Panduan Buat Duit Online: Sembang Hari Minggu

Posted by Din Beramboi 25 May, 2008

Aloha..ape korang tengah buat aaa? Hari minggu macam ni sonot gak kalau pegi jenjalan kan. Aku dah lama tak pegi tengok wayang…tapi kalau pegi, nak pegi ngan saper plak aaa? Hurmm..

Hari ni aku taknak cerita info pasal buat duit online, tapi nak review cerita beberapa hari yang lepas. Pada 19 hbln yang lepas, aku kembali ke KL setelah seminggu kat kampung sebab balik tengok adik aku yg eksiden. Masa tu jugak aku bwk beberapa barang untuk di niagakan di KL seperti baju jersey EURO 2008, tudung, Jersey brand Singapore dan Boxer. Keseluruhan modal hampir RM3000.

Aku bajet nak berniaga bersama member aku. Tapi 6 hari yang lepas dia buat hal…dia menghilangkan diri bersama barang2 aku selama 4 hari tanpa khabar berita. Memang hangat aku di buatnya…2 hari lepas dia balik dan bagitau aku, dia berniaga seorang diri berdekatan rumah sedara dia di Kepong. Dia cakap, kebetulan dia pergi menziarahi sedara dia di situ. Ceh, aku takleh terima…kot yer pun, bagitau aku dulu. Ini tidak…handset di tutup, langsung tak boleh call dan mesej.

Bila aku bukak barang2 aku, ada yang sedikit kotor. Dia tak bukak dengan berhati-hati dan letak ikut suka hati. Di sebabkan itu, aku terpaksa memulangkan duit klien aku yang dah buat tempahan, antaranya adalah kepada kawan aku sendiri iaitu Taukey. Aku kena jaga kredibiliti aku..lagi2 kepada kawan baik. Aku mengambil keputusan menamatkan JV dengan dia…aku tak suka dia buat macam ni. Tak amanah dan suka menangguh-nangguh kerja. Sebelum ini pun, memang selalu tak menepati waktu. Janji nak bergerak ke kedai pukul 4 petang, pukul 5 petang baru bangun tido. Pegi sana, pegi sini pukul 8 baru gerak ke kedai..huhu.

Sekarang ni aku bergerak seorang diri dan ditemani kawan baik aku yang lain. Rasa lebih tenang…baru dua hari aku berniaga offline seorang diri. Dua hari lepas aku dapat RM210, semalam aku dapat hampir RM300. Biasalah baru-baru belajar berniaga offline, takde la banyak sangat. Esok insya-Allah aku akan dapat RM240 sebab mendapat tempahan dari Indonesia. Yang tak confirm lagi, kawan aku di Cheras ingin menempah 1000 helai baju dengan aku, harapnya akan menjadi kenyataan.

Perniagaan online macam mana? hehe..ok ajer buat masa ni. Sekarang ni tengah menyiapkan beberapa tempahan daripada klien aku. Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada aku. Kepada sesiapa yang ingin menempah service daripada aku seperti buat blog wordpress, set up affiliate, minisite, setup autoresponder grafik, banner dan sebagainya masih boleh mendapatkan khidmat aku. Aku kerja offline hanya pada waktu malam. Siang2 macam ni aku mengadap komputer..hehe.

=================================================

Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura

Dah abis cerita best, skang ni cerita tak best pulak…aku cukup sedih bila dapat tau Pulau Batu Putih dapat kat Singapura. Memang sedih siut…hampir setengah jam aku dengar Shawkat membebel membacakan penggulungan hujah dan keputusan mahkamah ICJ. Bila dapat tau yang Pulau Batu Putih dapat kat Sinapura, aku terus tutup tv. Angan-angan aku hari tu, aku nak berbulan madu kat situ satu hari nanti nampaknya tak kesampaian lah..huhu.

Kepada orang Johor, aku tau korang rasa sedih…mana tidaknya, aku orang Kelantan + Siam pun rasa sedih, lagi2 la korang kan.. Sabar ajer lah. Klu aku ada kuasa ajaib, aku dah amik Pulau Batu Putih tu letak kat perairan Kelantan..padan muka Singapura. hehe..

p/s- kalau ada sesiapa yang berminat untuk menempah jersey EURO 2008 secara bundle, boleh contact aku. Aku beri harga jauh lagi rendah berbanding di website Jeysey Online aku.

Random Posts

Categories : Cara Bina Blog, Menjual Produk, Perniagaan Offline, Sembang-sembang Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
May 25, 2008

takper…..hehehe….dah tukar baju lain…hurey…

Posted by taukey
May 25, 2008

Din ini cukup sibuk sekarang ,pagi +malam business,bagus tu,masih muda mesti la ceburi beberapa bidang yang kita minat,tapi jangan lupa sambil kerja kena juga enjoy.hidup kita ini mesti keseimbangan supaya otak kita tak terlalu panas sampai berasap.

Posted by Roger Ho
May 26, 2008

… kalu sesapa haprak dlm JV… kick off jerk.. aku niaga p.mlm mmg sorang2 je…
anyway selamat maju jaya… semoga ko meletop offline biz!

Posted by samdaddycool
May 26, 2008

hmmm…pengajaran yg amat berguna tu Din….yelah rambut manusia sama hitam, hati lain2 so bila dah terjadi perkara mcm ni barulah kita tahu hatinya…memang patut Din menamatkan JV dgn dia…kasi dia pengajaran sikit…anyway goodluck to you in your bisnes!!…

Posted by Faza
May 26, 2008

hoho..itu macam ka? memang cari pasal tul..

Posted by titan
May 26, 2008

… pasal duit.. adik beradik / sedara mara pun bole bertelingkah… inikan pulak jv parner…..??

Posted by samdaddycool
May 27, 2008

Aku pun byk kali gak kena mcm ni,dulu rugi ribu2 pasal kebodohan aku sendiri gak dahulukan duit aku sendiri..kekekek…

Din, ko amik baju kat mana? Siam ke? Aku nak tanya satu jenis baju ni mana tau ko ada nampak kat sana ke..Aku jersey2 ni tak dpt nak pakai sbb cute sgt size badan aku ni..kekekke..tp insya-allah kalau ada member tanya pasal jersey bolehlah refer kat site ko tu.

Posted by catzer
June 22, 2008

ahahahaa… duit punya pasal… lain kali kena hati2 laa kalo ada apa-apa urusan yang melibatkan wang yang banyak banyak banyak terutamanya….

Posted by abdfatah
June 24, 2008

dia nak cuba belajar berdikari agaknya. tu pasal dia tak bagitau din. agaknya laaa…

Posted by abdfatah
November 19, 2008

aku tengah dok pening macam mana nak korek idea untuk menulis post baru nie… pening pening…. minta tunjuk ajar sket…:))

Posted by matcargo
November 19, 2008

Bro din… apa kegunaan 2checkout… boleh citer sket ..kalau dapat citer detail bagus gak… heheheh

Posted by matcargo
Leave a comment

(required)

(required)