PBB lulus resolusi gencatan senjata di Gaza

Posted by Din Beramboi 9 January, 2009

palestin

NEW YORK 9 Jan. _ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengadakan gencatan senjata “yang segera dan berpanjangan” di Genting Gaza, seterusnya membawa kepada “pengunduran seluruh” askar Israel dari wilayah Palestin itu.

Amerika Syarikat (AS) mengambil pendirian berkecuali pada pengundian malam tadi.

Sejumlah 14 daripada 15 anggota Majlis mengundi untuk menyokong resolusi berkenaan yang dihasilkan daripada rundingan sengit selama tiga hari melibatkan Menteri-Menteri Luar Arab; Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice, Setiausaha Luar Britain; David Miliband dan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner. _ AFP

Resolusi Gila ! Ini semua resolusi gila bagi aku..jahanam Israel ! jahanam Amerika ! Setelah hampir 1000 orang rakyat Palestin syahid, baru nak luluskan resolusi gencatan senjata.

Sama-sama kita doakan si jahanam Israel dan Amerika di turunkan bala bencana oleh Allah s.w.t. Semoga Allah tunjukkan kembali pembalasan sebagaimana yang telah Allah tunjukkan kepada tentera bergajah, kepada kaum nabi Lut atau sebagainya.

Sama-sama kita berdoa semoga dimenangkan mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah. Semoga di beri bantuan sebagaimana Allah telah menghantar tentera malaikat dalam sejarah Badar.

Sama-sama kita boikot barangan USA dan Israel…

Negara-negara Islam lain terus di jahit mulut dan di tambat leher. Husni Mubarak terus memenjara rakyat Palestin.

Aku menyeru…menyeru atas nama Islam. Bersatulah ! Jangan diperbodohkan dengan demokrasi yang dilaungkan barat. Demokrasi dan hak asasi gila yang membiarkan rakyat Palestin di sembelih. Demokrasi yang hanya akan menjerut umat islam kembali. Kita tertipu…sedar tak kita?

Apabila sesuatu bencana berlaku di negara Islam…jahanam itu cepat-cepat menghulurkan bantuan. Kerana apa? kerana ingin menutup mulut-mulut negara Islam apabila membenarkan pembunuhan di Palestin dan negara Islam lain.

Random Posts

Categories : Isu Islam Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
January 9, 2009

Hai..din leh jd duta menteri luar negara ni..hu3

Sebenarnya kesilapan datang dari orang Islam jg kerana tidak mahu bersatu..

Tu ler gunakan orang Islam menjadi kaya. Kekayaan sahaja yang boleh control dunia ni ke arah baik ataupun buruk.

Posted by Otai Download
January 10, 2009

umat islam umpama buih di lautan… byk tapi lemah bile dipukul ombak.. kekuatan dan kemenangan akan tercapai sekiranya Islam itu sendiri berjaya ditegakkan dalam jiwa2 setiap insan yang bergelar muslim.. wallahu’alam

Posted by bidadari
January 10, 2009

Peperangan menyebabkan ramai yang sensara dan kematian yang meningkat ,kita sebagai manusia tak tahu juga kenapa ini berlaku ,apa yang boleh kita buat cuma adalah berdoa agar manusia hidup di bumi ini dengan aman ,kita memang hidup di Malaysia ini cukup bahagia …….

Cool Down bro Din …Aku juga faham perasaan brother ..

Posted by pakar clickbank
January 12, 2009

boikot israel laknatullah…

Posted by suraya
January 13, 2009

InsyaAllah….dengan semangat ingin bersatu umat Islam seluruh dunia akan dapat membenteras kejahatan Israel dan Amerika…Syabas! saya ucapkan ke atas usaha Cik Din ni….

Posted by Redish Heart
January 13, 2009
NEW YORK 9 Jan. _ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengadakan gencatan senjata “yang segera dan berpanjangan” di Genting Gaza, seterusnya membawa kepada “pengunduran seluruh” askar Israel dari wilayah Palestin itu.

ye din

aku setuju ngan mu

Posted by wawa
January 15, 2009

emmmmm…kenapa dari dulu kita asyik salahkan orang lain. org islam kena tindas salahkan org lain…org islam kena buli salahkan org lain…semuanya salahkan org lain. kita cermin diri kita sendiri lah k. macam na org islam nak menang kalau sesama islam pun bertelagah!!!. bodoh la kan. last2 kita hanya mampu berdemonstrasi dan berdemonstrasi dan berdemonstrasi…tu jak la yg mampu kita buat selain bertelagah sesama sendiri.

sori kalau ada yg terasa tapi itulah hakikatnya. bukan nak sokong mana2 pihak.

Posted by Anti Orang Bodoh
Leave a comment

(required)

(required)