Pemikiran Seorang Usahawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hehe…dah lama tak bagi tips kat blog ni. Asyik post pasal Vemma saja. Mesti ada yang tak puas hati kan? haha.. Semalam ada chatting dengan Syed Ikhwan (Pakar Adsense) yang terus membuatkan aku berasa teruja untuk meneruskan perniagaan Vemma. Dalam banyak-banyak yang kitaorang borak, 1 ayat yang aku akan pegang adalah: “Din..din buat jer apa yang din rasa betul. Pedulikan orang lain !” Wahh..begitu teruja.
Hari ni saya nak buat post khas untuk menjawab pertanyaan Redish Heart, seorang pengunjung blog ini yang bertanyakan sesuatu. Aku rasa Redish Hearth seorang yang berfikiran terbuka dan bagus penuh dengan perkara positif. Aku ada juga melawat blognya yang menceritakan Budaya Baik Budaya Buruk. Blog yang aku rasa memberikan motivasi untuk semua.
Pertanyaan Redish Hearth adalah seperti berikut:
Sebenarnya untuk berjaya, kita perlu ada motivasi seorang usahawan dan gerak kerja juga seperti usahawan. Motivasi yang hebat akan menggerakkan kerja yang hebat. Dan untuk mewujudkan motivasi, kita perlu ada impian. Kenapa hari ini masih ada yang hidup? kerana mereka ada impian? Kenapa ada manusia yang bekerja keras? kerana mereka ada IMPIAN ! Tanpa impian, kita akan lesu dan tak bersemangat. Takde makna dalam hidup..takde arah tujuan dan matlamat.
Kita sebagai seorang usahawan, ingin berjaya sebagai seorang usahawan, perlu ada pemikiran seorang usahawan. Di bawah adalah beberapa perkara yang aku pegang.
Aku adalah BOS. Perniagaan ini adalah perniagaan aku dan jatuh bangun aku adalah dengan perniagaan ini. Orang lain tidak menentukan income aku dan aku perlu berusaha keras untuk mendapatnya. hehe..macam poyo tak? Sorry kalau terasa macam poyo.
No need to compare, but CHALLENGE ! Betul ke ayat aku ni? hehe.. Maksud aku adalah, kita tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap manusia dianugerahkan dengan kebolehan tersendiri. Jika kita bandingkan dengan orang lain, sampai bila pun kita akan terus compare…kerana jika kita berjaya, masih ada yang lebih berjaya. Kalau kita berkuasa, masih ada yang lebih berkuasa. Apa yang perlu adalah, sendiri MENCABAR diri anda untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan. Matlamat setiap manusia berbeza, jadi kenapa perlu compare?
Aku mesti BERTANGGUNGJAWAB. Ini adalah perniagaan aku dan aku mesti bertanggungjawab. Kita juga perlu berasa bertanggungjawab dengan keluarga kita. Mereka memerlukan kita. Jika kita buat Network Marketing, kita mesti bertanggungjawan pada ahli-ahli group kita. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita yang akan menggembirakan kita…Untukberjaya, kita perlu mem”berjaya”kan orang lain.

Jumpa anda di puncak kejayaan…
p/s - Semalam dapat berita gembira, RM3500 dah masuk dalam Maybank sebab cek dah clear. 2 Cek baru tu..3 cek belum clear lagi. Adeh, amik masa sebulan untuk cek luar negara.
p/ss - Pembayaran affiliate minyak jaguh kanda sudah dilakukan pada semua sejak 3 hari lepas. Lupa nak buat post kat blog ni.







emm“ nice words about motivation.. really like it very much. thanks for sharing.. btw, you look good with suit =p
hehe..segan pulak.
Din, semoga berjaya! No matter what others talk about you, tu diorg punya pasal, ok? CHAIYUKK!!
Bro Din wow post yang tak panjang tetapi ayat yang cukup power ,motivasi yang positif memang satu perkara yang penting dalam dunia online ..
wahh..ayat power tu..thanx for your guidence bro..all the best
RM3500 tu duit datang dari mana Din?
Dari Vemma bro..semalam dapat lagi RM1000 lebih.
Tahniah berganda !…erk jangan lupa zakat Din :-), Aku pun tengah usaha mem”berjaya”kan diri dan mem”berjaya”kan member lain. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
Pehh!! baru terjumpa blog kau ni hehehehe… Memang dasyat la ko Din. Tahniah le… semoga berjaya
hoho..pakai sut hitam dah sekarang. hehe..
Hehe..ko jangan nyesal Titan. Aku penah ajak ko aritu kan? hehehe…
Bile kite nak pakena teh tarik nie…
har2..
satu artikel yang menarik dan perlu di baca oleh sume..
Good Job bro.
wah…. seungguh bermotivasi anak muda ini.. (muda lagi kan??
)..
Syookkkk dapat cek rm3k ++ Nanti kalau aku terjah Pantai Dalam, jgn lari… ko kena belanja aku teh tarik juga.. muahahahaa
assalamualaikum
iklan nuffnung sebelah tu promote milo(nestle)..pecite?