Perkembangan Pay Per Lead Edisi Percuma Laporan Ringkas Rahsia Pro Affiliate
Aiseh…lega sangat rasanya hari ni sebab dari hari sabtu lepas streamix buat hal..huhu. Bukan streamix buat hal, tapi orang buat hal kat streamix.
Ceritanya macam ni. Pada hari Sabtu lepas, tiba-tiba internet terputus…bengam jer rasa sebab masa tu dah hampir pada masa pelancaran Pay Per lead kami. Tinggal beberapa minit dan saat saja lagi kami nak umumkan.. Mungkin ada orang nak sabotaj kot…hehe. Gurau jer..
Kitorang ahli rumah flat bujang yang tinggal di blok 21, Pantai Permai, Bukit Angkasa Kuala Lumpur terus saja menghubungi TM untuk melaporkan masalah. Tapi memandangkan hari tu hari cuti, operator cakap diorg akan datang pada hari Selasa, hari ni la..Mak aaii, lama tuh.
Nasib baik ada maxis broadband aku ni haa..walaupun lembap daripada streamix, sekurang-kurangnya kami masih boleh melancarkan Pay Per Lead kami. Maxis broadband memang lembap…ntah la. Mungkin dah lama tak pakai. Itu lah anggapan aku pada mulanya..atau mungkin maxis ada masalah.
Dah 4 hari pakai broadband yang slow ni, hati pun dah geram sangat sebab tahap ‘kekuraannya”, pagi tadi aku call operator maxis broadband..lepas setting situ sini, maxis broadband menjadi laju. Ceh, tersalah setting rupanya..patut la slow. Kalau lah aku call pada hari Sabtu aritu lagi, takde la menderita..huhu.
Pagi tadi pun call lagi TM. Dia cakap ada orang telah mencuri jumper cable di kawasan flat kami. Patut la pun..Ceh, memang nak boikot kitorang..huhu.
Sorry la panjang plak cerita aku yang kurang berfaedah untuk korang tu. Ok, kembali pada program pay per lead edisi percuma Rahsia Pro Affiliate. Sejak ia dilancarkan, permintaan agak menggalakkan..terima kasih aku ucapkan kepada semua yang telah mempromosi.
Aku harap korang terus mempromosikan kerana ada hadiah bagi mereka2 yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Maksudnya, mereka yang mendapat sales (pelawat opt in) paling banyak.
Juga nak bagitau kat sini, aku ada tambah beberapa banner yang lain juga untuk memudahkan promosi dan meningkatkan sales (pelawat opt in). Aku dah berfikir, mungkin banner sebelum ini kurang membantu kerana tiadanya perkataan “percuma” pada banner. Jadi pelawat rasa takut nak klik. Mungkin dia ingat kena bayar..hehe. So, semalam dah tambah 5 lagi banner yang baru.
Korang boleh tengok dengan log in pada akaun affiliate masing-masing. Kalau rasa banner baru tu lebih membantu, silalah tukar..kalau nak guna yang lama jer, boleh juga takde masalah.
Ok, aku sedang setting sebuah blog baru untuk makluman dari semasa ke semasa berkenaan pay per lead ini. Bila dah siap sepenuhnya, aku akan habaq melalui email kepada semua subscriber dan mereka yang mendownload laporan tersebut. Blog tu mungkin lebih profesional berbanding blog ini. Sebabnya aku kena berinteraksi dengan semua subscriber..huhu.
- Din Beramboi
p/s - Bagi mereka yang belum mendownload laporan percuma Pay Per lead, sila download sekarang dan mendaftar sebagai affiliate untuk mendapatkan komisyen. Pay Per lead masih di buka !






jika minimum payout adalah RM5. Itu target pertama aku. Aku harap aku boleh capai target itu..
Hoho..
titan ko memang akan daapat tu..hehe…senang je kan bagi ko???hoho..kaya sudah kawan aku sorang nie..maklum la bisnes maju beb
Din aku juga mengalami masalah streamyx di Sabah,bukan kecurian cable,tetapi update pulak,sampai aku menjerit-jerit tak dapat online,tapi sekarang dah ok la..pasal Pro Afiliate aku dah bersungguh-sungguh promosi harap dapat tempat ke 2 cukuplah..( tapi saya rasa kemungkinan besar adalah tempat ke 2 dari belakang he he )
Hahaha..terima kasih pakar clickbank.. =)
Ermm, Titan dapat tuu..dun wury…
dapat ker? mana? mana?
Haiyya…15 hbln baru dpt bro…so, teruskan promosi.
p/s - Program ini berlangsung selama sebulan…13 Julai 2008 - 13 Ogos 2008
rm 5..maknanya aku kena cr 20 org..hahaha..aku try..eh2..review pun tak buat lg da…insyaallah aku buat secepat yg mngkin..hohoho..doa2kan ini la program affilate aku yg pertama dpt le 5 hinggit..hehehe
Hi Din! Kesiannya…sampai jumper pun kena curi gak…isk2… Baik dah tak dok blok tu..huhu… Takpe Din, lepas ni mesti ok nyer. Tapi kena selalu ingatkan pihak TM tu la… Well, u know them…
AKU datang jalan jalan cari info