela kat orang. Haha..investment gak tu..

Posted by titan
March 18, 2008

Ummm..cantik gak idea tu, tp xde duit la bai..hehe. Alang2 nak beli, baik beli yg puas hati. Aku hajatnya nak sambar Yamaha 125zR sebijik la…ok x? Perrrgh, cantik siot. :)

Posted by Din Beramboi
March 19, 2008

Salam Din! :)

Ntah2 ko kene kencing dengan tokei kedai motor tu, macam tak lojik la, “kete” ko boleh rosak sampai 3,4 kali dalam sebulan.

Pastu penyakit yang berlainan plak tu… musykil2…

Posted by emet
March 19, 2008

Wslm Emet..:)

Ntah la..aku pun rasa macam tu. Geram btul..Penyakit yg sama la. Semuanya berkaitan enjin. Enjin memang mahal klu repair. Bukak jer, tak buat apa2 dah kena upah RM50. Hurmmm..

Posted by Din Beramboi
March 19, 2008

Yang penting ko ada daripada takder..

March 21, 2008

Hoho…Kesian ko bro…
Tapi aku yakin ko kena kencing dengan pomen tu…
Kalau ubah piston pun kalau ‘racing’ punya mau jugak lam RM 400 hehehe

Posted by dauz
March 22, 2008

Hurmm..ntah la Dauz. Lain kali aku x gi kedai dia dah..confirm. Skang ni motor aku xleh naik laju. Maklumlah baru tukar barang2 enjin. Bosan la naik slow2 ni. Biasa merempit, skang naik macam pompuan plak…huhu. :)

Posted by Din Beramboi
March 23, 2008

Alahai bro…Naik cam pompuan ke…slow2 bawak pompuan lagi best..hehe…Rilek la bro…barang baru mesti slow..Kang kuar lagi duit tu…naik pula denyutan jantung tu ..hehe

Posted by dauz
March 28, 2008

hahaha… sabau aje laa dengan kerenah “keter” tu yang meragam sentiasa… ada hikmahnya tu… mari laa kita sama2 fikirkannya… dari membazirkan duit baiki dan terus baiki setiap kali rosak apa kata cari pilihan lain mengetahui selok belok berkenaa pemotoran pulak… lepas nih boleh laa pulak buat niche pasal pemotoran macam mana nak mengelekkan kerosakan yang maksima…

Posted by abdfatah
March 28, 2008

‘Car’ din tu tetap dia sayang sangat tu…Kerosakan adalah perkara normal..tidak ada ciptaan Manusia yang sempurna melainkan ciptaan Allah S.W.T

Nampaknya leh gak buat e-book pasal motor2 nieh yea…rasanya siapa lah yang sanggup yerk??

Posted by dauz
June 24, 2008

hahahaa… kalo guna basikal kat universiti sekarang takde hal punya… gunakannya sebagai daya penarik ke arah penjimatan minyak yang maksima…

wahahahhaa… ada keter bayau minyak tak lepas awek pun mungkin lariiiiiiiiiiiiiiiii…………..

namun minyak petrol masih tetap menjadi bahan api yang perlu kena guna dan kereta yang perlu anda miliki…

Posted by abdfatah
Leave a comment

(required)

(required)