Pay Per Lead: Bagaimana Pembayaran Komisyen Dilakukan…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya. Post pada kali ini hanya ingin menerangkan proses-proses bagaimana pembayaran komisyen pay per lead akan dilakukan.
Tepat pada jam 12 malam nanti, kami akan mula menganalisis semua komisyen affiliate secara manual one by one. Kami hanya akan menganalisis dan membuat pembayaran bagi mereka yang mendapat nilai minimum sehingga 12 malam ini sahaja. Bagi mereka yang mendapat nilai minimum sebelum 15/08/08, kami akan mempertimbangkan untuk membayar insya-Allah.
Semakan secara manual di lakukan kerana ingin memastikan tiada kesilapan pembayaran dilakukan. Kami banyak mengesan berlaku pengulangan IP address iaitu mereka yang menggunakan link yang sama untuk mendownload. Jadi, jangan hairan atau menyalahkan kami jika komisyen yang anda dapat nanti tadak sama seperti sepatutnya.

Tapi jangan bimbang kerana setelah kami membuat pembayaran, kami akan print screen untuk semakan anda. Kami akan hantar file print screen tersebut bersama-sama bukti pembayaran. Pembayaran akan dibuat secepat mungkin samada 15 atau 16 Ogos 2008. Berikan masa dua hari kepada kami untuk menyelesaikannya.
Semasa kami membuat semakan, kami akan reset komisyen anda di bahagian panel kepada RM0.00 semula dan anda boleh mengumpul kembali komisyen seperti sediakala. So, jangan terkejut jika anda lihat komisyen anda menjadi RM0.00 kerana kami sedang membuat semakan.
Bagi yang belum mengupdate no akaun bank, harap dapat berbuat demikian secepat mungkin. Jika no akaun tidak lengkap, kami akan menangguhkan pembayaran komisyen anda kepada bulan hadapan. Bagi mereka yang tidak mahu menerima komisyen lagi pada bulan ini walaupun telah mencapai nilai minimum, boleh menghubungi kami untuk mengecualikan pembayaran komisyen anda. Komisyen anda akan terkumpul sehingga bulan depan.
Ok, ini sahaja info untuk kali ini. Diharapkan anda terus mempromosikan pay per lead ini sehingga 31 Ogos nanti.
Related Posts
Trackbacks & Pingbacks
- Pingback by DVD Monakas: Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet + Bonus Hebat on August 14, 2008 @ 7:31 pm






ramai ke Din yang dapat?
kira baik-baik bro..nanti duit syiling jatuh tu..he3
wow..guna manual wow banayak tu..nak minum banyak kopi “o” 2 gelas tu he he he
nak aku tolong kira ke din??
buat manual lagi bagus..lebih tepat..
dah dpt dah afiliet tu tapi tak leh bukak plak naper?
Macamana beb mahu teruskan benda ni. I dah daftar tapi cara-caranyer bagaimana ? toolong terangkan ..serba ringkas ok….
dah habis dah? bayaran takleh laa nampaknya? happy endingnya biler…?
as’kum din, aku dah bukak affiliet tu, tapi aku masih x paham,camne bro.
pay for lead ni masi aktif lagi ke?